Jumaat, 22 Mei 2009

FIKRAH DAMAI???

FIKRAH DAMAI???

Mungkin kita merasakan agak relevan dikala ini berbicara tentang “politik damai”, sedangkan kadang-kala kita lupa untuk berbicara tentang “fikrah damai”.

Ini kerana, menyoroti balik sejarah kita. Kita akan dapati, sebelum 8 mac 2008, suasana politik malaysia berbeda. Semua ahli PAS bersatu hati untuk lawan UMNO, dan semuanya bercita-cita nak benamkan UMNO agar ia tidak wujud lagi atas muka bumi.

Dalam keadaan sebegitupun, dalam sebilangan hati kecil ahli-ahli PAS tertentu, mereka masih lagi meletakkan syak dan ragu kepada ahli sejamaah dan ahli separti. Di sana wujud fikrah yang didakwa “anti JIM”. Dan disini pula wujud fikrah yang didakwa “Pro JIM”.

Secara peribadi, aku menilai isu professional atau ulama yang sering dibincangkan kini, bukanlah kerana professionalan golongan professional dan keulamaan bagi golongan ulama. Ini kerana, ada dari kalangan golongan professional yang tidak professional dalam bertindak, dan ada ulama yang tidak keulamaan dalam berbicara tentang hukum.

Malah, terdapat dari kalangan professional yang berbicara hukum lebih hebat dari ulama dengan rujukan, kajiannya dan banyak lagi. begitujuga, terdapat ulama yang professional dalam bertindak.

Jika kita masih lagi mengatakan, isu ulama dan professional ini menjadi bahan perbincangan yang serius, mengapa keadaan ini tidak pernah berlaku di awal perjuangan PAS??.

Ini kerana, dalam sejarah PAS pun, kerjasama antara ulama dan professional dalam mengemudi bahtera PAS dalam mengadapi gelora lautan politik Malaysia sememangnya wujud. Lihatlah kepimpinan PAS di peringkat awal dahulu, seperti Dr Zulkifli Muhammad, Dr Burhanuddin Al-Helmi, Ustaz Ahmad Fuad dan banyak lagi, yang menggabungkan tenaga professional dan ulama.

Dengan itu, aku beranggapan, pertembungan ulama-profesional yan sedang berlaku kini, bukanlah kerana keulamaan atau keprofesionalan, tetapi disebabkan factor “sejarah lama” yang melibatkan “bekasan-bekasan JIM”.

Pertembungan berkenaan dengan fikrah harakah islamiyyah, bermula dari isu IRC yang kemudiannya bertukar kepada Ikhwan Alami dan seterusnya menjadi JIM ini menjadi ingauan mimpi ngeri sebilangan golongan PAS.

Sebelum ini, aku secara peribadi pun agak membenci dengan golongan yang didakwa JIM. ini kerana, aku sering didoktrin, golongan ini adalah “lalang”, yang mengambil kesempatan politik di mana mereka berada.

Jika mereka berada di Kelantan yang kuat PAS, maka mereka boleh menjadi PAS. Jika mereka berada di selangor yang kuat UMNO, mungkin mereka boleh jadi UMNO dan sebagainya.

Memandangkan keadaan itulah, aku diberitahu bahawa “bekasan JIM” dalam PAS adalah ”jarum halus” dalam usaha mensekularkan PAS untuk menjadi UMNO. Keadaan itu, menyebabkan ketika itu aku terlalu membenci JIM.

Pun begitu, aku melihat keadaannya agak berbeda selepas keputusan pilihanraya ke 12 yang lalu. Ini kerana, disana wujud sebilangan manusia yang didakwa ”PAS anti JIM” yang agak lunak dengan UMNO.

Aku tidak pernah terlibat dengan UMNO. Bahkan, sejak kecil amat membenci UMNO. Punca utama aku membenci UMNO, sebab UMNO lawan Islam, UMNO pengkhianat Negara dan rakyat Malaysia, UMNO parti asobiyyah perkauman dan banyak lagi.

Apabila wujudnya “pertemuan di balik tabir” dengan UMNO. Sebagai Ahli PAS, aku menganggap itu adalah kerja gila, juga Usaha menggilakan ahli PAS. dan usaha mahukan ahli PAS berpecah.

Jika dahulu, ketika PAS bergabung dengan Barisan Nasional, Ahli PAS berpecah kepada beberapa firqah. Maka lahirnya HAMIM dan BERJASA. Jika dilihat kini pula, iaitu dikala PAS tidak bergabung dengan UMNO, tetapi sekadar wujudnya usaha kearah tersebut, itupun sudah melahirkan bibit permulaan kepada perpecahan di kalanan ahli PAS.

Menariknya dari sejarah, kita akan dapati bahawa selepas PAS ditendang keluar dari UMNO/BN, ketika itulah semua ahli PAS bersatu kembali. Maka terkuburlah HAMIM dan BERJASA.

Dengan ini menandakan, Ahli PAS mampu bersatu dalam melawan UMNO. bermakna, jika PAS mahu bersama atau bercita-cita mahu bersama dengan UMNO, menunjukkan ahli PAS akan berpecah.

PAS ANTI-JIM VS PAS PRO-JIM??

