ENT NAJUA, MUSH NAGUA
Orang tua-tua dulu ada menyebut, “zaman belajar adalah zaman seronok”. Di zaman belajar, aku tidak dapat menghayati pepatah itu. tetapi, setelah habis belajar, aku dapat merasakan betapa benarnya pepatah tersebut.
Seperti yang diketahui umum, Aku mempunyai nama yang cukup pelik. Aku merasakan, mungkin di dunia ini, aku seorang sahaja yang mempunyai nama “Wan Ji”.
Sering juga orang bertanya tentang makna dan maksud namaku. Tetapi, aku tidak dapat memberi jawapan.
”soalan ini, relevan dilontarkan kepada ibu dan bapa ana” jawabku sambil tersenyum kepada orang yang bertanya.
Di awal aku masuk kelas di Jamiah Farooqiyyah, Karachi Pakistan, guruku, Maulana Ataillah ada bertanya tentang namaku.
”Ismi Wan Ji” jawabku ringkas dalam bahasa arab yang memberi maksud, Nama saya adalah wan ji.
”aish haza? (apa ni?)” soal Maulana Ataillah sambil mengisyaratkan dengan tangan yang sungguh menyakitkan hati jika melihatnya.
”baddil Ismak (tukarlah namamu)”, Pesan Maulana Ataillah.
”Insya Allah” jawabku ringkas sambil melontarkan senyuman.
Aku berfikir untuk menukar namaku untuk kegunaan Maulana Ataillah sahaja. Akhirnya, aku menggunakan nama ”Salahuddin Al-Ayyubi”. Nama itu, aku gunakan juga kepada kawan-kawanku yang berbangsa arab semasa belajar di Mesir, tetapi di kalangan pelajar Malaysia, nama ”Wan Ji” tetap diguna pakai.
SIBER KAFIR
Semasa belajar di Mesir, Aku ditempatkan di Damanhur, Cawangan Univerisiti Al-Azhar. Ketika itu, tidak pernah terfikir wujudnya broadband, justeru untuk melayari internet, terpaksa pergi di Siber Kafe.
Semasa belajar, Aku tidak menyebut Siber Kafe, tetapi aku menyebut “Siber Kafir”. Di Damanhur terdapat banyak Siber Kafir ini. Kalau tidak silap aku, sudah ada 5 buah Siber Kafir, itupun baru di sekitar kawasan rumah yang aku menyewa sahaja, tidak termasuk di tempat-temapt yang lain lagi.
Di Damanhur, hanya sebuah Siber Kafir yang aku cukup minat pergi, iaitu berhampiran dengan kedai Malokhiyyah, iaitu kedai makanan ringan. Aku amat jarang makan dirumah, mungkin kerana faktor malas memasak. Makanya, kedai malokhiyyah itu merupakan kedai kunjungan harianku untuk menyantap dan memuaskan nafsu makanku.
Kebiasaannya, selepas makan aku akan berkunjung Siber Kafir tersebut. Itulah tabiat burukku semasa belajar dahulu, disamping aku seorang yang ’kaki tidur’. Siber kafir itu kepunyaan satu keluarga arab Mesir di Damanhur yang agak berpengaruh juga. Makanya, adik beradik keluarga tersebut yang menjaga Siber Kafir itu.
NAGUA
Pada lahjah arab mesir, mereka amat berat menyebut huruf ”Jim”. Apabila ingin menyebut ”jim”, pasti akan jadi huruf ”Ga”.
Lantaran itu, satu hari, ketika aku masuk ke Siber Kafir itu, terdapat seorang minah arab yang merupakan anak kepada tuan punya siber Kafir tersebut.
”ismak Aih? (kamu nama Apa?)” soalnya.
Semasa belajar di Mesir, aku amat dikenali dikalangan kawan-kawan berbangsa arab seorang suka bergurau dan melawak. Mereka tidak menganggap segala tindakanku sebagai serius.
Ekoran itu, apabila di tanya oleh minah arab itu tentang namaku, sudah pasti Aku terfikir, nama apakah yang wajar aku berikan kepada minah arab itu sebagai gurauan.
”ismi Sayang (namaku sayang)” ujarku.
