Ahad, 25 April 2010

HARAP YB TEMPATKU MATI PULA

ini YB Paya Jaras dari parti BN/UMNO

HARAP YB TEMPATKU MATI PULA

Seminggu berulang-alik dari Sg Buloh ke Hulu Selangor. Di sana, banyak pembangunan 'mee segera' berjaya dilaksanakan. Lebih mengkagumkan dengan berita tawaran demi tawaran dari dua belah pihak parti yang bertanding kepada penduduk di parlimen Hulu Selangor.

Pada hari jumaat baru-baru ini, selepas solat jumaat, aku sempat berbual-bual dengan Tok Penghulu kampong. Antara tajuk perbualan kami adalah berkenaan dengan status masjid dalam kampong kami.

Kami sekarang, menunaikan solat jumaat di surau yang dinaikkan taraf, boleh menunaikan solat jumaat. Surau itu agak sempit, dan kadangkala bila hujan lebat, surau itu tenggelam.

"saya dah mohon, dah berulang alik pergi jumpa JAIS nak bincang pasal masjid. Tapi, susah nak bagitau jawapanya" ujar Tok penghulu.

"Saya ada buat temu-janji dengan Hasan Ali, pun lambat nak dapat jawapan. Last-last, katanya lepas hulu selangor ni baru nak jumpa" sambung tok penghulu lagi.

Aku hanya diam mendengar keluhan Penghulu lantikan PAS itu. Hanya menganguk dengan keluhannya. Kadang-kadang berbangga juga dengan kesungguhannya hendak membangunkan kampong yang aku dibesarkan ini.

"macam ni la, kita pakat solat hajat, supaya YB kita mati.. lepas tu, mesti kita dapat masjid dengan cepat" aku memberi cadangan berbentuk gurauan, menyebabkan Penghulu itu ketawa.

YB ditempatku namanya Bushro. Dari parti UMNO/BN. Tapi aku harap, kalau PAS bertanding, janganlah calon PAS itu berfikrah UG. Buat spoil je.

Sekian

wallahu 'Alam

Al-Bakistani


- Sri Indah (B), Sg Buloh
25 April 2010 * 11:44 malam

12 ulasan:

camarputih berkata...

salam..sy heran tul ngn ust..br jer abis prk hulu slgr, trus strt keje lagakan pemikiran ahli pas..ust ni mmg d lantik scr 'tersembunyi' ke utk wat keje2 lagakn org ni..kalu tul hbt ler!!sy ni ust pernh bg pengisian tarbiyyah kat sy..so trime ksh ler sglnyer..tp tu dl ler,skng ni ust yg kitorg knl dah len..biase ler,manusia kan leh berubh.pe pun tahniah ler wat ust, nnt dah jd kaye cam ezam@zul ke, jgn lp cr dalil byk2 ye.

Mohd Saifuddin Bin Mohamad berkata...

Wahai manusia, sedarlah sikit engkau ni tak habis-habis dengan UG. Sebenarnya engkaulah perosak parti yang selalu melala-lagakan pemimpin. kan isu UG dah tamat. aku rasa kau dan geng kaulah yang menjadi duri dalam daging di prk Hulu Selangor menyebabkan kita kalah. Sudah lah kalau tak tahan sangat keluar dari pas dan tubuh parti lain dan jadi perisen parti tersebut.

sasaudengo berkata...

Bukan setakat hang... ramai lagi mengharapkan banyak MP dan ADUN meninggal. Maklumlah bila bersandarkan kepada pembangunan, duit yang dilaburkan oleh Be-End utk menang PRK...

Tambah plak boleh cari duit tambahan masa PRK dgn bukak kedai2 tepi jalan....

Bila ade PRK... baru la tempat tsbt dpt perhatian penuh KERAjaan UMNgOk Be-End. Sebab tu untung ade pembangkang yg kuat....

Tanpa Nama berkata...

AS perlu ada kesatuang fikrah. PAS tanpa UG.

Haji hadi kate UG tutup. tp nasha bukok balik mase rasmi buku Natrah. Nasha tidak dikenakan tindakang disiplin pung.

perosak parti sebenar adalah UG. kalau tak ada UG mesti semua ahli PAS bersatu.

jangan salahkan ahli yang berpecah. tp salahkan Pimpinang yang buka cerita UG. dan cuba nak hidupkang balik.

- ganu kite -

ingin lihat PAS gagah berkata...

whai ust wan ji tersayang.. sudah2 le duk sbut UG nye. TGHH, Ust Nasha pn dh xsebut dh. ko sorng je msih duk gila bnde ni.. Dlu ko duk sbut Ust Nasha ni pro-UMNO, tpi msa PRK Hlu Slngor, Ust Nasha la yg bnyk kempen...

pegi mampos la ngan ko pnya isu-UG yg xhabis2!!!

Al BakulAngkatSendiri berkata...

