Rabu, 3 Jun 2009

ANTARA TIPU DAN BENAR

GOMBAK: Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa yang dilabel "sebagai terlalu liberal ke arah Umno" susulan pilihan raya umum 2008, hari ini menegaskan, kepimpinan parti itu tiada niat langsung untuk sertai Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Saya ambil kesempatan di sini untuk sekelian kalinya menegaskan bahawa pemimpin tertinggi parti tidak pernah punya sebarang niat atau perancangan untuk masuk Umno atau BN.

KOMEN:

Betul tu... mana ada agenda nak masuk UMNO, yang ada agenda nak gabung dengan UMNO. Justeru, tuduhan itu adalah fitnah semata-mata.

Yang ada hanyalah, pertemuan sulit dengan Pak Lah, juga bersama beberapa tokoh dalam UMNO secara sembunyi-sembunyi. Perkara ini, tidak boleh diberitahu kepada ahli-ahli PAS, hatta terhadap Mursyidul Am. Ini kerana, memberitahu kepada ahli PAS dan Mursyidul Am memberi maksud "tidak wala'".

Memberi Wala' adalah wajib syarii, malah tipu ahli PAS dan rakyat Malaysia juga tidak menjadi salah, bahkan ia adalah syarii di sisi agama.

Ahli PAS tidak wajar tahu? Sebab nanti ahli PAS bising, mengakibatkan bocor rahsia. UMNO tahu tidak mengapa, sebab UMNO adalah kawan baik, dia akan jaga rahsia kita sampai kiamat.

Pertemuan dengan Pak Lah, itu adalah benar. Penafian selepas itu adalah tipu. Kenyataan hari ini - tiada usaha gabung dengan UMNO - adalah benar. Tetapi tidak diketahui, apakah wujud penafian berbentuk tipu selepas ini?? Allah lebih mengetahui.. diharap, kita orang beriman tidak ditipu kali kedua, sebab mukmin yang kuat tidak akan disengat ular dari satu lubang sebanyak dua kali.

sekian

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
4 mei 2009 * 2 :07 pagi


52 ulasan:

Fait berkata...

mcm siut je mu nye ulasan artikel...

muhafaza73 berkata...

salam..trharu gak anta snggup tnggu smpai dinihari smata2 nk tulis hal ni...msti dato husam suka..cme pelik gak ye napa 2 mahkluk umno yg plg gedebe di klate tbe2 nyembah husam di saat2 nk pmilihan kan..ish6 musykil gak ni..yg jelas prancangan umno nk husam menang smakin jelas..ble utusan di gmbar seolah2 brpihak pd ust nasa tp sbnrnya sebaliknya..maaf klu anta anggap apa yg ust nasa sbut smlm tipu mcm tu gak la ana anggap datuk paduka husam...

Tanpa Nama berkata...

Askm...eik tak sangka pulak al bakistani sanggup kata macam tu kat Timb. Pres. kita...

Hassanal berkata...

Salam,

Selama ini ana sanjung tulisan daripada ustaz, ana rasa kita perlu memperkuatkan barisan PR, tetapi didlm perkara ini, kenapa Ust Nasha dijadikan kambing hitam? Mengapa tidak dikaitkan juga dengan Tuan Presiden, keputusan untuk bertemu UMNO telah disetujui oleh Majlis Syura dan tiga orang yang di pertanggungjawabkan adalah Tuan Presiden, Timbalan dan Setiausaha Agung.

Kalau kita nak buang segala yang berkaitan dengan UMNO, ana cadangkan perwakilan buat usul tidak percaya kepada Tuan Presiden di muktamar nanti.

Ana menulis ni bukan untuk menyokong ustaz Nasha, tetapi cuba memberi pandangan yang adil terhadap situasi ini.

Sehari dua ni ana terfikir, kenapa dua ADUN di Kelantan tiba-tiba mengeluarkan statement minta maaf....kempen Manek Urai...jauh lagi.

Kadang-kadang benda yang disangka baik akan mendatangkan bencana kemudian hari.

Ana cadangkan kepada semua perwakilan, lakukan solat istikarah dan dapatkan pertunjuk dari Allah, supaya pilihan kita tidak dengan emosi.

Wallahu'alam

Al-Bakistani berkata...

pertama:

ana sokong cadangan semua perwakilan adakan solat istikharah untuk undi calon pemilihan PAS esok.

kedua:

sebagai ahli PAS, ana berpandangan, ana tak kisah ada pertemuan atau tidak dengan UMNO, tetapi yang penting jangan sembunyi2, kerana ia melahirkan sangsi dikalangan ahli PAS dan kawan-kawan dari PR, begitujuga ana amat tidak setuju apabila ada unsur tipu ahli dan rakyat malaysia, seperti kes dahulu, apabila wujudnya penafian pertemuan antara PAS dengan UMNO secara sulit, lalu terbukti wujud pertemuan itu apabila disebut sendiri oleh Presiden UMNO.ini meragukan..

ketiga:

usaha nak gabung dengan UMNO sememangnya wujud. sebab, ana sebelum ini adalah salah seorang ahli jawatankuasa badan kajian dewan ulama PAS pusat. sebarang kajian ana diminta hadir, tetapi kajian gabung dengan UMNO ana tidak dimaklumkan.

pun begitu, Allah maha besar, lagi maha hebat, kertas kerja itu telah ter e mail kepada ana....

ulasan kertas kerja itu ana ada kupas dalam tulisan yang lalu...

http://g-82.blogspot.com/2009/04/ramai-non-muslim-dalam-kerajaan.html

sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani

Tanpa Nama berkata...

Jelas mu dah tunjuk belang pencuci pungkoq Husam. Kalau mu kata Ustaz Nasha TIPU. AKU juga kata HUSAM PENIPU DAn mu juga penipu!

bERMULA HARI INI TIADA LAGI RASA INGIN MENJENGUK BLOG ANTA NI... serupa je dengan blog sampah TUlang besi dan kick dafela yang menjadi upahan Husam....