Dilihat selepas 1998, pernambahan ahli PAS amat ketara. ”Fikrah damai” yang dikemukakan oleh Ustaz Fadhzil Noor berjaya menarik minat berbagai-bagai golongan dan lapisan agar terlibat dengan PAS.

Ketika itu, ramai golongan profesional masuk dan terlibat dalam PAS. Ini kerana, dengan fikrah damai yang dicadangkan oleh Ustaz Fadzil Noor itu, telah berjaya memberikan gambaran bahawa PAS adalah sebuah parti Islam yang universal, tidak parti surau atau parti kepondokan seperti yang dimomokkan sebelum itu.

Golongan JIM yang dahulunya terlibat dengan UMNO juga telah keluar UMNO dan menawarkan diri untuk berkhidmat dalam PAS. Golongan JIM ini, amat sinonim dengan gelaran golongan profesional.

Ketika mereka masuk PAS, banyak perubahan yang tidak boleh dinafikan berlaku dalam PAS. Seperti, perubahan dan imej parti yang dilihat agak lunak, disamping majlis dialog secara ilmiyyah, menyebabkan PAS sudah mula diterima oleh golongan Non Muslim dan para cendikiawan-cendikiawan dalam negara.

Bukan bermakna sebelum ini semua ini tiada, tetapi ia tidak seagrasif seperti yang berlaku selepas kemasukkan mereka kedalam PAS.

Faktor ini dikuatkan lagi dengan individu tok guru Nik Abdul Aziz bin Nikmat yang dilihat ”open minded”; tidak menghalang usaha memajukan PAS dengan lebih berkesan. Lebih-lebih lagi, tok guru sering berpesan agar kita selalu menjadi perjuang Islam, bukan menjadi Pejuang PAS.

Pun begitu, dalam keadaan itulah, golongan ”PAS Anti JIM” yang boleh digelarkan sebagai ”team ulama” meletakkan kesangsian terhadap pergerakan mereka dalam parti. Antara alasan yang sering kedengaran, golongan JIM dalam PAS ini hanya mengiktiraf team ”PAS Pro JIM” sahaja, sedangkan dalam masa yang sama mereka tidak berterima kasih dengan petugas-petugas dari kalangan ”PAS anti JIM”.

Dan didakwa lagi, golongan JIM ini mempunyai ”lajnah tarbiyyah” mereka sendiri, yang sebarang program yang dianjurkan mereka tidak melibatkan dengan lajnah tarbiyyah PAS. Didakwa, mereka mempunyai usrah sendiri, tanpa berada dibawah kawalan Lajnah tarbiyyah PAS Pusat. Itulah antara dakwaan yang sering kedengaran dari lidah-lidah ”team ulama” yang membenci JIM.

DAMAIKANLAH !!

Ada orang bertanya, mengapa kita perlu meletakkan sangsi dengan ahli PAS yang dahulunya mereka dari JIM. Jawapan yang diberi, bimbang wujudnya jemaah dalam jemaah.

Ditanya balik, jika mereka tidak masuk PAS, apakah PAS redha dengan keadaan itu? soalan itu, tidak bisa diberikan jawapan.

Secara peribadi, aku merasakan ungkapan-ungkapan seperti ”dia tu JIM”, ”dia tu team ulama”, ”dia tu team profesional” dan banyak lagi ungkapan sudah tidak relevan lagi diguna pakai. Lebih-lebih lagi dalam usaha PAS mahu kehadapan berbanding PKR dan DAP. ini kerana, istilah-istilah sebegini sedikit sebanyak melahirkan bibit permulaan berlakunya perpecahan dalaman PAS, seterusnya melemahkan PAS.

Sebab itulah, apabila wujudnya dua tindakan yang berbeda dalam parti, sudah pasti akan terdengarlah kelahiran istilah ”team ulama” dan ”team profesional”. Sedangkan, isu sebenarnya bukan ulama atau profesional, tetapi adalah ”PAS anti JIM” dan ”PAS pro JIM”.

Padaku, pro atau anti kepada JIM bukan isu yang penting dibicarakan dikala kita sedang berada dalam usaha hendak memajukan parti agar mendahului parti-parti dalam pakatan rakyat kini. Jika perbincangan ini tidak kehabisan dibicarakan, sampai bila-bila pun usaha mendaulatkan Islam dalam negara kita ini tidak akan berjaya.

Kadang-kala aku berfikir sendirian. Orang cina boleh bersatu atas nama bangsa mereka. Sebab itu, kita akan dapati mereka mampu mengatasi bangsa melayu yang merupakan bangsa asal di malaysia dari banyak segi, terutama dari segi ekonomi. Tetapi sedihnya, seluruh gerakan Islam di Malaysia tidak boleh bersatu atas nama “perjuangan mendaulatkan Islam”, dikala berhadapan dengan musuh-musuh islam yang sedang asyik menjarah agama, harta, undang-undang dan kedaulatan negara.

Jika kita sering berbicara tentang “adab Al-Iktilaf” antara mazhab-mazhab islam, sehinggakan kita boleh menerima seruan Dr Yusuf Al-Qaradhawi untuk diadakan “majlis Taqrib Al-Mazahib” antara syiah dan Sunni, mengapa tidak perbicaraan yang sama juga dilakukan antara gerakan-gerakan islam dalam mencari natijah kemenangan islam?

