BERAMBUS KAMU WAHAI PERKAUMAN
“kita jadi melayu bukan kerana kita nak jadi melayu; Orang Cina jadi cina bukan kerana dia nak jadi cina; Orang India jadi India, bukan kerana dia nak jadi India. Tetapi, kita jadi melayu sebab itu ketentuan Allah. serupa juga, cina, India, arab, amerika dan macam-macam lagi” begitulah lebih kurang ucapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang aku dengar sejak kecil, sehingga kini ungkapan ini masih lagi kedengaran dari mulut Tuan Guru.
Dalam satu ceramah di Rantau Panjang, ketika itu aku masih lagi belajar di Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas, Tuan Guru Nik Abdul Aziz ada menyebut, “asal silah (asal punca) kita ini daripada tok adam (nabi adam). Daripada adam, lahirlah manusia yang pelbagai; cina, India, melayu, siam, amerika, arab dan macam-macam lagi. cumanya, kita berbeda geografi. Tapi, kira-kiranya kita ni asal adik beradik”.
Ucapan-ucapan sebegini meresap dalam diriku dan sehingga kini aku pegang dengan ucapan ini; ekoran itu, aku benci perkauman. lebih-lebih lagi, apabila terkenangkan dengan firman Allah;
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ
Maksudnya;
“Wahai Manusia, kami jadikan kamu daripada lelaki dan perempuan; kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu kenal satu dengan yang lain. sesungguhnya yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang paling taqwa kepada Allah”
(Surah Al-Hujurat : 13)
Aku tidak boleh melihat perkauman. Aku meluat. Padaku, perkauman tidak akan memberi kemajuan, bahkan ia akan membawa kepada kemunduran.
Aku memahami perkauman, bukan kerana orang itu mempertahankan melayu, india, cina dan sebagaianya. Padaku, perkauman adalah assobiyyah; iaitu, ”kawan aku buat, maka dia adalah betul waima hakikatnya dia salah. Kawan kamu buat, maka dia salah waima hakikatnya dia betul”.
Asas dalam menyatakan salah itu, berasaskan kepada perkara yang diharamkan oleh Allah. Perbuatan seperti menipu, mengkhianati, melakukan kezaliman, berat sebelah merupakan perkara yang diharamkan oleh Allah. Justeru, haram memberi sokongan, waima yang melakukan itu adalah kawan kita, tok guru kita, ahli jemaah kita, pimpinan kita dan sebagainya.
Dalam hadis sahih, Nabi SAW ada bersabda;
لَيْسَ مِنَّا مَنْ دَعَا إِلَى عَصَبِيَّةٍ وَلَيْسَ مِنَّا مَنْ قَاتَلَ عَلَى عَصَبِيَّةٍ وَلَيْسَ مِنَّا مَنْ مَاتَ عَلَى عَصَبِيَّةٍ
Maksudnya;
”Bukan dari kalangan kami, orang yang menyeru kepada assobiyyah; bukan dari kalangan kami orang yang berperang atas dasar assobiyyah; bukan dari kalangan kami orang yang mati atas dasar assobiyyah[1]”
Dalam riwayat yang lain, di maklumkan abhawa ada sahabat bertanya, ”apakah assobiyyah itu wahai Rasulullah SAW?”
أَنْ تُعِينَ قَوْمَكَ عَلَى الظُّلْمِ
Maksudnya;
”Bahawa kamu membantu saudara kamu dalam melakukan kezaliman[2]”
Assobiyyah bukan apa yang dilafazkan dengan lidah, tetapi assobiyyah adalah tindakan yang dilakukan. Orang yang assobiyyah, dia akan melakukan tindakan yang memperlihatkan kebenaran terhadap sesuatu kesalahan yang dilakukan oleh ”team”nya. Waima salah, tetapi tetap diusahakan agar dilihat seperti tidak bersalah.
Orang yang assobiyyah, tidak boleh duduk di kalangan masyarakat yang tidak assobiyyah. Keberadaan mereka dalam masyarakat yang tidak assobiyyah, akan melahirkan kerosakan, justeru, ia wajib dihalau keluar dari kawasan yang sudah terselamat dari penyakit assobiyyah.
Dalam satu hadis Qudsi, dinyatakan bahawa;
من لم يرض بقضائي ولم يصبر على بلايي فليخرج من تحت سمائي وليتخذ رباً سواي
Maksudnya;
”Barangsiapa yang tidak redha dengan ketentuan-Ku, tidak sabar terhadap ujian-Ku, maka hendaklah dia keluar daripada naungan langit-Ku dan hendaklah dia mencari tuhan selain-Ku[3]”
Assobiyyah adalah kezaliman. Kerana sifatnya adalah membenarkan sesuatu yang salah. Tindakan ini, jika berlaku kepada sesiapa sahaja, maka wajib ditentang, dan haram diberikan pertolongan, waima yang melakukan itu ”orang-orang besar” sekalipun.
Sabda Nabi SAW;
إِنَّهُ سَتَكُونُ بَعْدِي أُمَرَاءُ مَنْ صَدَّقَهُمْ بِكَذِبِهِمْ وَأَعَانَهُمْ عَلَى ظُلْمِهِمْ فَلَيْسَ مِنِّي وَلَسْتُ مِنْهُ
Maksudnya;
”akan terdapat selepasku pemimpin; barangsiapa membenarkan terhadap penipuan mereka, dan membantu mereka terhadap kezaliman yang mereka lakukan, maka dia bukan dari kalanganku dan aku bukan dari kalangannya[4]”
Sekian
Wallahu ’Alam
Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com

- Sri Indah (B), Sg Buloh
18 Rabiul Awal 1431 – 4 Mac 2010 * 3:17 Pagi
[2] Abu Daud : 4454.
[3] http://al7ewar.net/forum/showthread.php?p=48903
[4] An-Nasai : 4136.
1 ulasan:
refreshing dan menyegarkan
syokran.
Catat Ulasan