Selasa, 28 April 2009

KALAU UMNO BUAT KEPIMPINAN ULAMA???

KALAU UMNO BUAT KEPIMPINAN ULAMA???

Di awal pemerintahan Pak Lah menjadi PM, islam Hadhari di masyhurkan sehingga Terengganu yang berada di bawah pemerintahan PAS berjaya dirampas balik oleh UMNO, juga Kelantan terlalu hampir untuk bertukar tangan.

Ketika itu, ramai pengkaji-pengkaji beranggapan, istilah Islam yang digunakan oleh Pak lah, disamping imej ”Mr Clean” yang dimainkan media, juga faktor Pak Lah Cucu Tok Guru Haji Fahim ternyata berjaya memporak perandakan PAS.

Kini, setelah aku membaca istilah ”kepimpinan ulama” yang dimainkan, kadangkala aku terfikir sesuatu. Aku terfikir, kalau satu masa nanti, UMNO mengambil sikap untuk melantik Ustaz Nakhoi sebagai Presiden UMNO, Ustaz Firdaus sebagai Ketua Pemudanya dan Dr Mashitah sebagai Ketua Wanita.

Dan ketika itu, Ustaz Nakhoie melancarkan bentuk kepimpinan baru yang dinamakan sebagai Kepimpinan Ulama.

Padaku, semua itu tidak mustahil. Sebab, sebelum naiknya Pak Lah Badawi pun, tiada siapa yang menyangka UMNO yang syirik itu mahu menggunakan ”islam Hadhari” sebagai moto menarik pengaruh mereka.

Aku befikir lagi, jika UMNO menggunakan ”kepimpinan Ulama”, apakah yang PAS patut lakukan ketika itu???

Jika mahu menyatakan, UMNO sedang buat ”wayang kulit” dengan istilah tersebut, dirasakan rakyat agak kurang boleh menerima dengan apa yang nyatakan, kerana ternyata Presiden UMNO ketika itu adalah orang yang berkelulusan dalam bidang agama.

Aku berfikir lagi cara untuk menghadapi keadaan itu. tapi tidak berjumpa juga jawapan yang konkrit.

Fikir punya fikir, aku teringat kaedah mantiq menyebut;

”Ta’rif yang kuat adalah ta’rif yang jami’ dan Mani’”

Jins, Nau’ dan Fasl perlu letakkan pada tempatnya. Jangan jins diletakkan pada tempat Nau’, atau Nau’ diletakkan pada tempat Fasl. Atau, Fasl diletakkan pada tempat Nau’ dan Jins dan seterusnya.

Padaku, kepimpinan ulama adalah seperti kita meletakkan Fasl pada tempat Jins, yang sudah pasti ianya tidak konkrit.

Sekian

p/s : biarkan istilah Jins, Nau’ dan Fasl difahami oleh orang yang memahami sahaja. Kepada mereka yang tidak memahaminya, harap maaf. Sengaja tidak diterjemahkan dan ditafsilkan, kerana ianya untuk mereka yang bergelar ulama sahaja.

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
29 april 2009 * 1:25 petang

21 ulasan:

wan berkata...

Nasib Baik tak ada orang perlekeh sebagaimana penulis memperlekehkan istilah penulis blog lain.

"Kalau?" tak silap saya ustaz wanji ada tulis artikel tentang "kalau" beberapa bulan lepas.

TBO berkata...

salam

payah lerr ulama mi celup nak faham mungkin ulama mee goreng (pinjam istilah YB Khalid Samad) boleh faham kami yang hanya beehon sup ni lagi lah ustaz nak faham istilah tu, he he

Someone u know berkata...

http://nikabduh.wordpress.com/
untuk nta....bacalah

Tanpa Nama berkata...

al bakistani fikir :

Aku befikir lagi, jika UMNO menggunakan ”kepimpinan Ulama”, apakah yang PAS patut lakukan ketika itu???

aku jawab : Umno tidak mampu menggunakan "kepimpinan ulama" kerana sudah menjadi tradisi umno dengan kepimpinan profesional, persoalanya : adakah najib nak bg nakhaei terajui umno???

al bakistani fikir :

Aku berfikir lagi cara untuk menghadapi keadaan itu. tapi tidak berjumpa juga jawapan yang konkrit.

aku jawab : memg tidak ade jawapan yg konkrit untuk menjatuhkan "kepimpinan ulama"..

al bakistani fikir :

Fikir punya fikir, aku teringat kaedah mantiq menyebut;

”Ta’rif yang kuat adalah ta’rif yang jami’ dan Mani’”

aku jawab : "kepimpinan ulama" itu bukan ketegori ta'rif.. itu adalah motto @ slogan..

