(1)
Bapak Mohammad Natsir dari Indonesia, seorang pemikir Islam yang mengkagumkan amat mementingkan konsep dakwah dijalur politik, dan politik dijalur dakwah.
Ungkapan dakwah dalam jalur politik, politik dalam jalur dakwah, difahami bahawa masuk ke arena politik, dengan tujuan menyampaikan dan memberi kefahaman kepada rakyat tentang Islam. keadaan ini tidak akan berjaya, jika para dai tidak terlibat dalam politik. justeru, kehadiran para dai dalam arena politik adalah perlu.
Jika direnung ungkapan tersebut, ia amat sealiran dengan apa yang sering diungkapkan oleh Tuan Guru nik Abdul Aziz, iaitu “politik suku, agama suku”. Ungkapan ini, semakin dikenali ramai, terutama ia sudah diratib oleh ramai pendakwah-pendakwah di Malaysia.
(2)
Apabila kita memahami dakwah dalam jalur politik, sudah pasti sebarang tindakan kita yang berkait dengan politik, tidak lepas dari isu agama. Kempen Pilihanraya kita adalah kempen agama. Isu yang kita kemukakan adalah isu agama.
Konsep keadilan sejagat merupakan perkara yang amat ditekankan dalam Islam, malahan pada agama-agama yang lain. Agama lain menekankan kepentingan keadilan juga, kerana konsep keadilan ini adalah kehendak fitrah manusiawi; yang wujud pada diri muslim, dan selain muslim.
Semua manusia mahukan keadilan; Semua manusia tidak mahu ditindas oleh golongan atasan; Semua manusia tidak suka dizalimi, tidak kira apa agama sekalipun mereka.
(3)
Isu kalimah Allah sememangnya telah lepas dibincangkan. Namun, memberi kefahaman kepada rakyat tentang isu ini adalah perlu. Terutama, jika isu ini dibangkitkan, dapat menerangkan kepada rakyat tentang konsep keadilan Islam; konsep pemberian hak kepada manusia yang diperjuangkan oleh Islam, waima terhadap non Muslim sekalipun.
Golongan yang takut dibangkitkan isu ini, adalah sama seperti mereka yang tidak suka dibangkitkan soal keadilan Islam terhadap non Muslim. Jika ini pemikiran mereka, pemikiran mereka adalah pemikiran ”politik suku, agama suku”, ataupun jika mereka dari aliran Islam, pemikiran mereka tidak ada beda dengan cara berfikir puak-puak taliban di Afghanistan.
Pemikiran politik Taliban adalah pemikiran Politik Islam ala mazhab Hanafi, waima kadangkala, dalam beberapa isu, fatwa Mazhab Syafie lebih sesuai di Afghanistan. Kejumudan fiqh oleh sesetengah pimpinan Taliban, menyebabkan rakyat Afghanistan sendiri menolak Taliban, ekoran mereka tidak nampak keindahan Islam yang dibawa oleh Taliban.
Melihat keadaan ini, tidak hairan Tuan Guru Haji Abdul Hadi sendiri pernah menyebut, ”Taliban adalah budak-budak Universiti memerintah negara. Mereka tidak tahu siyasah syariiyyah” lebih kurang begitu ucapannya. Ucapan itu dilakukan di Mesir, dalam sessi ziarah Tuan Guru Haji Abdul Hadi ke sana semasa menjadi Menteri Besar Terengganu dahulu.
(4)
Islam perlu diperkenalkan dalam bentuk yang indah. Islam perlu diperlihatkan, sebuah agama yang benar-benar tidak menafikan hak manusia, waima terhadap non Muslim sekalipun.
Menafikan hak, waima terhadap Non Muslim, bukan ajaran Islam yang merujuk kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Bukan sahaja ia bukan ajaran Islam, malahan ia tidak dapat diterima oleh fitrah kemanusiaan.
Sesiapa sahaja mengemukakan Islam dalam bentuk menafikan hak ini, ternyata islamnya bukan Islam yang betul. Waima bertampal Islam, sebenarnya itu bukan Islam, tetapi canduan nama Islam demi kepentingan golongan tertentu.
Sekian
Wallahu ’Alam
Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com

- Sri Indah (B), Sg Buloh
15 Mei 2010 * 2:05 petang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan