Rabu, 12 Mei 2010

JUDI : KENAPA DR ASRI SEORANG sahaja BERSUARA?

[1]

Kerajaan sudah bersuara hendak membenarkan judi bola di Malaysia sejak dua minggu yang lepas. Dalam kekacauan dan kekecamukan dalam isu terbabit, bekas Mufti perlis, Dr Asri seorang sahaja mengeluarkan satu kenyataan rasmi secara bertulis mengutuk tindakan tersebut. Adapun ulama-ulama lain, masih lagi membisu seribu satu bahasa.

Hari ini, terbukti bahawa kerajaan Malaysia pimpinan UMNO/BN telah memberikan kelulusan judi bola kepada BERJAYA. Namun, suara para ulama masih lagi tidak kedengaran.

[2]

Jika dilihat dari sejarah terdahulu, para ulama adalah golongan yang membawa inspirasi rakyat. Ekoran itu, mereka direspek dan dikagumi kawan dan lawan.

Tok Janggut di Kelantan, membawa mesej menentang penjajah, menyebabkan namanya harum sehingga hari ini, waima dilakukan penghinaan terhadap beliau sedemikian rupa oleh penjajah ketika itu.

Abdur Rahman limbong, memperjuangkan hak tanah rakyat terengganu yang mahu dirampas oleh British, menyebabkan beliau mempunyai pengikut dalam usaha menjatuhkan penjajahan British.

Kebencian rakyat terhadap British, menjadi satu keberanian menentang, disebabkan mereka diketuai oleh ulama.

Keadaan ini berbeda dengan keadaan sekarang, yang mana para ulama tidak bersuara dalam perkara yang melibatkan umat, melainkan dalam perkara khilafiyyah yang tidak menguntungkan Islam dan umatnya.

Ulama hanya bercakap untuk dilantik sebagai ketua, tetapi dalam urusan perkara yang melibatkan kepada umat, ulama memencilkan diri dan tidak bersuara.

[3]

Di kelantan di kala ini, seorang ‘guru pondok’ bernama Ustaz Abdullah Geting sedang menyerang PAS dengan mendakwa PAS adalah gerakan wahabi di Kelantan. Pergerakannya itu disambut oleh UMNO, dengan menyediakan pentas-pentas untuk menyerang PAS yang sememangnya sudah sekian lama berusaha hendak mengalahkan PAS dalam sebarang Pilihanraya.

Kekecamukkan ini semakin menjadi-jadi, apabila pergerakan ini disambut pula oleh “geng-geng ahbash” yang lahir di lubnan dan semakin membiak di kelantan; golongan yang sanggup mengkafirkan golongan yang didakwa wahabi dengan penyelewengan fakta dan sebagainya.

Dalam keadaan mereka menyerang isu wahabi yang tidak berkesudahan ini [dalam daerah khilafiyyah], mereka terlupa dengan isu-isu yang melibatkan kepada umat Islam secara sejagat, seperti perjanjian kerajaan dengan yahudi [APCO], pembuangan bayi merata-rata, masyarakat muslim yang ramai tidak menunaikan solat, non Muslim semakin tidak mengenali islam dan sebagainya.

[4]

Ulama dahulu, menjadi inspirasi rakyat dalam mencapai kemajuan umat. Keadaan ini berbeda dengan keadaan ulama kini.

Ulama kini, lebih suka mengambil sikap diam dan membisu dalam banyak isu. Berbagai-bagai alasan yang dikemukakan, seperti ”bimbang ulama diserang” dan sebagainya.

Menariknya, sebelum ini seorang remaja ditembak oleh polis, lalu kawannya tetap mempertahankan pendiriannya dikala ditekan dan diprovoke oleh polis. Itu baru seorang remaja belasan tahun, mempunyai keberanian dalam mempertahankan hak dirinya, tetapi keadaan ini tidak berlaku pada kebanyakkan para ulama dalam mempertahankan islam yang maha murni ini.

Jika ada ulama yang bercakap, mereka adalah golongan yang terlalu minoriti. Jika hendak dibandingkan kewujudan ulama yang ramai, golongan yang bercakap dalam isu sejagat ini hanya terlalu kecil, yang tidak boleh dibanggakan langsung.

Sedihnya, ulama masih tidak bersuara, waima dalam perkara yang ternyata qatie haram [seperti judi]. Jika keadaan ini berlaku, maka berterusanlah umat berada dalam kekusutan.

[5]

Di Malaysia ini, ulama yang sering bersuara dalam banyak isu adalah Harussani. Dalam kes perak, beliau adalah antara tokoh yang sering bersuara dalam mempertahankan UMNO/BN.

Apabila melibatkan kepentingan UMNO, pasti kedengaran suara beliau, tetapi apabila melibatkan hukum-hakam agama yang dilakukan oleh UMNO, sehingga kini beliau masih tetap tidak bersuara.

Dalam isu judi, mengapa Harussani masih tetap tidak bersuara? Usah dilayan ulama yg sering ‘tidur’, atau ulama yg merasa ‘syok’ ketika berada ditampuk kuasa.