Dan persoalan aku : kenapa Al Bakistani seolah2 ingin mencari jalan untuk menjatuhkan golongan ulama???

Al-Bakistani berkata...

yap.. memang ia bukan ta'rif, tetapi pembinaan sesuatu moto juga perlu kepada sesuatu yang konkrit. makanya, ia perlu merujuk kepada keadah pembinaan ta'rif juga....

bukan isu ulama atau tidak.. tetapi, apakah wujud kemampuan untuk memajukan PAS dalam keadaan sekarang dngan slogan itu???

PAS sebelum ini ditampalkan dengan "parti surau dan masjid". alhamdulillah, dengan slogan "Pas For All", keinginan rakyat menerima PAS sudah menjangkaui kaedah lama...

faktor tok guru nik aziz, antara penyebab utama PAS menjadi for All...

justeru, pada ana, menimbulkan istilah "kepimpinan ulama" seakan-akan menafikan kemampuan dari golongan selain ulama.. bukankah itu sudah dilihat sudah wujud unsur "kasta"???

sedangkan, semua pihak, sama ada dari Ulama atau tidak, mempunyai sumbangan yang besar untuk PAS???

sebab itu, ana lebih bersetuju menggunakan kalimah;

"kepimpinan bertaqwa"..

kerana, kemuliaan disisi Allah adalah manusia yang bertaqwa....

jika kepimpinan bertaqwa di masyhurkan, sudah pasti UMNO tidak mampu untuk melawan PAS.. ini kerana, walaupun UMNO berbicara tentang Islam, tetapi Islam mereka tidak berasaskan ketaqwaan kepada Allah...

... kepimpinan bertaqwa merentasi zaman ...

sekian

Al-Bakistani

wan berkata...

Saya seorang professional, dari bidang arkitek. Tak merasa terpinggirpun bila ada yang mempertahankan istilah "kepimpinan ulama". Malah sememangnya dari dahulu semua peringkat dalam Pas memandang ulama itu sebagai pemandu ummah.

Saya dapat rasa mereka yang mengatakan "menafikan golongan selain dari ulama", jenis yang mula nak di ketengahkan dan merebut mahar nama dan iktiraf.

Kalau nak tukar presiden dan Timbalan, tak perlu mengungkit dan buat cerita sedih.

Al-Bakistani berkata...

bukan isu merebut mahar nama atau iktiraf, tetapi kemampuan membawa PAS lebih kehadapan dalam menghadapi segala dugaan dalam menyerang musuh Islam @ UMNO/BN....

Ulama boleh mendepani, tetapi ulama yang profesional.. profesional boleh mendepati, tetapi profesional yang ulama...

mengapa perlu mengetengahkan kalimah "ulama" sahaja, sedangkan ianya wujud unsur semata-mata mempertahankan jawatan. sedangkan, hak bukan golongan ulama juga perlu dihormati..

mungkin seorang profesional tidak menafsirkan isi hati ratusan malah ribuan profesional yang lain...

yang pastinya, Pas For All.. bukan Pas for Ulama....

sekian

p/s : jika "menafikan golongan selain ulama" dikira sebagai merebut mahar nama dan iktiraf, bagaimana pula mempertahankan golongan ulama untuk merebut mahar nama dan iktiraf.. mungkin ianya tidak wujud...??

Al-Bakistani

Tanpa Nama berkata...

persoalan 1 : siapakah yg paling tinggi taqwanya disisi Allah?

persoalan 2 : antara ulama dan profesional mane yang lebih tinggi taqwanya?

