Isnin, 13 April 2009

MUQABALAH ATAU ERDOGAN???

MUQABALAH ATAU ERDOGAN???

Nampaknya muktamar agong PAS tidak lama lagi bersua, menyebabkan berbagai-bagai isu dibincangkan. Puak erdogan dan puak muqabalah menjadi isu utama yang dibincangkan.

Pening apabila memikirkan hal itu. Tidak diketahui mana satu yang betul, sebab masing-masing ada hujjah masing-masing.

Aku merenung panjang. Fikirkan balik sebelum dua istilah ini timbul. Fikir punya fikir, terasa nak luahkan dalam blog ini.

Setahu aku, isu erdogan dan muqabalah tidak pernah timbul sebelum berlaku pilihanraya umum baru-baru ini.

Semasa PAS bersama dengan DAP, juga dengan PKR dalam usaha hendak bersiap sedia menghadapi pilihanraya umum, berbagai-bagai serangan UMNO lakukan. serangan yang di mainkan adalah, tentang perabungan antara PAS dengan parti bukan Islam dalam melawan UMNO. Ramai yang terpedaya dengan serangan UMNO itu, lebih-lebih lagi di kalanan golongan agamawan yang berada dipihak tidak berparti.

Ketika itu, aku masih ingat, ada seorang pimpinan PAS pusat yang dilebelkan sebagai ustaz muda dalam PAS telah menelefonku. Beliau minta agar aku menjawab isu tahaluf siyasi antara parti-parti ini menerusi laman blog berdasarkan konsep siyasah syariiyyah. Aku melakukan hal ini, sehingga segala susunan artikle-artikle itu, telah aku bukukan dalam sebuah karyaku yang bertajuk ”kerajaan pakatan rakyat dari kacamata siyasah syariiyyah”.

Maka pilihanraya umum pun berlaku. Maka lahirnya satu keputusan yang membanggakan, iaitu PAS berjaya mempertahankan kerajaan Kelantan dan menawan negeri kedah. DAP di Pulau pinang dan kerajaan campuran di Perak dan Selangor.

Dalam sedang kegembiranaan menyambut kemenangan tersebut, ketika itulah kita dihujankan satu berita yang amat menyedihkan. Iaitu didapati Dr Hasan Ali sebagai PJ Selangor telah mengadakan satu perjumpaan sulit dengan Khir Toyo pada 10 mac bagi membincangkan kerajaan campuran antara PAS dan UMNO di selangor, dengan menabalkan Dr Hasan Ali sebagai Menteri Besar Selangor dan Khir Toyo sebagai timbalannya.

Aku mendapat berita itu dari salah seorang pimpinan PAS di peringkat negeri yang merupakan ADUN yang menang. Aku mendapat maklumat itu pada 11 mac.

Mendapat berita sebegini, Aku tidak dapat membayangkan, apa perasaan Tan Sri Khalid ketika mengetahui pertemuan sulit tersebut, sedangkan ketika itu beliau dalam proses untuk ditabalkan sebagai Menteri Besar Selangor.

Tidak lama kemudian, terbunyi pula kisah muzakarah antara PAS dan UMNO. muzakarah yang di maksudkan, bukanlah muzakarah seperti yang pernah dilaungkan oleh Allahyarham ustaz Fadhil Nor dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz dahulu, tetapi muzakarah yang membayangkan gabungan parti antara PAS dan UMNO atas asas melayu-islam.

Muzakarah yang boleh disifatkan sebagai pertemuan ”menggunakan pintu belakang” ini didedahkan oleh Penarik beca, menyebabkan isu ini menjadikan suasana kelam kabut. Maka kedengaranlah penafian dari sebilangan pimpinan PAS pusat, seperti Mahfoz Omar sebagai ketua Penerangan PAS Pusat dan Ustaz Nasaruddin Mat Isa sebagai Timbalan Presiden PAS.

ini antara gambar yang tersebar di internet semasa isu muzakarah sedang hangat diperkatakan

Kemudiannya pula, kedengaran kenyataan Ustaz Nasaruddin mat Isa yang mahu menyaman pihak yang mendakwa bahawa beliau adalah antara yang terlibat dalam pertemuan tersebut.