Ulama sebegini, sememangnya tidak bersuara dalam apa isu sekalipun, disebabkan mereka mempunyai ‘kuasa’; yang kadang-kala mereka dirasakan aman dan selamat.

Mereka ini, tidak lebih sekadar ulama bisu, yang mempunyai kepentingan peribadi yang tidak sudah-sudah. Lebih-lebih lagi, ulama itu adalah orang yang mendapat keuntungan [seperti projek-projek] dari pihak kerajaan [seperti mesin dialysis dll].

Apabila mengenangkan keadaan ini, tidak hairanlah seorang tokoh Ikhwan Muslimin, As-Syaikh Abdul Qadir Al-Audah pernah berkata, “islam diantara kelemahan ulamanya dan kejahilan umatnya”

Mungkin inilah hakikat yang perlu ditelan oleh Umat Islam, menyebabkan kebelakangan ini umat Islam adalah umat yang lemah.

Lemah umat Islam, bukan kerana kekuatan musuh Islam, tetapi kelemahan ulama’nya dan kejahilan umatnya.

Anda mahu nafikannya? Silakan, jika anda mahu umat Islam sentiasa lemah. Justeru, ulama harus bangkit mendepani cabaran umat ini. ulama perlu segera dan cepat, agar ulama dilihat hebat dan disegani oleh kawan dan lawan.

Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com


- Sri Indah [B] Sg Buloh
12 Mei 2010 * 6:02 petang

19 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bagi lesen je ma..bukan "halal"kan yg haram.

JGn terkeliru dan jgn kelirukan org..

Org islam bukan amal ikut lesen..org islam amal ikut AQ dan sunnah.

Tanpa Nama berkata...

memang wahabi pun

TokTam berkata...

Ass. Ulama pewaris Nabi mewarisi segalanya daripada Nabi, kalau takut bukan ulama pewaris Nabi. Macam Asri pula pun bukan ulama pewaris Nabi sebab menolak apa yang para ulama pewaris Nabi amal sehingga membidaahkan amalan para ulama pewaris Nabi, itu lagi bahaya kerana tanpa amalan bagaimana insan akan mendapat Rahmat dan Kasih sayang serta pertolongan Allah SWT dalam menghadapi segala macam ujian. Bersihkan diri kita dari iqtiqad yang menyeleweng seperti Wahabi dan seangkatan dengannya, mudah-mudahan kita ditolong Allah. Amin.

Tanpa Nama berkata...

Sebab anda komen tentang mufti tak komen tentang isu ini, saya pun agak terkilan juga apa dah jadi dgn mufti2 di Malaysia ni. Diam sahaja? .. Mereka adalah ulama tertinggi sesebuah negeri bahkan penasihat hal2 agama kepada sultan, Judi apa hukumnya dalam Islam dan negara kita negara Islam.

Tanpa Nama berkata...

harusani dapat title dato seri..senyap la..haha..

Tanpa Nama berkata...

Mana suara DEWAN ULAMA' PAS?macam x buat keja ja?

ong ong kedek kedek berkata...

salam ziarah salam perjuangan,

Nampaknya pemimpin2 Islam dari kalangan Umno berlumba2 untuk menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah. Dan sesungguhnya matlamat itu tidaklah menghalalkan cara dan perbuatan menghalakan sesuatu yang haram amatlah dikeji dan dicela oleh Allah. Semoga semua pejuang agama Allah diberi kekuatan untuk menghapuskan kebatilan ini dan semoga pemimpin2 Umno diberi hidayah oleh Allah.

ong ong kedek kedek berkata...

mane ye suara2 mufti?
mane ye suare2 jab.agama?jakim? kenapa semua bisu?

azman kamarul berkata...

Pemimpin umno skarang sedang berlumba-lumba untuk "menentang hukum Allah swt.

Mana ulama dan mufti di negara ini?.Kalau TGNA atau TGAH komen nanti puak-puak umno yang karat biru tu kata nak politiking isu..sekarang mana ulama seperti Tan Seri ...SANI.. yang selalu saja memberi hukum pada PAS tu.

Tanpa Nama berkata...

1.DR Asri besuara!!macam che detla jugak!!bila dah tak dak kuasa!tak dak jawatan!!masing-masing tunjuk pandai!semua orang buat salah!!
2.Masa dia ada jawatan!masa jadi mufti perlis!dia buat apa!!hampassss!!! yang dia tau bidaah kan sesama islam!pecahbelahkan sesama islam!!
3.malah nak tangkap orang berkhalwat pun dia tak bagi!!nanti pasangan tersebut malu!!bodoh punya asri ni!!
4.Ulamak dunia macamtu la!!

Tanpa Nama berkata...

Salam Ust Wan Ji ....