-- merujuk kepada cadangan al bakistani "kepimpinan bertaqwa"

-- buat pengetahuan al bakistani yg sememangnya sudah tahu pasal ni : umno tidak pernah tulus didalam pilihanraya dan sentiasa bermain kotor untuk menggapai kemenangan walau dengan apa cara sekalipun, bukan kerana motto PAS!!!

kejayaan gemilang mampu di capai di dalam PRU baru2 ini adalah hasil usaha bersama golongan ulama dan profesional, dan kemelut yg melanda dalaman umno juga banyak membantu kemenangan tersebut.

dengan pendapat al bakistani yg menyatakan perkataan ULAMA tidak seharusnya di tonjolkan bertujuan apa kah sebenarnya? bukankah Nabi ada menyatakan ulama lah pewaris kepada para Anbiya'? adakah maksud hadis itu adalah meragkumi perkara ibadah sahaja?


seperkara lagi, golongan ulama tidak pernah memandang rendah atau cuba menjatuhkan golongan profesional, bahkan sentiasa mengalu-alukan kerjasama serta komitmen profesional di dalam menguatkan parti..

Tanpa Nama berkata...

al bakistani kata :

p/s : jika "menafikan golongan selain ulama" dikira sebagai merebut mahar nama dan iktiraf, bagaimana pula mempertahankan golongan ulama untuk merebut mahar nama dan iktiraf.. mungkin ianya tidak wujud...??

ana kata : "mempertahankan" berbeza dengan "merebut"...
"mempertahankan" ialah org yg telah berada di tempatnya.
"merebut" ialah org yg cuba mengambil tempat org lain.

siapa yg mempertahankan dan siapa yg merebut??,, dan kenapa al bakistani mahu menjatuhkan golongan ulama? bukan setakat motto je ingin di ubah, bah kan saf kepimpinan tu sendiri ingin di ubah?

wan berkata...

Tak salah mempertahankan kempimpinan ulama. Sebab bagi saya jelas ulama sebagai pemandu ummah.

Selama ni performance okey, Kalau kalau ustaz nak parti lebih maju tak semestinya tukar kepimpinan yang ada.

Bagi saya optimis dengan gandingan mantap 2 pimpinan ulama. Tak menunjukkan professional tak boleh majukan parti pun.

Malah saya nampak, ada beberapa pimpinan yang boikot kepimpinan ulama ader lah. Ulama pun ada, termasuk ustazlah.

Saya nampak ustaz sengaja nak mereka isu untuk mengadu domba antara ulama dan professional, saya makin kecewa dengan ustaz.

Ustaz konar kemanapun, hakikatnya kemenangan parti adalah gandingan mantap presiden, timbalan dan semua ajk yang sedia ada.

Al-Bakistani berkata...

a) ulama atau profesional; manakah yang paling tinggi taqwanya???

pada ana, Nizar yang ilmunya tahap mee celup, lebih bertaqwa berbanding nakhie yang tinggi ilmu agamanya...


b) ulama mengikut ulama tafsir, seperti tafsiran Imam Ibnu Kathir adalah orang yang bertaqwa. ulama bermakna orang yang mengetahui. justeru dia tahu, bagaimana nak takut kepada Allah... cumanya, takut kepada Allah itu macam kaya. ada orang kaya 20 ribu, ada kaya 2 ribu. ada kaya 2 juta dll. justeru, orang taqwa (baca : ulama) itu ada yang 20 ribu. ada 2 juta dll juga.

bermakna, semua orang yang berjuang mahu menangkan islam adalah ulama, kerana mereka taqwa kepada Allah.

c) pada ana, kalimah ulama terlalu terbatas. ini kerana, sudah kebiasaan manusia menafsirkan ulama itu orang yang belajar agama secara formal. kan lebih baik guna kepimpinan bertaqwa. sebab, semua manusia ada harapan bertaqwa kepada Allah...

