walaupun sudah berumur, berpakaian jubah dan serban, keterbukaan Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nikmat menyebabkan Islam yang dijumudkan oleh UMNO mula dikenali dan difahami sebagai agama yang universal
PERTAMA:
“Pemuda PAS perlu menjadi pendesak bukan sahaja kepada pucuk pimpinan parti tetapi juga kepada kerajaan Pakatan Rakyat, kata ketua Pemuda PAS Melaka, Kamaruddin Sidek”
KOMEN:
Mendesak bermaksud kita akan bertindak menekan kepada pihak yang tidak menerima pandangan ataupun cadangan kita. Adapun mencadang, kita memberikan alternative.
Secara logiknya, mendesak tidak seharusnya berlaku melainkan setelah diberikan cadangan. Apabila kita mendesak tanpa diberikan cadangan, itu merupakan tindakan yang mandul.
Contoh, dikala kerajaan Pakatan Rakyat memerintah. pihak kerajaan hendak mengadakan program hiburan. Tindakan mendesak agar program itu ditutup terus merupakan tindakan yang kurang cerdik. Tetapi, tindakan yang cerdik adalah, dengan mencadangkan bentuk hiburan alternative. hiburan alternatif cara Islam itu, pastikan realistik dan sememangnya wajar dengan kehendak semasa. Apabila cadangan itu ditolak dengan hujjah yang tidak tepat, barulah tindakan mendesak itu berlaku.
Jika kita mengambil sikap mendesak tanpa mencadangkan alternatif, dibimbangi kita dikatakan ”puak taliban ala malaysia”. Malah, tempelan ini sudah kedengaran kini.
KEDUA:
"Saya cadangkan penubuhan majlis Pakatan seperti yang dilakukan oleh BN, supaya gerak kerja Pemuda dalam pakatan dilihat suatu yang kukuh dan gagah untuk mengambil tapak politik tanahair," katanya ketika membahaskan ucapan ketua Pemuda PAS hari ini.
KOMEN:
Cadangan ini bernas. Wajar diambil perhatian. Alangkah baiknya, kalau cadangan ini dijadikan usul dalam muktamar PAS pusat untuk perbahasan.
KETIGA:
"Dalam muktamar lalu pewakilan berkata, parti mesti menguasai kerajaaan, bagaimanapun pada hari ini masih ada yang berseronok”
KOMEN :
PAS berkata, Parti mesti menguasai kerajaan. PKR dan DAP juga bercakap sedemikian. Jika keadaan ini berlaku, atau masing-masing bertindak menekan dan berpendirian sedemikian, ia tidak akan selesai juga, malah melahirkan polimik pula dalam kerajaan Pakatan Rakyat.
Justeru, kita kena kembali kepada sistem demokrasi yang diamalkan dalam negara, iaitu sistem yang menyebut, pihak majoriti adalah pihak yang mempunyai kuasa berbanding pihak yang minoriti.
Pun begitu, sebagai parti yang mempunyai saham dalam kerajaan, kewujudan PAS tidak boleh diabaikan, malah PAS perlu menghantar wakil-wakil dalam exco, orang yang berani menyatakan hasrat parti dalam kerajaan.
Disamping itu, sebagai wakil PAS dalam exco kerajaan Pakatan Rakyat hendaklah memajukan, malah memantapkan gerak kerjanya dalam bidangkuasa dalam jawatan exco yang diberikan.
Begitujuga, sebarang peruntukan kerajaan yang melibatkan kepada pembahagian terhadap para parti, hendaklah dengan cara mewujudkan koata berdasarkan persetujuan dalam mesyuarat exco kerajaan pakatan rakyat.
KEEMPAT;
”Sementara itu, wakil Negeri Sembilan Khairil Anuar Mohd Wafa dalam perbahasannya berkata, isu ulama dan profesional tidak perlu diulang-ulang lagi.”
KOMEN:
Setuju dengan pandangan ini. Tidak perlu lagi dijadikan isu ulama dan profesional sebagai isu yang penting. Malah, tempelan bahawa orang ini adalah ”pro jim” dan orang itu adalah ”anti jim” juga perlu dihindarkan di kala ini.
Di kala ini, orang berfikir untuk meramaikan ahli parti. Tidak difokuskan kepada orang JIM dan ABIM sahaja, malah melepasi sehingga kepada orang UMNO dan non Muslim.
Pun begitu, setelah kemasukan mereka ke dalam parti, perlu diadakan sesi tarbiyyah dan pengisian yang bersifat sistematik, bukannya pengisian yang bersifat “syok sendiri”.
Perbincangan usrah atau tamrin, malah mukhayyam, perlu diadakan pengisian yang bersifat mencambah minda yang bisa memajukan pemikiran ahli gerakan Islam dalam usaha mendaulatkan islam di Malaysia. Pengisian yang membina jati diri yang bersifat taassub, juga bersifat asobiyyah kepartian atau kejamaahan yang merugikan islam, perlu dihindarkan jauh.
Perlu diwujudkan program yang agak “kawan” dengan non Muslim (kelab Penyokong PAS) dengan pendekatan yang lunak dan bijaksana sehingga sampai satu tahap, mereka mengakui kehebatan islam itu sendiri.
Para ulama juga perlu kehadapan dalam memahamkan islam kepada pihak non muslim dalam PAS. Pendekatan yang hendak dilakukan, tidak boleh sama dengan pendekatan yang dilakukan kepada orang islam. Para ulama boleh belajar pendekatan itu menerusi gaya dan cara yang ditunjukkan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nikmat, yang terbukti kejayaan beliau dalam mendekatkan non Muslim kepada Islam.
Cara mengulas Islam juga hendaklah bijaksana. Tidak seharusnya mengulas dengan cara menyatakan hukum semata, malah sebarang ulasan hukum mesti disertakan « maqasid » di sebalik hukum. Ini kerana, Al-Quran dan As-Sunnah itu sendiri merupakan agama fitrah. Justeru, kefitrahan dalam Al-Quran dan As-Sunnah bisa difahami melalui ilmu maqasid. Tanpa maqasid, kefitrahan manusia dan kehidupan dalam Al-Quran dan As-Sunnah tidak bisa di fahami.
Para ulama pula, tidak boleh sekadar menyusun jadual kuliah maghrib, kuliah subuh, kuliah duha, kuliah Zohor, tazkirah dan khutbah jumaat sahaja, bahkan di kala ini, perlu menyusun juga program-program yang berbentuk dialog dengan para non Muslim. Usaha ini penting, kerana ia merupakan faktor penting untuk menjadikan para non Muslim itu menerima Islam sebagai agama pilihan hati mereka di masa akan datang.
Mudah-mudahan PAS akan menjadi parti yang dominasi dalam Pakatan Rakyat di masa akan datang, seterusnya penerimaan rakyat kepada islam memyebabkan islam berjaya dilaksanakan di malaysia.. amin ya rabbal ‘alamin.
Sekian
Wallahu ‘Alam
Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/
ustaz_bakistani@yahoo.com

- Sri Indah (B), Sg Buloh
5 Jun 2009 * 8:50 pagi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan