BAHAYA TAASSUB DAN ASSOBIYYAH
Ramai manusia yang tidak dapat menerima kebenaran disebabkan factor taassub dan assobiyyah. Orang yahudi dan nasrani tidak dapat menerima Nabi Muhammad SAW sebagai nabi akhir zaman adalah berfaktorkan taassub dan assobiyyah perkauman Bani Israel; iaitu mereka mendakwa bahawa nabi akhir zaman hendaklah dari kalangan Bani Israel sendiri.
Firman Allah;
وَدَّ كَثِيرٌ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ لَوْ يَرُدُّونَكُمْ مِنْ بَعْدِ إِيمَانِكُمْ كُفَّارًا حَسَدًا مِنْ عِنْدِ أَنْفُسِهِمْ مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمُ الْحَقُّ
Maksudnya;
“Ramai dari kalangan ahli Kitab bercita-cita hendak memurtadkan kamu selepas keimanankan, dengan menjadikan kamu sebagai kafir. Ia kerana dengki yang wujud dalam diri mereka sendiri selepas nyata kepada mereka kebenaran”
(Surah Al-Baqarah : 109)
Dalam membahaskan maksud “hasad”, atau “dengki” dalam ayat ini, Ibnu Abbas mengatakan;
كانت اليهود قبل مبعث النبي عليه السلام إذا قاتلوا قوماً قالوا : نسألك بالنبي الذي وعدتنا أن ترسله وبالكتاب الذي تنزله إلا تنصرنا ، فكانوا ينصرون ، فلما جاء النبي عليه السلام من ولد إسماعيل عرفوه وكفروا به بعد معرفتهم إياه
Maksudnya;
“Yahudi terdahulu, iaitu sebelum kebangkitan Nabi Muhammad SAW, apabila mereka berperang dengan sesuatu kaum, pasti mereka akan berdoa, “Kami minta dari kamu dengan kenabian yang Kamu janjikan kepada kami bahawa Kamu akan utuskan, juga terhadap kitab yang kamu bakal turunkannya, bahawa berilah pertolongan terhadap kamu”. Maka mereka mendapat pertolongan. Tetapi, tatkala datang Nabi Muhammad SAW dari keturunan Ismail, lalu mereka kenal, menyebabkan mereka kufur setelah mengetahui Nabi Muhammad (bukan dari bangsa Bani Israel)[1]”
Jelas bahawa kesesatan Yahudi dan nasrani terdahulu bersebab factor Taassub dan Assobiyyah terhadap keturunan mereka, sehingga mereka menolak kebenaran atas factor tersebut. ekoran itu, mereka menjadi bangsa yang dikutuk keras oleh Allah SWT menerusi Al-Quran dan As-Sunnah.
TAASSUB
Menurut Dr Yusuf al-Qaradhawi, antara sebab manusia tidak dapat menerima kebenaran adalah kerana beberapa factor, iaitu, (1) tidak membebaskan cara berfikir, (2) terkongkong dengan taqlid, dan (3) tergari dengan assobiyyah terhadap sesuatu puak, mazhab dan individu-individu tertentu[2].
Dengan kata lain, manusia susah hendak menerima kebenaran disebabkan kesayangan melampau mereka terhadap puak, mazhab dan individu-individu tertentu, sehingga tidak dapat menafikan kebatilan yang dibawa oleh orang yang ditaassubkannya.
Dalam kitab Talbis Al-Iblis, Ibnu Al-Jauzi ada menyatakan;
واعلم أن عموم أصحاب المذاهب يعظم في قلوبهم الشخص , فيتبعون قوله من غير تدبر بما قال , وهذا عين الضلال : لأن النظر ينبغي أن يكون إلى القول لا الى قائله
Maksudnya;
“Ketahuilah, sesungguhnya umum pemegang mazhab-mazhab membesarkan individu-individu tertentu dalam hati-hati mereka. mereka mengikut perkataannya tanpa tadabbur dan perhatikan secara mendalam terhadap apa yang diperkatakannya. Ini merupakan punca kesesatan. Ini kerana, melihat itu hendaklah terhadap perkataannya, bukan kepada siapa yang berkata[3]”
Kemudian, beliau menukilkan pesanan Ali bin Abi Talib kepada Al-Haris bin Haut dengan katanya;
يا حارث , إنه ملبوس عليك . إن الحق لا يعرف بالرجال . أعرف الحق تعرف أهله
Maksudnya;
“Wahai Haris, sesungguhnya ia sangat mengelirukan. Sesungguhnya kebenaran itu tidak diketahui daripada orang. Justeru, ketahuilah kebenaran, pasti kamu kenali pembawa bendera kebenaran[4]”
Seorang sahabat bernama Muaz bin Jabal ada berpesan dengan katanya;
وَأُحَذِّرُكُمْ زَيْغَةَ الْحَكِيمِ فَإِنَّ الشَّيْطَانَ قَدْ يَقُولُ كَلِمَةَ الضَّلَالَةِ عَلَى لِسَانِ الْحَكِيمِ
Maksudnya;
“Berhati-hatilah kamu terhadap kegelinciran hakim, kerana sesungguhnya Syaitan itu kadangkala berkata dengan perkataan sesat melalui lidah hakim[5]”
Begitujuga, Ibnu Abbas ada berkata;
وَيْلٌ لِلْأَتْبَاعِ مِنْ عَثَرَاتِ الْعَالِمِ ، قِيلَ : وَكَيْفَ ذَاكَ يَا أَبَا الْعَبَّاسِ ؟ قَالَ : يَقُولُ الْعَالِمُ مِنْ قِبَلِ رَأْيِهِ ، ثُمَّ يَسْمَعُ الْحَدِيثَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَيَدَعُ مَا كَانَ عَلَيْهِ
Maksudnya;
“Kecelaakan bagi mereka yang mengikut kegelinciran orang alim”
Seorang bertanya, “bagaimana demikian itu wahai Abu Abbas?”
Berkata, “iaitu berkata seorang alim dengan pandangannya, kemudian dia mendengar hadis daripada Nabi SAW, lalu ditinggalkannya (hadis tersebut)[6]”
Justeru, hindarkan diri dari taassub yang melampau, kerana ia tidak menguntungkan bagi mereka yang mahu mencari kebenaran. Makanya, gunakan akal yang sihat yang telah diberikan oleh Allah SWT kepada kita dalam menilai kebenaran yang berasaskan kepada Al-Quran dan As-Sunnah.
SekianWallahu ‘Alam
Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com

Tiada ulasan:
Catat Ulasan