SATUKAN TUJUAN

Secara peribadi, aku berpendapat PAS perlu persatukan tujuan. Tidak perlu lagi berbicara, apakah kita mahu bersama pakatan rakyat atau tidak, tetapi kita perlu mengambil keputusan yang jitu, bahawa akan bersama Pakatan Rakyat dalam usaha menjatuhkan UMNO/BN.

Kita perlu lihat kepada kehendak rakyat kini yang sedang terlalu membenci UMNO/BN, yang semuanya adalah hasil usaha dakwah kita selama berpuluh-puluh tahun.

Bersama dalam kerajaan Pakatan Rakyat merupakan keputusan dalam muktamar yang lepas, perlu diperkukuhkan dengan sekukuh-kukuhnya. Tidak perlu ada lagi sebarang keputusan yang bercanggah dengan muktamar, juga tindakan yang diluar dari maksud keputusan muktamar yang perlu diberikan wala’. Ini kerana, ia merupakan bibit penting berlakunya kekacauan dikalangan ahli-ahli PAS.

Dalam masa yang sama, kita perlu bertindak dengan seagrasif yang mungkin dalam menyampaikan dakwah islamiyyah, agar di pilihanraya akan datang, kita akan menjadi parti yang dominan dalam kerajaan.

Tindakan menyalah parti PKR dan DAP dikala PAS tidak dominan dalam kerajaan Pakatan Rakyat merupakan tindakan yang kurang bijak. Ia diumpamakan seperti pasukan bola yang kalah menyalahkan pasukan bola yang menang, sedangkan tindakan yang sepatutnya adalah, pasukan bola yang kalah perlu muhasabah diri untuk memajukan pasukannya itu.

Antara profesional dan ulama, atau antara “PAS Pro JIM” atau “PAS anti JIM” tidak perlu lagi dijadikan bahan perbicaraan yang penting. Hentikan perbincaraan seperti ini dalam usrah-usrah atau tamrin-tamrin. Ini kerana, ia merugikan, malah melambatkan kemenangan islam di negara kita ini.

Luka yang lama, bisa menjadi baik jika sering dibubuh ubat. Tetapi, jika luka yang lama sering ditenyeh-tenyeh, masakan baik, malah luka tersebut pasti akan kekal terluka. Jika tidak ada luka pun, sekurang-kurangnya kesan luka pasti akan wujud.

Pihak ”PAS anti JIM” atau ”team Ulama” tidak selayaknya mempertahankan sentimen mereka dengan mendakwa mereka yang terbaik. Begitujuga, pihak ”PAS pro JIM” atau ”team Profesional” tidak selayaknya bertindak yang sama. Ini kerana, tindakan seperti ini merupakan kelemahan dalam usaha memartabatkan Islam di Malaysia dengan menggunakan wadah PAS.

Sekian

p/s : "Dr Yusuf Al-Qaradhawi menyebut dalam kitab Fiqh Ad-Daulah, bahawa berbilang-bilang ahzab (parti atau jemaah) adalah sama seperti berbilang-bilang mazhab. Ia dibenarkan sekiranya mempunyai masing-masing mempunyai matlamat yang sama"

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com




- Sri Indah (B), Sg Buloh
22 mei 2009 * 6:47 petang

31 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya setuju dengan pandangan ust..

bagaimana kalau jim/isma yang ada dalam PAS tidak walak dengan kepimpinan tertinggi PAS..?

sebab jim ada ketuanya sendiri...PAS hanya dijadikan proksi je...macamna nak walak?

memang matlamat jim/isma sama dengan PAS..Islam ditegak kan..

cuma cara yang berbeza...

wassalam..terima kasih

Tanpa Nama berkata...

Fikrah damai tu cantik...bagus,tp jangan lupa,siapa yang buat hal dulu? okla,persoalan itu tak penting,itu kisah lama,tp sekarang masih lagi buat hal,pejuang PAS tulen bersikap terbuka,tp ada juga golongan JIM yg masuk PAS buat hal dan terus buat hal.....bila dah masuk PAS,kena ikut PAS la,PAS ada pemimpin,PAS ada perlembagaan,PAS ada prosedur,macamana Fikrah nak damai klu kita yg terima diaorang masuk join tp buat hal...itu yg kita nak marah...
Cuba enta perhatikan betul-betul,PAS dari dulu hingga skrg dah jelas perjuangannya/halatujunya,tp masih ada yg buat kenyataan bahawa PAS masih belum jelas hala tujunya,habis apa halatuju yg kamu nak bawa klu yg PAS bawa selama ni masih belum jelas?

Panas Hati berkata...

http://percayaker.blospot.com

kau percaya ke kat team ulama. dorang tu. cakap kat depan baik. kat belakang ngumpat. kalau macam ni. nenek aku jadi muda pun tak boleh nak damai.

contoh. muktamat kata. PAS sama pakatan rakyat. team ulama. kat muktamar sokong. luar muktamar pula lain hal. ada pula yang nak gabung dengan UMNO.

campak jer perlembagaan pas tu. team ulama tu bukan pakai pun. dorang suruh wala' kat dorang jer. korang ahli PAS jadi bodoh jer sokong puak-puak jumud tu.

