Isnin, 13 April 2009

TOK GURU NIK ABDUL AZIZ YANG MENGKAGUMKAN

TOK GURU NIK ABDUL AZIZ YANG MENGKAGUMKAN

Emy Search kagum dengan Tok Guru, Renggo pula sampai masuk PAS apabila melihat kepimpinan Tok Guru. Siti Norhaliza bersama suami juga berminat dengan cara Tok Guru.

Tok Guru Nik Abdul Aziz, walaupun mempunyai umur yang agak lanjut, tetapi orang yang meminati beliau ramai terdiri dari anak-anak muda. Mereka kagum dengan Tok Guru, disamping itu pula, Tok Guru tidak pernah menganggap anak-anak muda yang tidak sealiran dengan beliau sebagai “manusia ganjil”.

Ekoran dari itu, Tok Guru Nik Abdul Aziz di sayangi ramai.

Tidak ketinggalan juga yang meminati beliau adalah orang bukan Islam. apabila disebut tok guru Nik Abdul Aziz, pasti India dan cina akan memuji. Kalimah keji, jauh sekali kedengaran.

Aku ada merancang untuk diadakan pertemuan antara Tok Guru Nik Abdul Aziz dengan seorang penyanyi yang agak masyhur di Malaysia, iaitu Saudara Faizal Tahir.

Aku menjangkakan, Faizal akan menolak. Tetapi membanggakan, apabila Faisal terkejut dengan menyatakan bahawa beliau tidak menyangka, beliau juga boleh bertemu dengan Tok Guru Nik Abdul Aziz bin Nikmat, walaupun ramai orang-orang PAS yang melihat “sinis” kepada beliau.

Ternyata, Tok Guru Nik Abdul Aziz seorang tokoh dakwah yang sukar untuk dicari ganti. Seorang tokoh yang berjaya mengubah suasana dan pemikiran rakyat terhadap islam.

Tahniah Tok Guru Nik Abdul Aziz !!!!

Sekian

p/s : jika indonesia ada sang murabbi yang bernama Ustaz Rahmat, kita di Malaysia pula ada sang murabbi yang bernama Nik Abdul Aziz bin Nikmat. Kedua-dua ini, tokoh yang mengkagumkan.

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com


- Sri Indah (B), Sg Buloh
14 april 2009 * 11:11 pagi




5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tak ada siapa sangkal kebaikan tok guru tetapi yang di sangkal wan ji menabur fitnah.....

Al-Bakistani berkata...

fitnah??? boleh nyatakan apakah fitnah yang dilakukan itu???

masa penarik beca dedahkan tentang pertemuan belakang tabir dengan UMNO pun, orang kata dia fitnah. tiba-tiba betul...

biasalah..memang lumrah manusia begitu..

apabila seseorang itu tidak berpihak kepada kita, pasti kita akan menganggap orang itu sebagai musuh. walupun yang disebut itu adalah benar..

sekian

Al-bakistani

Saifudin berkata...

perasan atau tidak, 'aura' tok guru seperti meluncur laju ibarat keretapi laju, setelah beliau 'mati hidup semula' (kerap tok guru ayat ni) tahun 2004, akibat serangan jantung.

WaLlahu a'alam

roslan sms berkata...

Terima kasih atas keprihatinan anda

Ada dua rakan blogger yang sedang berpesta atas nasib yang menimpa saya sehingga ramai yang memohon agar saya memberikan respon atau ulasan. Saya tidak bercadang berbuat demikian kerana saya menulis bukan untuk mengadu-domba apalagi menabur fitnah dan nista, kalau mereka begitu biarkan tetapi saya tidak.

Alhamdulillah, bagi saya, apa yang menimpa saya itu adalah ujian dari Allah swt, dan dari nasihat sahabat-sahabat saya telah dapat menerimanya dengan hati yang terbuka.

Menang kalah adat pertandingan, apalagi pertandingan dalam jemaah. Jangan sampai menang jadi arang kalah jadi abu.

Ramai yang pernah menempuh kekecewaan dalam perjuangan, dari Khalid al Walid yang dilucutkan jawatan, Almarhum Dr Zulkifli Muhammad yang pernah tewas bertanding jawatan nombor satu parti dan ramai lagi termasuk yang berjawatan tertinggi hari ini. Bukankah bertanding dalam jemaah itu “Fastabiqul Khairot” iaitu berlumba-lumba mencapai kebaikan. Jangan kita menganggap rakan dalam jamaah bagai musuh mengatasi musuh kita yang sebenar.

Perjuangan ini perlu terus digalas dan dijunjung kerana laluannya masih luas terdampar di hadapan. Yang kalah yang menang semuanya kena berjuang. Saya insyallah akan terus berjuang. Saya tidak bimbang pada cemuhan mereka yang mencemuh itu sebab saya lebih bimbang dan takutkan cemuhan Allah swt.

Mulialah mereka yang menang atas kebaikan diri peribadi dan akhlak serta kemampuan untuk berjuang, kerana nanti ia mampu membawa kebaikan kepada jemaaah, jika sebaliknya arang dan abulah akan jadi hiasan jemaaah. Individu tidak penting yang penting adalah nasib dan masa depan ummah dan Islam.

Bekerjalah untuk Allah seikhlas dan sebaik mungkin. Biarlah Allah yang mengukur kita bukaannya orang lain apa lagi diri kita sendiri.

Hidup ini bagaikan roda, yang penting adalah istiqomah dalam perjuangan jangan fitnah dan pukul kawan-kawan, sentiasa berdiri atas kebenaran dan keadilan, bersama-samalah mengejar redha Allah dan menjauhkan murka Nya.

Al-Bakistani berkata...

tahniah kepada saudaraku Roslan SMS. kemenangan kekalahan adalah lumrah.. diharapkan anda orang yang bergembira dengan kekalahan, sepertimana bergembiranya para salaf soleh terdahulu dikala tidak terpilih menjawat sebarang jawatan amanah....

bak kata pepatah;

"jawatan adalah amanah, bukan anugerah"....

sekian

Al-Bakistani