Jumaat, 5 Mac 2010

“DARA ANGKUH, SEBAB TAK NAK TERIMA CALON AKU”

“DARA ANGKUH, SEBAB TAK NAK TERIMA CALON AKU”

Dara amat berkenan dengan seorang anak teruna yang amat dikenali sebagai budak baik. Tidak pernah menipu, malahan keadilan merupakan asas bagi kehidupan anak teruna terbabit.

Disebabkan kebaikan yang wujud pada si teruna, menyebabkan si dara berkenan dan sentiasa menyimpan hasrat untuk mempersuamikan sang teruna. Akhirnya, sang teruna telah meminang, ternyata memberi kegembiraan tidak terhingga oleh dara.

Babak cinta bercinta antara teruna dan dara semakin panas, sehingga membawa ke jinjang pernikahan. Ternyata, ibu kepada si dara tidak dapat menerima si teruna ekoran teruna bukan manusia yang berduit dan berharta. Makanya, teruna ditolak mentah.

Ibu si dara mempunyai calon pilihan hatinya untuk dipersuamikan kepada si dara, tetapi dara menolak kerana “buruk kelaku” calon pilihan ibunya itu. calon pilihan ibunya itu disukai ibu kerana faktor ”wang banyak”, bahkan calon pilihan ibunya itu sudah banyak dihabiskan duit untuk diberikan kepada ibu si dara. Justeru tidak hairan si ibu nampak bersungguh untuk persuamikan si dara kepada calon pilihannya, dan menolak pinangan teruna.

Walau bagaimana pun, wali bukan di bawah kuasa ibu, bahkan dibawah kuasa bapa, makanya bapa telah memperkahwinkan dara dengan pilihan dara sendiri, iaitu teruna.

Alhamdulillah, perkahwinan berjalan seperti biasa. Sungguh harmoni hidup berkeluarga antara dara dan teruna. Mereka bahagia, waima tidak mendapat kemewahan dan wang ringgit yang banyak.

Cumanya, langit tidak sentiasa cerah, bahkan gelap pasti akan berkunjung tiba. Makanya, teruna ditimpa masalah kewangan yang cukup meruncing. Keadaan itu berlaku, dikala dara sedang sarat untuk mengandung anak pertama.

Kedoifan dan kesusahan yang dihadapi oleh teruna dan dara itu, sampai kepada pengetahui si ibu. Ekoran itu, Ibu tidak pasal-pasal buat satu kenyataan akhbar dalam utusan Malaysia.

”Dara angkuh, sebab tidak mahu terima calon pilihanku sebagai suami.. kalau dara ikut cakap aku, pasti dia tidak berhadapan kesusahan sedemikian teruk sekali.. tu la, sapa suruh pilih teruna.. sekarang, baru padan muka” ujar ibu dara yang bernama HARAMSANI BINTI HARAMJADAH.

* akhir jalan cerita ini, sebijik seperti dalam filem ”Ibu mertuaku”.

Sekian

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
20 Rabiul Awal 1431 – 6 Mac 2010 * 2:05 petang

1 ulasan:

pencatat berkata...

kesesatan orang alim...