Tidak lama kemudian, Pak Lah yang ketika itu PM malaysia menyebut bahawa sememangnya wujud pertemuan secara sulit antara beliau dengan beberapa orang tokoh pimpinan PAS sebanyak 3 kali.

Maka kelam kabutlah Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mengeluarkan kenyataan, mengakui bahawa sememangnya sudah wujud pertemuan antara PAS dan UMNO secara sulit. Begitujuga, Ustaz Nasaruddin mat Isa dalam beberapa sesi ceramah yang disampaikan oleh beliau.

Apabila berita ini sudah semakin hangat, Tok Guru Nik Abdul Aziz mula bersuara. Beliau membantah tindakan muzakarah yang ditafsirkan sebagai ”gabung dengan UMNO” itu.

Tok guru nik abdul aziz menyifatkan, tindakan mahu bermuzakarah dengan UMNO di kala ini adalah perangkap yang UMNO lakukan terhadap PAS. Perkara ini boleh dibaca menerusi buku ”kemuncup dalam perjuangan”.

Pimpinan PAS yang terdiri dari Majlis Syura telah mengadakan pertemuan dengan Tok Guru Nik Abdul Aziz. Hasil pertemuan tersebut, maka istilah muzakarah telah bertukar kepada muqabalah.

Dalam kekecohan itu, kedengaran pula lahirnya satu golongan manusia yang disebut sebagai ”Group anti husam”. Mereka mempunyai blog sendiri. Kandungan blog itu adalah maki hamun terhadap salah seorang Naib Presiden PAS, iaitu Datuk Husam musa, juga Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim.

Blog itu mendakwa, kononnya, Husam adalah ”budak suruhan” Anwar Ibrahim. Tidak diketahui, siapa sebenarnya penulis blog tersebut. Apakah benar penulis itu adalah orang PAS yang benci Husam, atau itu adalah blog propaganda UMNO yang mahu merosakan kesatuan PAS dengan DAP dan PKR.

Blog itulah yang memasyhurkan istilah erdogan. Kononnya, erdogan itu adalah Anwar Ibrahim. Golongan PAS yang cenderung kepada Anwar disebut sebagai ”team Erdogan”.

Maka dari situlah kedengarannya di mana-mana tentang pertembungan antara team erdogan dan team Muzakarah atau Muqabalah. Pertembungan itu semakin hangat, apabila Anwar Ibrahim mahu menumbangkan kerajaan BN pada 16 september.

Mustafa Ali mengeluarkan kenyataan akhbar di muka surat depan harakah, mendakwa bahawa 16 september itu adalah gagal. Tindakan Mustafa Ali itu dihentam keras oleh tuan Guru Nik Abdul Aziz, kerana menganggap itu merungkai balik segala keputusan muktamar PAS yang berlangsung di Perak, bahawa PAS komitmen dengan Pakatan Rakyat.

Didapati, 16 september sememangnya tidak menjadi. Diberitakan, Presiden PAS, iaitu Tuan Guru Abdul Hadi Awang, sebagai orang yang mewakili parti PAS tidak menandatangani surat persetujuan dengan berlakunya pertukaran kerajaan pada 16 september. Hujjah Presiden PAS tidak menandatangani surat persetujuan pertukaran kerajaan itu juga agak kukuh, iaitu kerajaan PR yang mahu ditubuhkan itu banyak terdiri dari orang bukan Islam.

Maka masih berdirilah BN di Malaysia. PR masih juga sebagai pembangkang sehingga hari ini.

Semenjak itulah, isu erdogan semakin hangat diperkatakan, sehingga kehari ini.

Justeru, aku beranggapan, jika tidak berlaku pertemuan ”pintu belakang” dengan UMNO, pasti isu team muzakarah dan team erdogan ini tidak akan menjadi isu yang penting. Pun begitu, ianya sudah berlaku. Apa boleh buat????

