Rabu, 28 April 2010

KETUANAN MELAYU ATAU KETUANAN ISLAM



Komen terhadap pendapat Maulana Asri adalah seperti berikut;

PERTAMA:

Perlu diingat, ungkapan nabi SAW tentang "ketuanan Quraish" (seperti diistilahkan oleh Maulana asri berdasarkan kepada hadis), tidak menyebabkan bangsa selain Quraish memandang buruk dan sinis terhadap Islam. Keadaan ini berbeda, jika kita bercakap ketuanan melayu di Malaysia.

Justeru, bandingan ini bersifat "Qias Ma'a Al-Fariq".

KEDUA:

ketuanan Melayu ulasan Maulana Asri dengan merujuk pendapat Imam Ibnu Khaldun - mengkiaskan dengan 'ketuanan quraish', mungkin relevan jika diabadtasikan di Kelantan, negeri tempat Maulana Asri bertapak.

KETIGA:

Ibnu Khaldun memaksudkan 'ketuanan Quraish' (istilah Maulana asri) dengan merujuk kepada hadis, adalah ketuanan yang tidak bermaksud Assobiyyah yang dilarang dalam Islam. Maksud Assobiyyah yang dilarang dalam Islam adalah, membantu team, geng, kaum dan sebagainya, dalam melakukan kezaliman. (lihat hadis riwayat Abu Daud)

seperti kita cakap, "bila Gu demo buat, maka salah belaka, waima betul. tapi, bila Gu kawe buat, maka betul belaka, waima salah".

Jadi, apabila kita lihat ketuanan melayu di malaysia pula. banyak unsur-unsur kezaliman berlaku. Dilebihkan kepada kaum melayu, tetapi dinafikan hak-hak bangsa selain melayu, walhal mereka juga rakyat Malaysia yang mempunyai hak kerakyatan.

Bermakna, ia tidak boleh disamakan ketuanan melayu di Malaysia, dengan ketuanan Quraish mengikut ulasan Maulana Asri dengan merujuk ulasan dari Ibnu Khaldun dalam kitab Al-Muqaddimah.

KEEMPAT:

Ketuanan melayu mengikut kiasan Maulana Asri dengan Ketuanan Quraish itu, mungkin relevan dibicarakan di Kelantan, atau di ulas di zaman Islam alam melayu abad ke 14- 15. Tetapi, di abad ke-21, kita sudah perlu ulas Islam dalam ketuanan Malaysia.

PENUTUP:

sekadar pendapat peribadi, terhadap ulasan dari Maulana Asri menerusi klip video di atas. Penulis tidak menafikan hujjah Maulana Asri, bahkan mengakui kebenaran hujjan terbabit, tetapi penulis berpendapat adabtasi Maulana Asri agak tidak cermat, kerana sesuatu adabtasi perlu dilihat 'Maalat at-Tatbiq', atau 'resiko adabtasi'.

sekian

p/s : yang betul tetap betul, dan yang salah tetap salah. Kentut yang busuk, tetap busuk. Kasturi yang wangi, tetap wangi.

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani


- Sri Indah (B), Sg Buloh
29 April 2010 * 6:15 Pagi

4 ulasan:

maryamsiddiqah berkata...

waafaqtuka kalaaman... itulah masalah kita terhadap teks/nas... iaitu memahami konteks secara wajar dan meletakkannya pada konteks yg betul. lemah dlm memahami kerangka fiqh nusus-fiqh waqie-fiqh tatbiq... masalah "rubba haamili fiqhin laisa bifaqih..."

Tanpa Nama berkata...

enta sepatutnya bersangka baik dgn ustz asri krn beliau sememangnya telah meletakkan islam @ taqwa sbg asas utama sbg pemimpin... jadi x tmbul isu melayu di sini... khilaf di sini skdr lafzi bkn haqiqi...

Goyim berkata...

Apa pulak komen ustaz tantang Asabiah Barbican/Task Force 13. Contoh macam kes KickDefella serang Tn Guru Nik Aziz, adakah itu zalim Ustaz?

Tanpa Nama berkata...

1.Kalau Bn perintah!ketuanan melayu!
2.kalau Pr perintah!ketuanan puak kapiaq harbi!!
3.Sebab tu Allah tak perkenan puak PR perintah malaysia!!