Ahad, 22 November 2009

SIAPA YANG SAYANG TOK GURU?

SIAPA YANG SAYANG TOK GURU?

Siapa yang tidak kenal Tuan guru nik abdul aziz. Satu tokoh yang bukan sekadar dikenali di alam malaysia, tetapi kemasyhuranya telah menjangkaui sehingga disebut rakyat barat dan timur.

Beliau dikenali, kerana politik bersih yang diamalkan. Anti kezaliman dan menuntut keadilan yang berasaskan islam menjadi pasak kukuh dalam lapangan politik yang diamalkan oleh beliau.

Lebih 19 tahun beliau memerintah kelantan sebagai menteri besar, tidak pernah sekali kedengaran sebarang penyelewengan. Masakan penyelewengan, berita separa penyelewengan pun tidak sekali bertiup. Ini menyebabkan tuan guru semakin dihormati oleh kawan, terutama digeruni oleh lawan.

Anwar Ibrahim pernah mengungkap, "Kita sukar untuk melupakan tok guru (nik Abdul aziz) dalam berpolitik di malaysia". Di dakwa, ungkapan Anwar Ibrahim ini terpancul keluar ketika beliau masih lagi memegang jawatan timbalan perdana menteri lagi.

Sedihnya, kebelakangan ini kedengaran berita tentang isu yang melibatkan menantu beliau, IR Ariffahmi setelah dilantik sebagai COO PMBI-MBI. Waima setahun jagung terlibat dengan pentadbiran kerajaan negeri kelantan, masakan berita angin, malahan tsunami besar menimpa kerajaan negeri.

Tidak diketui kisah sebenar yang menimpa kerajaan pimpinan Tuan Guru yang berumur lebih 19 tahun itu. Tetapi sejak kehadiran menantunya itu angin kencang berkencangkan, sehingga berjaya mengkencangkan keadaan kerajaan, yang sudah pasti memberi imej kurang sihat keadaan keperibadian Tuan Guru sendiri.

Jika benar arif sebagai menantu yang ingin menjaga reputasi mertuanya sebagai seorang Tuan Guru dan menteri besar, sepatutnya di kala rakyat sedang berbicara tentang penyelewengan yang kononnya melibatkan diri beliau, sudah pasti beliau akan bertindak meletakkan jawatan.

Tetapi sedihnya, tindakan sedemikian tidak dilakukan oleh si menantu, seakan-akan merelakan mertua mendapat tempelan persepsi buruk dari rakyat. Juga, sanggup membiarkan kepercayaan rakyat luntur terhadap mertua yang merupakan mentor rakyat dalam usaha melakukan perubahan dalam politik melaysia pada hari ini.

Yang lebih memelikkan lagi, di saat kedegilan si menantu dari menarik diri yang boleh melahirkan persepsi buruk kepada si mertua, seorang exco yang tidak mempunyai hubungan kekeluargaan pun dengan Tuan Guru, menarik diri dalam pentadbiran. Walhal, exco tersebut tidak pernah membuat onar dalam pertadbiran sejak sekian lama, jika dibandingkan dengan menantu yang bernama arif.

Mengapa perkara ini terjadi? Siapa sebenarnya yang sayangkan mertua arif itu?

Jika aku, bukan kerana dia mertua, aku menyayangi Tuan Guru, tetapi memandangkan beliau tokoh ketaqwaan aku menyayangi Tuan Guru.

Aku tidak mahu, ketaqwaan yang semakin hari teserlah dalam malaysia yang banyak terbukti menerusi tuan guru digadaikan begitu sahaja.

Sekian

P/S : tulisan ini, mungkin saudaraku IR arifffahmi tidak selesa, tetapi ini yang ingin aku ungkapkan. Maaf...

Wallahu 'Allah

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



-Hospital Kuala Lumpur
22 November 2009 * 4:32 petang


10 ulasan:

penjagawarisan berkata...

gua percaya sama ngan TG..
TG, Anwar dan Guan Eng bakal membuat perubahan dlm malaysia...
hidup pakatan rakyat...

CUPING MERAH berkata...

cuba tanya aduka teruna...dia sayang dak kat tok guru...

keyman berkata...

Pandangan anta sama dengan pandangan ana jugalah....

Syeikh YB berkata...

saudara :
1. Jangan salahkan menantu sahaja

2. bagaimana dengan mertua.ada buat silap tak?

mesti kata takda kan

Syeikh YB berkata...

salam ustaz :
kalau ustaz seorang yang terbuka dan berpandangan lebih luas harap boleh siarkan komen saya

1. Menantu dia ada buat silap tapi yang lantik menantu dia siapa?

2. dah tahu menantu buat silap kenapa sampai sekarang tak pecat.

3. pendek kata kalau tokguru buat silap pon tiada sapa berani kata tok guru buat silap termasuklah ustaz

Tanpa Nama berkata...

salam

In my personal point of view, meletak jawatan lebih menunjukkan dirinya berada di pihak yg salah..Klu dia di pihak yg benar dia x perlu takut dan letak jawatan~
Allahualam

KerongsangHijau berkata...

semoga ALLAH memelihara negeri kelantan..


shukran kerana ustaz bersangka baik terhadap ana..

hanya jauhari mengenal manikam..

ahmad fadhli berkata...

susah juga jadi penulis upahan kan ust g...? terpaksa menunggu 2-3 hari sebelum membuat pendirian.... :-) ust g faham makna kata2 ana ni.

alahas30 berkata...

semasa titipan ini berbicara simenantu telah pun meletak jawatan,
tak nampak pulak saya apa kesalahan simenantu ni buat semasa khidmatnya, melainkan rasa iri dikalangan rakan yang menjadi musuh dalam selimut.
cerita ini boleh diibaratkan masaalah kuman seberang laut nampak sangat,tapi masaalah gajah yang terbentang depan mata buat2 tak nampak.inilah tanahairku 1 MALAYSIA poket didahulukan,isi perut diutamakan. WALLAHUALLAM...

alahas30 berkata...

semasa titipan ini berbicara simenantu telah pun meletak jawatan,
tak nampak pulak saya apa kesalahan simenantu ni buat semasa khidmatnya, melainkan rasa iri dikalangan rakan yang menjadi musuh dalam selimut.
cerita ini boleh diibaratkan masaalah kuman seberang laut nampak sangat,tapi masaalah gajah yang terbentang depan mata buat2 tak nampak.inilah tanahairku 1 MALAYSIA poket didahulukan,isi perut diutamakan. WALLAHUALLAM...