d) tidak dinafikan gabungan profesional dan ulama dalam memenangkan PAS dalam PRU baru-baru ini.. tetapi, kena ingat, PAS berada golongan ketiga selepas PKR dan DAP. justeru, bagaimana pula membawa PAS menandingi parti-parti dalam pakatan rakyat???? apakah masih tertakluk dengan cara lama???

e) benarkah golongan ulama tidak pernah memandang rendah kepada golongan profesional??? mungkin apa yang ana lihat dengan mata kepala ana selama ini adalah salah...

f) ana tidak fikir, ulama sahaja mampu memandu ummah. tetapi orang yang mampu memandu ummah adalah orang yang bertaqwa, walaupun dia bukan ulama (baca : orang belajar agama secara formal). buktinya, Nizar berjaya menjadikan non muslim baca Al-Quran...

g) ana tidak mengadu domba dengan istilah "ulama" dan "profesional", justeru ana menyeru kempinan bertaqwa.... kalau pertahan kepimpinan ulama, bukankah disitu sudah wujud "adu domba".. melahirkan golongan kelas pertama dan kedua???

h) ana tidak nafikan hakikat kemenangan dengan gandingan mantap.. tetapi, pada ana, walaupun sukarno itu hebat menjatuhkan penjajah, tetapi belum tentu dia berjaya membangunkan negara di atas runtuhan penjajah...

pada ana, kita sudah hampir berjaya menjatuhkan penjajah bernama UMNO/BN, tetapi belum berjaya lagi menjahanamkan mereka...

ulama mampu, profesional juga mampu. tetapi, ulama yang bagaimana??? dan profesional yang bagaimana??

semuanya bermula dari pencerahan pemikiran....

sekian

Al-bakistani

Tanpa Nama berkata...

kenapa di bandingkan nizar dan nakhaei? yg permasalahan timbul adalah di dalam kepimpinan PAS, saya tak perlekehkan nizar atau sesiapa pimpinan PAS, bukan kah ade ulama su'? bila seseorang ulama berada di dalam UMNO confirm dah diaorg ulama su'.
jika Al bakistani mencemuh ulama di dalam UMNO itu memg tepat, tetapi kenapa ulama di dalam PAS yg menjadi tumpuan Al Bakistani?

Tanpa Nama berkata...

Al bakistani kata:

g) ana tidak mengadu domba dengan istilah "ulama" dan "profesional", justeru ana menyeru kempinan bertaqwa.... kalau pertahan kepimpinan ulama, bukankah disitu sudah wujud "adu domba".. melahirkan golongan kelas pertama dan kedua???

PERSOALAN : Bagaimana dengan sabda Nabi yang berbunyi " Al-Ulama' warasatul Anbiya' "... kenapa Nabi tidak sebut "Al-Muttaqin warasatul Anbiya' "... adakah ini Al-Bakistani akan ketegorikan sebagai "adu domba" ?? ingat, ini adalah HADITH SOHEH.. berhati2 di dalam berhukum, jangan cuba untuk membetulkan pendapat enta sekiranya pendapat enta bercanggah dengan NAS al-Quran dan Hadis.

Tanpa Nama berkata...

Al-Bakistani cakap:

f) ana tidak fikir, ulama sahaja mampu memandu ummah. tetapi orang yang mampu memandu ummah adalah orang yang bertaqwa, walaupun dia bukan ulama (baca : orang belajar agama secara formal). buktinya, Nizar berjaya menjadikan non muslim baca Al-Quran...

PERSOALAN : adakah enta tidak wala' kepada kepimpinan ULAMA'?? dan adakah ULAMA yg memimpin PAS sekarang tidak berwibawa? knp?

Tanpa Nama berkata...

al bakistani kata :

d) tidak dinafikan gabungan profesional dan ulama dalam memenangkan PAS dalam PRU baru-baru ini.. tetapi, kena ingat, PAS berada golongan ketiga selepas PKR dan DAP. justeru, bagaimana pula membawa PAS menandingi parti-parti dalam pakatan rakyat???? apakah masih tertakluk dengan cara lama???

