Ahad, 21 Jun 2009

SEMUA PERTUBUHAN BERBAU PERKAUMAN, WAJIB DIHARAMKAN

sampahkan semangat perkauman di Malaysia kerana ia membinasakan agama dan negara


SEMUA PERTUBUHAN BERBAU PERKAUMAN, WAJIB DIHARAMKAN

Malaysiakini melaporkan
[1];

"Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein digesa supaya mengharamkan serta merta Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa)"

"Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, kerajaan harus mengharamkan pertubuhan itu kerana ia menimbulkan kebimbangan di kalangan bukan Melayu dengan mendakwa memperjuangkan hak-hak orang Melayu di bawah Perlembagaan Persekutuan"

KOMEN:

Bukan sekadar PERKASA sahaja perlu diharamkan, malah sebarang pertubuhan yang berbau perkauman perlu diharamkan, termasuk UMNO. Ini kerana, pemikiran perkauman ini memungkinkan berlakunya pertembungan kaum sepertimana berlakunya tragedy berdarah 13 mei yang lalu.

Dalam Islam, terdapat satu kaedah yang disebut sebagai "sad Az-Zarai'", iaitu menutup sebarang lubang-lubang keharaman.

Antara perkara haram adalah melahirkan perbalahan antara kaum. Justeru, sebarang pertubuhan yang berasaskan kepada kaum, wajib diharamkan dalam Negara berdasarkan kaedah usul fiqh ini.

Sekian

Wallahu 'Alam


Al-bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com



- kota damansara
22 Jun 2009 * 2:27 petang





[1] http://www.malaysiakini.com/news/106959

1 ulasan:

WUZARA berkata...

ye... begitu juga DAP,PKR, MCA, Posuk Momogun dan lain-lain parti politik yang tidak dibangun oleh asas aqidah Islam.

Di dalam Islam kewujudan parti politik adalah untuk memuhasabah pemerintah dan membantu menyebarkan Islam, bukan sebagaimana dalam konteks demokrasi hari ini,yang menang jadi pemerintah yang kalah pembangkang. Ini adalah praktik kufur yang wajib dihancurkan, bukan disuburkan.