”aish Ism? (nama apa ini?)” soalnya dengan dahi berkerut.
”dah Ism Malizi (ini nama orang malaysia)” jawabku senyum.
Minah arab itu pun cuba menyebut namaku. Aku tersenyum sahaja apabila melihat seorang anak gadis arab memanggilku ’sayang’.
Aku pun bertanya kepadanya, ”Ismak Aih? (apa nama kamu?).
”Nagua ..” jawabnya ringkas.
”laaa.. Ismak mush Nagua..(tidak.. nama kamu bukan Nagua)” kataku sambil mengelengkan kepala dan mengisyaratkan dengan jari telunjukku seperti menafikan.
”lieah la’ Kidah? (kenapa pula tidak?)” soalnya.
”Ismak Najua, lissa Nagua” aku lontarkan senyuman.
”isy ent Malizi..hahaha (apa la awak wahai orang malaysia.. hahaha). Dia ketawa.
Aku pun turut ketawa.
’SAYANG’
Aku diberikan satu PC, dan aku terus ke PC tersebut untuk melayari internet. Ketika itu, lamanweb yang paling aku minati adalah Islamonline.net.
Sedang aku layari internet, seorang kawanku yang berasal dari Johor juga hadir untuk melayari internet. Namanya Misbah Munir.
Apabila minah arab itu bertanya namanya, sudah pasti dia menjawab ”ismi Misbah Al-Munir”.
Dalam bahasa arab, ”misbah Al-munir” bermakna ”lampu yang bersinar”, sudah pasti Nagua tidak percaya itu adalah nama kawannya.
”ent Kaddab.. ent Kaddab.. (awak tipu..awak tipu), kata Nagua sambil mengelengkan kepalanya.
Aku melihat kelaku Nagua dan Misbah munir itu. aku tidak melayannya. Aku terus dengan dunia mayaku.
Tiba-tiba, aku terdengar Misbah munir menyuruh nagua bertanya kepadaku untuk memastikan bahawa dia tidak menipu.
Lalu...
”Sayang... Sayang...” panggil Nagua.
”Aiwah Ya Nagua Ya Habib... li eh?? (Ya Wahai Nagua, wahai kekasih, kenapa?)” sahutku.
Tidak sempat nagua bertanya, kawanku misbah munir terus pergi rapat kepadaku dan berkata, ”celaka kau.. kau perdajal awek arab ni”
”isy... diam.. dia bukan tau pun” ujarku sambil aku mengisyaratkan jari telunjuk ke mulutku.
Sejak dari itu, aku mula dikenali sebagai ”sayang” oleh nagua sehingga aku meninggalkan mesir. Ha ha ha... =))
Sekian
p/s : pelajar di mesir, diminta jangan tiru kelaku buruk ini..
Wallahu ’Alam
Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com

- Sri Indah (B), Sg Buloh
19 Rabiul Awal 1431 – 5 Mac 2010 * 3:12 pagi
6 ulasan:
haha..macam macam ada...
terhibur daaa....
ciss, jeles den.
cerita lama ya ustaz.ada teringin nak pergi damanhur lagi tak? sebenarnya ramai kawan kawan dari damanhur membaca blog wanji
1.ingatkan hang buat medic kat Al-Azhar!macam studen cream yang dihantar oleh tabung haji tu!
2.Belajak agama kat Al-Azhar tu percuma jee!!sapa-sapa pun boleh pi belajaq kat sana!lainlah kalau major!buat medic atau kejuruteraan!Minor!hadis atau hafiz!baru nampak pandai sikit!teringinla juga nak baca ilmu hang!
3.Teringat ada seorang mat dulu!ngaji sekolah agama dikedah!bodoh semacam jee!last sekali boleh dapat pi belajaq kat Al-Azhar!Hang lebihkurang mat tu la!sebab tu hang nampak jahil!!
Tanpa Nama Berkata; Lawak pun ada komen ni
assalamualaikum....kdai kafir bawah kubri alwi tu tutup doh,sbb banyok saingan bokali.klu mulukhiah tu ado lg...huu kawe pon damanhur jugok 3 thun lpas.loni duk tggu bini x habis lg....
pondok moden kandissss...
Catat Ulasan