Al-Bakistani berkata...

ana benci UMNO. ana tak akan sokong UMNO dan tidak akan sokong usaha ke arah bersama dengan UMNO.

pada ana, di kala ini, kalau PAS nak maju jauh, PAS kena buang sifat nak berlunak dengan UMNO. sebab, dibimbangi berlaku ulangan sejarah PAS ditendang keluar dari BN sehingga menyebabkan PAS tinggal 2 kerusi shj.

ana tak suka pimpinan ana penipu, hatta husam sekalipun. kalau husam tipu, ana tak akan sokong dia, begitujuga Mat sabu dan sesiapa pun.

sekian

Al-Bakistani

Tanpa Nama berkata...

Strategi politik,ada yg patut diketahui ahli,ada yg xpatut tahu...bagi aku,sengaja dinafikan tiada penemuan utk melihat sejauh mana Pak Lah betul2 ikhlas,itu pandangan aku,tp yg jelasnya,mu sebagai ahli,mesti dengar keterangan dari Ust Nasha sendiri,itu lebih baik daripada mu tulis dalam blog ni yg mengatakan dia penipu.Aku yakin,mu memang dok berjumpa dia lagi dia,mu pun xsanggup dah nak berjumpa dia,sbb benci yg membuak2 dlm hati,kenapa sampai begitu?buangkan dulu sikap tu,ambil peluang dgr dari dua2 pihak,baru boleh tahkim,berhujahlah semahunya,bkn ke mu hebat dlm berhujah?klu Ust Nasha dah xleh jawab,baru la nak kata penipu ke,pembohong ke,tp yg duk bising ni,mu je,orang lain,pimpinan xde pun bising-bising pasal tipu ni,pres. tak kata apa pun,dlm bab gabung ni,pres terlibat sama,kenapa xlabel pres?.aku cadang sebelum melabel tu,dengar dulu penjelasan dari dua-dua pihak,klu sekadar dgr dari jauh&berhujah dari jauh,itu org pengecut,mmg mu pengecut.

Al-Bakistani berkata...

pertama:

strategi dicipta dengan tujuan memecah belahkan musuh. tapi strategi yang kita cipta memecah belahkan jemaah sendiri.

kedua:

MSO kata, elit tidak boleh dijadikan asas untuk kita tidak terima seseorang calon dalam sesuatu jawatan.

itu MSO kata, tapi susah juga nak membenarkan hujjah MSO itu..

ketiga:

perlukah ana cerita pertemuan ana dengan pimpinan PAS tertentu???

huzaifah berkata...

tulis melalut cam ni... lama2 nampak hodoh & bodoh..

Kalau dulu orang respect dgn hujah dan dalil, kini orang meluat sebab belum matang lagi rupanya...
Wsm.

Al-Bakistani berkata...

harap pembaca pun matang, tidak bodoh dan hodoh...ini kerana, hujjah dan dalil itu tidak datang dari sesuatu yang mantuq, tetapi datang juga datang sesuatu yang mafhum..

sekian

Al-Bakistani

muhafaza73 berkata...

pertama: bru la ni anta bru nk skong wat solat istikharah dh puas anta & rakan2 sewaktu hentam ust nasha smpai ke thap pribadi..pe cite bakistani????

kedua: sjak bila kte duk gne pkai ckp puak2 umno ni...snang cite rujuk dlu pd pmpinan umno lebih aula dr pmpinan PAS sndiri mcm tu ke bakistani?????

ketiga: anta trasa ke ble dlm kertas kerja psl gbung dlm umno tu dpa xjmput anta sama..la kt paper work xkn xphm lg yg benda tu lum tntu di laksana..whai bakistani klu btul ada usaha nk gbung dgn umno ana akn brsama dgn anta lwn usha2 tu..

keempat: anta kna ada yakin pd kbijaksanaan pmpinan xkn la dpa xpnh pkir yg umno tu mmg jahat smapai ble2..jgn duk pkir DSAI je yg bijak bistari whai bakistani..

Al-Bakistani berkata...

pertama:

ana tidak serang peribadi, tapi ana kritik tindakan beliau sebagai tim presiden yang buat kenyataan perkara yang berkaitan dengan parti secara "tidak tepat".

sekejap kata tidak ada pertemuan, sekejap kata ada pertemuan, tahu-tahu, Pak Lah kata ada. maka gempar gempitalah satu malaysia, malah dunia.

ini bukan isu peribadi, tapi isu organisasi parti.

kedua:

ana merujuk kepada kenyataan pimpinan PAS. bukan sekadar merujuk kepada kenyataan pimpinan UMNO.

ini kerana, setelah Pak Lah mengakui wujudnya pertemuan sebanyak 3 kali, lalu presiden PAS mengakui sememangnya wujud pertemuan yang dimaksudkan oleh Pak Lah itu... sila rujuk balik harakahdaily...

ketiga:

memang tidak dilaksanakan usaha gabung dengan UMNO, tetapi usaha dalam perlaksanaan itu sememangnya berlaku. buktinya, pertemuan sulit tanpa pengetahuan ahli-ahli PAS. takkan kita dah lupa sejarah bahawa isu nak gabung dengan UMNO ini dalam 3 atau 4 bulan selepas menang pakatan rakyat..

yang peliknya, kenapa sesuatu cadangan itu hanya dibincang dari kalangan mereka yang "sehaluan dan sekepala" sahaja. kenapa tidak dibukakan perbincangan itu kepada AJK PAS pusat sendiri, supaya perkara ini didebatkan. sebab itu, masa bising khabar angin ada pertemuan sulit, Mahfoz omar dan Hanifa Maidin nafikan. tiba2 betul wujud pertemuan, maka gelabahkan dua pimpinan PAS ini..

keempat:

ana mahukan pimpinan kita bijak. banyak tindakan sebilangan pimpinan kita dirasakan seperti bijak, tetapi pelik cara bijak mereka sampai satu tahap melahirkan perpecahan antara ahli parti.

kenyataan pimpinan kita kadangkala melahirkan balik jurang antara kita dan DAP, sedangkan DAP sudah hampir percaya pada kita, malah kepada Islam itu sendiri...

justeru, ana mahukan pimpinan kita yang lebih bijak. kalau Anwar Ibrahim dianggap sebagai bijak, maka ana mahukan pimpinan kita lebih bijak dari Anwar Ibrahim. sehingga sampai satu tahap, PAS lebih dominasi berbanding PKR dan DAP.

sekian

Al-Bakistani

Tanpa Nama berkata...

