Sabtu, 15 Mei 2010

PAS PERLU ADA KEMPEN BAHAYA ARAK DAN JUDI

Bacaan politiknya tajam sukar dicari ganti. Sejarah 8 Mac 2008 adalah hasil bacaan politik beliau
[al-fatihah untuk Ustaz Fadzil Noor]

[1]

Pengisytiharan kemenangan PAS, PKR dan DAP pada 8 mac 2008, memberikan aku satu bayangan dan pengharapan, bahawa Islam akan memerintah di Malaysia dalam 2 Pilihanraya Umum lagi. penilaianku ketika itu, PAS mempunyai imej yang baik, jika mahu dibandingkan dengan PKR dan DAP, disebabkan PAS membawa mesej Islam yang maha suci lagi indah.

Padaku, dengan imej Islam yang dibawa oleh PAS, akan menyebabkan PKR dan DAP akan menjadi dua parti yang akan rela Islam dilaksanakan di Malaysia. Ini kerana, pada penilaianku, PKR dan DAP sebagai jambatan untuk rakyat yang ‘allergic’ dengan PAS untuk mereka mengenali Islam.

Jika kita fahami ini, tidak hairan kita melihat Ustaz Fadzil Noor sendiri yang merupakan Presiden PAS ketika itu, tidak mendesak rakyat yang gusar dengan UMNO/BN rentetan sejarah pemecatan Anwar Ibrahim agar masuk PAS, sebaliknya beliau sendiri yang memberi ruang terbuka penubuhan PKR [bermula dengan GERAK, kemudian dengan ADIL, kemudian PKN dan seterusnya PKR].

Ruang itu dibuka, sebagai sebuah parti yang bersahabat dengan PAS. apabila mereka bersahabat dengan PAS, sedikit sebanyak mereka akan mengenali Islam. Apabila rakyat sudah mengenali Islam, pasti mereka sendiri akan mendesak Islam dilaksanakan di Malaysia.

Inilah kehebatan bacaan politik Ustaz Fadzil Noor yang susah untuk dicari ganti di abad ini. Bacaan politiknya tajam, seiras-iras bacaan politik Nabi SAW setelah berlaku sejarah suluh Al-Hidaibiyyah.

Namun apakan daya, sejarah 8 mac 2008 dicemarkan dengan beberapa kesilapan buruk; iaitu bermula dengan isu ‘pertemuan sulit penubuhan kerajaan dengan UMNO’ yang menyebabkan berlaku penipuan terhadap ahli PAS khususnya; terhadap rakyat Malaysia amnya, dengan dakwaan tidak ada pertemuan, lalu ternyata ada pertemuan melalui kenyataan Pak Lah yang merupakan Perdana Menteri ketika itu, lalu diakui kesahihan dakwaan Pak Lah itu oleh pimpinan tertinggi sendiri.

Peliknya, mereka sanggup melakukan penipuan terhadap ahli PAS sendiri, tetapi percaya kepada pimpinan UMNO, yang sudah sekian lama menyerang PAS.

Rentetan itu, sebuk pula dengan isu Muzakarah, kemudian Muqabalah dan disudahi dengan Kerajaan Perpaduan [Unity Government] yang sekali dibuka, kemudian ditutup, kemudian dibuka balik pada pelancaran buku natrah, menyebabkan harapanku melihat islam memerintah di Malaysia dalam dua penggal Pilihanraya umum, hancur berkecai.

Sejak dari itu, dilihat kepercayaan rakyat terhadap PAS semakin goncang, sama ada dari pihak undi melayu, mahupun bukan melayu.

Mungkin itu sejarah silam yang tidak dapat dilupakan dalam benak rakyat Malaysia sejak berlaku tarikh keramat 8 mac 2008, malahan ia akan tercatit dalam tatapan sejarah untuk generasi akan datang. Sejarah itu, wajar dilupakan, bahkan sebagai umat islam yang berharap Islam terlaksana di Malaysia, sejarah sebegini hendaklah ditinggalkan pergi.

[2]

Sejarah buruk ini, melahirkan perpecahan dalaman PAS. Bahkan, menurut ’orang-orang lama’ dalam PAS, perpecahan dalaman PAS pada kali ini, merupakan perpecahan yang paling buruk berlaku dalam sejarah, iaitu sejak penubuhan kepimpinan Ulama.

Walau bagaimanapun, sebagai muslim, harapan hendak melihat Islam terlaksana tetap menjadi cita-cita. Cumanya, apa yang ingin mahu dilihat adalah, Islam terlaksana dalam keadaan yang aman damai, penuh dengan hikmah; mengharapkan Islam terlaksana dalam ruang lingkup demokrasi yang sihat, tanpa wujud perbalahan antara muslim dan non muslim.

Apabila mengenangkan cita-cita ini, teringat dengan perkataan Umar bin Abdul Aziz yang ditanya oleh anaknya, Abdul Malik tentang tindakannya tidak melaksaksanakan Islam secara total. Mendengar soalan anaknya itu, Umar terus berkata;

لا تعجل يا بني , إن الله ذم الخمر في القرءان مرتين , و حرمه في ثالثة , و الله إني أخاف أن أحمل الحق على الناس جملة فيدفعواه جملة, ويكون من ذا الفتنة

Maksudnya;
“Jangan kamu gopoh wahai anakku. Sesungguhnya Allah cela arak dalam Al-Quran dua kali, dan haramkannya pada kali yang ketiga. Demi Allah, sesungguhnya aku takut melaksanakan kebenaran kepada mahusia secara total, lalu manusia akan menolaknya secara total. Pasti ia merupakan fitnah ”

[3]

Di Malaysia, dua dosa besar telah sebati, iaitu arak dan judi. Agak susah hendak menghapuskan kedua-dua unsur ini sekaligus. Pastinya, kedua-dua dosa besar ini dibawa masuk oleh UMNO [laknatullah alah], yang mendakwa berbangsa melayu dan beragama islam.

Justeru, setelah PAS bersama-sama dengan Pakatan Rakyat [PKR dan DAP] menubuhkan kerajaan, usaha hendak menghapuskan kedua-dua dosa ini adalah satu kewajipan. Namun, usaha penghapusan tersebut hendaklah berhikmah dan berstrategi, agar tidak melahirkan mudharat yang lebih besar di masa akan datang.

Pun begitu, menyedihkan. Ini kerana, sejak PAS menubuh kerajaan bersama PKR dan DAP, belum ada usaha serius yang berstrategi dalam usaha memahamkan rakyat tentang dosa dua perkara ini. yang wujudnya adalah, bertindak ’hentam keromo’ sehingga memungkinkan berlaku kecelaruan dalam politik, yang mampu diambil kesempatan oleh UMNO/BN untuk memporak-perandakan hubungan antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

[4]

Sejak 1511 lagi, Tanah Melayu diperintah oleh penjajah. Justeru, sejak itu rakyat Tanah melayu ditanam doktrin ’politik suku, agama suku’.

Justeru, sejak tahun 1951 lagi PAS ditubuhkan, baru sekarang kita dapat melihat rakyat agak mula memahami bahawa konsep ’politik suku, agama suku’ ini merupakan satu kesesatan, dan akhirnya menerima konsep beragama dalam politik.

Jika dilihat demikian, kita akan fahami bahawa usaha hendak memahamkan perkara islam yang sudah ditinggal lama adalah satu perkara yang susah. Ia memerlukan strategi, dan usaha yang berterusan [istiqamah].

Maka begitujuga dengan arak dan judi. Hendak diharamkan secara total, ia memungkinkan lahir mudharat [lebih-lebih lagi menyebabkan keuntungan kepada UMNO]. Justeru, usaha berstrategi dan istiqamah dalam usaha hendak menghapuskan kedua-dua unsur ini adalah perlu.

Sirah nabawiyyah telah membuktikan, bahawa konsep kefahaman adalah perlu. Namun, kadangkala usaha hendak memberi kefahaman itu mendapat halangan, maka usaha menghapuskan halangan itu adalah perlu.

Di Malaysia, golongan yang menghalang rakyat dari memahami keburukan arak dan judi adalah UMNO yang mendakwa beragama Islam. Apabila UMNO yang beragama Islam sendiri mengatakan ’ok’ pada arak dan judi, sudah pasti non Muslim akan menilai bahawa kedua-dua dosa besar ini sebagai perkara yang biasa. Makanya, sudah pasti satu kesusahan hendak memahamkan mereka tentang bahaya kedua-dua dosa ini.

Justeru, usaha yang paling berkesan adalah, kalahkan UMNO terlebih dahulu. Kerana, dengan kejatuhan UMNO, merupakan satu ruang yang amat terbuka untuk usaha memahamkan rakyat tentang Islam, sama ada terhadap Muslim, mahupun terhadap Non Muslim.

[5]

Dalam sejarah 8 mac 2008, ruang dakwah semakin terbuka, terutama di negeri-negeri pimpinan Pakatan Rakyat; Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Selangor. Untuk memahamkan rakyat yang beragama Islam tentang bahaya kedua-dua dosa ini, saluran masjid amat berkesan; iaitu menerusi khutbah-khutbah jumaat dan tazkirah-tazkirah dalam bulan ramadhan dan sebagainya.

Adapun untuk memahamkan rakyat yang tidak beragama islam, kempen yang berkesan melalui ”DUN” dan ”PARLIMEN” perlu dilakukan. Anjurkan program-program kemasyarakatan yang melibatkan mereka, seperti program bantuan masyarakat, program majlis hari raya, gong xi Fa Chai, Depavali dan sebagainya, lalu diselit dalam sebarang ucapan dari pihak pimpinan tentang bahaya judi dan arak ini.

Sebaran risalah juga harus dilakukan, disamping tayangan video juga tidak boleh diabaikan. Bentuk kempen tersebut, jangan terus dimulakan dengan sebarang ayat Al-Quran, sebaliknya mulakan kesan kemudharatan dan bahaya yang wujud pada arak dan judi. Apabila sudah berjaya menerapkan mereka tentang keburukan dan kemudharatan arak dan judi, baru dikemukakan ayat-ayat Al-Quran dan As-Sunnah, agar mereka tahu bahawa hakikat pengharaman itu adalah datang dari Islam.

[6]

Sebarang kempen yang telah dilakukan, hendaklah wujud ’post mortem’. Perlu dilihat, kesan disebalik sesuatu kempen yang dilakukan, apakah memberi kesan yang baik atau tidak. Jika dilihat kurang berkesan, hendaklah diubah strategi yang lain; yang lebih berkesan, sesuai dengan situasi dan keadaan sasaran dakwah.

Jika ini berjaya dilakukan, tidak mustahil rakyat akan semakin mengenali Islam. Apabil mereka kenal Islam, mereka akan nampak keindahan dan kecantikan Islam. Apabila mereka sudah nampak keindahan Islam, tidak mustahil mereka sendiri akan mendesak kerajaan melaksanakan Islam.

Mungkin akan ada yang berkata bahawa Usaha ini adalah satu perkara yang susah. Benar, ia adalah perkara yang susah, tetapi ia bukan perkara yang mustahil berlaku. Ia bukan soal tidak mampu, tetapi ia adalah soal tidak mahu.

Justeru, ia memerlukan strategi dan istiqamah. Jika ia berjaya dilakukan secara bersrategi dan istiqamah, pasti kita akan mencapai kejayaan. Persoalannya, apakah kita mahu? Iman kita mampu memberi jawapannya.

Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com


- Sri Indah (B), Sg Buloh
16 Mei 2010 * 1:56 pagi

Ingatan kepada Ustaz Fadzil Noor:

17 ulasan:

hafizzuddin berkata...

Ustaz Fadil dalam kenangan.

Pengorbanannya cukup besar dalam perjuangan PAS, ayuh bangkitlah wahai pejuang2 Islam, teruskan usaha yang ditinggalkannya dan jangan sesekali mensia-siakan segala pengorbanan yang dilakukan almarhum.

Mohon izin ustaz, copy ke blog saya.

Tanpa Nama berkata...

Salam Us Wan Ji,

Semoga ustaz jadi penggerak kempen ARAK dan JUDI ... Ust pun dudok di Selangor ... Exco Agama pun orang PAS juga ... MB Selangor PKR sahabat PAS ... Ronnie Liew DAP (lebih baik dari UMNO) pun sahabat PAS juga .... Semoga ALLAH s.w.t bagi kejayaan pada ustaz ...

Tanpa Nama berkata...

1.Jauh beza antara Ustaz Fadzir Nor dan Nik aziz!
2.kalau dia masih ada!Pas tak akan jadi hamba Dap!!
3.Hang tak payah spin fakta!hang tenguk diselangor!mana suara Pas dalam membasmi arak dan judi!
4.Fakta yang jelas ialah Dap telah memperkudakan Pas!
5.Contoh diPerak dahulu!MB puak Pas!segala keputusan ditangan Dap!
6.Orang tak dak akai saja yang mempunyai pandangan yang sama dengan hang!!
7.Hang tenguk realiti dikelantan sendiri!Hampir 95% penduduk islam!Anehnya pelacur cina doll pun dah ada disana!Balak habis digadai pada puak kapiaq harbi!Malah yahudi jugak telah bertapak juga disana!
8.Pentadbiran pas kelantan merupakan contoh yang nyata mengapa islam tidak dihormati oleh puak agama lain!Memalukan islam!!gagal dalam segala aspek!pendidikan!moral!pentadbiran dan segala-galanya!!

Tanpa Nama berkata...

Wan Ji,

Apa yang disebut Kerajaan Perpaduan sebenarnya tidak menjadi, sama dengan kerjaan lompat 16 Sept. 2008 tajaan Anwar Ibrahim.

Apakah anda faham dengan Kerajaan Perpaduan. Kerajaan Malaysia yang tak ada pembangkang. DAP, PKR, PAS, UMNO, MCA, MIC, GERAKAN,. SUPP dll, akan bersama-sama menjadi sebuah Kerajaan di Malaysia, semua akan dapat bahagian kerusi Menteri, Timbalan dan lain-lain ghanimah politik.

Tetapi orang-orang seperti kaulah yang menguar-uarkan perkara yang tak tau hujung pangkalnya.

Kenapa tak bahas kegagalan Anwar Ibrahim dengan kerajaan Lompat 16 Septe tu. Hingga hari ini berduyun-duyun YB PKR menjadi katak.

Enta jangan jadi makhluk yang bodoh tak boleh di ajar dan cerdik tak boleh di tumpang.

Tanpa Nama berkata...

Pertama:

projek 16 september tak jadi kerana Presiden PAS tak tandatangan surat persetujuan penubuhan kerajaan pakatan rakyat menguasai pusat, walau mursyidul am berkali-kali menyuruh presiden tandatangan. Punya Tak jadi projek itu, sampai tok guru marah kat mustafa ali, sbb mustafa ali keluar kenyataan dlm muka depan harakah cetak, kata 16 sep tak jadi.

Tengok klip video ini.


Dalam pesta buku 2 tahun lepas [pelancaran buku bidadari dari timur], ana makan semeja dgn tok guru nik aziz. Analogi tok guru masa tu, "tupai ni kalau terlepas, susah dah kita nak tangkap".

Kedua:

Kerajaan perpaduan memang gabungan semua parti. Tetapi, ia adalah fitnah terbesar kpd pas, apabila ia tidak dibincangkan langsung dengan PKR dan DAP. yg adanya adalah perbincangan sulit dengan UMNO, tanpa pengetahuan PKR dan DAP.

Perbincangan sulit itu pulak, dinafikan kewujudannya diperingkat awal, tetapi terpaksa akui kewujudannya selepas pak lah kata ada sudah ada 3 kali. Dan presiden tulis dlm harakahdaily, bahawa kenyataan pak lah itu adalah benar.

Ketika itu, mahfuz dan hanifa maidin buat kenyataan minta maaf, sbb mereka berdua sebelum itu bersungguh2 nafikan wujudnya pertemuan sulit tersebut.

Persoalannya, kenapa pemimpin itu tipu? Apa hukum pemimpin tipu org bawahan? Bagaimana pula hadis ini;

إِذَا كَانَ عَلَيْكَ أُمَرَاءُ مَنْ دَخَلَ عَلَيْهِمْ فَصَدَّقَهُمْ بِكَذِبِهِمْ، وَأَعَانَهُمْ عَلَى ظُلْمِهِمْ، فَلَيْسَ مِنِّي وَلا أَنَا مِنْهُ، وَلا يَرِدُ عَلَى الْحَوْضِ، وَمَنْ دَخَلَ عَلَيْهِمْ فَلَمْ يُصَدِّقْهُمْ بِكَذِبِهِمْ، وَلَمْ يُعِنْهُمْ عَلَى ظُلْمِهِمْ، فَهُوَ مِنِّي وَأَنَا مِنْهُ

maksudnya;
"Sekiranya wujud pemimpin di kalangan kamu; barangsiapa yang masuk terhadap mereka, dan membenarkan penipuan mereka, dan membantu mereka terhadap kezaliman mereka lakukan, maka dia bukan dari kalanganku, dan aku bukan dari kalangan dia. Dia tidak layak masuk ke kawasan kolam, dan barangsiapa yang masuk ke atas mereka, dan tidak membenarkan mereka terhadap penipuan mereka, dan tidak membantu mereka terhadap kezaliman mereka, maka dia daripadaku dan aku daripadanya"

ketiga:

kita minta berlindung dengan Allah dari bersekongkol dengan parti zalim.. Dan harap, yg lepas kita lupakan. Kita buka lembaran baru.

Keempat:

Yg wajar kita persoalkan sekarang adalah, dimana kempen PAS ke arah memahamkan rakyat terhadap arak dan judi, terutama di negeri Pakatan Rakyat.

jika penerangan PAS mahu bantuan, ana bersedia membantu, walau ana tau [ramai yg bgitau] ustaz idris [ketua penerangan PAS] dok memburukkan ana di byk tempat.

kelima:

Ana tak kisah dikatakan bodoh oleh mereka yang tidak tahu fakta. memang kebiasaannya, orang yang tak tahu fakta ini akan kata orang lain bodoh.

Kita jangan salahkan orang yang tidak tahu fakta, kerana mereka mungkin berniat baik. tugas kita, bagitau fakta kepadanya, agar dia tidak dilihat bodoh oleh orang yang tahu fakta.

Sekian

Tanpa Nama berkata...

PUNCA PERPECAHAN DALAMAN PAS
--
PERTEMUAN SULIT

http://penarikbeca.blogspot.com/search?q=akhafu+al-darurain

Pak Lah akui

http://www.malaysiakini.com/columns/86573

Dato’ Mahfuz mohon maaf

http://gemasuara.blogspot.com/2008/07/surat-terbuka-mohon-maaf-daripada-ketua.html

kerajaan perpaduan

http://ms.wikipedia.org/wiki/Kerajaan_perpaduan

presiden tutup sbb rakyat tak faham

http://www.youtube.com/watch?v=0yUCu_u5b9o

http://siasahdaily.blogspot.com/2009/04/titik-tidak-ada-lagi-kerajaan-perpaduan.html

nasharuddin Buka balik dalam pelancaran natrah

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0310&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_10.htm

Tanpa Nama berkata...

ucapan tok guru pasal 16 september

http://www.youtube.com/watch?v=PoJekP-vS1Y

Tanpa Nama berkata...

Salam,

Malangnya digelar fakta bila hanya mendengar satu pihak...

Dan tindakan TGHH nampak lebih betul (tetapi bukan bermakna TGNA salah...kita hanya ada yang betul dan lebih betul sahaja..)

Bayangkan, betapa hancornya negara kalau semua yang masuk 16 september, lopat selepas beberapa bulan ditubuhkan...

Dan tolong ulas sikit pasal Ibrahim Ali, Raja Lompat dan juga Ariff Fahmi...

Terima kasih

Bodoh Piang berkata...

