Ahad, 26 April 2009

BAGAIMANA PULA ULAMA TAHAP “MEE CELUP”??


BAGAIMANA PULA ULAMA TAHAP “MEE CELUP”??

Mee celup adalah mee yang sedap dimakan, mudah didapati di sekitar pantai timur dan selatan Thailand. Dinamakan mee celup kerana, sebelum dihidangkan, mee itu di celup beberapa kali dalam air panas yang sedang mendidih.

Ia memang mengenakkan. Secara peribadi, antara makanan yang aku minati adalah Mee celup. Aku dapati, mee celup ini, bukan sekadar di minati oleh golongan bukan agamawan, bahkan dari kalangan ulama pun ramai yang meminati mee celup.

Adapun kalimah Ulama pula, ianya diterjemah sebagai orang berilmu. Apa jenis ilmu pun yang dia ada pengetahuan, maka dia adalah ulama. Cumanya, dalam pengajian syariah, ulama itu ditujukan mereka yang bermindakan ”mujtahid”.

Dalam pengajian tafsir pula, ulama disebut sebagai golongan yang bertaqwa; orang yang takut kepada Allah SWT.

Firman Allah;

إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ

Maksudnya;
”hanya sesungguhnya orang yang takut kepada Allah dari kalangan hamba-Nya adalah ’Ulama”

(Surah Fatir : 28)

Menurut Imam Ibni Kathir, disebut ulama adalah manusia yang takut kepada Allah. Mereka mampu takut kepada Allah, kerana mereka kenal Allah
[1].

Memahami maksud ulama dari tafsiran Imam Ibni Kathir ini, ulama ini sudah cukup jika mereka sudah takut kepada Allah.

Cumanya, banyak atau tidak ketakutan mereka kepada Allah, terletak pada diri individu masing-masing. Ia diumpamakan seperti orang kaya. Ada orang kaya dengan RM 2 juta. Ada yang kaya dengan RM 2 ribu. Ada kaya dengan Rm 30 ribu dan macam-macam lagi.

Justeru, orang masuk PAS kerana mahukan Islam menang pun sudah cukup orang itu disebut sebagai ulama. Ini kerana, mereka tidak mahu kerajaan Malaysia diperintah dengan kesyirikan dan bercanggah dengan Islam. itupun sudah cukup, disebut mereka takut kepada Allah.

Cumanya, dari tafsiran fiqh pula, ulama itu adalah golongan mujtahid; golongan yang mempunyai kefahaman yang mendalam tentang syariah islamiyyah sehingga mampu mengistinbatkan hukum.

Di zaman sekarang, ulama yang berkepakaran sehingga mampu mengistinbatkan hukum dari nas-nas wahyu agak berkurangan, bahkan mungkin tiada. Di Malaysia, tidak diketahui ulama mana yang berkepakaran sehingga mampu mengistinbatkan hukum ini.

Justeru kini, istilah ulama yang berijtihad itu tidak diletakkan kepada mereka yang faqih dalam memahami nas, bahkan sudah cukup diletakkan kepada mereka yang sudah memahami hukum-hukum yang telah diistinbatkan, lalu mampu mengtatbiqkan (baca : menyesuaikan) dengan keadaan sesuatu tempat dan masa.

Rata-rata ulama kini, mereka mempunyai kemampuan dalam memahami kitab-kitab arab, kaedah-kaedah fiqh, usul fiqh, hadis, tafsir dan berbagai-bagai lagi. Tetapi, dengan kepakaran yang ada itu pun, mereka sebenarnya tidak mempunyai kemampuan dalam bidang ”Fiqh At-tatbiqi” atau disebut juga ”ijtihad tanzili”.

Kalau keadaan ini yang berlaku, mereka inilah disebut sebagai ulama setahap ”mee celup”. ini kerana, mungkin mereka mempunyai pendidikan ilmu agama yang mendalam, tetapi disebabkan mereka tidak memahami waqi’ (baca : realiti) menyebabkan ilmu mereka tidak berjaya ditafsirkan dalam perlaksanaan secara rasional dan bersifat waqii.

