Dulu Mahathir pernah kata, Zaman Nabi tak ada pisau cukur, sebab tu nabi berjanggut. Tun tidak pernah minta maaf. justeru, Bila agaknya Presiden BBPM nak desak Mahathir minta maaf dengan umat Islam???
SOKONG UMNO/BN SUDAH CUKUP PERSENDA ISLAM
Malaysiakini melaporkan;
“Satu laporan polis dibuat terhadap setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming kerana didakwa mempersendakan Islam dalam ceramah politiknya dalam pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang”
“Dalam laporannya itu, Osman mendakwa Nga mempersendakan Islam dengan menyebut ayat al-Quran daripada Surah Al-A' raf untuk tujuan kempen dan menyebutkan secara tidak betul”.
“Beliau mendakwa Nga - yang juga ahli Parlimen Taiping dan ADUN Pantai Remis - menyebut Surah Al-A'raf sebagai Al-Aurah dalam satu ceramah dua hari lalu[1]”
KOMEN:
Ada beza antara persenda dengan tersilap??.
Kalau orang berbangsa cina yang terkenal dengan “telo” cina menyebut “al-aurah”, sedangkan sebenarnya “Al-‘Araf”, maka itu bukan persenda, tapi tersilap menyebut.
Semasa aku belajar di Pakistan. Ramai dari kalangan imam-imam Pakistan yang tidak boleh sebut “waladdolin” ketika membaca surah Al-Fatihah. Tapi, mereka baca “walazzolin”. Iaitu huruf Dod, jadi Zo.
Jadi macam tu kerana lidah bangsa Pakistan ada masalah kefasihan dalam menyebut huruf “dod”. Tindakan mereka itu, bukanlah kerana persenda Al-Quran, tetapi ia adalah problem kefasihan.
Adapun persenda, mesti ada unsur niat dan kehendak untuk mempersenda Islam. Jika tidak ada unsur niat atau kehendak, maka itu tidak disebut sebagai persenda.
Kalau macam UMNO/BN dakwa undang-undang islam tidak layak dilaksanakan dalam pemerintahan. Itu adalah persenda Islam.
Juga boleh disebut sebagai persenda Islam, jika menyebut mahu melaksanakan islam, tetapi sekadar gimik, atau ilusi demi mencari pengaruh, sedangkan hakikatnya tidak mahu laksanakan islam.
Keadaan ini pernah berlaku pada zaman Omar bin Al-Khattab semasa jadi Khalifah. Beliau melarang orang islam membaca Surah “’abasa” bagi solat jahar; maghrib, isyak, Jumaat dan Subuh. Alasan larangan beliau adalah kerana, ramai orang munafiq yang membacanya dengan tujuan menghina Nabi SAW. Kerana, surah tersebut adalah teguran Allah terhadap kesilapan Nabi SAW yang agak kurang melayan seorang sahabat buta bernama Abdullah bin Ummi Al-Maktum ketika baginda sedang bersembang dengan beberapa tokoh kafir.
Jika dilihat dengan tindakan Omar bin Al-Khattab yang melarang itu, kita dapati Omar melarang membaca salah satu surah dari Al-Quran, sedangkan membaca Al-Quran adalah satu tuntutan. Pun begitu, dilarang membaca surah tersebut dalam solat jahar kerana melihat niat jahat orang-orang Munafiq yang mempersenda Nabi SAW.
Keadaan yang sama juga berlaku pada UMNO/BN jika mereka bercakap Islam. Mereka bercakap Islam, bukan kerana mahu melaksanakan Islam, tetapi semata-mata mahu mencari pengaruh politik sesat mereka. Jika mereka tidak sesat, sudah pasti Malaysia sudah jadi negara Islam. Sedangkan, walaupun sudah lebih 50 tahun memerintah, masakan negara Islam, orang Islam yang wujud pun semakin ramai yang keluar Islam dan semakin yang tidak memahami Islam.
Nyatalah, Sokong UMNO/BN pun sudah cukup untuk seseorang itu mempersenda Islam.
Sekian
p/s : bersyukurlah kalau sudah ada non muslim yang nak baca Al-Quran. Itu adalah permulaan mereka mengenali islam. Yang paling penting UMNO kena fikir, ramai ahli mereka yang bukan sekadar salah baca Al-Quran, malah amat ramai yang jahil murakkab tentang Al-Quran. Kalau tak percaya, Cuba suruh Tun Mahathir atau Najib Tun Razak baca Al-Quran.
Wallahu ‘Alam
Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com
ustaz_bakistani@yahoo.com
- Sri Indah (B), Sg Buloh
6 april 2009 * 1:19 petang
1 ulasan:
sebenarnya geng2 DAP ni start baca terjemahan Quran semenjak Nizar jadi MB Perak..tiap kali nak mula mesyuarat, Nizar akan baca ayat Quran dulu walaupun ramai non muslim dalam meeting tersebut..sampai geng2 DAP pun mula nak ambik tahu apa yang best sangat dgn Quran ni..
Catat Ulasan