Umar pernah menasihat seorang sahabat yang meminum arak, beliau mengingatkan jika ada sahabat yang menyeleweng, nasihatkan, doakan untuk kebaikan serta jangan membiarkan ruang2 untuk syaitan bertapak - membiarkan ruang2 fitnah berlaku.
Ust Wan Ji adalah orang yang bodoh mengungkit2 perkara lama. Adakah sahabat2 atau ahli sunnah yang mengungkit kesalahan Umar, rasanya Syiah shj yang mengungkit... Orang mcm Ustaz lebih baik di gelar bodoh piang, atau bodoh sombong.
Jika kita ingin mengkaji sejarah , ada juga ustaz, yang mungkin Ust Wan Ji = "kenali" yg dulunya di Mesir duduk dlm Umno yg menentang PAS, berambut panjang , hisap rokok, tidak berakhlak , menentang PAS dan sekarang berdegar2 cakap lebih tau dalam PAS dari orang PAS yang istiqamah berjuang dalam PAS... Cuba kaji siapa dulu yg masih istiqamah dlm perjuangan dlm PAS compare Hj Hadi & Anwar....fikir2 fikirkanlah

Tanpa Nama berkata...

Salam, Kawan bukan soal TGHH tak tanda tangan dokumen pembetukan Kerajaan 16 Sept, yg tak jadi, tetapi tak cukup majoriti untuk tubuh kerajaan. Mana ada pembetukan kerajaan hanya majoriti kurang. Sekurang-kurangnya 1 kerusi mesti mau lebih looo.

Kenyataan Mustapa Ali, berasaskan realiti politik Malaysia, tak cukup kerusi, macam mana nak tubuh kerajaan??. Jangan meletakkan kesalahan pada orang lain kerana kegagalan kita.

Nampak gaya sampai sekarang masih meratib akibat kenyataan Mustapa Alilah, maka gagalnya kerajaan 16 Sept. tajaan Anwar ibrahim gagal di bentuk. Berfikir sikit kekawan.

Antara syarat yang diberikan oleh TGHH ialah nak bentuk kerajaan 16 Sept, mesti Islam majoriti, bukan minoriti. Kalaulah berjaya bentuk Kerajaan 16 Sept. dengan Islam minoriti, alamaknya hancur lebuhlah politik di Malaysia dan PRU-13 nanti hancur berkecailah kerajaan yang dibentuk tu.

Kenyatan Mat Sabu adalah lebih tepat, apabila beliau menyatakan 'kita mesti perkasakan kerajaan PR yang ada di 5 negeri, kita perkemaskan anggota untuk tawan malaysia melalui PRU13, bukan melalui YB lompat kerajaan 16 Sept. di bentuk.

Tanpa Nama berkata...

Alahai hai, mudahnya...........

Kalau lah kenyataan Dato Mustapha Ali, kata, Kerajaan 16 Sept, tak jadi kerana bla......bla, maka tak jadilah kerajaan 16 Sept, sebagaimana hari ini. Apakah dengan sekali kata 'tak jadi' sampai sekarang terus di tafsirkan tak jadi??.

Sesaolah Mustapha Ali, sekali kata terus jadi, sekali bertitah terus tak jadi. Malu lah kawan.

TGNA, kita kena ingat bukan maksum. Betullah ada yang makan semeja dengan TGNA semasa lancar buku yang ditulis oleh Anuar Bakri tu. Kalau orang sekitarnya memberikan maklumat yang salah kepada TGNA, maka dengan maklumat tu lah TGNA ratib dan ucapnya.

Banyak perkara yang terjadi sedemikian,. Aku malah nak buka di sini. Buka perangai aku, sebab TGNA masih MB aku, masih Tok Guru aku. Aku cukup kesian pada TGNA, apabila orang-orang disekitarnya seringkali mengambil peluang pada TGNA

Walaupun aku tak pernah makan semeja dengan TGNA, tetapi dia acap kali juga pergi cari aku minta tolong membantunya, masa di awal pemerintahann nya dalam urusan yang tidak berkaitan dengan Kerajaan Kelantan.