Tanpa Nama berkata...

jangan buat fitnah...

"Apabila wujudnya “pertemuan di balik tabir” dengan UMNO. Sebagai Ahli PAS, aku menganggap itu adalah kerja gila, juga Usaha menggilakan ahli PAS. dan usaha mahukan ahli PAS berpecah"

adakah awak tanya sendiri ust nasa tentang isu yang dibincangkan... semak dahulu berita yang sampai ke telinga kita sebelum kita berkata....

mustahil ust nasa nak mengilakan pas,mustahil juga unta boleh masuk dalam lubang jarum...

thiqah lah kepada pimpinan kita..

jangan sebab kita, umat Islam menjadi berpecah....

menafaatkanlah blog dengan baik...

blog awak ni bagus..tapi jangan tulis perkara yang kita TIDAK PASTI.....

wassalam

penyokong PAS...

Al-Bakistani berkata...

harap awak tidak nafikan perkara yang awak sendiri TIDAK PASTI.

sekian

Al-bakistani

man berkata...

sy setuju orang JIM masuk PAS, dan orang PAS perlu terima kemasukan orang2 JIM.

Persoalannya, ada antara org JIM (tidak semua) yg masuk PAS, tapi masih dgn JIM hakikatnya. Wala' dia lebih pada pimpinan JIM, bkn PAS. Ada yang tarik anak usrah PAS ke JIM.

Sy ada dengar dr beberapa sumber, JIM sedang membawa agendanya melalui PAS dalam Selangor. Sy akui, tiada bukti ttg isu ni, mgkn ustaz boleh siasat?

sy kira ustaz agak rapat dgn ustaz harun taib, cuba bncg dgn beliau ttg isu ni.

Tanpa Nama berkata...

salam,

cerita pasal pengguguran khalid al-walid ni, bg mereka yg tak tahu atau yg gemar berspekulasi, mudah je utk mengatakan yg khalid al-walid digugurkan kerana tak mahu overshadow khalifah umar atau alasan2 lain, tp hal yg sebenarnya adalah khalifah umar mahu umat islam ingat bahawa punca kemenangan mereka adalah kerana ALLAH bukan kerana berpanglimakan khalid. begitulah juga halnya dgn isu muqabalah, pertemuan dgn umno, tindakan dibuat oleh pro ulama juga tindakan pro profesional dll.. org pas kata pro muqabalah ni gila kuasa, tp kenapa pula tidak mengatakan perkara yg sama kpd haji nizar(isu haji nizar ni saya gunakan semata2 utk mengetuk minda kita)? itulah namanya penyakit dlm hati kita ke atas seseorg menyebabkan kita mudah berburuk sangka terhadapnya.

umum mengetahui syaitan akan membisikkan rasa curiga kpd isteri terhadap suaminya, dan hal ini juga berlaku sesama jemaah pas baik lelaki maupun perempuan. maka syaitan pun bersorak gumbira. kerja mudah kata mereka.

tp yg paling kelakar tu, org pas ni kutuk umno, mca dan mic tak mahu hudud, tp cuba tgk sikit diri kita ni, adakah kita ni berkelakuan seperti org islam, dan cuba kita tgk 'kawan' kita di pkr dan dap, mahu ke mereka dgn hudud? kita kata pkr dan dap akan kita dakwahkan utk terima hudud tapi kenapa tidak kita dakwahkan kepada umno sekali?

achoksabah berkata...

saya setuju sangat-sangat agar budaya suka melebel dalam pas ni dihapuskan..bila ada puak-puak yg cuba melaga-laga kan ahli pas dengan melebel org tu erdogan,org tu pro jim,org tu pro anuar,org tu pro ulama,org tu pro muzakarah,saya cadangkan agar kita ludah-ludah sahaja muka mereka kerana mereka yg melebel ini lah yg nak melihat pas berpecah..

Al-Bakistani berkata...

ana beranggapan, hudud bisa dilaksanakan dengan terhapuskan parti UMNO. sebab, UMNO sekat dialog, bahkan menspekulasikan balik hukum hudud. orang UMNO bisa di ajak untuk memahami hudud, tetapi dikala kepentingan menerusi Parti mereka terhapus terlebih dahulu. (perlu beda orang UMNO dengan parti UMNO (parti kafir))

PKR dan DAP dalam keadaan mereka tidak menerima, tetapi mereka membuka pintu dialog. ini keuntungan dalam dakwah. cumanya, mengapa kita pula tidak serius dalam menceritakan islam???

sekian

Al-Bakistani

alyaa berkata...

