Sabtu, 6 Jun 2009

TAK BOLEH TEPUK TANGAN???


TAK BOLEH TEPUK TANGAN???

Dalam sidang Muktamar PAS, Ketua Penerangan PAS negeri Johor ada menyebut;

”Dulu kata (orang Islam) tidak boleh kata tepuk tangan, sekarang tengelam dah (saranan itu). (Sekarang) tepuk tangan lebih deras lagi
[1]

Membaca kenyataan ini, menyedihkan. Sepatutnya, sebarang kenyataan yang hendak dilakukan, hendaklah terlebih dahulu dikaji hukumnya secara pasti. Ini kerana, dengan kenyataan sebegini, menyebabkan ”orang di luar sana” akan merasakan PAS itu seakan-akan parti yang tidak berasaskan ilmu.

Sebarang ulasan dan kupasan, hendaklah disertai bukti dan hujjah, bukannya ”purba sangka” yang tidak berasaskan kepada fakta, malah tuduhan yang tidak berbukti yang melahirkan keburukan.

HUKUM TEPUK TANGAN

Secara asasnya, menepuk tangan tidak diharamkan, malah dibenarkan berasaskan kepada kaedah fiqh;

الأصل في الأشياء الإباحة

Maksudnya;
“asal sesuatu perkara adalah harus”

Adapun sebilangan pihak yang mengatakan haram tepuk tangan dengan merujuk kepada firman Allah yang menyebut;

وَمَا كَانَ صَلَاتُهُمْ عِنْدَ الْبَيْتِ إِلَّا مُكَاءً وَتَصْدِيَةً

Maksudnya;
“Sembahyang mereka di sekitar Baitullah itu, lain tidak hanyalah siulan dan tepukan tangan”

(Surah Al-Anfal : 35)

Perlu diambil perhatian, ayat ini di kupas oleh Imam Ibnu Abbas dengan katanya;

كانت قريش تطوف بالبيت عُراة، يُصفِّقون ويُصفِّرون ، فكان ذلك عبادة في ظنِّهم

Maksudnya;
”orang-orang Qurasyh, apabila mereka melakukan tawaf, mereka lakukan dalam keadaan telanjang, mereka bertepuk-tepuk tangan dan bersiul-siul. Mereka melakukan sedemikian kerana mereka menyangka itu adalah perkara ibadat
[2]

Justeru, hukum haram tepuk tangan yang dimaksudkan dalam ayat ini, apabila ia melibatkan kepada perkara ibadat. Adapun tepuk tangan yang tidak melibatkan kepada perkara ibadat, seperti melibatkan majlis keramaian, menyambut tetamu terhormat, kagum dengan sesuatu ucapan dan sebagainya, maka itu adalah harus didalam Islam.

Adapun berkenaan dengan teguran LANTANG terhadap ”wartawan perempuan tidak bertudung” yang dibangkitkan oleh Perwakilan pahang, Ustaz Yusuf Embong, diharapkan dia perlu merujuk konsep dakwah ala Tuan guru Nik Abdul Aziz bin Nikmat terhadap Amy Search untuk menghasilkan dakwah yang lebih berkesan, bukannya melahirkan kesan buruk terhadap PAS, malah terhadap islam itu sendiri.

Omar Abdul Aziz pernah mengungkapkan;

إني أخاف أن أحمل الحق جملة , فيدفعوه جملة

Maksudnya;
“Sesungguhnya aku bimbang aku melaksanakan kebenaran secara total, menyebabkan rakyat menolak kebenaran itu secara total”

Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
7 Jun 2009 * 2:38 pagi


[1] http://www.malaysiakini.com/news/105948
[2] At-Tafsir Al-Kabir : 7/400.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hai.. cian betul.. awak kan dapat tarbiah pas? takkan tak dapat bezakan antara masalah dan wala' pada jemaah islamiah, dgn kerajaan perpaduan anjuran TGHH tu? ish ish ish

Pastu kalau betullah wala' anda skrg, mengapa persoalan ini ditulis di blog? Mengapa anda tidak call sendiri dan tanya Ustaz Din, apa bezanya ummah cnteric tajaan maszlee dan kerajaan perpaduan TGHH.

Perbezaannya bagai langit dan bumi..

Tulisan paling teruk dari anda setakat ini..

Al-Bakistani berkata...

ana masih keliru... sebab, bila kerajaan Perpaduan telah berjaya ditubuh.. Najib kononnya ditabalkan sebagai PM.. apakah arahannya wajib di taati (diberi wala') atau tidak??? jika wajib diberikan wala', kadar mana yang wajib diberikan wala'??

dan apakah beza dengan wala' kepada kepimpinan PAS?? apakah wajib memberi wala' kepada pemimpin yang penipu???/

mungkin pimpinan atasan yang menykong kerajaan perpaduan boleh mengulas dengan lebih mendalam...

sekian

Al-Bakistani

maharajatoga berkata...

terimakasih ust atas pencerahan.
moga yg ditegur itu mendpt iktibar.
harap dia pun bc blog ust ni..