Tanpa Nama berkata...

memang la presiden x sain. cikgu Pa yang pengaruh haji hadi x sain.

kalau cukup bilangan ahli parlimen lompat pun x boleh nak tukar kerajaan sebab x sain. yang suruh sain tu agong. Agong nak surat jaminan perlembagaan, hak melayu dan islam di Malaysia terjaga. Agong suruh sain surat tu. DAP PKR sain tapi PAS x sain.

tolong tok guru? geng balak ke? geng yang nak makan balak ke?


yg benar;
kickdekepala

Tanpa Nama berkata...

Salam semua ...

Kesimpulannya samada PAS, DAP atau PKR kesemuanya akan menjadi kuda tunggangan orang yg terlalu bercitacita untuk menjadi "PM" ...
Kalau berjaya pun DAP, PAS dan PKR membentuk kerajaan, adakah:

- pemimpin DAP tidak akan menuntut penggiliran PM ? Biarkan Anwar dan Haji Haji jadi PM dan Kit Siang tengok saja ??????

- adakah pimpinan DAP yg beragama Kristian akan membenarkan Islam ditegakkan

- adakah Karpal Singh akan mengubah perlembagaan dan membenarkan hudud dilaksanakan ???

Berdamai dan berlapang dada... carilah titik persamaan ....lihat bagaimana Allah s.w.t mentadbir alam, peredaran siang dan malam .... berlaku tanpa disedari ...

Jgn terlalu cepat inginkan kejayaan yg mana akhirnya .....musuh Islam mengambil kesempatan dari perbalahan yg berpanjangan ini...

Maaf pd semua ....

Tanpa Nama berkata...

abe jak jadi kayo sebak balok. puok2 UG di kelate dok jual tanah kubor mace taqi. nik abduh paka keto besar sebak make balok dengan Abe jak.

menate sungguh puok2 UG ni. Dok nok jjatuh tok guru dale die. Nik Abduh pernah tulih dlm blog dio. dio kato. dio akan kato orang tu bodo klu dok desak supayo ayoh dia tak turun jadi MB.

dio dok sedar ko kelate kuat keh tok guru. kalau dio suruh ayoh dio turun jadi MB, beerti dio nok suruh kelate jatuh kat tange UMNO.

bodoh sungguh puok2 UG ni.

Awi kelate

Tanpa Nama berkata...

"Padaku, dengan imej Islam yang dibawa oleh PAS, akan menyebabkan PKR dan DAP akan menjadi dua parti yang akan rela Islam dilaksanakan di Malaysia. Ini kerana, pada penilaianku, PKR dan DAP sebagai jambatan untuk rakyat yang ‘allergic’ dengan PAS untuk mereka mengenali Islam"

AlBakistani ...Hancus ...

jawapan bergambar di sini:

http://www.mykmu.net/modules.php?name=News&file=article&sid=9639

Tanpa Nama berkata...

Albakistani ....

PKR asal usulnya ??????
DAP asal usulnya ??????

Baca sejarah ... bolehkah dijadikan jambatan oleh PAS untuk rakyat 'alergic'
atau
PAS yang akan dijadikan jambatan ke Putrajaya ....

siapa pijak siapa ....

Tanpa Nama berkata...

dipetik dari:

http://adukataruna.blogspot.com/2010/05/tantawi-kayu-ulama-melayu.html

Himpunan Besaran - besaran pada 3 Julai 2010 akan diadakan di perkarangan Masjid Negara dan kemudian berarak ke Istana negera mengiringi pimpinan Pemuda Pakatan rakyat untuk menyerahkan memorandum bantah Lesen Judi serta merayu campur tangan Raja - Raja Melayu untuk mendesak agar Kerajaan memansukhkan Lesen Judi Bola atau sukan tersebut .




komen aku:

asyik nak berdemo jer kerjanya ... dia ingat jln dari masjid negara ke istana negara tu bapak dia yg punya ... orang awam lain tak leh guna ... kau jawab dihadapan Allah s.w.t nanti kerana kau orang telah menyusahkan pengguna lain .... tak kan tak dak cara lain nak serah memorandum ... ini saja nak tunjuk kekuatan dan nak cari populariti ... memang patut ler aduka teruna gelar "kayu" ..