HIKAM TOK GURU : SIRI 4
Tok Guru Nik Abdul Aziz berkata;
“Nyawa kita diumpamakan api pelita yang pada bila masa sahaja boleh terpadam”
ULASAN
Kematian merupakan lumrah bagi makluk yang hidup. Tidak ada kehidupan melainkan semuanya berakhir dengan kematian, dan tidak ada kematian melainkan ianya bermula dengan kehidupan.
Firman Allah :
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ
Maksudnya;
” Tiap-tiap yang bernyawa akan merasakan mati”
(Surah Al-Imran : 185)
Pun begitu, hakikat kematian yang difahami manusia adalah ”meninggalkan dunia” yang serba fana’. Menunjukkan, selepas kematian yang dimaksudkan dengan meninggalkan dunia, pasti manusia akan dihidupkan balik bagi menyelesaikan segala pembalasan baik atau buruk yang telah dilakukan oleh manusia.
Dengan sebab itu, kematian bukan patut dijadikan sebagai asas ketakutan, tetapi ketakutan itu adalah kehidupan selepas mati.
Firman Allah:
وَاتَّقُوا يَوْمًا لَا تَجْزِي نَفْسٌ عَنْ نَفْسٍ شَيْئًا وَلَا يُقْبَلُ مِنْهَا شَفَاعَةٌ وَلَا يُؤْخَذُ مِنْهَا عَدْلٌ وَلَا هُمْ يُنْصَرُونَ
Maksudnya;
” Dan jagalah dirimu dari (azab) hari (kiamat, yang pada hari itu) seseorang tidak dapat membela orang lain, walau sedikitpun; dan (begitu pula) tidak diterima syafa'at dan tebusan dari padanya, dan tidaklah mereka akan ditolong”
(Surah Al-Baqarah : 48)
Sesungguhnya seseorang manusia itu tidak dibiarkan hidup sepanjang masa, bahkan akan sampai satu ketika bahawa Allah akan mencabut nyawanya. Apabila sampai ajal dan ketikanya, Allah pasti akan menghantar malaikat maut untuk mencabut nyawa manusia tersebut.
Firman Allah:
مَا تَسْبِقُ مِنْ أُمَّةٍ أَجَلَهَا وَمَا يَسْتَأْخِرُونَ
Maksudnya;
” Tidak ada suatu umatpun yang dapat mendahului ajalnya, dan tidak (pula) dapat mengundurkan (nya)”
(Surah Al-Hijr : 5)
Manusia yang telah ditetapkan satu masa sebagai waktu ajalnya, ianya tidak dapat memperlewatkan ajalnya itu, walaupun satu saat sekali pun.
Firman Allah:
وَلَنْ يُؤَخِّرَ اللَّهُ نَفْسًا إِذَا جَاءَ أَجَلُهَا وَاللَّهُ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ
Maksudnya;
” Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila telah datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengenal apa yang kamu kerjakan”
(Surah Al-Munafiqun : 11)
Sesungguhnya mati merupakan antara perkara ghaib yang sengaja Allah tidak maklumkan kepada manusia. Tindakan Allah sedemikian adalah mahu mengajar manusia agar hidup sentiasa berhati-hati dalam menjalani kehidupan seharian.
Jika manusia itu sudah mengetahui waktu hayatnya, pasti manusia akan menjadikan kehidupan awalnya dengan kerosakan dengan melakukan berbagai-bagai kefasadan di atas muka bumi Allah, sedangkan perkara ini adalah dilarang sama sekali oleh Allah SWT.
Memandangkan keadaan inilah, manusia kena sentiasa berhati-hati dalam menjalani kehidupan mereka, kerana tarikh kematian mereka itu tidak diketahui melainkan dibawah pengetahuan Allah. Dan ianya boleh terluput pada bila-bila masa sahaja sepertimana boleh terpadamnya api pelita.
Oleh itu, berhati-hatilah wahai manusia !!!
Sekian
Wallahu ‘Alam
Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com
abu_abdillah_azzam@yahoo.com
- Sri Indah (B), Sg Buloh
21 disember 2008 * 7: 15 malam.
Anwar seperti tidak ghairah untuk kuasai Kelantan & Terengganu
-
*RENCANA KHAS *
*Anwar semacam tidak ghairahdi Kelantan dan Terengganu.*
SETELAH dua tahun kerajaan Madani berlalu memberi gambaran sebahagian
rakyat me...
12 jam yang lalu
1 ulasan:
Sesungguhnya mati itu adalah pasti.Tunggulah giliran kita masing-masing.Tetapi sebenarnya dimana kita sebelum dan salepas mati?Kalau nak tahu sebenarnya kita adalah kita yang tidak pernah mati dalam ertikata sebenarnya.Yang mati dan reput adalah jasad.Kita yang menanggung jasad semasa hidup hendaklah menjaganya supaya tidak dibebankan dengan masalah roh sakit apabila akan meninggalkan jasad kelak.Apabila roh sudah terpisah dari jasad,pastikanlah ia tidak sesat untuk mencari jalan pulang menemui Allah Rabbul Jalil.Kalau berlakunya roh sesat,maka itu petanda kejadian kita yang diselimuti jasad telah sia-sia dan hampa.Dunia kita tidak akan dikembalikan semula.Maka jadilah kita terseksa dan menerima hukuman mengikut apa yang telah kita lakukan semasa ada hayat .Oleh itu marilah kita menjaga kubur kita agar tidak akan berlaku berasap dan panas dengan bahang neraka yang kita sendiri menciptanya.
Catat Ulasan