Isnin, 22 Disember 2008

PAS PERLU ADAKAN MUZAKARAH !!!

PAS PERLU ADAKAN MUZAKARAH !!!

Dalam mengulas isu Hudud yang dibangkitkan oleh Khairi dalam debat bersama dengan husam Musa, hari ini, utusan Malaysia
[1] melaporkan berita seperti berikut;

“Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, masih ada ruang untuk berbincang bagi mencari titik pertemuan dengan parti-parti itu agar apa yang diperjuangkan Pas mampu menjadi kenyataan kelak”

Dan kata Tok guru Nik Abdul Aziz lagi:

"Tolak tidak apa, tetapi biar ada alasan, contohnya kalau tidak mahu sembahyang, kena bagi alasan, sebab itu Islam beri ruang untuk berbincang”

Kata tok guru lagi:

"Hudud bukan hukum Pas, tetapi hukum Allah, kalau sembahyang kita buat, tetapi kenapa hudud tidak boleh buat…Susah apa hudud, di Malaysia pun boleh gantung (pesalah) kenapa tidak bising, sebabnya orang Eropah yang buat, sebab dalam kepala kita, (acuan) ikut Eropah”

ULASAN

Hudud menjadi isu panas kembali. Itupun selepas di”campak bola” oleh Khairi dalam debat bersama Husam Musa di kelantan pada 20 disember baru-baru ini.

Isu hudud, merupakan antara isu penyebab pemecahan PAS dan DAP dalam Barisan Alternatif dahulu. Dengan isu ini, dibimbangi Pakatan Rakyat senasib dengan Barisan Alternatif terdahulu.

Apa yang pasti, hudud merupakan satu hukum yang wajib dilaksanakan. Kewajipan melaksanakannya, sama seperti kewajipan melaksanakan solat, zakat, haji dan sebagainya.

Menyedihkan, hudud tidak dijadikan sebagai satu kewajipan, bahkan dijadikan sebagai alat untuk merosakan kekuatan PAS. Itulah yang telah dan sedang dilakukan oleh parti melayu harbi. (UMNO yang kotor dan jijik)

Walau apa pun, inilah masanya PAS perlu menerangkan secara bijaksana tentang hudud kepada sesiapa sahaja, sama ada kepada muslim, mahupun kepada non muslim.

Inilah masanya, PAS memerlukan cerdik pandainya keluar berhadapan dengan ”jihad ilmu” dalam menyentuh maqasid Syariah disebalik perlaskanaan hudud. Bertindak menyebut keadilan yang wujud dalam perlaksanaan hukum hudud.

Persoalannya, apakah PAS sudah wujud cerdik pandai yang mampu mengulas keadilan hudud dari sudut maqasid Syariah ini????

kalau wujud, Alhamdulillah. tetapi jika tidak wujud, menunjukkan PAS perlu melakukan tajdid dalam konsep tarbiyyahnya...

Tarbiyyah tidak cukup sekadar mendidik menjadi pejuang yang ”on call” dalam perjuangan, bahkan ”on call” dalam memberikan jawapan ilmiyyah yang meyakinkan kepada sesiapa sahaja yang mendengar dalam mempertahankan dasar perjuangannya.

Oleh itu, sudah sampai masanya PAS perlu mengadakan ”sidang meja bulat” atau ”muzakarah” bersama-sama dengan kawan-kawan dalam Pakatan Rakyat. Berdialog dalam menerjemahkan keadilan Islam yang wujud dalam perlaksanaan hudud.

p/s : tak tau la pula, kalau kita rasa muzakarah dengan parti melayu harbi itu lebih penting???

Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

abu_abdillah_azzam@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
23 disember 2008 * 4:55 pagi.










[1]http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1223&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_05.htm

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hudud dipertikaikan kerana kejahilan.Tetapi manusia itu kalau dipanggil jahil ia kan marah dan melenting.Manusia tidak faham hudud kerana hukum ini diperkecilkan oleh pemerintah dan media massa pula tidak diberi laluan untuk memperkenalkan dan mengumumkan bahawa hukum hudud adalah wajib keatas pemerintah yang menggunakan Islam sebagai agama resmi.Hukum ini telah diperkecilkan sejak Islam dibawa kesini dari dulu lagi.Tetapi sejak lahirnya kalangan ulamak yang sedar akan kecacatan ini,sedikit demi sedikit pengetahuan tentang hukum hudud mula diketengahkan oleh kerajaan walaupun bukan diperingkat implementasi.Akhirnya tinggallah hukum hudud sebagai bahan politik untuk menghentam.Kononnya di Malaysia hukum hudud tidak sesuai sebab melibatkan pelbagai kaum dan menampakkan orang Islam terkebelakang kerana menggunakan hukum kuno.Sampai bila pemimpin yang menentang hudud ini akan sedar akan hukum Allah?Sampai bila mereka akan berhenti menghina Allah? Kita akan mati.Matilah dalam HasnulKhatimah.

Tanpa Nama berkata...

albakistani said:

"p/s : tak tau la pula, kalau kita rasa muzakarah dengan parti melayu harbi itu lebih penting???"

ana say :

cukuplah ustaz ! kenapa dgn ustaz ni...mcm ada benda yg tak puas hati je...kan perkara tu dah selesai lama...saya kecewa dgn golongan yg mendakwa dirinya 'terbuka' tapi tak bersedia utk melupakan apa yg telah berlaku..

Tanpa Nama berkata...

disebabkan keterbukaanlah, ana membicarakan soal ini sebab, terlihat agenda seolah-olah masih diteruskan lagi...

p/s : terkenang pertemuan sulit di sharaton hotel sejak dua minggu lalu..

Tanpa Nama berkata...

HATI2 DR H.A. allah melihat apa yang anda lakukan di sharaton hotel. Org macam nilah yg akan rosakkan parti. Layakkah dia menjadi Pesuruhjaya.

Ingat Sahabat2 Keputusan Muktamar perlu dipatuhi.. Nak wat agenda sendiri baik masuk UMNO terus,, daaptlah Projek.Kalian diuji dengan

ex SB

Abu Razeen 2 berkata...

awas para outsider, ahli baru atau mungkin SB.

jangan kutuk PJ pas yg dilantik oleh Presiden Pas.

Jangan cuba rosakkan Pas.

Tanpa Nama berkata...

Betul Tn Guru Lantik...


Tapi kenapa org yang dilantik tidak mengikut keputusan Syura n Keputusan Muktamar,

Masih lagi buat perjumpaan dengan ex MB,,

ustaz wan g sebut bukan nak ungkit yg lama berlaku,,tapi benda ni dalam 2 minggu lepas berlaku,,

Hanya Allah mampu membuka Rahsia yg tersirat di dalam hati org yg bermuka-muka dengan ISLAM..

ex SB