Tak baik tuduh Ustaz Nasha buka cerita UG balik. Dia pergi rasmikan buku je dah Ust buat andaian sendiri. Rasanya yang bukak cerita UG balik ialah Ust sendiri, contoh tulisan Ustaz banyak cerita pasal UG dan Ustaz pun ada buat forum dengan Ust Nakhaie... ingatlah 1 jari kita tunding orang lain, 4 jari kita tunding diri sendiri... fikir fikirkanlah, cukup la berangan nak jatuhkan pimpinan ulama dengan cerita UG tu.

sinner berkata...

ade org layan ke UG ni bro? aku rase korg yg sengal je layan..org lain lama dah move on n keje kuat utk party.duk berblog 24-7, duk kutuk sana sini..nk langgar itu,nk langgar ini.bantah itu,bantah ini..bosan, xabis2 nk letak pd UG..xde point dah ke oi?? ini nk jd pimpinan jemaah? dgn kawan pon ade benci..sigh.. pls laa, move onnn..

Tanpa Nama berkata...

salah apanya kalau nasha pi rasmi buku natrah

yang MCA pi majlis DAP tu,takde sapa pun bising takut diorang pakat?

bengong tak sudah liPAS ni

Tanpa Nama berkata...

Salam ustaz.
Saya orang kurang berilmu.
Saya kurang senang dengan cara ustz mengharapkan orang mati (walaupun dibuat secara gurauan). Tidak kiralah gurauan itu untuk ahli parti mana pun. Tulisan ustaz patutnya sesuai dengan gelaran ustaz. Maaf saya orang kurang ilmu mnegur.

Tanpa Nama berkata...

kawan ako ada kata-

klu Komunis dah tak ada kat tanah melayu. tp fikrah komunis masih ada lagi.

klu UG dah tutup tp fikrah tu ada lagi.

bukti fikrah UG ada lagi. Hampa tengok kenyataan nasha selepas haji hadi kata UG tutup.

KUALA LUMPUR 9 Mac – Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa yakin usaha mewujudkan perpaduan di kalangan parti politik yang mewakili umat Islam boleh dicapai jika semua pihak berusaha bersungguh-sungguh ke arah itu.

Beliau berkata, semua pihak tidak harus bersikap mengalah walaupun beberapa usaha sebelum ini bagi mewujudkan persefahaman antara parti politik terbesar umat Islam iaitu Pas dan UMNO terhenti di separuh jalan.

“Usaha mewujudkan perpaduan ini bukan boleh berlaku dalam tempoh sehari dua atau sekelip mata.

“Kita memerlukan satu tempoh untuk terus membina kematangan ke arah ini (mewujudkan perpaduan). Saya melihat kita pada masa sekarang sedang membina kematangan ke arah ini,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran buku bertajuk Natrah: Cinta, Rusuhan dan Air Mata oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini hari ini.

Buku setebal 474 muka surat itu ditulis karyawan tamu Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Datin Seri Fatini Yaacob.

Dalam ucapannya, Muhyiddin menggesa supaya persefahaman dan perpaduan politik yang ditunjukkan parti-parti yang mewakili umat Islam dalam memperjuangkan isu Natrah pada 1950 dijadikan contoh pada masa sekarang ini.

Huberdina Maria Hertogh atau nama Islamnya, Natrah menjadi isu di Singapura pada 1950 akibat berlaku perebutan terhadapnya antara ibu angkatnya, Che Aminah dengan keluarga asal beliau yang berketurunan Belanda sehingga mengakibatkan rusuhan.

Nasharudin yang bersetuju dengan pandangan Muhyiddin itu berkata, kisah Natrah seharusnya dijadikan pengajaran oleh semua pihak bahawa perlunya perpaduan di kalangan parti politik umat Islam dalam hal-hal yang berkaitan dengan kepentingan negara, agama dan bangsa.

“Dalam kes Natrah, tiga parti politik berbeza bersatu atas satu isu yang cukup serius bagi menyatakan penentangan terhadap apa yang dilakukan oleh penjajah.

“Saya juga mengharapkan peristiwa Natrah ini akan menjadi satu pengajaran bagi kita. Sepatutnya kita mengurangkan perbezaan pandangan dan pendapat.

“Tumpuan haruslah dibuat untuk mara bagi memastikan kita dapat membangunkan negara ini dalam keadaan yang harmoni, aman dan selamat,” katanya.

pencatat berkata...

bagi pengomen yg mempamerkan kebodohan diri masing2, sememangnya anda jahil (dan barangkali memang bodoh)... meminjam kata2 Umar ra "mahasuci Tuhan yg menciptakan Amru bin Al'as dan menciptakan anda..."

Al kalut berkata...

Siapa le yang mangkuk attach artikel utusan ni... cari le dari mulut Ust Nasha sendiri... bukan ke utusan memang suka melagakan, nampak sangat ada mala fide (niat jahat) - ada pulak ayat dalam kurungan dalam artikel... dah sah2 buat andaian sendiri tu. Teringat masa dulu2 kekalahan di sambut dengan muhasabah... bukan mcm ni menuduh semua orang, mcm dia ni perfect sangat.. eeh bukan Ust Wan Ji ni kuat Umno ke dulu.... entah2 ejen umno kot