anggapan bahawa hudud bisa dilaksanakan dengan terhapusnya umno (jika pas+pkr+dap berkuasa) itu adalah dzann....dan anggapan bahawa pkr dan dap akan dapat menerima hudud jika pakatan rakyat berkuasa ...itu juga adalah dzann....dzann tidak boleh dijadikan hujah bila bercakap tentang islam....TAPI...ia boleh dijadikan hujah bila bercakap pasal politik sekular....islam dan politik mesti seiringan...islam boleh kedepan dan politik dibelakang ...TETAPI....politik tidak boleh didepan dan islam kebelakang....kepentingan islam mesti didahulukan....bukan hanya mementingkan kemenangan politik semata2...INGATLAH...PAS itu adalah parti siyasah..tarbiyyah dan dakwah....kemenangan yang hendak dicapai bukan kemenangan yang sekejap....tapi....ia merupakan perjuangan yang berterusan....JADIKAN isu iraq sebagai pengajaran....mengejar kemenangan dengan bantuan golongan kuffar....tapi akhirnya mudharat yang datang menjelma.....siapakah yang rugi??????? BERSAMALAH DENGAN jEMAAH DAN KEPIMPINAN.....FAHAMLAH KONSEP WALA.....DAN TAKUTLAH FITNAH DUNIA DAN FULUS.........

djambu puadovich berkata...

assalamualaikum,

nak tanya ustaz, apa hukumnya mogok lapar mcm yg dianjurkan oleh DAP berhubung DUN perak?

katanya nk berpuasa mcm hukum syarak. rujuk berita harian online 24 mei 2009.

bukan ke puasa tu kerana Allah? puasa ada niat lain diterima jugak ke?

terima kasih atas perhatian ustaz

Ibnu Ali berkata...

Isu berkaitan berjumpa dengan UMNO"

Pertama: Adakah dengan arahan majlis syuro?

Kedua: Adakah dengan arahan Presiden?

Ketiga: Adakah dengan usaha sendiri? (Ustaz Nasa)tanpa mmeberitahu Presiden dan Majlis Syuro?

Kalau berlaku antara pertama dan kedua ianya mengikut disiplin jamaah.

Kalau yang ketiga,melanggar disiplin jamaah. Perlu di"iqab"kan
sepertimana yang dilalui semasa teori dalam kelas-kelas tarbiah dan tamrin.

Wallahua'lam

Al-Bakistani berkata...

PERTAMA:

pun begitu, tindakan membiarkan BN memerintah akan menyebabkan hudud tidak terlaksana bukan ZAN lagi, bahkan YAKIN.

bermakna, membiarkan BN memerintah adalah haram secara yakin. adapun membiarkan PR memerinta adalah haram secara zan. justeru, mana lebih didahulukan??

kedua:

dalam PR dapat laksanakan hudud adalah zan??

"ya" memang ia adalah zan, tetapi yang yakinnya, dalam sistem demokrasi suara rakyat adalah penentu boleh atau tidak dilaksanakan sesuatu hukum.

bagaimana mahu jadikan suara rakyat sokong hudud??

suara rakyat akan sokong hudud apabila hudud difahami. apabila hudud difahami, maka hudud boleh disokong.

bagaimana hudud akan disokong??

perlunya dialog dan penerangan mendalam tentang hudud kepada PKR dan DAP.

secara YAKINnya (bukan zan lagi), dialog ini diterima oleh DAP dan PKR, tetapi PAS je tak buat. bermakna, PAS sengaja menjadikan dialog itu sebagai zan, padahal boleh berdialog adalah perkara yakin..

(ana yang bukan orang berjawatan dalam parti pun selalu berdialog dengan non muslim dan geng islam liberal)

KETIGA;

Politik dan islam mesti seiring??

pada ana, ini anggapan salah. yang betulnya, dakwah dan politik (demokrasi) mesti seiring, agar tidak terjebak kepada sekular.

dakwah adalah bertindak sehingga melaksanakan islam itu berjaya. dalam berdakwah, perlu ada kebijaksanaan.

apakah tanpa menjatuhkan BN untuk menjayakan dakwah itu adalah kebijaksanaan??

justeru, kebijaksanaan dakwah di Malaysia adalah, membuka ruang dakwah terlebih dahulu sebelum Islam dilaksanakan.

bagaimana mahu membuka ruang dakwah itu??

dilihat BN pegang media dan menyekat ruangan dakwah. justeru, hapuskan BN yang menyekat dakwah terlebih dahulu. apabila ruangan dakwah telah terbuka, baru mudah berdakwah. itulah kebijaksanaan. tidak mahu menjatuhkan BN terlebih dahulu dalam usaha melaksanakan Islam di Malaysia adalah kebodohan..

sebab, UMNO/BN jijik dan kotor !!!

sekian

Al-Bakistani

Al-Bakistani berkata...

pertemuan itu tidak salah. tapi "dibalik tabir" itu memelikkan.

tok guru nik aziz sebut, pertemuan peribadi, itu tak apa. pertemuan untuk gabung kerajaan, itu tak boleh.

sebarang pertemuan berkaitan "bina kerajaan", tok guru suruh bincang dalam muktamar dulu.

p/s : tok guru nik abdul aziz adalah mursyidul Am. ketua ahli majlis syura ulama.

sekian

Al-Bakistani

Tanpa Nama berkata...

thiqah lah kepada pimpinan, ust wan G...

ini urusan pimpinan...kenapa buruk sangka...adakah kita pasti urusan pimpinan salah!!!!!!!

nyatakan bukti yang nyata??????

kenapa buat kecoh...adakah anda ade agenda sulit untuk menjatuhkan ust nasa...? ataupun saje2 nak panaskan isu ini...

saya pun boleh tuduh ust,walaupun saya tak pasti niat ust...
tapi ini bukan kerja kita untuk buruk sangka kat sapa-sapa...kecuali memang sesorang itu terang-terang buat kefasiqkan...

kenapa pimpinan pas tidak pertikai ust nasa...???

semak dulu berita yang kita dapat...ok

maaf...

salam juangan

penyokong PAS

wassalam

Generasi pelapis berkata...

Pokoknya perbezaan pendapat dalam PAS dikendalikan dengan emosi...PKR dan DAP kedepan kita dok gaduh die JIM la PAS la...marilah muhasabah

Al-Bakistani berkata...

ana tak leh terima, apabila bakaq haq dedah pertemuan sulit. tahu-tahu didakwa bakaq haq tipu, fitnah dll. pastu, nak saman bakaq haq la. apa la..

tiba-tiba Pak Lah sendiri akui memang ada pertemuan tiga kali secara sulit. baru ada yang ngaku. ni apa hal??

masa tu, mahfoz omar pun terpaksa keluar kenyataan minta maaf, sebab sebelum ni dia tulis dalam blog,kata pertemuan itu tidak berlaku. rupa2nya, mahfoz omar sedarjat ketua penerngan pun kena tipu..

kalau mahfoz omar pun kena tipu, inikan pula ana ahli PAS biasa nak percaya?

sekian

Al-Bakistani

Ibnu Ali berkata...

Tapi ternyata Ustaz Nasa bukan orang sebarangan dalam PAS. Masih dapat kepercayaan yang tinggi dari perwakilan. Adakah mereka pimpinan di peringkat kawasan terbodoh dengan keadaan ini?

Ana melihat, Ustaz Nasa pemimpin yang yang jenis ikut arahan. Bukan ikut kepala otak sendiri.

Dalam pertemuan sulit tersebut, mesti ada sebab kenapa dibuat secara sulit. Mungkin itu ada beberapa strategi, tak kirelah gabung ngan UMNO ke, tumbuk ngan UMNO ke. Strategi tetap strategi. Sebab itu semua dalam arahan Presiden yang pasti. Dan dari aspek kerahsiaan mungkin telah gagal dari aspek ini, kerana ada orang yang tidak thiqah dapat menghidu. Dan strategi ini mungkin ada kesilapan dan kesalahan. Ini kerana ada beberapa "syarat Islam" yang Pak Lah tak terima, membuatkan dia memberitahu pada press. Kena lihat, kat situ jelas UMNO tak terima syarat PAS.

Selepas itu ada pertemuan semula dengan Majlis Syura, Tok Guru tukar Muzakarah kepada Muqabalah.

Dalam keadaan PAS diterima sekarang ini. Semestinya mereka dalam saf pimpinan perlu memikirkan segala-galanya, walaupun mungkin ada beberapa keputusan tidak menyenangkan ahli. Dan ternyata ada "kesan" dari strategi tersebut.

Sebab itu ana kata, berbalik kepada rukun2 bai'ah. Dan jika ada berlaku kesilpan mesti dii'qab. Bukan dijaja kepada khalayak kesilapan pimpinan. Kita hanya nampak tompok hitam pada bulatan putih yang sangat besar dan disebut2kan. Seperti tiada langsung ukhuwah dan terus perlu disebut2 hingga kiamat agaknya.

Dan ana syorkan, Ust Ji sendiri bertemu dengan Ust Nasa dari sebut2 "kesalahan" dia "mungkin" hingga tahu seluruh pelusuk dunia ni..

Wallahua'lam

Al-Bakistani berkata...

pertama:

nak jumpa??

ini mensangsikan. Maktar minta dia buat kuliah bulanan kat markaz taman melewar pun macam2 alasan dengar. inikan pula ana sekadar ahli pas biasa nak jumpa. di taman melewar tu, yang dengar kuliah dia ramai. bukan sorang jer.

kedua:

strategi dicipta untuk melemahkan musuh, bukannya untuk melemahkan dan menkucar kacirkan saf jemaah.

disebabkan dia punya hal, jemaah jadi berpecah. timbul istilah erdogan dan erbakan. puncanya, pertemua sulit yang dinafikan peringkat awal, tapi ternyata benar selepas itu.

jika benar wujud pun, masa bakaq haq dedah, duduk diam je la.. jangan sampai nak saman orang tu, nak saman orang ini. bakaq haq tu ahli PAS lama.. dia sempat zaman pak yusuf rawa lagi tau.. bakaq haq ngan dia, lama lagi bakaq haq berjuang dalam PAS ni...

ketiga:

atas dasar sayang ana kat dia, ana tak sokong dia. sebab, ana tak redha pimpinan ana penipu.

nabi ada sebut dalam hadis bukhari, daripada Ma'qil, aku dengar Nabi SAW bersabda :

مِنْ وَالٍ يَلِي رَعِيَّةً مِنْ الْمُسْلِمِينَ فَيَمُوتُ وَهُوَ غَاشٌّ لَهُمْ إِلَّا حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ

maksudnya;
barangsiapa yang menjadi pemimpin dikalangan umat Islam, lalu dia mati dalam keadaan dia menipu mereka. maka sesungguhnya kami haramkan atasnya syurga" (bukhari : 6618)

kalau ana sokong, bermakna ana redha penipuan dia. ini menunjukkan, ana suka dia termasuk dalam maksud hadis ini. ana tak redha, dia termasuk dalam maksud hadis ini..

