Jumaat, 28 Ogos 2009

DA’I BERJIWA POLITIK


DA’I BERJIWA POLITIK

Politik Islam. dua kalimah yang digabungkan, melahirkan penafsirannya tersendiri. Politik bermaksud pentadbiran. Islam adalah agama yang diredai oleh Allah.

Berpolitik islam, bermaksud melakukan pentadbiran mengikut kehendak agama yang dikehendaki oleh Allah SWT. Tidak mentadbir mengikut kehendak Allah, maka tindakan itu bukanlah gambaran bagi orang yang berpolitik Islam.

Lawan Islam adalah kufur. Justeru, lawan bagi politik islam adalah politik kufur. Politik kufur adalah politik yang bukan sekadar tidak melaksanakan tanggungjawab ilahi, malah melawannya.

Dalam politik, perbahasan tentang maslahah dan mafsadah - manfaat dan mudaharat adalah perkara penting. Konsep maslahah dan mafsadah - manfaat dan mudharat merupakan maqasid disebalik pensyaritan hukum Islam.

Firman Allah;

وَيُحِلُّ لَهُمُ الطَّيِّبَاتِ وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ الْخَبَائِثَ

Maksudnya;
“menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk”

(Surah Al-‘Araf : 157)

Semua perkara yang qatii yang berbentuk suruhan, maka ia adalah maslahah. Adapun perkara yang qatii yang berbentuk larangan, maka ia adalah mafsadah, waimma akal tidak memahaminya sekalipun.

Sebab itu, di saat pengharaman arak di zaman Nabi, walau sahabat ketika itu tidak mengetahuinya mafsadah arak, mereka tetap meninggalkannya. Pun begitu, dengan ketinggian teknologi moden, baru sekarang terbukti kemafsadahan arak.

Ini menandakan, sesuatu pengharaman yang datang dari nas yang qatii ad-dilalah adalah mafsadah. Adapun perkara yang halal pula, maka ia adalah maslahah.

Adapun perkara yang bersifat zanni, sesuatu suruhan dan larangan, akal diberikan ruang untuk menilai disebalik maslahah dan mafsadahnya.

Begitujuga, dalam perkara yang tiada nas, tetapi wujud di zaman kini. Maka hendaklah dilihat maslahah dan mafsadahnya. Jika wujud maslahah, maka ia adalah halal - harus. Sebaliknya, jika wujud mafsadah, maka ia adalah haram.

Mana mungkin Allah halalkan perkara yang memberikan keburukan kepada manusia. Begitujuga, mana mungkin Allah akan haramkan perkara yang memberikan kebaikan kepada manusia.

Jika sesuatu tindakan yang hendak dilakukan, perlu dilihat terlebih dahulu, apakah tindakan tersebut boleh mendatangkan maslahah atau mafsadah; mendatangkan kebaikan, atau mendatangkan keburukan.

Jika sesuatu tindakan itu dilihat ada pertembungan antara mafslahah dan mafsadah, perlu dilihat apakah maslahahnya lebih besar, atau mafsadahnya lebih besar.

Jika melahirkan mudharat yang sedikit, tetapi mendapat maslahahnya yang lebih besar, maka ambil yang maslahah yang besar itu, waimma terpaksa melakukan mudharat yang kecil.

Orang minum arak memang wajib diusahakan agar dia berhenti dari minum arak. Pun begitu, perlu difikirkan cara yang paling berkesan agar dia sememangnya berhenti minum arak.

Jangan berpuas hati semata-mata seseorang itu berhenti minum arak dihadapan kita, tetapi dibelakang kita dia masih lagi kuat minum arak. Sebagai pendakwah, perkara yang wajib difikirkan adalah, bagaimana mahu jadikan peminum arak itu berhenti terus dari meminum arak.

Alangkah baiknya, jika peminum arak itu dijadikan kawan terlebih dahulu. apabila sudah menjadi kawan, sedikit demi sedikit kita dapat menyerap kefahaman kepadanya tentang keburukan arak, dan seterusnya dia dapat kesedaran dan terus berhenti dari minum arak.

Jika ini yang kita lakukan, kita mendapat dua keuntungan, iaitu kita mendapat kawan dan kita dapat berhentikan orang tersebut dari minum arak. jika dia tidak berhenti dari minum arak pun, sekurang-kurangnya kita sudah mendapat kawan.

Pun begitu, kalau kita terus sound, dibimbangi peminum arak itu akan terus lari meninggalkan kita. Justeru, Kawan pun kita tidak dapat, malah dia tetap terus minum arak. Bermakna, kita telah mendapat dua kerugian, waimma kita berpuas hati dapat ”sound” orang itu.

Melakukan bantahan kepada pihak kerajaan kerana mengadakan konsert, memang tindakan yang bijak dalam usaha hendak benteras kemungkaran. Jika dimarah pun, pihak penganjur program sahaja membenci yang sememangnya menjadi ”musuh” kita selama ini.

