SENTIMEN PUNCA KUFUR
Firman Allah :
خَتَمَ اللَّهُ عَلَى قُلُوبِهِمْ وَعَلَى سَمْعِهِمْ وَعَلَى أَبْصَارِهِمْ غِشَاوَةٌ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ
Maksudnya;
“Allah telah mengunci-mati hati dan pendengaran mereka, dan penglihatan mereka ditutup. Dan bagi mereka siksa yang amat berat”
(Surah Al-Baqarah : 7)
HURAIAN
Dalam perbincangan lepas, Allah menyatakan satu sifat atau bentuk orang yang kufur kepada Allah SWT. Adapun dalam ayat ini pula, Allah menjelaskan kepada kita tentang punca atau sebab mereka bersifat sedemikian.
Jika diperhatikan kepada ayat ini, difahami bahawa punca manusia itu menjadi kufur adalah apabila sentiment menebal yang wujud dalam diri manusia. ekoran dari itulah, Allah menyebut “Allah telah mengunci-mati hati, pendengaran dan penglihatan mereka”.
Sentiment merupakan amalan hati. Apabila manusia sudah sentiment, maka akan terlahirlah dalam akal mereka jumud dalam menilai, walaupun telah diberikan alat menilai, iaitu pendengaran dan penglihatan.
Dengan ini, nyata kepada kita, dua unsure, iaitu hati dan akal merupakan factor penting dalam menerima hidayah Al-Quran dan Hadis Nabi SAW.
HATI KOTOR
Dalam ayat ini, Allah SWT mendahulukan hati, kemudian pendengaran dan kemudiannya penglihatan.
Jika difikir balik, apakah hikmat Allah SWT mendahulukan hati berbanding pendengaran. Dan mendahulukan pendengaran berbanding penglihatan??
Bagi mendapat jawapan itu, seharusnya kita merujuk kepada fitrah insani, disamping diperkuatkan dengan hujjah Al-Quran dan Al-Hadis Nabi SAW.
Dalam Hadis, Baginda SAW menjelaskan tentang fungsi hati. Iaitu satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari;
وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ أَلَا وَهِيَ الْقَلْبُ
Maksudnya;
”Sesungguhnya dalam jasab itu terdapat seketul daging. Apabila baik ia, maka baiklah jasad seluruhnya. Apabila rosak ia, maka rosaklah jasad seluruhnya. Ketahuilah, ia adalah hati[1]”
Dari hadis ini, jelas menunjukkan bahawa hati merupakan faktor utama dalam menentukan manusia itu baik atau tidak. Menerima hidayah atau tidak menerima hidayah.
Ekoran dari itulah, hati manusia tidak seharusnya dikotorkan. Mengkotorkan hati, tidak seperti mengkotorkan rumah, mengkotorkan taman, mengkotorkan apa pun. Jika rumah, mengkotorkannya dengan najis, berselerak dan sebagainya. Maka hati pula, ianya dikotorkan dengan dosa-dosa maksiat yang dilakukan oleh manusia.
Sebab itulah, Nabi SAW ada bersabda:
إن المؤمن إذا أذنب ذنبًا كانت نُكْتة سوداء في قلبه فإن تاب ونزعَ واستعتب صقل قلبه، وإن زاد زادت حتى تعلو قلبه، فذلك الران الذي قال الله تعالى: { كَلا بَلْ رَانَ عَلَى قُلُوبِهِمْ مَا كَانُوا يَكْسِبُونَ } [المطففين: 14]
Maksudnya;
“Sesungguhnya seseorang mukmin, apabila dia melakukan sesuatu dosa, pasti akan wujud satu titik hitam pada hatinya. Lalu apabila dia bertaubat, maka berkilatlah hatinya. Sekiranya dia menambah (melakukan dosa), maka bertambahlah titik hitam hingga mengatasi hatinya. Itulah yang disebut sebagai “Ar-Ran” yang dinyatakan oleh Allah dalam firman-Nya yang bermaksud “Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutupi hati mereka[2]”
Ekoran hati yang telah dikotorkan dengan maksiat, Allah tidak membuka hijab kepada seseorang hamba itu dari menerima hidayah. Memandangkan penutupan itu disebabkan kecuaian manusia sendiri, menyebabkan Allah menafikan nikmat mereka di akhirat nanti, iaitu Allah menghijabkan mereka dari melihat zat Allah SWT.
