Selasa, 27 April 2010

UMNO DAN KHILAFIYYAH?

Teori Evolusi bermula dengan UmnGok
Jadinya, Israel

UMNO parti Melayu. Dasar mereka bukan agama, tetapi kebangsaan. Memerintah Malaysia sejak sekian lama. Jika benar mereka pentingkan agama, sudah lama hukum Islam telah berjaya dilaksanakan. Hakikatnya sekarang, tidak terlaksana sehingga kini.

Pastinya, Hukum Islam tidak dilaksanakan, tetapi diperlihatkan buruk oleh UMNO. PAS yang mahu melaksanakan Islam, diserang habis-habisan. Mungkin kita tidak lupa dengan tragedi Memali; pembunuhan beramai-ramai terhadap Ustaz Ibrahim Libya bersama murid-muridnya.

PAS mahu berdakwah, menyeru manusia kepada Islam. Bermula dengan individu Islam, kemudian masyarakat Islam. Inilah yang termaktub dalam perlembagaan PAS. Dakwah PAS sering terbantut, disebabkan faktor "halangan" dari pihak UMNO. Waima ahli-ahli Parti UMNO ini terdiri dari orang melayu beragama Islam, ternyata mereka sendiri yang menolak Islam. Islam mereka, tidak lebih sekadar Islam baka, bukan Islam dari pusaka Nabi SAW. Lebih parah, mereka adalah muslim puaka.

Buktinya, sehingga hari ini PAS tidak berjaya melaksanakan cita-cita melaksanakan Islam. Semuanya kerana, wujud penghalang bernama UMNO.

justeru, usaha hendak melaksanakan Islam perlu mempunyai strategi. perkara pokok yang perlu dilakukan adalah, hapuskan penghalang; tidak lain dan tidak bukan adalah UMNO.

Apabila UMNO sudah terhapus, kita mempunyai ruang menerangkan Islam kepada mereka yang jahil tentang Islam, sama ada dari kalangan melayu, ataupun cina dan india.

Orang yang degil dengan Islam, seperti UMNO, tidak perlu dilayan sangat. Kita sudah berdakwah kepada mereka lebih 50 tahun, ternyata mereka tetap menolak Islam. Fahamnya, mereka degil dengan Islam.

Nabi SAW tidak terlalu fokus berdakwah kepada orang degil, ekoran itu Nabi SAW berhijrah ke Madinah; golongan 'open minded' yang mahu mendengar keadilan Islam. Di Malaysia, DAP dan PKR adalah golongan yang mahu mendengar keadilan Islam. UMNO pula adalah golongan yang degil dengan Islam.

usah dilayan mereka yang degil dengan Islam, tetapi fokuskan sasaran dakwah kepada mereka yang mahu mendengar keadilan Islam. Justeru, bersama pakatan rakyat, tinggalkan UMNO.

KHILAFIYYAH?

Para mujtahidin berijtihad sehingga lahir khilafiyyah dikalangan mereka. Itu perkara biasa apabila terlibat dalam perkara ijtihadiyyah. Pun begitu, wajib difahami bahawa para mujtahidin berkhilaf dalam perkara yang tidak melahirkan imej buruk kepada Islam; ijtihad yang tidak mendatangkan kemudharatan kepada Islam.

Berbicara Islam dalam bentuk 'islam - melayu, melayu islam', bukan khilafiyyah yang dihormati dalam islam, bahkan ia melahirkan kemudharatan yang besar kepada Islam. Ini kerana, bicara itu akan melahirkan gambaran di mata-mata non Muslim bahawa Islam itu hanya beralasan dengan perkauman, walhal Islam tidak bersifat begitu.

Khilafiyyah tetap melahirkan imej baik kepada Islam, tetapi tidak ada khilafiyyah sehingga melahirkan imej buruk kepada Islam. Peliknya, ada manusia masih lagi mengatakan ijtihadnya betul, di kala terbukti umat ditimpa mudharat dengan ijtihadnnya.

sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani


- Sri Indah (B), Sg Buloh
27 April 2010 * 5:03 petang

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PAS mahu berdakwah, menyeru manusia kepada Islam. Bermula dengan individu Islam, kemudian masyarakat Islam. Inilah yang termaktub dalam perlembagaan PAS.
Salam Ust Wan Ji...


Dakwah PAS sering terbantut, disebabkan faktor "halangan" dari pihak UMNO. Waima ahli-ahli Parti UMNO ini terdiri dari orang melayu beragama Islam, ternyata mereka sendiri yang menolak Islam. Islam mereka, tidak lebih sekadar Islam baka, bukan Islam dari pusaka Nabi SAW. Lebih parah, mereka adalah muslim puaka.

Ulasan:

Satu tulisan yg masuk dlm kategori "blogger" celako celako celako... spt TG Nik Aziz ghoyak ..

Pertanyaan utk Ust sila jawab:

PAS, koperasi KOHILAL pun tak boleh menjadikan satu koperasi Muslim yg maju dan contoh yg boleh menunjukkan satu tanda aras bahawa kalau PAS memerintah negara dari pengurusan ekonomi negara akan menjadi lebih maju tanpa bantuan APCO Israel ... Cuba ust buat survey tengok .... nama kohilal pun tak ramai yg dengar ....

lawati web kohilal:
http://kohilal.com/

KUALA LUMPUR, 28 Jan: Koperasi Al Hilal Malaysia Sdn. Bhd. akan memulakan “road show” untuk mengembalikan semula ingatan dan menyemarakkan semula penggunaan barangan yang bermottokan “ Hilal Yang halal”.....

"Muhasabah Diri" ustaz ...

Tanpa Nama berkata...

PAS mahu berdakwah, menyeru manusia kepada Islam. Bermula dengan individu Islam, kemudian masyarakat Islam. Inilah yang termaktub dalam perlembagaan PAS. Dakwah PAS sering terbantut, disebabkan faktor "halangan" dari pihak UMNO.

ulasan: kalau dah terbantut oleh UMNO, tarbiyah dulu pengikut PAS .. atau rakan PR iaitu PKR supaya jgn lompat parti ... Jgnlah gopoh nak kejayaan singkat ... lihat Allah tadbir alam ini .... siang dan malam pun berubah secara perlahan2 .... tak kan itu pun tak diajar di Pakistan dulu ....

Tanpa Nama berkata...

Di Malaysia, DAP dan PKR adalah golongan yang mahu mendengar keadilan Islam. UMNO pula adalah golongan yang degil dengan Islam.


Ulasan: mana ustaz tahu DAP dan PKR mahu "mendengar" keadilan Islam.... itu strategi belum dapat memerintah .... kiblat DAP tetap Singapore .... skrang ni ustazlah jadi "kuda tunggangan" DAP ...

Tanpa Nama berkata...

1.hang ni!ustaz atau pencacai!tukang fitnah!
2.Hang tenguk!berapa % umat islam yang sokong puak hang!!kalau hang tenguk data dan fakta!hampir 65-75% orang melayu dan islam sokong umno!
3.Depa tu!jahil ka!!
4.Puak macam hang ni!hamba kapiaq harbi jee!!jangan harapla!puak macam hangpa nak tegakkan Islam!membangunkan Islam!apatahlagi nak tubuhkjan sebuah negara islam!!
5.Puak mentaliti rendah!iQ rendah!macam hangni!boleh jadi hamba puak kapiaq harbi jeee!!!itulah hakikatnya!bila analisa pilihanraya ulu selangor ni!!

ShyTone berkata...

Barang siapa yang menolak ISLAM orang itu babi pukimak bangsat haramjadah. patut dirodok dengan penyedut tandas..