Isnin, 30 Mac 2009

“CEKIK DARAH” DAN “RIBA”, APA BEZA???

“CEKIK DARAH” DAN “RIBA”, APA BEZA???

Malaysiakini melaporkan
[1];

“Datuk Noh Omar membidas pembangkang kerana menyifatkan skim pembiayaan Tekun Nasional bagi membantu usahawan kecil menyerupai peminjam wang haram yang "mencekik darah".

“Noh berkata jika seseorang itu mendapat pinjaman Tekun sebanyakRM15,000, peminjam perlu membayar semula sebanyak RM18,000, dan bukannya RM30,000 seperti yang didakwa oleh pembangkang”

ULASAN

kalau beri pinjaman sebanyak RM 15,000, kemudian peminjam perlu membayar balik sebanyak RM 18,000. Bermakna, tambahan RM 3,000 itu adalah riba. Dalam pengajian syariah, riba bentuk ini disebut “Riba Al-Qardh”.

Apabila berlaku riba, maka itu adalah cekik darah. Kerana, riba itu ada unsur cekik darah. Walaupun sekadar RM 3,000, iaitu tak bayar sampai RM 30,000, riba tetap haram. Allah tetap sifatkannya sebagai “cekik darah”.

Firman Allah;

يَمْحَقُ اللَّهُ الرِّبَا وَيُرْبِي الصَّدَقَاتِ وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ كُلَّ كَفَّارٍ أَثِيمٍ

Maksudnya;
“Allah membinasakan riba, dan menyuburkan sedekah. Dan Allah tidak suka kepada semua orang yang kufur dan berdosa”

(Surah Al-Baqarah : 276)

Apa yang barua ni nak putar belit hukum Allah ini?? Tu la.. dulu suruh belajar tak nak belajar. Lepas tu, mula nak menyusahkan orang.

Memang UMNO parti laknat !!! ia jijik dan kotor...

Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
31 mac 2009 * 2:19 petang




[1] http://www.malaysiakini.com/news/101332

2 ulasan:

Ibnu Abas berkata...

Ust, ana harap ust dapat reply msg ana wlupun ust mgkin sgt sibuk. Ana nak beli buku siyasah shar'iyyah yang ust tulis tu. Ana perlukan buku tu untuk rujukan. Syukran.

Al-Bakistani berkata...

anta telefon no ni.. nanti dia akan poskan untuk anta..

0192312891. (azlan zambry)