PERSOALAN :kenapa PAS berada dalam golongan ketiga selepas PKR dan DAP?

wan berkata...

g) ana tidak mengadu domba dengan istilah "ulama" dan "profesional", justeru ana menyeru kempinan bertaqwa.... kalau pertahan kepimpinan ulama, bukankah disitu sudah wujud "adu domba".. melahirkan golongan kelas pertama dan kedua???

-Masya Allah. Selama ni aku salah sebab pertahan kepimpinan ulama yer?

h) ana tidak nafikan hakikat kemenangan dengan gandingan mantap.. tetapi, pada ana, walaupun sukarno itu hebat menjatuhkan penjajah, tetapi belum tentu dia berjaya membangunkan negara di atas runtuhan penjajah...

-Belajarlah dari sejarah permulaan pentadbiran di bawah Tuan Guru Nik Aziz. Ustaz bercakap seolah orang UMNO yang memperlekehkan Pas satu ketika dahulu.

Al-Bakistani berkata...

Terima kasih kerana banyak komen.. baru buka internet.. sebab terlalu sebut pada hari ini..

Ana rasa, banyak persoalan-persoalan yang ditimbukan, tidak perlu ana jawab, tetapi segala jawapan itu sudah wujud dalam minda pembaca-pembaca yang membaca soalan tersebut.

Cumanya yang ingin ana sentuh, hanya pada sudut ”ulama pewaris nabi” dari hadis yang diungkapkan.

Ianya berbunyi;

”PERSOALAN : Bagaimana dengan sabda Nabi yang berbunyi " Al-Ulama' warasatul Anbiya' "... kenapa Nabi tidak sebut "Al-Muttaqin warasatul Anbiya' "... adakah ini Al-Bakistani akan ketegorikan sebagai "adu domba" ?? ingat, ini adalah HADITH SOHEH.. berhati2 di dalam berhukum, jangan cuba untuk membetulkan pendapat enta sekiranya pendapat enta bercanggah dengan NAS al-Quran dan Hadis”

Untuk kita mengulas tentang hadis ”ulama perwaris nabi”, lebih baik kita faham dahulu maksud hadis itu menerusi syarh hadis, bukannya tafsiran kita sendiri.

Hadis riwayat bukhari ini, bukan sekadar dari kitab sahih Al-Bukhari sahaja,. Bahkan, ianya mengandungi sambungan yang lain, menerusi kitab-kitab hadis yang lain....

Abu Daud meriwayatkan;

وَإِنَّ الْعُلَمَاءَ وَرَثَةُ الْأَنْبِيَاءِ وَإِنَّ الْأَنْبِيَاءَ لَمْ يُوَرِّثُوا دِينَارًا وَلَا دِرْهَمًا وَرَّثُوا الْعِلْمَ فَمَنْ أَخَذَهُ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ

Ulama adalah pewaris nabi, dan nabi itu tidak mewarisi Dinar dan dirham, tetapi mewarisi ilmu. Barangsiapa mengambil ilmu itu, maka dia telah mengambil dalam bentuk yang sempurna” (Abu Daud :3157)

Jika kita perhatikan pada hadis ini, difahami maksud ulama dari hadis ini adalah golongan ilmuan (mewarisi ilmu).

Apabila disebut golongan ilmuan, sudah pasti tidak dibataskan kepada pengajian yang wujud di fakulti Syariah dan usuluddin sahaja. Bahkan, ilmu Allah taala yang dipakari Nabi SAW itu menjangkaui lainnya, seperti perubatan, arkitek dan banyak lagi...

Itulah yang dimaksudkan dengan hadis, ”Ulama pewaris Nabi”...

Keadaan ini berbeda dengan kefahaman ’uruf orang malaysia, khususnya orang PAS. Ini kerana, maksud ”Ulama” yang difahami adalah ”orang yang emmpunyai pendidikan agama secara formal.. adapun yang mempunyai pendidikan agama yang tidak formal, tidak disebut sebagai ulama, malah disebut ”profesional” atau dalam bahasa Ustaz Nik Abduh ”ulama Mee celup”.

Justeru, ana beranggapan kalimah ”ulama” itu tidak diharmonikan definisinya dari ’uruf pemikiran rakyat Malaysia –khususnya orang PAS. Ekoran itulah, ana mahu mencadangkan ”maqasid” disebalik maksud ulama, iaitu golongan yang bertaqwa kepada Allah.