Cybertroopers fraksi UMNO dalam PAS sedang mengamuk di semua blog dan websites. Kalau kita baca betul-betul komen mereka nampak begitu cetek dan dangkal. Mereka lebih suka menyerang peribadi orang lain dan bukan berhujah berdasarkan fakta. Hakikatnya di sini Ustaz Nasha kerap sangat berbohong untuk melepaskan dirinya. Hakikatnya ia telah menyebabkan Mahfuz terpaksa meminta maaf kerana berbohong untuk pihak Ustaz Nasha. Tanya Ustaz Nasha sapa tu Dato Wan Abu Bakar? Pembohong besaq boleh ke kekal jadi Timbalan Presiden PAS?

muhafaza73 berkata...

pertama:mgkritik ada hadnye xkn smpai ilang adab & displin sbg ahli jamaah..klu stakat berbeza pndekatan xkn ia mngharuskan apa yg brlaku skrg ni...

kedua:bkn ke hal ni di anggap tlah slesai pd mktmar lalu..sbb taun ni pmilihan jd d angkat smula isu ini utk jd agenda pribadi oleh stgh2 yg brgelar pmpinan Islam..

ketiga:mmgungkit pkra yg tlah d bicgn pd muktmr yg lalu amat tdk wajar..bkn ke xde hasil pn dr prtmuan trsebut yg rasa ana tlah di tolak smua twaran UMNO pd PAS slps PRU ke 12

keempat:sapa yg nk pecah belah sapa..cbe bce tulisan stgh2 pmpinan yg seolah2 mltkkn prwkilan tidak bijak dlm mnilai hala tuju PAS..ke husam, khalid je yg pndai dlm mnentukn halatuju PAS yg lain tidak..

kna lihat jg knytaan pmpinan DAP dan PKR jgn ltkan kslahan smua pd pmpinan PAS dlm hal ni TG Presiden & Tmbln bkn mcm tu mksud anta..

nk dominasi mcmmana klu pmpinan sndiri xyakin dgn pndgn TG Presiden smua brslindung atas nama keterbukaan PAS..mmg pn kna ke dpa je tp klu org lain lanyak smcam smpai xleh nk brbeza ckit pndgn..

Al-Bakistani berkata...

pertama:

yap.. memang mengkritik ada hadnya. tetapi, jangan dihadkan kritikan. ini tidak, apabila mengkritik, maka itu disebut tidak wala'. yang pelik, tuduh tanpa bukti itu dibenarkan. itu yang pelik tu... sebarang tuduhan yang tidak ada bukti, perlu diterima. sebab wala'. betul ke macam tu??

adab dan disiplin jemaah adalah sebarang tindakan yang tidak boleh menghasilkan mudharat lebih besar terhadap jemaah. tindakan tipu ahli PAS disebabkan buat pertemuan sulit adalah tindakan yang bisa melahirkan mudharat yang besar, iaitu perpecahan dalaman. apakah itu beradap dan berdisiplin dalam jemaah???

kedua:

muktamar lepas telah memutuskan untuk kekal bersama pakatan rakyat. tetapi, agenda gabung dengan UMNO masih wujud, menyeabbkan 16 september tidak berlaku.. anta akan faham isu ini, apabila anta faham ulasan ana tentang kertas kerja yang ana linkan tadi.

http://g-82.blogspot.com/2009/04/ramai-non-muslim-dalam-kerajaan.html

ana malas ulas isu 16 september, sebab dan kenapa tidak terjadi. nak tahu lebih lanjut, sila rujuk presiden, Timbalan presiden dan Cikgu Pa. mereka tahu isu ini, malah "kami" sendiri pernah tanya Ustaz Nasa isu ini masa PRK bukit gantang baru2 ni.

ketiga:

ungkit isu dalam muktamar lepas memang tidak wajar, tetapi jika isu yang sama masih lagi berlaku, apakah masih tidak wajar lagi??

anak yang sudah dirotan dengan kesalahan ponteng sekolah, tidak wajar dirotan lagi sekali. pun begitu, jika ponteng sekolah itu masih berlaku, malah berulan kembali, maka rotan merotan itu masih wajar lagi.

keempat:

memang benar kita berada dalam krisis dalam menentukan hala tuju PAS. sebab, kadangkala kita kata nak bersama dengan Pakatan Rakyat, lepas tu, tidak serius nak majukan Pakatan Rakyat.. apakah itu konsisten namanya???

jelasnya, hala tuju kita masih kepening-peningan. muktamar kata bersama pakatan rakyat. ada "meeting tertentu" kata jangan sokong pakatan rakyat kononnya ramai non muslim.. apa hala tuju kita sebenar??

kelima:

macam mana PAS nak dominan, kalau kenyataan pimpinan kita banyak menyebabkan rakyat hilang respek dengan kita..

macam mana kita nak sokong kenyataan pimpinan kita, kalau kenyataan itu bersifat tidak realistik...

lain kali, sebarang kenyataan yang hendak dibuat, pastikan wujud kajian mendalam. kajian bukan sekadar merujuk kepada buku-buku tertentu, tetapi "kajian poll" (dirasah maidaniyyah), buat kajian rumah kerumah, lepas tu, dialogkan perkara ini diperingkat lebih mendalam dan matang...

ini tidak, kenyataan yang dibuat, tetapi yang tentangnya adalah AJK PAS pusat sendiri.. bermakna, kenyataan itu dibuat, dalam keadaan AJK PAS pusat pun tak tahu menahu... ini masalahnya...

sekian

Al-Bakistani

Tanpa Nama berkata...

andai sikap us nasa nih di ketahui.kenapa la..presiden tak ambikk keputusan yg tegas..syura ulama ambil keputusan tegas..kerana lagi bahaya fraksi yang nak bawak Pas ke umno..tapi masih kekal.sehingga hari nih...kalau pengekalan us nasa sebagai timb pres hari nih...tataula siapa yg benar..yg pnting..kta tengok pemilihan timb pres nanti..

Tanpa Nama berkata...

Wa org yg menyokong PAS dari sejak zaman rockers lagi - sehingga jatuh cinta dgn keindahan ISLAM, disebabkan silatur rahim dan persaudaraan yg amat indah dalam PAS. Disebabkan sering lepak dgn budak2 PAS, wa yg roker dan degil, tapi akhirnya wa suka sgt dgn PAS dan tidak akan tukar sampai bila2.. dan org yg wa selalu ikuti ialah USt Nasha sendiri. Lu orang should ikut majlis ilmu dia, kebetahan dia dalam bahasa inggeris, dalam bahasa Arab, dan ayat2 Al-Quran yg diterjemahkan memang kena dgn semua subject. Wa terpikir, adakah org semacam ini boleh dibelasah oleh org2 mcm lu org ni mcm teruk sgt pertemuan dgn UMNO itu? Lu org rasa, ust nasha kalau UMNO kata jom lah gabung, lepas tu Ust Nasha kata, orait lah beb, jom gabunggg.. hhahaha... lu ingat Ust Nasha ada say ke nak decide PAS dan announce "oiii kawan2, ari ni PAS dah gabung dgn UMNO"...hehehehe... tak logik. Takkan lah sebodoh itu Ust Nasha, well, kalau dia bodoh, wa tak tau lah kan.. tapi mesti lah dia bawa isu tu ke parti dan let parti decide.. takkkaaaannnn laaaaa Ust nasha ada power nak buat mcm tu ? kah kah kah.. lawak laaa lu org ni... Kecuali lah Husam tu kalau jadi Tim Presiden , if ditakdirkan lah, dia boleh decide suka hati dia lak.. mesti dia kena tanya dulu pimpinan. For lu org punya info, dlm organisasi, ada benda yg kena rahsia, ada yg kena cakap, well, too bad lah Pak Lah pi cakap lak, maybe sebab dia dah tertekan dgn isu NAjib, so dia cakap ajer kot. Tu org nak lepas diri..Oh satu lagi, mana tau lak org UMNO semua tau pasal pertemuan rahsia tu? kekeke, lawak laaa.. org UMNO pun tak tau satu habuk pun bila nak beli kapal selam, bila nak beli jet sukhoi..jumpa Ust Nasha pun depa tak heboh pun, cuma depa seronok kita2 ni heboh sgt, sampai nak berperang!! kekeke.. apa la lu all ni.. masa ni lah depa ambik kesempatan bagi pecah sana sini.. anyway, dlm sesuatu negara pun, ada benda yg tak leh cakap dulu, well tak tau lah dlm PAS, maybe semua terbuka kot... dlm selimut pun kena cakap..kah kah kah..opps, wa pun org PAS beb.. ni yg wa marah lu org kasi hentam tak abis2 pimpinan dlm PAS.. wa suka semua, husam , ust nasha, mat sabu - smeua best2.. yg lu all kasi laga apa hal? dah dpt org yg berkaliber semuanya, ni kasi hantam lak.. marah wa mcm ni!!

Tanpa Nama berkata...

saya tak tau sangat pasal perjumpaan PAS dgn UMNO tu..saya pun tak tau sgt pasal Ustaz Nasa & Husam...

tapi kalaulah betul tujuan perjumpaan itu pasal nak bergabung dgn UMNO..saya rasa hentikanlah..

pemimpin UMNO tak ramai yg ikhlas...terutama yg memegang jawatan tinggi dalam parti sekarang...mana2 yg betul2 utk tegakkan Islam dah lama kena cantas atau nasihat mereka macam mencurah air di daun keladi...

saya bercakap bukan dari cerita2 orang tapi dari pengalaman saya sendiri bergaul dgn mereka...

Al-Bakistani berkata...

pernahkah kita terfikir, masa zaman Dato' Asri, PAS boleh gabung dengan UMNO????

muhafaza73 berkata...

pertama:ptut la pn dwn ulama x pnggil anta dh.. apa yg ana mksudkan pn anta xphm..x brbangkit soal wala..apa pn biar dlm krangka jamaah

kedua: la anta pn glongan yg brsedih psl x jd 16 sept ke...ish3 jgn gitu bakistani..ada hikmah napa x jd tp kcuali anta jnis gelojoh x tau la ana..

ketiga: kn dh confirm sbnrnya anta & yg swaktu dgn anta mmg marah tui dgn TG presiden cme x brani jd tibai la ust nasha scukup rasa..awat xngaku dr awal

mstila anta prtahan paperwork anta..dh pnat sengkang mata xkn nk ngaku paperwork anta hampas lak..

keempat: rasanya anta je yg brasa mcm tu sbb duk tndang bola ke dinding kna blik ke muka anta..slagi anta brasa was2 @ pndgn anta je yg btul smpai ke sudah anta rasa dunia sempit..

kelima: mmg slain DSAI yg lain smua x realistik..tu yg brebut2 wat knyataan wlau pn sondol shbt sndiri..matlamat mnghalal cara..

anta kt rakyat ilang respek pd pmpinan btul ke wat kjian ni..

muhafaza73 berkata...

masa zman tu anta pn msh pkai lampin..ke nk cbe gak mnafikan kprluan pd ms tu..sdh2 la tu..

awat ana nye posting sblm ni x msuk..kt td trbuka tp napa lak mcm trtutup whai bakistani..

Al-Bakistani berkata...

pertama :

benarkah dewan ulama tak panggil sebab ana tak faham. ke kerana, ana berpandangan tidak boleh gabung dengan UMNO???

kedua:

ana tak sedih dengan tidak jadinya 16 september. tapi ana sedih, kita masih percayakan UMNO berbanding PR..

yang lebh ana sedih, kita tidak ada usaha mahu melaksanakan dakwah yang lebih berkesan, seperti menyusun plan tindakan dalam dakwah non muslim dan sebagainya.. dan ana lihat, golongan yang sering berdialog dengan non muslim dalam isu kerajaan islam ini, bukan golongan ulama, tetapi golongan profesional.

ketiga:

ana tak buat sebarang paper work pun. dan sekali-kali tidak pernah membentang pun paper work pun. yang ana tak setuju, paper work itu dibuat oleh mereka yang sebulu sahaja. dan didebatkan sesama mereka sahaja.

