KUALA TERENGGANU : JANGAN TERLALU YAKIN !!!
Membaca tulisan Saudara Roslan SMS dalam blog beliau berkenaan situasi Kuala Terengganu yang sedang menunggu hari untuk pilihanraya, memperlihatkan seakan-akan kemenangan di sana agak menyebelahi PAS. Lebih-lebih lagi, dengan “perang saudara dikalangan kaum melayu harbi” selepas berlakunya pengisytiharan Wan Farid sebagai Calon yang akan bertanding.
Saudara Roslan SMS menulis:
“Saya mendapat maklumat pada hari pengisytiharan calon Umno, majlisnya tidaklah seceria mana. Masih wujud syak wasangka dan bermasam muka dikalangan “laksamana-laksamana” Umno Terengganu, membuktikan bahawa mereka masih retak dan sukar bersatu. Pemilihan Senator Wan Farid sebagai calon pun dikatakan tidak dapat diterima oleh sesetengah “laksamana” dan konconya. Ada yang mengatakan jika benar Wan Farid dan keluarganya berpengaruh maka mengapa abang beliau Wan Hisham boleh tewas di DUN Ladang pada PRU lalu walaupun beliau ketika itu ahli EXCO”
Membaca berita sebegini, sudah pasti pejuang-pejuang Islam yang menggunakan wadah PAS, justeru sahabat-sahabat dari Pakatan Rakyat akan menarik nafas lega, kerana menjangkakan pertarungan kali ini tidak terlalu sengit, bahkan menjangkakan kemenangan mudah untuk PAS.
Sebagai pengundi di Dun Hulu Besut, Terengganu. Aku dapat merasakan suasana politik di negeri terengganu tidak mempunyai kesamaan suasana politik di negeri-negeri lain.
Ketika berlaku pilihanraya umum baru-baru ini, aku balik mengundi di terengganu dua hari awal dari tarikh pengundian. Dalam jangka masa itu, aku sempat pergi ke negeri kelantan dan beberapa DUN di negeri terengganu untuk memerhatikan suasana politik di sana.
Di terengganu, dilihat agrasif dari sudut perbalahan politik memang dilihat macam PAS dapat menguasai suasana. Perang poster, banner dan bendera memang hebat jika dibandingkan dengan UMNO/BN.
Tetapi apabila keputusan Pilihanraya diisytiharkan, amat mengejutkan, kerana walaupun PAS dilihat dapat mendominasi suasana tetapi PAS belum berjaya mendominasi hati rakyat lagi.
Keadaan ini amat berbeza dengan Kelantan pimpinan Tok Guru Nik Abdul Aziz. Sebelum pilihanraya berlaku, perang poster, bendera dan banner tidaklah seagrasif seperti di terengganu. Tetapi, apabila keputusan Pilihanraya diisytiharkan, keputusannya berbelah pihak kepada PAS.
Dari ini, aku merasakan, dengan berita ”perang saudara” dikalangan ”kaum melayu harbi” ini tidak selayaknya kita terus menarik nafas lega, tetapi kita perlu berfikir untuk bekerja lebih agrasif bagi menarik minat pengundi-pengundi agar dapat memberikan undi mereka kepada PAS.
Di kala ”perang saudara” yang sedang berlaku ini, hendaklah difikirkan cara bagaimana hendak dilakukan kepada pengundi-pengundi yang sememangnya UMNO itu agar dapat memberi undi protes terhadap UMNO dengan memberikan undi kepada PAS, ataupun sekurang-kurangnya walaupun mereka tidak mahu mengundi PAS, tetapi mereka tidak akan mengundi BN juga.
Mungkin medium lepak kedai kopi menjadi peranan besar dalam mengubah minda pengundi-pengundi di Kuala Terengganu. Ini kerana, jika dirujuk kepada Kelantan, pada pandangan peribadiku, medium ini menjadi satu kekuatan, menyebabkan mereka dapat memberikan undi kepada PAS dalam banyak pilihanraya.
Bahkan, di Manik Urai yang pada tahun 2004, Dun tersebut boleh kalah, walaupun ianya adalah DUN tradisi PAS. antara sebab kekalahan itu apabila ada sebilangan peneroka tidak berpuas hati, lalu mereka ”mengumpat” kerajaan negeri di kedai-kedai kopi sahaja. aku mengetahui keadaan ini kerana Bapa saudaraku adalah pengundi disitu.
Mungkin ini adalah antara strategi yang PAS perlu lakukan dalam pilihanraya kuala terengganu nanti.
Mudah-mudahan Allah memberikan kepada kita kejayaan dalam mencapai kemenangan dalam pilihanraya di Parlimen Kuala Terengganu nanti. Insya Allah ...
Sekian
Wallahu ’Alam
Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/
abu_abdillah_azzam@yahoo.com
- Sri indah (B), Sg Buloh
26 Disember 2008 * 3:42 petang.

4 ulasan:
awat anti sgt kat kepimpinan terengganu ni ...? pastu banding2 plak dgn kelantan .....
bukan anti.. tapi memberi pesanan agar jangan terlalu yakin.. sebab politik kelantan dan terengganu amat berbeza walaupun sama-sama berada di pantai timur...
kalau nak yakin dengan keadaan Kuala Terengganu sekarang pun tak per.. mana tau, dengan keyakinan kita itu kita boleh menang.......
pada ana, tidak ada salahnya kita belajar dari kelantan dalam menentukan keadaan poltik terengganu.
juga, orang kelantan pun kena belajar dari politik sebilangan DUN Terengganu yang tak pernah jatuh ke tangan UMNO, macam politik di DUN Rhu Rendang dan DUN Manir...
tidak ada sebab kita nak anti kepimpinan terengganu, sepertimana tidak ada sebab kita nak anti kepimpinan Kelantan...
... ana tak paksa orang terima pandangan ana....
sekian
Al-Bakistani
syabas ustaz.
tulisan yg ketuk hati yg leka dan minda yg tutup.
dlm sejarah arrasul dan para sahabat tentera Islam tak pernah kalah disebabkan sikit atau daif berbanding musuh.
berusaha semaksima daya dan minda kemanusiaan, berasaskan iman dan taqwa yg semaksimum mungkin.
klu di tganu bn guna tipudaya dan hantu di k'tan pun sama juga.
tapi k'tan menang.
satu perkara yg Harakah dan media siber tunjuk besar2an adalah rintihan dan munajat TGNA dan rakyat k'tan dan solat hajat perdana.
Di t'ganu mungkin ada tapi tak dilapor oleh Harakah dan media siber ( dlm pru lepas).
ini semua sementara dan sambil cula undi begitu kemas dan cawangan begitu subur di k'tan.
mungkin ini yg cuba di'lontar'kan oleh ustaz.
Assalamualaikum, ustaz...
sejak akhir2 ni ana tgk ust asyik kene serang je dgn beberapa pihak... ana harap hal yg keruh dijernihkn la...
kepada pihak2 yg tak puas hati dgn ust, bawak le berbincang... ini tak, asyik guna anonymous je... nampak sgt takde pendirian dan kekuatan... selama ana membaca blog ustaz, takde pulak ust anti terengganu?? hok artikel mna yg nampak sgt ust anti nye??? lagi satu, sedih ana ada sesetengah pihak masih lagi menggunakan perkataan erdogan.... bukan erdogan... ini jemaah islamiyah... hurm....
Catat Ulasan