keempat:

wala' dan siqah hanya berlaku dalam perkara yang tidak bercanggah dengan syariah.

menipu adalah perkara yang bercanggah dengan syariah. justeru, tidak wajar diberikan wala'.

sabda Nabi SAW;

لَا طَاعَةَ فِي مَعْصِيَةٍ

maksudnya;
"tidak ada ketaatan (wala' dan siqah) dalam maksiat"

harap maaf. ana terpaksa bercakap benar.

sekian

Al-Bakistani

Tanpa Nama berkata...

ikhwan... tegakkan islam kt diri sendiri dulu

Ibnu Ali berkata...

Yela, kalau lama berjuang pun adakah itu garis pengukurnya?

Sebab itu ana kata, kalau ust dakwa dia penipu, ustaz pi tanya dia. Tak kiralah dia tak mai bagi kuliah ka, banyak alasan ka. Tapi bila ustaz dakwa dia penipu, ustaz wajib jumpa dia. Dapatkan penjelasan, walaupun mungkin tak boleh diterima.

Belum lagi tanya dia, ustaz kata susah nak jumpa ahli bawahan. Takkan pimpinan tiba2 nak jumpa kita? Sedangkan kita duk buruk2kan nama dia dalam blog.

Bila dalam blog ni bukan ahli jemaah jer yang tahu. Musuh dalam selimut. Musuh luar selimut semua tahu. Tang ni dah payah.

Ustaz duk dalam tanzim ke tak? Sebab macam pelik jer dengan cara ustaz.

Al-Bakistani berkata...

pertama:

memang, lama duduk dalam jemaah bukan kayu pengukur. tapi kayu ukur dalam hal ini adalah, benar atau tidak.

Bakar Haq dah sebut benda benar. tapi dinafikan kebenaran itu.

justeru, apa kayu ukur dalam menilai kebenaran ini???

kedua:

tanzim?? mungkin nik abduh tidak berada dalam tanzim dengan artikle "kerja-kerja bodoh dalam PAS".. mungkin ustaz Muhammad Daud Iraqi tidak berada dalam tanzim dengan dakwaan "politik wang" dalam pas, padahal ianya dinafikan oleh presiden PAS sendiri.

sekian

Al-Bakistani

Al-Bakistani berkata...

tanya secara peribadi??

jom kita tengok cerita ini;

pada peringkat awalnya, dia nafikan adanya pertemuan yang didakwa oleh bakar haq, sampai nak saman-saman.

kemudian, selepas pak lah buat statment kata ada tiga kali pertemuan sulit, menyebabkan tok guru haji hadi keluar kenyataan menyokong dakwaan pak lah itu.

lepas tu, dia pun g ceramah di bachok. dalam ceramah itu, dia mengaku memang dia sendiri pergi junpa pak lah.

isunya;

mula-mula nafi ada pertemuan sampai nak saman. lepas tu, dia cakap, memang dia pergi jumpa Pak Lah.

mungkin ini bukan tipu kot dari definisi anta...

sekian

Al-Bakistani

Al-Bakistani berkata...

mungkin anta kena tanya juga perasaan hanifa maidin dan mahfoz omar tentang isu ini dulu...

sekian

Al-Bakistani

Tanpa Nama berkata...

ape faedahnya ust ceritakan dalam blog..ni bukan uslub dakwah yang terbaik,ni pun kalau ust dipihak benar...

jangan sebab kita jemaah berpecah.."fikrah damai" saya setuju tetapi dalam masa yang sama ust mcm nak jatuhkan ust nasa....

mustahil ust nasa nak mengilakan PAS, semua orang kenal dia, seorang pejuang yang amanah...

nak tanya ust,ust kenal ke ust nasa? sapa yang mendorongkan ust sangat2 nak menulis isu ini???

kita kene bertindak bersama dalam jemaah,bukan kita buat kerja seorang-seorang walaupun kita bijak..jemaah ada displin....

sapa-sapa yang salah kita iqab..bukan kita kene heboh kat orang ramai yg kita nak mengiqabkan seseorang...ni kaedah kita...

ok...maaf banyak2 ust...

ok...jom sama-sama kita memahami prinsip jemaah...

penyokong pas

wassalam

Ibnu Ali berkata...

Hmm betullah tu. Apa yang ust kaitkan dengan ust Nik Abduh dan Ust Mat Iraq. Jika dua orang ni buat keje langgar disiplin Jamaah. Buatpa kita pun pun duk ikut style yang sama?

Ini persoalan yang ana bangkitkan.

Dalam isu ini kita ada marhalah2 yang wajib kita lalui. Bukan main tangkap borong apa orang cakap. Kenapa dia nafi mulanya, mesti ada sebab.

Takpalah, kalau ust sendiri memang dalam tanzim, takpalah mungkin lebih jelas dari ana. Tak pastilah peringkat "amilin" bagaimana meihat telatah mereka sebagai "nuqabak".

Kepada Allah dan Rasul berserah..