sebab itu, Hanifa dan Mahfuz nafikan pertemuan sulit dengan UMNO peringkat awal, tetapi terpaksa mohon maaf selepas itu, kerana didapati "tertipu"

kalau Mahfoz dan Hanifa terlibat sama dalam perbincangan dan wacana dari paper work itu, sudah pasti hanifa dan mahfoz yang nafikan pertemuan sulit tersebut.

keempat:

ana dok rasa, bukan ana yang dok sepak bola kedinding. ada dok rasa anta yang mempertahankan nasa dok sepak bola kedinding.

apakah sempit, kita mahukan kerajaan PR memerintah?? apakah tidak sempit kita membiarkan UMNO/BN memerintah Malaysia???

malangnya fikrah sayangkan UMNO ini alasan melayu....

kelima:

Cuba anta pergi jumpa kawan-kawan dari PKR dan DAP. cuba tanya pandangan mereka tentang Tuan Guru Haji Abdul Hadi dan Ustaz Nasa...

yang peliknya, bila sebut nama tok guru Nik Abdul Aziz, mesti semua puji.

jangan percaya dengan ana. tapi anta pergi tanya mereka sendiri. dan minta jawab dengan telus. mesti anta dapat jawapan.

ya syaikh.. jangan syok sendiri bila kajian kita sekadar berlegar dikalangan orang PAS sahaja... cuba pergi tanya rakyat bawahan pula...

sekian

Al-Bakistani

Al-Bakistani berkata...

takkan ana nak samakan zaman ana pakai lampin dengan zaman ana sudah boleh melampinkan anak??

takkan anta tak belajar dari kejatuhan sukarno???

sukarno hebat di zaman menjatuhkan penjajah. tetapi tidak hebat di zaman membangunkan di atas kejatuhan penjajah. sebab itu, dia ditolak pada zaman selepas merdeka.

sebab apa jadi begitu?? sebab, di zaman membangunkan atas kejatuhan penjajah, dia masih lagi berbicara soal merdeka. padahal negara sudah merdeka..

nabi SAW pun, perkara yang Nabi Muhammad bicara tidak sama antara di marhalah makkiyyah dan marhalah madaniyyah.

Syaikh !!! zaman berbeza... dulu orang naik unta, sekarang orang dah naik kereta. takkan di zaman orang naik kereta, anta nak naik unta lagi kot???

sekian

Al-Bakistani

Aku Pun PAs berkata...

Bakistani..sudah sudahlah menjadi penyambung lidah syaitan. Ust Nasa ka, Husam ka, Abg Mat ka... semua nya takdak apa apa, hang melalut lebih lebih sangat....awat..macam orang meroyan...Kalau macam ni, orang atas pagar pun akan lari dari PAS> Syabas.....

muhafaza73 berkata...

yg anta duk ratib lg hal zman dlu wat pe..ana dh naik kete anta je msh trhegeh2 nk start moto kapcai..kta blajar dr sjarah utk lbh matang hdapi musuh bkn tmbah takut dgn musuh hingga ilang kyakinan...

tp krg2 ana brckp dlm ruang brsama PAS bkn mainsyok sndiri mcm anta..ke anta dh join kwsn bru sjak kuar dr subang..

yela mmg pn sbb di gmbarkan oleh org mcm anta yg TG presiden tu pnghalang pd cita2 DSAI dak gitu..

Al-Bakistani berkata...

pertama:

tu yang ana dok fikir tu.. apakah usaha nak gabung dengan UMNO itu bermaksud naik kereta??

dan apakah, bersama dengan pakatan Rakyat itu bermaksud nak start motor kapcai???

bagus la tu.. bila gabung dengan UMNO. orang akan kata, PAS ni parti semangat melayu. lepas semangat melayu, cina dan india makin tak suka PAS. bila dorang tak suka, nampaknya usaha nak daulatkan islam akan terbantut.

kedua :

ana duduk dalam PAS kawasan, tapi kejayaan ana untuk anak-anak muda terima Islam terbantut. tapi, bila ana duduk luar, ramai anak muda yang ana ketemui itu dah sokong PAS. rupa2nya, ana dibantutkan oleh pemikiran jumud KP subang.

biar tak ada jawatan, yang penting kerja jalan. buat apa ada jawatan, kalau meeting pun datang lambat, kalau program anjuran sendiri pun YDP yang kena susun kerusi. sebab apa YDP kena angkat kerusi??, sebab KP tak datang program..

lawak betul....

ketiga:

16 september ini bukan disokong oleh ana, malah di sokong oleh tok guru nik aziz...

anta tak sayang Tok Guru Nik Abdul Aziz ker??? setahu ana, tok guru lama dalam perjuangan. dia lebih tahu keperluan menjatuhkan UMNO. tapi sayang, ada sebilangan kita yang tak suka UMNO dijatuhkan..

sekian

Al-Bakistani

Al-Bakistani berkata...

ada seorang pimpinan yang lawan jawatan naib Presiden PAS dan seorang lagi lawan jawatan AJK PAs Pusat berbalas sms dengan ana. dia tanya pandangan ana, berdasarkan serve ana, apakah mereka boleh menang dalam pemilihan ini?? ana nak tergelak bila ditanya soalan itu...

dua-dua tu dari "team ulama"...

mungkin itu adalah tindakan tidak melalut kot...

sekian

Al-Bakistani

Tanpa Nama berkata...

AlBakistani = pemecahbelah jamaah = ahl annnar

Al-Bakistani berkata...

pemecah belah parti adalah ahli nar;

sedangkan;
usaha gabung dengan UMNO adalah tindakan boleh pecah belah parti;

makanya;
orang yang berusaha gabung dengan UMNO adalah ahli Nar.

justeru;
tidak bergabung dengan UMNO, jemaah bersatu padu;

sedangkan;
usaha untuk jemaah bersatu padu adalah ahli syurga;

makanya;
mereka yang usaha tidak izinkan PAS gabung dengan UMNO adalah ahli syurga...


sekian

Al-Bakistani

muhafaza73 berkata...

pertama: apa hal la anta duk melalut ni bakistani..duk cite lain anta duk ke lain...ish3

kedua: truk sgt ke klu YDP angkat krusi..ish3 rasanya YDP anta pn x ngeluh tp nasib la anta dh kuar sbb nk angkat kusi pn brkira..sdar la bakistani x jatuh martabat hnya dgn angkat kusi...ptut xleh jd KP tu yg duk sondol smcm je..

ketiga: syg ana brtempat sbb kta d ajar x taksub pd pmpinan..

keempat: tinggi tul ilmu anta sjak duk d pnggiran ni smpai leh nilai ahli nar @ syurga...

kelima: dpa tau anta kn hebat wat kjian spt yg anta dakwa slm post anta sblm ni..cme anta je prasan kot..