Sekian

p/s : ”di khabarkan Mat Sorento dari Kelana Jaya adalah mastermain dalam gabungan antara PAS dan UMNO di Selangor. Dan di khabarkan juga, usaha tersebut masih ”On Track””

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
14 april 2009 * 2:03 pagi


19 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya amat hormat ustaz sebelum ini walaupun telah ramai yg menanggap ustaz sebahagian drpd erdogan2 tersebut..

tp kali ini telah terang lagi bersuluh!

"Diberitakan, semuanya berpunca dari Presiden PAS, iaitu Tuan Guru Abdul Hadi Awang, sebagai orang yang mewakili parti PAS tidak menandatangani surat persetujuan dengan berlakunya pertukaran kerajaan pada 16 september."

berita dari mana anda dgr?..dan seterusnya menghukum presiden dengan khabar2 yg tidak sohih itu?

untuk blog anti husam pulak anda boleh sebut itu adlah propaganda umno?..brp sen mereka2 bayar kpd anda?

tahukah anda siapa presiden pas itu?siapakah yg anda harus wala'?

tolonglah hentikan dari memanaskan isu ini kembali!

Al-Bakistani berkata...

ana bukan menuduh. tapi memang termaktub dalam harakah bercetak..

antaranya;

kenyataan Cikgu Mustafa Ali : 16 sep gagal.

kenyataan Tok Guru Haji Hadi : AMARAN !! kerajaan PR mesti ramai orang Islam..

sekian

Al-Bakistani

Al-Bakistani berkata...

satu lagi terlupa;

berita dalam harakah tentang pertemuan 6 mata di kelantan; Tok Guru Nik Abdul Aziz, Tok Guru Haji Abdul Hadi dan Anwar Ibrahim di Kediaman Rasmi Tok Guru Nik Abdul Aziz, Kota Bharu....

nak tahu lagi berita lebih lanjut, boleh rujuk Tok Guru Haji Abdul Hadi sendiri... cikgu Mustafa Ali pun tahu...

sekian

Al-Bakistani

IbnuQalil berkata...

Salam a'laik,

Ustaz memang menulis fakta, tapi mengolahnya dalam mode yang buruk. Ada ustaz teliti kenapa Harakah cetak keluarkan perkataan AMARAN? Ustaz tak teliti bukan? Kalau ustaz teliti, ustaz akan tahu harakah yang silap. Even ustaz Din pun tegur harakah kt blog dia.

Isu 16september, ana lihat cikgu pa menyentuh kegagalan dr sudut teknikal. Maknanya x jadi sebab 16september bukan hari bersidang. Mcm mane nk usulkan kalau bersidang pun tidak. Jadi, teknikalnya, memang x logik la nk ubah kerajaan.

Sejak akhir2 ini ana melihat ramai dikalangan kita sudah berani mengutuk TGHH. sedarkah kita, siapa kita semasa TGHH balik dan berjuang sepenuh masa dgn pas. Pengorbanan beliau tidak dapat kita balas. Hanya Allah yg mampu balas. Tidak thiqah kah kita dgn kepimpnan TGHH? Masih terngiang di telinga ana bhw dulu TGNA pernah berkata bhw TGHH ni seorang yg alim dan wara'.

Ana sedih dgn keadaan skrg. Ada usaha hendak menjatuhkan majlis syura ulama. Lebih teruk ada yg mahu menggantikan kepimpinan ulama yg insyaallah bertaqwa kpd kepimpinan yg belum pasti bertaqwa tapi boleh buat kerja. Wallahua'lam.

