Jumaat, 1 Mei 2009

dialog adalah cara yang terbaik untuk dakwah islamiyyah....

ISLAM ITU, MAHUNYA APA PAK???

Sepenting hari ini, kehidupanku dihabiskan di kawasan Petaling Jaya. Dijadulkan berkhutbah jumaat di Masjid Dato Haji kamaruddin, seterusnya “pelahap” di Universiti Malaya, dan terus ke salah sebuah gereja di Petaling Jaya kerana menghadiri satu wacana ilmu tentang kerajaan pakatan rakyat.

Dalam perjalanan ke masjid, aku di telefon oleh salah seorang YB PAS; Ahli parlimen dari negeri selangor (mungkin tidak perlu disebut nama, melainkan ditanya). Bertanya tentang satu hadis Nabi SAW berkenaan dengan kedudukan non muslim dalam kerajaan Islam.

Setelah menjawab kedudukan hadis tersebut, juga berbicara tentang beberapa isu menerusi telefon dengan Ahli Parlimen tersebut. Beliau bertanya.

“anta di mana??” soalnya….

“Di UM, PJ” jawabku ringkas…

“ana ada program di salah sebuah gereja di PJ, datanglah sama” jemputnya…

“menarik tu… apa-apa hal, ana telefon balik tuan haji” jawabku teruja dengan keberanian seorang YB PAS berstatus Profesional, yang bersedia berhujjah tentang Islam dihadapan penganut kristian.

Selepas menunaikan solat jumaat, bersama seorang “anak buah”, kami terus pergi makan di UM. Setelah selesai “pelahap”, kami terus ke Gereja tersebut untuk mendengar hujjah-hujjah Islam yang akan diperdebatkan dalam rumah ibadat bukan agama Islam.

Aku seorang sahaja berpakaian jubah. ”Anak buah” aku pula, berbaju melayu. Yang lainnya pula, berpakaian biasa, walaupun ada yang tidak menutup aurat, dan ada yang menutup aurat.

Kami disambut dengan senyuman ”sang penyambut tetamu” yang berbangsa india. Kami membalas senyuman tersebut.

Kami mengambil tempat, dan mendengar hujjah-hujjah yang disampaikan oleh ahli penal-ahli penal yang hadir, termasuk YB PAS tersebut.

Aku agak kurang memahami Bahasa Inggeris, tetapi kehadiran ”anak buah” yang aku bawa bersama itu sedikit sebanyak memahamkan aku isi kandungan wacana tersebut.

Mendengar hujjah dari YB PAS yang merupakan salah seorang Ahli Penal itu, aku merasa bangga sebagai ahli PAS. Ini kerana, Islam yang disifatkan ”For All” ternyata telah berjaya di ”for All”kan di seluruh tempat, termasuk gereja.

Walaupun YB tersebut bukan orang yang berkelulusan agama secara formal, bahkan pendidikan agamanya boleh diistilahkan oleh ustaz Nik Abduh Sebagai ”ulama mee celup”, ternyata dalam berhujjah di hadapan hadirin dan hadirat beragama kristian, hujjahnya berjaya diterima, sehinggakan boleh dikatakan semua hadirin dan hadirat bertepuk tangan, tanda bersetuju dengan hujjah Islam tentang konsep hak menurut islam yang dikemukakan.

BANGSAR

Waktu asar sudah masuk. Aku terpaksa mengundur diri dari gereja. Kami terus naik kereta menuju ke masjid, menunaikan solat berjemaah di masjid bulat, Petaling Jaya.

Selesai solat di tunaikan, cadangan awalnya hendak pergi ke digital mall, PJ. Sebelum sampai, aku di telefon oleh salah seorang kawan rapat.

”Ya Syaikh !! anta di mana??” tanya ikmal (namanya berkebetulan) dengan suaranya yang mesra “alam”.

“ana di PJ la syaikh” balasku dengan suara “manja”.. heheh

“ana di Bangsar ini. Datanglah kat sini. Kita berwacana” jemputnya...

“bestnya tu... ok ana pergi sekarang” jawabku ringkas.

Aku terus membatalkan hasrat menuju ke Digital Mall, bahkan terus ke Bangsar untuk menghadiri satu wacana ilmu.

WACANA

Dalam wacana itu, banyak perkara yang dibincangkan. Aku amat tertarik, apabila konsep keadilan menjadi bahan bicara yang agak “panas”. Aku secara peribadi, baru sahaja mengkhatamkan kitab “Al-muwafaqat”, mengemukakan konsep “maslahah” dan “Mafsadah” yang aku fahami menerusi tulisan As-Syatibi itu.

Dengan kehadiran kawan-kawan yang lain, mereka juga mengemukakan pandangan plato dan socrates dan beberapa pandangan tokoh-tokoh yang lain tentang konsep keadilan, menyebabkan wacana kami itu menjadi agak meriah dan lebih menarik.

Kami mendapat beberapa titik kesamaan, disamping tidak menafikan wujud beberapa persoalan-persoalan yang perlu difikirkan untuk dicari jawapannya lagi. Walaubagaimanapun, wacana itu menarik dan cukup memberikanku input-input yang baru.

Cumanya, setelah selesai wacana. Dalam perjalanan pulang, aku berfikir banyak perkara. Isu politik semasa, isu parti, jemaah, isu ekonomi, kerajaan perpaduan dan berbagai-bagai lagi. Apabila hampir sampai di rumah, semua yang aku fikirkan itu melahirkan satu persoalan yang aku menganggap ianya penting untuk difikirkan. Iaitu, Islam itu, mahunya apa pak?? Mungkin, ianya akan di ulas dalam artikle yang akan datang..

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
1 mei 2009 * 10:15 malam

4 ulasan:

Ibnu Abas berkata...

bahkan pendidikan agamanya boleh diistilahkan oleh ustaz Nik Abduh Sebagai ”ulama mee celup”

Ust, ana rasa tak perlu diungkit perkara ni. Terus terang ana rasakan Ust Nik Abduh tak pernah berniat memperlekeh gol professional sbg "ulama mee celup". Cuma mungkin dia maksudkan wujud segelintir drpd mereka shj yang dikatakan 'mee celup'

wan berkata...

Bagus pengalaman ustaz wanji di gereja dan YB tersebut.

Teruskan, saya menyokong kerja dakwah itu.

man berkata...

tahniah buat YB tersebut serta semua yang berdakwah di gereja tersebut.

Sy cdg, ustaz Wan Ji dan ulama' lain pn perlu menguasai bahasa Inggeris agar dakwah lebih meluas.

Tanpa Nama berkata...

Salam, ustaz ni mcam kejar glamour jer....huhu