Selasa, 11 Mei 2010

ZIARAH KESAN PENINGGALAN ULAMA DI KELANTAN

[1] MAULANA ABDULLAH NUH INDIA

Pada tahun 1948, Hizbul Muslimin ditubuhkan. Sebelum Hizbul Muslimin, ada sebuah pertubuhan bernama MATA (Majlis tertinggi Agama Malaya). Antara yang terlibat dalam MATA adalah, Maulana Abdullah Nuh India, malahan penubuhan itu adalah diideakan oleh beliau dalam usaha menubuhkan negara Islam di Malaysia.

Penubuhan MATA diideakan beliau melalui Dr Burhanuddin Al-Helmi. Selepas penubuhan MATA bersama dengan UStaz Abu Bakar Al-Bakir, ditubuhkan pula Hizbul Muslimin. Diceritakan, Idea penubuhan Hizbul Muslimin ini juga adalah datang dari Maulana Abdullah Nuh India.

Sayang, beliau meninggal dunia muda, dan sebelum kejayaan penubuhan Hizbul Muslimin, waima beliau adalah antara tokoh yang paling serius dalam usaha penubihan parti islam tersebut.

Gambar ini adalah tempat Maulana Abdullah Nuh India menyebar-luaskan ilmu politik Islam beliau.

[tempatnya : dari jertih, sebelum sampai cabang empat menuju ke Pasir Putih, lihat sebelah kiri]


[2] TOK KENALI

Menurut cerita, Imam Hanafi meninggal dunia sujurus kelahiran Imam As-Syafie. Maka, lebih kurang seperti berlaku pada Tok Kenali dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Tok Kenali meninggal dunia pada 19 november 1933. Tuan Guru Nik Abdul Aziz di lahirkan pada 10 Januari 1931.


[3] TOK KHURASAN





Tok Khurasan merupakan seorang ulama dari Negara India, yang mempunyai kepakaran dalam bidang ilmu Hadis yang didalaminya dari sebuah universiti Islam di India yang amat terkenal, iaitu Darul Ulum Deoband.

Beliau merupakan guru kepada Tuan Guru Haji Nik Mat Alim,iaitu bapa kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Semasa Tuan Guru Haji Nik Mat berulang alik menuntut ilmu hadis dari tok Khurasan, Tuan Guru Nik Mat selalu membawa dua orang anaknya dan seorang menantunya di masjid Kampung Sirih, Kota Bharu [dalam gambar ini].

Anak Tuan Guru Haji Nik Mat yang dibawanya itu adalah Tuan Guru Nik Abdul Aziz [MB kelantan sekarang] dan Nik Zainab. Dan menantu yang dibawanya itu adalah Nik Amat yang merupakan suami kepada Nik Zainab.








1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tok kenali tak pi haji sampai 65K.beliau juga bukanlah seorang MB

tak payah la dok perasan kata nik ajih macam beliau.

hal rakyat dibiarkan hidup melarat dan merantau.dia dan anak beranak kerabat pakat sedap duduk atas tempat selesa.dapat jawatan dlm kerajaan lagi.