Lim Guan Eng menjadikan Omar Bin Abdul Aziz sebagai idola pemerintahan, bukan kerana bangsa, tetapi kerana Islam agama telus
PERLU PERTAHANKAN KEPIMPINAN ISLAM
Kepimpinan Ulama berjaya dinobatkan selepas kejatuhan PAS di bawah kepimpinan Dato’ Asri. Kejatuhan PAS ketika itu, bukan kerana factor Dato’ Asri yang datang dari kalangan Profesional, tetapi disebabkan PAS ditendang keluar dari BN seperti anjing kurap.
Perjuangan PAS ketika itu, dilihat meletakkan Islam sebagai asas, tetapi dilihat pemikiran yang masih bersulamkan semangat nasionalis masih lagi wujud. Keadaan itulah, menyebabkan rakyat lebih melihat melayu berbanding Islam, yang akhirnya mereka meninggalkan PAS, dan menyokong UMNO.
Selepas dari itu, Minda berasaskan Nasionalis Melayu ini berjaya dibuang dari pemikiran rakyat; terutama dari kalangan Ahli PAS.
Padaku, tokoh dalam PAS yang terlalu serius berusaha kearah itu adalah, Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nikmat.
Tidak dinafikan, usaha dari kalangan pimpinan yang lain, tapi keseriusan dan penerimaan secara bertapak dalam jiwa, bermula dari tutur kata dan tindak tanduk Tuan Guru Nik Abdul Aziz.
Kejayaan itu amat terserlah, dengan kejayaan memerintah Kelantan pada tahun 1990. Makanya, ”One Malaysia” memerhatikan Kelantan. Ianya kerana, Kelantan ketika itu diperintah oleh seorang tokoh berbadan kecil, berpakaian ulama timur, disamping mendapat gelaran tuan Guru yang tidak pernah wujud dalam sejarah, wujudnya mana-mana tuan guru pun menjadi pemimpin negeri, bahkan yang wujudnya adalah menjadi guru-guru di pondok-pondok.
Tun Dr Mahathir yang terkenal kedikdatoran pun tidak berjaya merampas kelantan dari tangan Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Semangat Nasionalis Melayu yang ditanam oleh UMNO, berjaya dihapuskan oleh Tuan Guru dengan Semangat Islam.
Tok Guru sendiri ”turun padang” menerangkan pemerintahan Islam. Memberikan logik dan kerelevanan Islam memerintah berbanding lainnya.
Kejayaan ini, bukan kerana faktor Tuan Guru sebagai Ulama sahaja, tetapi kerana berfikiran kehadapan, berfikiran terbuka, berjiwa besar, berbeza pendapat dengan sulaman hujjah dan sebagainya.
sejak dari itulah, istilah kepimpinan Ulama dinobatkan sebagai satu kejayaan. Bermakna, sebelum itu, usaha menobatkan kepimpinan Ulama adalah usaha yang tidak sia-sia.
Menunjukkan, kejayaan kepimpinan Ulama adalah kerana berjaya membuangkan semangat Nasionalis Melayu dengan menjadikan Islam sebagai dasar pemikiran ahli-ahli PAS.
Pun begitu, ada ulama-ulama yang masih lagi berfikiran Nasionalis Melayu. sebab itu, lahirnya tokoh bernama Ustaz Nakhaie, Ustaz Firdaus dan banyak lagi. Kemana mereka itu semua???
Apabila mereka meletakkan semangat Melayu mengatasi Islam, ataupun mencampur baurkan semangat Islam dan melayu, menyebabkan mereka sudah ketinggalan di bumi, dikala semua ulama-ulama menunggang roket sudah sampai ke bulan.
Justeru, Ulama PAS sudah berada kehadapan dengan semangat Islam mengatasi kemelayuan, maka jangan dikebelakangkan mereka dengan pemikiran melayu yang disama banyakkan dengan semangat Islam.
Jika ini berlaku, tidak mustahil zaman kegemilangan Ulama PAS akan jatuh disebabkan tangan-tangan sang pembawa bendera melayu.
Padaku, PAS hebat selepas kejatuhan Dato’ Asri bukan kerana kejatuhan profesional, tetapi kerana kehebatan Ulama menghapuskan semangat nasionalis Melayu dari jiwa-jiwa Ahli PAS. Justeru, jika ulama membawa semangat nasionalis melayu, tidak mustahil, Nasib PAS seperti sejurus kejatuhan Dato’ Asri akan berulang kembali.
Sekian
p/s : faktornya bukan ulama atau profesional, tapi Islam mengatasi nasionalis melayu.
Wallahu ’Alam
Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/
ustaz_bakistani@yahoo.com
- Sri Indah (B), Sg Buloh
29 april 2009 * 11:59 pagi

3 ulasan:
kalaulah UMNO betul2 nak bantu Melayu tak payahlah susah2 nak tawan & tindas Kelantan..kan Kelantan tu majoritinya Melayu...
Assalamualaikum wbt,
Sekadar memberikan sedikit pandangan.
Saya melihat akibat dari penerapan sistem pendidikan sekular, maka wujud 2 kelompok yang sangat berbeza, secara mudahnya boleh disebut sebagai golongan profesional dan golongan agama. Sampai wujud keadaan dimana sesetengah pihak berpandangan pemerintah mesti dari golongan professional dan ada juga yang merasakan mesti dari golongan ulama.
Pemisahan ini sampai mewujudkan profesional yang dangkal pengetahuan agamanya, akhirnya menjadi manusia yang lemas dalam lautan kapitalisme. Dan masa yang sama, golongan agama pula sangat umum pengetahun semasa dan tidak dinamik.
Pada saya, ini adalah kesan dari sekularisme. Walhal berabad lamanya Islam tertegak, para khalifahnya adalah orang yang faham persoalan politik dengan jelas, professional cara kerjanya dan mendalam ilmu agamanya.
Dan inilah suasana dalam kehidupan Islam. Suasana ini pudar apabila sekularisme diterapkan dan universiti2 tidak lagi mengajar Islam secara talaqi, tetapi mengikut sistem silibus. Dan Islam hanya diajar sebatas fikrah tanpa menekankan aspek perlaksanaan(thariqah).
InsyaAllah, dengan penerapan kembali sistem Islam, apa pun bidang yang kita ikuti, kita mampu menjadi individu yang faqih fiddin dan tinggi etika profesionalisme, malahan lebih hebat dari cerdik pandai yang ada sekarang, amin.
Salam perjuangan.
Ek eleh, cakap jer nk cover profesional....org baca pun dh tau la ustaz.
Catat Ulasan