Begitujuga, dikira sebagai bijak jika pihak kerajaan tidak layan bantahan kita, maka kita lakukan program ”ramah mesra” dengan pengunjung-pengunjung konsert tersebut, disertai dengan nasihat yang kita kemukakan, sama ada dengan menggunakan risalah atau dengan berbual-bual dengan mereka sehingga menjadi kawan.

Tetapi, jika kita bertindak melakukan bantahan dengan berdemonstrasi, bukankah disitu kita telah mendapat banyak kerugian?

Konsert tersebut tetap berjalan macam biasa, disamping anak muda makin meluat dengan kita. Makanya, dalam pilihanraya umum, kita susah hendak mendapat undi dari mereka, seterusnya kita tidak berjaya menguasai kerajaan.

Bukankah, apabila mendapat kerajaan, kita telah mendapat ’lesen besar’ untuk menghapuskan maksiat?

Apabila kita tidak berjaya mendapat kerajaan, masakan konsert, maksiat yang lebih besar daripada ini pun kita tidak mampu nak benteras.

Justeru, sesuatu tindakan yang hendak dilakukan, perlu difikirkan cara yang lebih berkesan untuk dilakukannya. Dibimbangi, kita diumpamakan dengan pepatah, ”yang dikendong keciciran, yang dikejar tak dapat”

Mungkin inilah hikmat hadis Nabi SAW menggunakan perkataan ”mengubah/menukar” dikala melihat mungkar, tidak mengunakan perkataan ”memberhentikan” melalui hadis;

مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ

Maksudnya;
”barangsiapa yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubah/menukar dengan tangannya. Jika tidak mampu, maka dengan lidahnya. Jika tidak mampu, maka dengan hatinya. Itu merupakan selemah-lemah iman
[1]

Sekian


Baca sama;
Mat Skema yang tak cool

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
Ustaz_bakistani@yahoo.com



- sri Indah (B), Sg Buloh
28 ogos 2009 * 3:18 petang


[1] Sahih Muslim : 70.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam,

Saya rasa baik ustz merujuk kembali dalam kamus DBP maksud "politik" dalam bahasa Melayu. Ia bukan sahaja bermaksud pentadbiran semata-mata tetapi birokrasi dan percaturan kuasa.

Kalau nak ikut tafsiran politik secara mudah, Prof. Khoo Kay Kim (UM) memberikan tafsir politik sebagai "struggle of power". politik nie tak kiralah sekecik2 power (cth: 2 orang adik-beradik berusaha mendapat perhatian dari ibu bapa) sehingga politik yang aggresif(cth: pertumpahan darah melalui peperangan bagi mencapai sesuatu objektif).

Sekadar perkongsian.

Wallahu'alam

Al-Bakistani berkata...

bukankah mentadbir itu memerlukan kepada kuasa. sama ada kuasa itu kecil, atau kuasa itu besar???

bukankah mentadbir itu memerlukan kebijaksanaan dalam birokrasi dan percaturan kuasa?? apa guna berbicara tentang birokrasi dan percaturan kuasa dalam keadaan tidak ada kaitan dengan mentadbir??

atau bagaimana???

mungkin tanggapan ana salah...

sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani

Tanpa Nama berkata...

apa pun, terima kasih bagi maklumat tambahan...

sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani

Tanpa Nama berkata...

Dear Wan Jie,

Itu dr sudut pandangan nta, bagi pandangan ana, kedua2 pendekatan perlu diambil dan perlu dilaksanakan. Cuma yang membezakan adalah masanya melaksanakannya shj.

Bantahan @ berdemo tetap perlu dilaksanakan secara rasmi kepada pihak2 tertentu sekurang2nya supaya tidak sekarang @pun akan datang pihak tersebut bermudah-mudah dalam meluluskan sesuatu perkara yang menjurus kepada maksiat, sekurang2nya seblm meluluskan, mereka akan berfikir bahawa pasti ade pertubuhan tertentu akan membantah kelulusan yang diberikan oleh mereka.

'Bantah' secara mendekatkan diri @ beramah mesra dgn golongan2 yang menghadiri konsert pun perlu dan perkara2 ini perlu dilakukan berpanjangan seperti mengedarkan risalah tentang keburukan percampuran bebas (dll), bersembang scr personal, menjadikan mereka kwn kita & mcm2 lg.

Bagi ana, Wan Ji menyatakan bhw pendekatan 'bantahan' akan mendapat kerugian semata2 adalah silap & tersasar (w/pun tidak 100%), ttp wanji perlulah memberi cadangan supaya di tambahkan pendekatan selain berdemo supaya pendekatan da'wah nampak lebih menyeluruh & mencapai target. & satu lg tlg jgn terlampau buruk sangka sehingga mengeluarkan ayat "waimma kita berpuas hati dapat ”sound” orang itu". Adakah Wan Ji fikir, org yang buat bantahan tu kerana nafsu...? kerana nak tunjuk hebat...? nak bgtau org yang kita pndai berceramah...? tolong ubah persepsi anda Wan Ji.