1) Sila jawab dan persoalan Ust Affandi ini mengenai hasrat PAS bersama Pakatan Rakyat jika dapat memerintah:

http://www.youtube.com/watch?v=lYHH6lUy-nE

2) Sindrom Ulama membisu bukan saja berlaku pd Harussani tapi berlaku juga ulama dalam PAS ... kenapa tiada satu ustaz dlm pas yg komen berkaitan isu tawaran pakej haji RM 65 000/ kpd Tok Guru Nik Aziz kecuali di blog Ustaz Zaharuddin.net. Ustaz dan sahabat2yg lain sila layari dan baca komen yg berilmiah:

Tuan Guru Nik Aziz dan Haji dengan wang hadiah

http://www.zaharuddin.net/content/view/890/95/


Persoalannya kenapa tiada pimpinan yg menulis artikel berilmiah begini bagi menjelaskan kekeliruan masyarakat dan mengambil jln mudah dengan menuduh ini sebagai percubaan pihak tertentu menjatuhkan kredibiliti Tok Guru Nik Aziz ????



3) Kita sesama Islam jgn bergaduh. Jgn kita selalu berbangga kita lebih Islam dari orang lain hinggakan seolah2 mesti berada dlm PAS baru layak ke syurga ALLAH.. Parti PAS bukan agama ...Musuh2 Islam di Malaysia sekarang ni banyak berehat kerana suka melihat PAS dan UMNO bercakaran ....

Tanpa Nama berkata...

Salam...Hasrul Nizam...

Selangor sedang diperintah oleh pemimpin Islam ...

Soalan saya: Adakah rumah urut, judi, pusat2 hiburan telah diharamkan operasinya atau makin membiak disebabkan nak menjaga "hati DAP" ...

"mana ulama2/ustaz2 PAS" dlm Selangor ... membisu ....


"Lu Pikirlah Sendiri"

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin umno skarang sedang berlumba-lumba untuk "menentang hukum Allah swt.

Mana ulama dan mufti di negara ini?.Kalau TGNA atau TGAH komen nanti puak-puak umno yang karat biru tu kata nak politiking isu..sekarang mana ulama seperti Tan Seri ...SANI.. yang selalu saja memberi hukum pada PAS tu

nota: cuba ziarah Malaysian Waves (tulang besi)
ada tabung aduan salahlaku pimpinan pas pusat pula ..
dokumen2 pun ada ...

http://www.malaysiawaves.com/


Baca dan lihat apa yg berlaku dlm pas pula... macamana nak perintah negara...dlm parti sendiri pun tak terjaga ... dok sibuk dgn serang UMNO ...

Tanpa Nama berkata...

Salam semua ...

Jika Islam gagal ditegakkan, Pas terbabit juga dosa di hadapan Allah s.w.t ... Islam umpama produk yg berjenama dan baik tetapi "salesman (PAS)" tidak pandai menjaja dan mempromosikannya kerana PAS sendiri pun tak pakai produk tersebut .....

"Lu pikirlah sendiri"

Tanpa Nama berkata...

Jika Islam gagal ditegakkan, Pas terbabit juga dosa di hadapan Allah s.w.t ... Islam umpama produk yg berjenama dan baik tetapi "salesman (PAS)" tidak pandai menjaja dan mempromosikannya kerana PAS sendiri pun tak pakai produk tersebut .....

"Lu pikirlah sendiri"

awak dah jelajah seluruh malaysia berdakwah? jika belum, marilah bersama2, jgn ckp je pandai..

Tanpa Nama berkata...

Salam 2010 Mei 12 23:55

Dakwah tu bukannya mesti jelajah seluruh malaysia .... yg depan mata kalau nampak tak tegur pun masalah..... itu berlaku dlm PAS .... sindrom takut tegur pengikut dan pemimpin membuatkan yg berada dlm PAS tu leka yg Islamnya lebih baik dari orang lain ...

lu ada paham ...

tamingsari berkata...

Negeri yg pembangkang perintahpun melambak2 kemungkaran. Pas diam je.
Umno yg perintah lantak dialah apa nak buat. Lesen arak pun maseh ada di negeri yg PR perintah. Cakap tak serupa bikin.

Tanpa Nama berkata...

JUDI : KENAPA DR ASRI SEORANG sahaja BERSUARA?


Biarlah Dr Asri bersuara dan berkokok .... pada gua dia ni liabiliti pd agama .... yg dia nak bergaduh dgn jabatan agama dan "pengajian sifat 20" ..
hang pa tengok video ni :

Edisi Bongkar : Dr Asri Kurang Ajar Perlekeh Ulama Pondok & Ulama Silam

http://www.youtube.com/watch?v=Mj4dhF8ojpw

macam ini ka adab orang yg kata ada ilmu agama ..... ini adik beradik ustaz yg kata ustaz dr harun din kepala lutut ...(2 X 5)

banyak lagi kalau nak bongkar ... jgn terikut2 ... konon2 dia sorang saja pandai .... gua nak muntah tengok gelagat dia ni ...

Tanpa Nama berkata...

Salam Semua ...

ni sorang lagi berlagak pandai dari Imam Shafie .... menjadikan bahan ketawa ...

Malaysia Satu Aqidah 2/3

http://www.youtube.com/watch?v=G53J0SR1fQ4&feature=related

last-last2 kena bantai dengan Dr Uthman .... "kebiadaban intelektual" ...


http://www.youtube.com/watch?v=Mb4z2VS5z-o&feature=related