Al-Bakistani berkata...

ustaz Nik Abduh dan Ustaz Mat Iraqi adalah ulama. nampaknya cara ulama tidak boleh diikut.

nak ikut sapa pun tak tau??

mungkin orang lain dedah, kita akan kata berhikmat. jika orang kita yang kena dedah, kita kata itu haprak.. biasala... nabi pun dah sebut benda macam ni...

walaubagaimanapun, ana tak nak pimpinan ana seorang penipu. ana mahu orang yang ikhlas dan telus dalam berpolitik Islam.

ana rasa, bukan ana seorang sahaja rasa ditipu, tetapi sudah ramai sudah rasa mereka ditipu. nak buat macam mana, nasib kita sebagai orang bawahan. kalau kita orang atasan, mungkin kita buat perbuatan yang sama kot.. minta berlindung dengan Allah..

pada ana, kalau nak bagi islam menang, kita ahli PAS kena bersatu. usaha gabung dengan UMNO adalah usaha pecah belahkan PAS. justeru, orang yang usaha hendak gabung dengan UMNO, wajib dihindarkan. semuanya kerana, kita sayangkan islam; mahukan islam dimartabatkan, bukan dihaprakkan.

sekian

Al-bakistani

Tanpa Nama berkata...

Pasal Ust mat Iraq tu,dia bukan dakwa atau buat kenyataan,dia sebut perangai atau tabiat itu,xelok dibawa dalam PAS,media yg salah tafsir atau olah,ucapan dia tu dalam muktamar dewan ulama' PAS kelantan.anta boleh lihat penjelasan dia dalan buletinonline...
Pasal Nik Abduh pula,anta perhatikan dulu sewaktu Cg Pa buat kenyataan kononnya 'bercanggah' dgn PR,apa T.G Nik Aziz kata pada Cg. Pa,seolah2 tiada esok bagi Cg. Pa,marahnya T.G Nik Aziz,persoalannya,kenapa T.G Nik Aziz tak buat benda yg sama pada anak dia,sedangkan itu anak dia,T.G boleh buat tindakan yg lebih dan tulisan Nik Abduh pula dilihat amat berat,kenapa T.G tidak reson apa2???? apa yg T.G sebut,Nik Abduh ni org terpelajar,ada ilmu dsbnya,kenapa T.G x tempelak????

Al-Bakistani berkata...

benarkah tok guru tak jawab pasal isu ustaz Nik Abduh??

mungkin anta terlepas pandang. cuba cari klip video tok guru di Makkah dalam satu dialog dengan perantauan di makkah semasa ditanya tentang tulisan tersebut.

pasal ustaz mat daud iraqi, dia peringkat awal (masa dalam muktamar dewan ulama kelantan) dia sebut ada sebilangan pimpinan PAS bagi makan percuma dan bagi baju percuma. dia kata, perangai itu macam UMNO.. itu kenyataan awal dia.. masa dok bising sampai masuk utusan, baru ada "cover line" seperti yang termaktub dalam buletinonline.

tak per la.. kita pun tlg cover line sama kenyataan itu. supaya tidak jadi berat.

tapi, SPRM pun nak jemput ustaz Mat Daud Iraqi untuk buat laporan rasmi.. kita tunggu dan lihat jer la...

sekian

Al-Bakistani

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum

Terima kasih atas SIKAP Ustaz yang mencerahkan SUASANA yang ada

Ana adalah ahli JIM dan memang aktivis JIM walaubagaimanapun bila waktu PILIHANRAYA InsyAllah kami 100% akan memenagkan PAS
Kami akan mengadakan ceramah kelompok , perang saraf dan sebagainya

Kalau di Perak ni kami InsyAllah lantang MEMBELA HAK Kerajaan PR yang diterajui oleh PAS

Walaupun kita berbeza Uslub InsyaAllah sama matlamat

WaAllahuallam
Abu Muhjahid
Ipoh

Tanpa Nama berkata...

Asslamualaikum



Sy ada dengar dr beberapa sumber, JIM sedang membawa agendanya melalui PAS dalam Selangor. Sy akui, tiada bukti ttg isu ni, mgkn ustaz boleh siasat?



Minta maaf saya mencelah dalam komen dari pandangan umum isu FIKRAH DAMAI





Sekali lagi saya mewakili ikhwah JIM nak bagi tahu kami ni siapa nak lakukan AGENDA APA ? Kami ni pun SAYANG pada PAS walaupun berbeza Uslub

Mungkin AGENDA KAMI hanyalah untuk memastikan PAS menjadi WADAH POLITIK yang PALING UTAMA dalam PAKATAN RAKYAT InsyAllah



WaAllahuallam

Abu Mujahid

Ipoh



p/s terima kasih Ustaz kerana beri ruang kepada saya membetulkan keadaan

saja nak bagi tahu ketika kematian Al-Marhum Ustaz Fadzil ketikraa mendapat maklumat dari sahabat JIM air mata saya tak semena-mena mengalir dipipi, Allah mencampakkan hati ini perasaan SAYANG pada Al-Marhum sedangkan saya setakat hanya mendengar kuliah beliau saja , segera saya menalipon sahabat JIM yang lain untuk ke KEDAH perasaan ini dikongsi bersama dengan sahabat JIM yang lain