PENDENGARAN DAN PENGLIHATAN
Apa pula hikmat Allah mendahulukan pendengaran berbanding penglihatan dalam ayat ini???
Dalam mengulas hal ini, Imam Fakhru Razi ada menyebut dalam kitab beliau yang bertajuk “Al-Tafsir Al-Kabir” bahawa pendengaran lebih utama berbanding penglihatan. Ini kerana, syarat menjadi nabi hendaklah orang tersebut adalah manusia yang mendengar. Adapun manusia yang pekak, mereka tidak layak untuk menjadi nabi.
Begitujuga, beliau berhujjah bahawa apabila manusia itu pekak, pasti orang itu akan menimpa satu lagi kekurangan, iaitu bisu. Adapun orang yang buta, dia tidak akan menimpa kekurangan yang lain[3].
Adapun jika dilihat pada kajian sains pula, pendengaran dan penglihatan merupakan dua unsure yang sangat penting dalam proses pembentukan insani. Pengaruh daripada kedua-dua unsure ini sangat memberi kesan besar kepada akal dan hati manusia.
Antara perkara menarik berhubung pendengaran didahulukan berbanding pendengaran adalah kerana, jika dilihat pada janin manusia yang masih dalam kandungan ibu, didapati sistem pendengaran terlebih dahulu berinteraksi dengan persekitaran di luar rahim berbanding penglihatan.
Dalam satu kajian di barat, telah membuktikan bahawa janin dalam rahim boleh mendengar suara mereka yang bercakap kepadanya semasa berumur 30 minggu. dan dalam kajian lain pula mendakwa janin dalam rahim ibu mempunyai kemampuan untuk mendengar dan mengingati suara apabila mencapai umur 20 minggu.
Ekoran dari itulah, jika diperhatikan kepada dunia barat, kita akan dapati di sana, ada sebilangan para ibu mengandung sering bercakap seorang diri, dan kadangkala meletakkan sound radio pada perut mereka.
Sebenarnya, kaedah ini bukan sahaja wujud dalam dunia sains barat, tetapi tetap wujud juga dalam islam. iaitu, apabila sedang mengandung, digalakkan membaca surah-surah tertentu bagi ibu-ibu mengandung.
Adapun dengan penglihatan pula, bayi hanya dapat melihat dengan sempurna selepas dilahirkan. Walaubagaimanapun, ada kajian mendakwa bahawa janin dalam perut ibu mampu melihat sewaktu umur mereka 7 bulan dalam rahim, iaitu sudah hampir sangat dengan saat kelahiran.
Selepas di lahirkan pula, pendengaran dan penglihatan merupakan factor penting bagi meningkatkan daya keupayaan akal[4].
Dari penjelasan ini, fahamlah kita, bahawa unsure pendengaran dan penglihatan merupakan unsure akal manusia dalam memahami hidayah. Dengan itu, jelas kepada kita, mengapa unsure hati, pendengaran dan penglihatan ini disebut oleh Allah SWT dalam ayat 7, surah Al-Baqarah ini.
AZAB YANG HEBAT
Memandangkan hati, pendengaran dan penglihatan yang telah Allah berikan kepada mereka tidak digunakan dengan sebenarnya, menyebabkan Allah murka yang akhirnya Allah mencampak mereka ke dalam azab yang hebat.
Oleh itu, zalimkah Allah mencampak orang kafir ke dalam neraka??? Mereka yang tidak mengerti sahaja mengatakan Allah zalim…
Sekian
Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/
ustaz_bakistani@yahoo.com
- Sri Indah (B), Sg Buloh
6 Januari 2009 * 6:45 petang.
[1] Sahih Al-Bukhari : 50.
[2] Tafsir Ibni Kathir : 1/175.
[3] At-Tafsir Al-Kabir : 1/324.
[4] Quran Saintifik : m.s 127-129.

2 ulasan:
Assalamualaikum
Nak tanya berkenaan dengan program di Subang Suria 8hb ni. Program bagaimana?
Kuliah Maghrib atau apa? Boleh bagi maklumat lanjut?
kuliah maghrib. baca hadis...
al-bakistani
Catat Ulasan