Al-Bakistani berkata...

ana sokong tok guru Nik Abdul Aziz dan tok guru haji abdul hadi... kedua-dua tokoh ini amat di sayangi... siapalah PAS kini, jika tanpa kedua-dua tokoh yang hebat ini..

bagaimana pula jika wujud pertembungan???

itu yang memeningkan kepala ana...

sekian

Al-bakistani

Al-Bakistani berkata...

benarkah harakah yang silap?? memang harakah silap dalam cara mood tajuk, tetapi secara fakta kandungan, kenyataan itu meletakkan syarat non muslim kurang dalam kerajaan PR kan??

pasal kenyataan Cikgu Pa. memang dia mengulas dari sudut teknikal. tapi, bukankah itu hanya satu cabang yang kecil atas tidak berjayanya 16 september...??? yang apabila perkara asas selesai, perkara cabang boleh diselesaikan dengan senang...

oleh itu, bukankah di sana wujud perkara utama yang menyebabkan 16 september tak berjaya???

sekian

Al-bakistani

Insan Sahabat berkata...

salam.. saya sebelum ni cukup hormat pd ustaz.. tp semakin hari semakin hilang izzahnya.. kenapa?.. saya pun tak tahu.. tapi rasanya byk disebabkan bait kata2 usta dlm blog ustaz.. bagi saya cukup byk prasangka dan hasad.. maaf ustaz, ustaz carilah sendiri di mana 'ayat-ayat cinta tersebut' dlm tulisan ustaz.. apapun ustaz org yg cukup ilmu.. namun saya yg kurang ilmu ni rasa ustaz perlu dalami juga ilmu hati.. bersih hati insya Allah bersih.. kata2 adalah cernaan drpd hati.. maaf jika saya terkasar

Al-Bakistani berkata...

ya!! terima kasih atas komen-komen....

ana sedar sejak bila orang memarahani ana.. sejak tulisan ana "tidak berpihak". sejak ana buang "sentimen" kepartian ana. sejak ana menulis luar dari kotak ana.

ana lihat, apabila kesahalahan orang lain, yang dipersalahkan adalah orang lain.

mungkin kita tidak boleh menerima, apabila kesalahan yang telah kita tampalkan kepada orang lain itu sekian lama, lalu disebut, rupa2nya itu adalah kesalahan kita.

itulah yang ana maksud dengan 916...

dan ana sedar, pertembungan ini bukan berlaku di sini, tapi keseluruhan PAS menjadi begitu.

mungkin kita kena tukar cara kita berfikir.. kita tidak boleh menanam "kita sahaja yang terbaik", tetapi kita perlu belajar dari kebaikan orang lain juga.

sentimen bahawa PAS sahaja yang paling betul, pada ana perlu ditukar.. PAS adalah betul, tetapi bukan bermakna parti lain tidak betul.. yang baik kita terima, dan buruk kita buang...

PAS adalah parti Islam.. islam tidak pernah salah, tapi yang salah adalah manusia. sebab manusia tidak pernah sunyi dari salah dan silap...

hatta nabi SAW juga ada silapnya sehingga ditegur oleh Khabbab dalam perkara ijtihadiyyah. inikan pula kita manusia biasa...

jika salah, sila betulkan. tetapi, tolong nyatakan, di mana salahnya.. yang peliknya, dikatakan salah, tapi kesalahan itu tidak dikemukakan.. apakah itu prinsip Islam????


sekian

Al-Bakistani

Tanpa Nama berkata...

dlm hal ni..

nampak sgt ust xtau adab berjemaah!

berparti lain maknanya dgn berjemaah!

sy rase ust lebih tau!

ust dgr hujah drpd harakah saje..itu saje sumber ust bukan?..lantas terus menghukum

ust, mana tau ka harakah skrg da boleh "dibayar"..

dlm hal ini baik ust pergi berjumpa sdiri dgn presiden tentang hal ini! tanya sdiri!

drpd duk terus memburuk-burukkan!

berani ka ust?..kutuk blakng semua boleh!

sy penuh sedar bahwa pres bukan lah org yg maksum dan xboleh ditegur!

tp nk tegur kena ada adab2 nya!..contohilah pres yg terus g jumpa TGNA dlm byk perkara yg khilaf, yg mana TGNA mengaku salah kerana faham dgn maksud yg lain!

inilah adabnya!..jumpa terus!..sy cabar ust!..

kalau xnk! delete la entri ni dan xpyh gatal2 nk laga2kan org dlm pas!