Ekoran itulah, maka kedengarn fatwa-fatwa yang dikeluarkan; yang amat sesuai di zaman Imam As-Syafie, tetapi tidak sesuai dengan zaman Yusuf Al-Qaradhawi.

Yang lebih memelikkan, walaupun ada golongan yang tidak mempunyai pendidikan agama setahap ulama, bahkan pengajian islam mereka setahap ”mee celup”, tetapi kemampuan mereka mentatbiqkan syariah kepada sesuatu masa dan tempat lebih berkesan, berbanding golongan ulama yang mempunyai pengajian islam secara mendalam.

Apabila dihayati, didapati golongan ulama itu tidak memahami realiti, menyebabkan fatwa mereka bersifat tidak realisitik, sedangkan golongan yang tidak ulama pula, walaupun mereka mempunyai kefahaman terhadap sesuatu hukum sahaja, tetapi disebabkan mereka mempunyai kefahaman realiti yang mendalam, menyebabkan mereka mampu mentatbiqkan hukum dengan jayanya.

Padaku, lebih baik kita mempunyai satu kefahaman terhadap sesuatu hukum dalam keadaan kita berjaya mentatbiqkan hukum secara realistik, berbanding kita memahami banyak hukum, tetapi kita tidak mempunyai kemampuan mentatbiqkan hukum secara realisitik. Ini kerana, jika kita berhukum dengan tidak waqii, fitnah terhadap Islam itu amat terkesan yang memungkinkan berlakunya mudharat yang lebih besar.

Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
27 april 2009 * 2:40 petang










[1] Tafsir Ibni Kathir : 6/544.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamu'alaikum.terima kasih atas tulisan-tulisan ilmiah enta.kemampuan dan ketinggian ilmu enta amat tinggi,dan kefahaman anta ana lihat secara kasar melebihi presiden.Cuma ana nak cadangkan,supaya anta kemukakan kepada pres. untuk dibincangkan,ye la ilmu Allah ni kan luas,ada juga yg pres tak tahu walaupun dia 'alim,itu penting untuk memastikan jemaah kita terus relevan.ketepikan "kesalahan" sebelum ni,janganlah pula bila pres. "salah" sekali terus kita nak buang,tak kena cara tu,perbetulkanlah dia dengan cara yang sepatutnya,bukan senang nak cari orang macam pres.,setiap manusia melakukan kesalahan,tetapi yg terbaik darinya ialah yg kembali ke pangkal.Pres. pun bertindak mengikut hujahnya,cuma mungkin silap ijtihad,disitu perlunya ahli2 yang menegur,dan teguran itu pula biarlahmencapai tujuan,bukannya memburukkan lagi keadaan.sekian,ana sayang enta kerana Islam.

Ambelah Ning berkata...

Ambolah Ning,

Tulise-tulise hok baghu ning napok bernah sikit. Oghe kapung kato ado kualiti. Napok matang sghupo mace oghe ngaji.

Oghe baco pun buleh buat keputuse samaado nok hujjoh ko.. nok terimo ko... dan sebagainya.

Bulehlah Al-Bakistani naik pakat. Ambo angkat tuan dari jung kako jadi tok lebai.

Teruskan wacano-wacano baghu.

Ambelah Ning

huzaifah berkata...

Usahlah taksub kepuakan sangant sheikh!

RuslyIsLam berkata...

satu lagi ulama' yang hanya merasakan pandangan die sorg je betul...tak pernah berbincang dengan ulama'2 lain lantas mencantas ulama' lain ikut kefahaman die sorg..

Ibnu Abas berkata...

Ana rasa ust al bakistani sudah mention awal-awal di blog ni antum bebas utk terima atau tidak hujah dia. Kalau tak senang toksah dengki lah. Kan ada aqal yang waras. Nak terima, terima. Taknak, sudoh! Abes citer. Ke dalam PAS buleh 1 pendapat je? Isk...

Tanpa Nama berkata...

http://lot250.blogspot.com/2009/04/kerja-kerja-yang-sepatutnya-ada-dalam.html