Tanpa Nama berkata...

Ustaz lawan tetap lawan! Saya puji Ustaz teruskan berhujagh dengan puak muqabalah ini. Nama pun "memecah belah". Dia orang lupa dalam dok sibuk bergesel dengan UMNO, negeri Perak yang kita jadi MB pun dia kebas secara haram. Tapi puak muqabalah kata tak apa sebab itu strategi. Strategi apa bila yang punah jamaah sendiri .....

Al-Bakistani berkata...

pertama:

ana pun pelik, macam mana anta boleh melalut dalam blog ana ni. kalau ana melalut dalam blog ana, kira ok la, sebab blog ana. terpulanglah kat ana.. yang anta dok melalut dalam blog ana tu apasal?? melalutlah dalam blog sendiri...

tu yang ana pelik. isi kandungan ana nak cerita dulu ustaz nasa tipu kita, tahu2 ngan PAS kawasan keluar.. mana taknya, anta g sebut pasal PAS kawasan dah...

ini saje ana nak bagtau, PAS subang dah ok. sejak Haji Ir Misni pegang, segala masalah dah selesai. sebelum ni, ustaz pegang.. masa ustaz pegang, macam2 perkara pelik berlaku. ada rakam merakam la. yang kelakar lagi tu, cakap berdegar2 je YDP dari ustaz dulu, tapi program tu tak datang. kalau datang pun, selalu lambat.

kedua:

tak teruk YDP angkat kerusi. yang teruknya bila KP tak datang program anjuran pemuda sendiri... hehehhe lawak betul...

yang lebih teruknya, program itu dianjurkan oleh pemuda, tapi tidak ada perancangan. tau-tau buat.. tu yang teruk yang sampai YDP kena angkat kerusi tu...

tassub dengan pimpinan?? sebab ana tak suka pimpinan tipu, ana tolak dorang. setahu ana, kalau pimpinan tipu, lepas tu kita masih lagi pertahankan dia, itu baru taassub.

ketiga:

tak perlu jadi KP. jawatan ana sebelum ni pun besar gak dalam dewan ulama. tapi, bila pergerakan ana terbantut, baik ana letak jawatan, ana buat kerja ana sendiri.

buat apa ada jawatan, kalau kerja islam terbantut. lebih baik tidak ada jawatan, kerja islam kita dapat lakukan dengan lebih baik.

kerja islam ni, tak jadi KP boleh buat tau..

keempat :

ana pun pelik, sapa entah, dia komen dalam blog ana, cakap ana ni ahl an-nar. dia tu tuhan kot??

selalunya memang macam tu. orang yang tak leh jawab, selalunya dia mula melebelkan orang itu dengan beberapa lebel.

ala.. style firaun la. bila tak leh jawab hujjah Musa, dia mula cakap Musa ni kafir.. adakan kisah tu dalam Al-Quran...

sekian

Al-Bakistani

Tanpa Nama berkata...

wan ji,tadi aku sarankan kau berhujah sendiri dgn Ust Nasha,jangan pakai walaupun pimpinan pusat,nak kena Ust Nasha jgk...skrg peluang...pergi la jumpa dia,berhujah dgn dia,klu mu tulis dan berhujah berjela2 kat sini pun xsudah,tujuan kita nak cari kebenaran.Beranikan diri anda,khas bab tipu,pergi jumpa ye,jgn xjumpa,klu x,bermakna anda pengecut,xguna berguna berhujah dgn org yg x berkait.

Tanpa Nama berkata...

kesimpulannya.

sheikh bakistani nih.elok la buat ruang tazkirah..sebab byk ilmu yg kita dpt..bila sentuh bab ulasan politik mcm hampagas.

sekian

muhafaza73 berkata...

pertama: ana pn xingin nk wat blog jka hnya skadar trasa diri tu hbat sgt..tnya tu nk tau gak sjauh mana pnglibatan anta dlm PAS..jgn syok sndiri je..

kedua:masalah di kwsn anta mmg dh slesai cme anta je yg xmo slesaikn sbb trasa org len x btul sbb xleh trima pndgn anta...jwyn tu x kmana-mana pn..rasanya yg tmpal poster lbh mulia dr anta dn mana2 pmpinan PAS yg trasa diri tu hbat sgt..klu anta phm insyaALLAH ana xpnh taksub pd mana2 pmpinan cme ana rasa brbeza pndpt @ pndgn adalah rahmat buat jamaah..stiap perbezaan ada titik prsamaan...

ketiga:asyik duk ulang psl jwtn d dwn ulama je..yg lpas x yah d kenang bri la sumbgn dgn seikhlas yg mngkin wlau sapa pn xleh nilainya...mmg keje islam tu leh wat tnpa jwtn tp nk mruntuhkn pn bole lg mdh tmbh2 d pinggiran...

keempat: anta duk kt org tnpa d sdari anta pn 2x5 gak...fkir2 kn la..

akhirnya msing2 ada pndgn sndiri tp yg pnting ISLAM itu..

syafeeq berkata...

slm..

wa respect sama ustaz bakistani, wpn lu muda lg tapi cekal tu ada

yg pnting lu mntain je, lu jgn jwb emosional. bese la org da bengang ngan lu dorang kata la mcm2

tp wa lbh suka cra lu yg ada pendirian..caya la

teruskan selagi yakin di jalan benar.slm juang.peace...~

Al-Bakistani berkata...

pertama :

tak ingin buat blog? bagus la tu.. tapi, jangan la pula dok melalut dalam blog orang...

kedua:

ye ker ana yang tak nak selesai? ke orang "sana" yang tak nak selesai. kalau meeting ni, orang sekepala dengan dia je jemput. Yang kaki bangkang, jangan jemput.