Al-Bakistani berkata...

tak sangka pula harakah di bayar... sapa yang membayarnya???

kalau Presiden nak berjumpa, ana bersedia.. nak tanya, knp TOk Guru tak tandatangan???? setahu ana dari maklumat dari sebilangan YB-YB berkenaan, dimaklumkan bahawa YB-YB yang melompat ke Pakatan rakyat itu ramai non Muslim.. itu yang ana tahu la... tak tahu la ada hujjah lain...

ana bukan nak laga-lagakan. tapi, nak bagi penjelesan punca berlakunya perlagaan ini; perlagaan antara team muqabalah dan team erdogan...

sebab ana pening.. apa keputusan sebenar.. nak bersama pakatan rakyat ker?? nak gabung dengan UMNO???

dalam muktamar lepas, sepakat nak bersama pakatan rakyat.. luar muktamar pula, ada yang nak gabung dengan UMNO... mana satu ni???

sekian

Al-Bakistani

Tanpa Nama berkata...

salam syeikh..

1.dalam penulisan ana rasa eloklah kita sama-sama tiru gaya penulisan ulamak2 silam.

2.kalau betul kita menulis ini kerana berdakwah, eloklah perkara yg mulia ni kita mulakan dengan berwudhuk, solat sunat, istikharah dan minta pimpinan Allah.moga tulisan yg kita lahirkan ini akan mendapat manfaat oleh org yg membacanya.

3.kita kena tahu apakah keuntungan yg akan diperolehi oleh pembaca.kalau rasa2 banyak tulisan kita yg boleh menimbulkan rasa kurang senang pada pembaca,eloklah kita hentikan.

4.sayangi islam,dokongi jamaah, wala' pd pimpinan.manusia tak sempurna.alangkah indah dan cantik kalau gaya penulisan kita boleh membina kita bersama membetulkan segala kesilapan,tapi bukan menambah kepincangan dalam jamaah.

Ingat..kita hidup dalam jamaah yg sama-sama menegakkan Islam

Wassalam

Al-Bakistani berkata...

emmmm.. ana berfikir pula sebaliknya... isu team erdogan dan team muqabalah adalah isu yang telah ditimbulkan. perbincangannya sudah berlanjutan panjang, tak selesai..

justeru, tulisan ana ini kembali kepada asal punca wujudnya lebel-melebel team-team ini.. bila sudah nampak, kita kembali kepada asal. tu jer...

sebab itu, ana rasa kembali kepada asal, iaitu melawan UMNO untuk tegakkan islam.... baru kita akan bersatu.. bukannya wujud unsur mahu gabung dengan UMNO.. ini yang memeningkan kepala....

pasal gabung dengan UMNO. tukang buat kertas kerja tu pun ana tahu siapa... ana dah tengok kertas kerja gabung dengan UMNO tu.. ana cakap kepada tukang buat kertas tu, ana tak akan setuju ulasan itu.

ana rasa, bukan ana je pening macam ni... orang lain pun pening juga.... ramai kawan-kawan bawahan dari PAS yang bincang benda ini. cuba anta selami orang bawahan. mungkin anta akan faham situasi mereka.

bukti orang pening tak pening, cuba anta baca blog Penarik beca di artikle ini;

http://penarikbeca.blogspot.com/2009/04/hati-nurani-ahli-ahli-pas.html


sekian

Al-bakistani

Tanpa Nama berkata...

anta tak ingat ke anta pernah cakap rasa berdosa tolong pkr ni same je dengan umno! sekarang enta kata pas tidak selalunya betul kenapa enta x ungkapkan perkataan ni sebelum pilihan raya umum dulu?dan lagi satu kalau betullah TGHH x nak sign 916 punye form itu bukanlah keputusan peribadi beliau tetapi mungkin ape yg telah di putuskan di peringkat syura.bukanke anta dahulunya orang yg berpegang kuat dgn syura sehingga bersungguh2 mempertahankan syura dari gangguan anasir luar terutama dari kalangan profesional JIM.anta lebih memahami......