Kalau betul berdemo itu rugi...kenapa dibuat, perhimpunan GMI...? dibuat perhimpunan BERSIH...? perhimpunan PPSMI...? bukanke cukup kita cthnye BERSIH, pergi mendekatkan diri dengan geng2 SPR dr atas smpai kebwh supaya tidak mengikut telunjuk BN, krn mereka pun ade kredibiliti sndiri. & knp kita takut & sibuk2 ckp pengundi hantu, kan ke bagus kita pegi jumpa sume hantu2 tersebut dan ajak diorg undi kita. sebb kalu kita bising2 pun org pasti menyampah kat kita sbb dikatakan suka reka cerita setelah kalah, pastu pengundi2 akan lari sebb menyampah pada kita PR.

Al-Bakistani berkata...

pertama:

Adakah Wan Ji fikir, org yang buat bantahan tu kerana nafsu...? kerana nak tunjuk hebat...? nak bgtau org yang kita pndai berceramah...? tolong ubah persepsi anda Wan Ji.

komen:

ana tidak fikir segala persoalan-persoalan yang dikemukakan ini. tetapi, ana lebih bimbang, disebabkan kita terlalu ikhlas sampai kita tidak sedar telah melakukan satu tindakan sehingga melahirkan mudharat yang lebih besar kepada Islam itu sendiri.

di indonesia sebagai contoh. mujahidin yang pegi bom sana dan bom sini. ana tidak fikir mereka itu nak tunjuk terrer, malah ana yakin, mereka mahu mengejar syahid. pun begitu, apakah mereka berfikir, tindakan mereka itu melahirkan kerugian dari sudut dakwah, sehingga berjaya memburukkan gambaran islam. orang berkata, islam adalah agama ganas. padahal Islam bukan agama ganas, tetapi agama kehidupan yang pentingkan kepada kasih sayang.... itu yang ana fikirkan..

kedua:

Kalau betul berdemo itu rugi...kenapa dibuat, perhimpunan GMI...? dibuat perhimpunan BERSIH...? perhimpunan PPSMI...? bukanke cukup kita cthnye BERSIH, pergi mendekatkan diri dengan geng2 SPR dr atas smpai kebwh supaya tidak mengikut telunjuk BN, krn mereka pun ade kredibiliti sndiri. & knp kita takut & sibuk2 ckp pengundi hantu, kan ke bagus kita pegi jumpa sume hantu2 tersebut dan ajak diorg undi kita. sebb kalu kita bising2 pun org pasti menyampah kat kita sbb dikatakan suka reka cerita setelah kalah, pastu pengundi2 akan lari sebb menyampah pada kita PR.

komen:

ana tidak pernah menyebut semua demo itu merugikan, malah ana sokong demo yang menguntungkan Islam.. ana pernah menulis artikle keizinan demo dari kacamata Islam..

sebab itu, dalam artikle ini, ana lebih kemukakan konsep maslahah dan mafsadah.

maslahah yang besar, atau mafsadah yang besar.

demo bersih, melahirkan maslahah yang besar. buktinya, kesedaran rakyat sehingga apa yang berlaku pada 8 mac 2008.

adapun demo yang mahu dianjurkan untuk konsert, perlu dilihat dari sudut maslahah dan mafsadah. apakah ia melahirkan keuntungan kepada Islam atau tidak??

kerajaan memang sedia gile. sebab itu, mereka mengadakan program sebegini.

pada ana, bantahan terhadap kerajaan amat relevan, sebab kerajaan memang musuh kita..

tetapi, bila kita demo dihadapan anak-anak muda yang hadir, disini akan melahirkan persepsi. mereka akan kata, kalau PAs memerintah, maka Malaysia akan jadi negara taliban...

tak percaya, cuba baca komen-komen dalam blog tukartiub..

ini merugikan Islam. kita bukan sekadar rugi kerana mereka tidak menerima Islam, malah mereka lari jauh dari kita.

apabila mereka lari jauh dari kita, masakan mereka menerima Islam, undi kita pun mereka tidak akan berikan kepada kita...

sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani

Al-Bakistani berkata...

edar risalah dengan pendekatan kasih sayang; kawan.. ini ana sokong ..

jangan edar risalah, tapi tidak menunjukkan pendekatan kasih sayang, ini akan melahirkan kebencian anak muda itu kepada PAS itu sendiri.

demonstrasi, ana tak setuju.. sebab, akan lahirkan persepsi buruk mereka terhadap PAS.

sekian

Wallahu 'Alam

Tanpa Nama berkata...

Cara teknik cegah kemungkaran kena strategi jugak...tak leh hentam kromo jer..pelan2 yang penting matlamat sampai..