ketiga:

ana pun malas nak ulang pasal jawatan. bila anta sentuh, ana sentuh juga la.. (surender nampak??

keempat:

ana tahu ana silap, ana akan mengaku kesilapan ana. tapi ana tetap tidak akan pertahan orang yang menipu untuk jadi pimpinan. sebab, pertahankannya samalah redha pimpinan itu menipu di masa akan datang. bila dia menipu lagi di masa akan datang, bermakna kita redha mudharat mendatang.

bahkan nabi SAW ada bersabda:

mana-mana pemimpin yang memimpin rakyat dari kalangan orang islam, lalu mati dalam keadaan dia tipu mereka, pasti ALlah akan haramkan baginya syurga (hadis bukhari)

sekian

Al-Bakistani

Al-Bakistani berkata...

nak jumpa ustaz Nasa?? hehehe... mahukan golongan elit nak jumpa blogger yang tak ada apa2 ni??

Reformis Jalanan berkata...

Geram betul la..asalnya berbalah pasal ust nasha..last2 terkeluar dan berbalah bab blog dan PAS KAwasan. Yang ustaz al bakistani pi layan orang gila macam muhafaza73 tu buat apa? Umur je tua tapi mentaliti taraf budak2.


buat al-bakistani, teruskan usaha ust. saya sokong, dan lg penting, kita sependapat. SALAM.

P/s : Jgn layan org tak siuman tu.

Tanpa Nama berkata...

jangan belit2 la wan ji,berani kerana benar.dia yg xnak jumpa atau kamu?

Tulang Besi berkata...

Tak Nak Kerjasama Dgn UMNO. Tapi Kenapa Tipu?

Telah dilaporkanm dalam Harakahdaily:

"Saya ambil kesempatan di sini untuk sekian kalinya menegaskan bahawa pimpinan tertinggi parti tidak pernah mempunyai niat atau perancangan untuk masuk UMNO dan BN."

Kalau begitu, kenapa harus menipu satu waktu dahulu dalam berjumpa dengan UMNO?



Bukankah Ketua Penerangan PAS Pusat telah terpaksa menarik kembali kenyataan beliau dan mengeluarkan kenyataan baru?

Juga, kalau benar tiada niat untuk bersama BN dan UMNO, maka apakah tujuannya bercakap dengan UMNO dalam gelap tersebut? Sehingga sekarang tiada laporan dari mereka2 yang bertanggungjawab terhadap kandungan serta butir-butir perbincangan dengan UMNO.


Juga, isu Task Force 2010 juga tidak disentuh? Siapa dia Dato' Wan Abu Bakar yang berasal dari Terengganu? Tidak hairanlah motivasi untuk bawa PAS ke UMNO ini adalah konspirasi pimpinan2 Terengganu kebanyakannya.

Malahan, antara jawapan balas terhadap dakwaan di atas yang saya rasa paling baik adalah:

"Betul tu... mana ada agenda nak masuk UMNO, yang ada agenda nak gabung dengan UMNO. Justeru, tuduhan itu adalah fitnah semata-mata."

Majlis Syura Mengarahkan Berbincang Dengan UMNO?

Antara dakwaan lain adalah kononnya Majlis Syura yang mengarahkan perjumpaan dengan UMNO tersebut.

Dakwaan ini juga mengandungi berbagai-bagai persoalan juga:

a. Kenapa Pengerusi Majlis Syura tidak mengetahui akan keputusan ini? Dan seterusnya Pengerusi Majlis Syura telah menolak apa2 hubungan dan percakapan dengan UMNO. Ini menangdakan TIADA KEPUTUSAN dari Syura kerana kalau ada, mengapa Pengerusi Majlis Syura boleh mengenepikannya?

b. Sehinga sekarang tiada bukti bahawa Majlis Syura telah mengarahkan perbincangan dengan UMNO tersebut? Tiada satu dokumen hitam putih membuktikan wujudnya arahan sedemikian.

c. Kenapa dipilih Mustafa Ali sebagai mewakili PAS sedangkan Mustafa Ali bukan ahli Majlis Syura Ulama PAS

d. Kenapa perkara ini tidak dirujuk kepada AJK PAS Pusat ataupun sekurang-kurangnya DEwan Harian PAS Pusat? Mengikut perlembagaan PAS, Majlis Syura tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan sesiapa untuk berjumpa dengan UMNO. Itu adalah bidang kuasa AJK PAS Pusat.

e. Dan kandungan perbincangan juga sehingga hari ini tidak dilaporkan secara rasmi dan bertulis kepada AJK PAS Pusat ataupun pada Syura?

KEsimpulannya, penafian yang tertera di atas ini tidak boleh dijadikan sandaran kerana terdapat banyak lagi persoalan yang masih belum dijawab.

Kalau kita dah kena tipu sekali, takkan kita nak kena tipu lagi?

Al-Bakistani berkata...

yap.. kata benar walaupun pahit (hadis)

sekian

Al-Bakistani

Tanpa Nama berkata...

Salam..

i think, very important to u to write about TGHH and "pembantu-penbantunya"

because,

1- i think there is also something wrong about the "pembantu-pembantu nya".

2- they can influence the action doing by TGHH.

3- so, we can put them to the dustbin.

wassalam..

Tanpa Nama berkata...

tak sangka ust mempunyai pemikiran yang agak maju dan matang berbanding pimpinan atasan yang 'bermain2 mata dengan umno'. Strategi ustaz pada mulanya ana agak terkejut dan tidak berapa suka...ana tergolong dari golongan yang menyokong ust nasa...tetapi kini ana sedikit sebanyak tahu apa sebenarnya yang berlaku di 'dlm'... Betapa sebenarnya presiden sendiri sampai sakit2 masuk hospital keranamu us nasa...yer,...ana sokong aper yang ustaz bagitau...strategi yang berjaya dan jauh ke depan...Ustaz,...jangan lari dari jemaah...kerana ustaz satu2nya ulama muda yang berfikiran jauh...ana taknak nafikan ustaz2 muda lain kerana mereka bagus2 belaka...cuma ust nasa ni perlu penilaian semula..kalo ustaz lari,...macam mana pemikiran ustaz nak dijelmakan dalam dewan ulama dan pemuda? Ustaz mesti join dan aktif jemaah,bawa suara dan pemikiran ustaz serta hujah syarii...kerana Pas memerlukan ulama mcm ustaz...kerana tindakan golongan profesional yang digelar erdogan sering disalah erti kerana mereka tiada gelaran ulama...hanya ustaz yang boleh mempertahankan mereka dengan hujah2 ilmiah...Allahuakbar!!!