Makanya itulah, maksud dengan firman Allah;

إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ

Maksudnya;
”hanyasanya, orang yang paling takut kepada Allah adalah ulama”... (surah fatir ; 27)

Ayat ini beerti, orang yang takut kepada Allah itu adalah ulama. Dan ulama itu adalah orang yang takut kepada Allah.

Bermakna, jika ia adalah profesional yang berjuangkan memenangkan islam, sudah pasti ia adalah bertaqwa, dan sudah pasti dia adalah ulama.. adapun jika dia mempunyai pendidikan yang tinggi, tetapi tidak berusaha memenangkan Islam, bermakna dia tidak mempunyai ketaqwaan, dan sudah pasti dia bukan ulama, walaupun dia belajar agama secara formal.

Yang ingin ana tekankan disini, kepimpinan yang bertaqwa dan berharaki. Itu lebih penting pada diri ana... berbanding, kepimpinan ulama yang tidak berharaki...

Sila baca artikle;

http://g-82.blogspot.com/search?q=berharaki

sekian

Al-Bakistani

Tanpa Nama berkata...

Abang long,

Ana sangat setuju dengan us Wan G.Perlu anjakkan kepada pimpinan yang bertakwa bukan borong kepimpinan kepada nama tampa ukuran kemampuan dan ketakwaan.

Akibat kasta ulama, kepimpinan ulama semakin lesu dan tidak bermaya. Tarbiyah dalaman tak jalan dan program dakwah kepada masyarakat berbilang kaum termasuk melayu tak kelihatan. Ini belum sebut Sabah dan Sarawak.

Kepimpinan jemaah perlu disandarkan kepada pemimpin bertakwa dengan syarat-syarat asas yang perlu ada.

wan berkata...

Straight to the point:

Buktikan pada ana dimana tidak intelek dan professionalnya Ustaz Nasha dan Tuan guru haji hadi?

Dimana tidak harakinya?

Saya bosan dengan pujangga yang cuba konar dengan kepimpinan bertaqwa. Ustaz wanji?

abu muhammad berkata...

Salam..

1.Syeikh..bila ana baca komen2 dr sahabat2 kita, ana jd takut jika jamaah kita berpecah dan jd puak2 yg susah nak bersatu.

2.Syeikh,ana rasa enta tak payahlah bukak artikel yg membuka ruang kepada shbt2 kita saling berbalah.

3.Pd ana, eloklah enta guna saluran yg betul pd muktamar nanti.Enta boleh datangkan usul 'Kepimpinan Bertaqwa' dan usul tu akan dibincangkan pada muktamar dgn ilmuan2 yg hadir pada muktamar nanti.

4.sekiranya usul enta ni ditolek@tertolak, janganlah saling salah menyalahi antara satu sama lain.

5.Cantiknya kalau kita sama2 dpt meniru gaya Imam Syafi'e yg lebih suka pendapatnya ditolak drpd diterima.

Sekadar luahan rasa cetusan kasih sayang

Wassalam

Tanpa Nama berkata...

Salam..

1.Syeikh..bila ana baca komen2 dr sahabat2 kita, ana jd takut jika jamaah kita berpecah dan jd puak2 yg susah nak bersatu.

2.Syeikh,ana rasa enta tak payahlah bukak artikel yg membuka ruang kepada shbt2 kita saling berbalah.

3.Pd ana, eloklah enta guna saluran yg betul pd muktamar nanti.Enta boleh datangkan usul 'Kepimpinan Bertaqwa' dan usul tu akan dibincangkan pada muktamar dgn ilmuan2 yg hadir pada muktamar nanti.

4.sekiranya usul enta ni ditolek@tertolak, janganlah saling salah menyalahi antara satu sama lain.

5.Cantiknya kalau kita sama2 dpt meniru gaya Imam Syafi'e yg lebih suka pendapatnya ditolak drpd diterima.

Sekadar luahan rasa cetusan kasih sayang

Wassalam