Selasa, 31 Mac 2009

CERDIK BANYAK MAKSUD….

CERDIK BANYAK MAKSUD….

Mstar melaporkan
[1];

”Ezam dalam kempennya di Bukit Gantang kelmarin dan di Bukit Selambau malam tadi berkata, Anwar yang merupakan bekas Timbalan Presiden Umno pernah menganggap Presiden semasa, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak sebagai "antara orang paling cerdik."

ULASAN:

Nampaknya Mat Ezam bersuara kembali. Bila ada pilihanraya, maka wujudlah mat ezam.

Dia kata, Pak Syaikh Anwar Ibrahim pernah sebut bahawa ”Najib sebagai orang yang paling cerdik”.

Setahu aku, Pak Syaikh ni belajar sastera melayu masa belajar di UM dulu, sama seperti tok guru Nik Abdul Aziz belajar sastera arab di tanah Arab dahulu.

Kebiasaan orang sastera bercakap, tidak terbatas kepada satu tafsiran. Lebih-lebih lagi, percakapan itu bersifat tergantung.

Cerdik ini banyak maksud. Apakah cerdik itu untuk membina negara, atau cerdik dalam menjahanamkan negara. Sebab, ”cerdik” ini satu sifat yang menumpang. Jika ”cerdik” itu menumpang pada orang yang baik, maka ”cerdik” itu dapat memberi manfaat. Tapi, kalau cerdik itu menumpang pada orang jahat, cerdik itu akan membawa mudharat.

Justeru, cerdik yang dimaksudkan itu, apakah cerdik yang menumpang pada orang baik atau orang jahat????

Cakap biar terang wahai mat ezam !!!

Sekian

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com



- sri Indah (B), Sg Buloh
31 mac 2009 * 7:15 malam


[1] http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/3/31/mstar_berita/20090331094310&sec=mstar_berita

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam

atau, kita boleh apply kaedah "taghayyur al-ahkam bi taghayyur al-zaman wal makan"..

dulu, anwar pun suci dimata ezam dan sebaliknya. :D