Tanpa Nama berkata...

tak sangka ust mempunyai pemikiran yang agak maju dan matang berbanding pimpinan atasan yang 'bermain2 mata dengan umno'. Strategi ustaz pada mulanya ana agak terkejut dan tidak berapa suka...ana tergolong dari golongan yang menyokong ust nasa...tetapi kini ana sedikit sebanyak tahu apa sebenarnya yang berlaku di 'dlm'... Betapa sebenarnya presiden sendiri sampai sakit2 masuk hospital keranamu us nasa...yer,...ana sokong aper yang ustaz bagitau...strategi yang berjaya dan jauh ke depan...Ustaz,...jangan lari dari jemaah...kerana ustaz satu2nya ulama muda yang berfikiran jauh...ana taknak nafikan ustaz2 muda lain kerana mereka bagus2 belaka...cuma ust nasa ni perlu penilaian semula..kalo ustaz lari,...macam mana pemikiran ustaz nak dijelmakan dalam dewan ulama dan pemuda? Ustaz mesti join dan aktif jemaah,bawa suara dan pemikiran ustaz serta hujah syarii...kerana Pas memerlukan ulama mcm ustaz...kerana tindakan golongan profesional yang digelar erdogan sering disalah erti kerana mereka tiada gelaran ulama...hanya ustaz yang boleh mempertahankan mereka dengan hujah2 ilmiah...Allahuakbar!!!


ustaz,...harap beri renspon ttg perkara ini...dan beri renspon tentang usul sebulat suara dewan ulama yang nak presiden dan timbln ulama....

Ibnu Ali berkata...

Nampaknya pemimpin penipu berjaya menipu 480 perwakilan, macamtu ke ustaz?

Al-Bakistani berkata...

pelik apa.. 62 tahun BN tipu rakyat Malaysia sampai hari ini mereka masih memerintah...

sekian

Al-Bakistani

BERITA CAP BUMI berkata...

aku rasa kadang2 kita ni emosi,ini runga lingkup yg sangat besar,kau boleh lihat sendiri berapa ramai pengunjung blog nih,ruang ni sangat besar...bawa bersabar...aku pun dari pas kawasan,semua kawasan ada masalah,tapi kita tak dibenarkan menyendiri ataupun tinggalkan gerakan ni.ko sepatutnya jangan tinggalkan gerak kerja jemaah,takut2 ko tertinggal maklumat dan ko banyak buat analisa perspektif sendiri...aku rasa nasa tu bukan perfect sama mcm kita...TGHA pun sama,jadi buatlah teguran ngan cara berhikmah...nama2 ni semuanya pejuan2 agama dan bukan baru...malah tak dapat apa2 pun....mungkin ada sebab peribadi antara ko ngan nasa ata hadi,tapi itu tak boleh membenarkan kenyataan yg keras secara terbuka mcm internet ni,banyak fitnahnya...niatko tu ada pada semua pendukung islam,semua nak menegakkan islam dimalaysia...aku ingat lg nikaziz akan bubarkan pas kalu umno tegakkan hukum islam...ini pun kenyataan yg hampir sama.TGNA juga ada mengatakan utk gabung ngan UMNO dan wujudkan gerkan islam seluruh malaysia...rasanya apa yg aku nampak n i benar sangat.ianya lebih kpd dakwah....berapa ramai org masuk pas disebabkan pendekatan pemimpin atasan ni...aku tak tau apa pandangan ko,terpulang...tapi sila masuk dlm jemaah dan pegang jawatan,serta beri sumbangan yg termampu...bersabarlah dlm perjuangan,yg benar tetap benar yg salah tetap salah....kita bukan tuhan utk tahu apa yg ada dlm hati manusia,tapi kita bertindak atas petunjuk ALLAH..wassalam.

Al-Bakistani berkata...

UMNO tak tukar lagi dasarnya kepada Islam, tidak ada gunanya nak gabung. malah, UMNO masih boleh disifatkan musuh Islam.... tapi, kalau UMNO dah tukar dasarnya kepada Islam.. masakan gabung, nak masuk UMNO pun ana tergamak...

sekian

Al-Bakistani

Make Money Online berkata...

Saya heranlah..seorang Ustaz boleh kata mereka nak muzakarah/muqobalah dgn UMNO (bukan join UMNO spt yg difahami oleh al-ustaz) adalah ahli neraka?...wal i'yazubillah...

Sy yakin ustaz pun tinggi ilmunya..belajarpun sampai bumi anbia..tapi sy yg jahil ni pun konfius fasal tuduhan ni.

Jika kita anggap mereka Ahli Neraka, adakah mereka itu akidahnya batal? setahu saya ahli UMNO yg melayu itupun masih lg ISLAM termasuk pimpinannya..takkan nak bermuqobalah dgn mereka dah jadi ahli Neraka..

Nabi pernah membuat perjanjian dan muqobalah dgn Musyrikin mekah-KAFIR@ahli Neraka(bukan ahli UMNO) iaitu perjanjian Hudaibiyyah..so..adalkah nabi bermuqobalah dgn depa menjadi kesalahan yg besar?Tidak...

nahnu Nahkum bizzowahir ....isi perut sy tak nak campur..

salam perjuangan..

Al-Bakistani berkata...

muqabalah ada dua.. muqalah sahaja. atau muqabalah bermotifkan pergabungan dengan UMNO...

pergabungan dengan UMNO adalah tindakan yang bisa melahirkan perpecahan sesama PAS...

pimpinan PAS tertentu ada sebut. tindakan yang melahirkan perpecahan sesama ahli jemaah ahli nar.. kalau begitu, bagaimana pula muqabalah yang bawa kepada pergabungan dengan UMNO yang membawa perpecahan sesama ahli PAS???


sekian

Al-Bakistani