Al-Bakistani berkata...

1- sebelum pilihanraya umum, kita pakat lawan UMNO.. memang itu yang ana didoktrinkan.. tiba2 nak gabung dengan UMNO.. itu ana tak leh terima.... UMNO jijik dan kotor....

2- dakwah dalam PR lebih menampakkan islam bersifat universal.. bergabung dengan UMNO, menampakkan islam telah disempitkan. Islam hanya untuk orang melayu... pada ana, itu adalah sesat menyesatkan..

3- dalam Muktamar, menetakkan PAS bersama Pakatan Rakyat.. apakah muktamar itu bukan syura????

4- isu JIM.. ana mengaku dulu ana benci JIM. sebab ana didoktrin agar benci JIM. ana di ajar, JIM adalah adik beradik UMNO. sebab itu ana benci JIM. tapi kini, ana lihat ada pihak lain pula nak gabung dengan UMNO... pada ana, UMNO jijik dan kotor. bergabung dengan UMNO bermakna bergabung dengan Najis... bersih tong taik dengan masuk dalam tong taik....

5- ana tak masuk PKR, sebab PKR tidak meletakkan islam secara jelas dan nyata sebagai asas perjuangan.. tapi, ana hargai setiakawan dalam pakatan rakyat. sepertimana Nabi SAW setia dalam perjanjian hudaibiyyah...

sekian

p/s : kes hukum TAWAS macam mana??? tak langgar syura ker???

Al-Bakistani

Tanpa Nama berkata...

si bangang mana cakap pas nak gabung ngn umno????

aku(sori sbb guna ni)rase byk jugak kenyataan presiden yg menafikan terang2 utk tidak bergabung ngn umno?

pesal xpakai kenyataan itu?pesal?

dah la ust! makin byk ust ckp bende ni makin org menyampah dgn ust!

mengenai syura plak..hatta kalu mereka nk bergabung ngn umno pun kita sebagai pendokong kena taat dan wala'!..ni kan plak presiden menafikan utk bergabung!

sy budak u pun tahu gak serba sedikit mengenai adab2 berjemaah ni..ust yg sy kira dihormati ni, xkan xreti!

maaf!..

Al-Bakistani berkata...

memang Tok Guru Presiden kata tak akan ada gabung antara PAS dan UMNO.. tapi, kertas kerja nak gabung dengan UMNO sudah ada tau....

konsep wilayah tanfiz dan wilayah tafwidh yang dihujahkannya......

salinan kertas kerja tu pun ada kat ana...

antum budak u kena tau cerita sebenar.. bukannya dok baca melalui akhbar berita sajer.....

di selangor, Hasan ALi masih lagi buat pertemuan sulit dengan Khir Toyo tau.......

dan dalam dua minggu ini, ada pertemuan sulit dengan Zahid Hamidi pun ada... korang mana tau, sebab dok baca buku jer...

nak bertemu itu tak pe... tetapi, kenapa mesti sulit??? ada apa2 ker???

sekian

Al-Bakistani

IbnuQalil berkata...

Sejak bila pulak tulisan ustaz ni tidak berpihak??? Pening ana dengan ustaz ni. Yang ana tengok, penulisan ustaz ni asyik memihak kepada golongan irc jer. Terus terang jerlah ustaz, x yah selindung2.

Al-Bakistani berkata...

orang sudah hampir kepada perlaksanaan islam, anta masih lagi dok fikir pasal IRC lagi???

orang dok fikir, macam mana nak bagi non muslim terima Islam, dok fikir macammana nak bagi budak-budak hantu jadi baik, nak bagi rakyat malaysia faham Islam, tapi anta dok fikir lagi pasal benda-benda remeh macam ni...

patut pun Islam tak menang-menang pun.....

sekian

Al-Bakistani

aNaK BaPaK berkata...

WOI AL-BALISTANI..BRAPA DUIT GENG ERDOGAN BAYAQ KAT HANG WOI...!!!!