[1]
Mungkin kita tidak lupa dengan istilah tentera merah dalam himpunan BERSIH dahulu. Boleh dikatakan, sejarah 8 mac 2008 terjadi, bermula dari gegaran rakyat pada himpunan BERSIH tersebut.
Dalam himpunan itu, unit amat mendapat gelaran baru. ’Tentera merah’. Semuanya ekoran keberanian bawahan-bawahan PAS ini bekerja demi melihat UMNO tergugat, seterus keadilan islam berjaya terlaksana di Malaysia.
Sedihnya, ’tentera merah’ ini kurang dihargai, malahan sering dilihat seperti golongan yang tidak penting. Lantaran, tidak kasar jika dikatakan mereka adalah seperti ’anak-tiri’ yang dibenci oleh ibu tiri, dan diabai oleh bapa sendiri.
[2]
Tidak dapat dibayangkan, bagaimana perasaan seorang anak kecil yang mahu bergembira dengan sambutan ulangtahun kelahirannya. Jiran-jiran bersungguh-sungguh menyediakan berbagai-bagai persiapan; menyediakan makanan, minuman, kek, lilin dan sebagainya. lalu, apabila tiba waktu sambutan, didapati bapa dan ibu sendiri tidak dapat bersama. Alasan yang dikemukakan juga tidak munasabah; iaitu mengantuk.
Nasib anak ini tidak ada beda dengan apa yang berlaku pada unit amal Malaysia semalam. Ini kerana, 29 Mei merupakan tarikh Unit amal mengadakan sambutan ulang-tahu Unit Amal Malaysia. Makanya, pada tahun 2010, disepakati sambutan ulangtahun ke-20 Unit amal disambut di Dewan Komuniti Serendah.
Namun, sambutan program yang sepatutnya meriah itu agak memberi kesedihan kepada sebilangan besar ahli dan kepimpinan Unit Amal. Ini kerana, semua YB-YB PAS [total], sama ada di peringkat parlimen, mahupun diperingkat DUN sebuk berceramah di seluruh Malaysia [mungkin?], sehingga tidak ada seorang pun yang dapat melapangkan masa untuk hadir kecuali, Dato’ Seri Nizar Jamaluddin, Abang Mat Sabu dan YDP PAS Hulu Selangor.
Waima sambutan ulangtahun ini dilakukan di negeri selangor yang merupakan salah sebuah negeri dibawah pimpinan Pakatan Rakyat [Pas antara parti yang berada dalam kerajaan], pihak perhubungan PAS Negeri Selangor tidak menghantar seorang wakil pun untuk hadir.
Paling menyedihkan, Unit Amal Malaysia yang dibawah ’penjagaan’ Pemuda PAS Pusat, didapati ketua Pemuda PAS Pusat pun tidak dapat menghadirkan diri, kerana mungkin sebuk berceramah di tempat lain [mungkin?]. Mungkin dia kesebukan, apakah tidak terfikir langsung untuk menghantar timbalan atau naib ketua sebagai wakil?
”Ah.... Unit Amal bukan penting.. mereka itu balaci je” mungkin itu yang difikirkan kot. Mungkin je, bukan betul pun.
[3]
Pada program tersebut, dijemput beberapa orang penceramah. Mereka adalah, Dato’ Seri Nizar, Abang mat Sabu dan seorang pimpinan DAP, Ronnie Liu.
Semasa ceramah, ada kutipan derma. Hasil kutipan pada malam itu, pihak unit amal berjaya mengutip derma sebanyak RM 1 ribu lebih.
Paling memalukan, apabila dipohon derma secara peribadi, ada seorang YB yang merupakan Ahli parlimen PAS di Negeri Kedah [bekas YDP di salah sebuah PAS Kawasan di Selangor] telah menderma sebanyak RM 30, walhal Ronnie Liu [seorang pimpian DAP] memberi derma dari duit poketnya sendiri sebanyak RM 2 ribu, dan Madelin, juga pimpinan DAP mewakili parti DAP menyampaikan derma sebanyak RM 1 ribu .
[4]
Jika ini keadaan pimpinan PAS yang bergelar YB atau tidak, tidak hairanlah PAS tidak diberi peluang oleh Allah untuk memerintah Malaysia sehingga kini.
Walau bagaimanapun, ‘tentera merah’ ini tetap berkhidmat. Ini kerana, perjuangan mereka bukan melihat para YB ini memakai tali leher, duduk dalam dewan berhawa dingin, naik kereta besar, melihat pemimpin mereka main golf bersama sultan, melihat pemimpin mereka naik kereta bernombor angka dua atau satu, melihat pemimpin mereka berlagak sana dan sini dengan gelaran dato’, tan sri dan sebagainya, tetapi perjuangan mereka adalah melihat Islam memerintah Malaysia.
Tentera merah terus berjuang demi Islam, waima mereka dilupakan oleh ‘ibu dan bapa’ mereka sendiri.
Sekian
baca sama:
keluhan Aktivis Amal (Pak Bakaq)
Wallahu ‘Alam
Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com
- Sri Indah (B), Sg Buloh
31 mei 2010 * 2:13 Pagi

19 ulasan:
Salam ustaz..Mmg amat2 myedihkan..Bila dh menang ckit,jasa2 mereka ni smua seolah2 dilupakn.Mcm ni cara pmimpin sbuah parti yg bteraskn islam?Amat la memalukn ngn yb2 DAP yg hadir tsbut..Aduhh..Nape la teruk cm ni skali pimpinan2 PAS.Sedih dn mmg amat2 sedih.
unit amal...satu kumpulan yang baik keseluruhannya..tetapi soalperlantikkan ketua samada di pusat ,negeri dan juga dikawasan kenalebih titikbertkan siapa siketua yang paling layak..ini tidak perlantikkan ketua diperingkat tertinggi pun jenis yang haprak..kena adakan temuduga,kena soal selidik background bagi mantap sikit..bukan jenis sambar sebab nampak hebat luaran saja..dalamnya kosong..dari segi perangai dll.ini mungkin jadi salah satu sebab mengapa unit amal tidak dihormati.
Aku x tau la camna organisasi Amal ni. Cuma..
Takkan xleh bagi projek kecik2 cam potong rumput, bersih longkang pd persatuan depa. Kalu xde persatuan lg tumpang la mana2 yg ada link dengan Pas. Payah sgt ka
Cam Adil kat Selangor. Bagi la projek2 kecik kat ahli sama. Ni bagi kat amanau. Kalu jadik apa2 ada depa nak tolong?
Dulu masa x menang rasa azab serba kekurangan. Bila menang rasa tersisih kerana langsung x dihargai...
Salam Ust Wan ji
"Jika ini keadaan pimpinan PAS yang bergelar YB atau tidak, tidak hairanlah PAS tidak diberi peluang oleh Allah untuk memerintah Malaysia sehingga kini"
Allah s.w.t suruh PAS muhasabah diri dulu .. terlalu salahkan orang lain kita lupa kelemahan diri sendiri ... sedangkan kita membawa Jenama Allah s.w.t ..perbaikilah cara berdakwah ..
Assalamualaikum sheih.....
Pertamanya ana ingin tanya....sohihkah cerita tersebut?
Berat tanggungjawab pemimpin ni sheih.....Nak memuaskan hati semua ahli bukanlah semudah apa yang diucapkan.....apapun ana ucapkan tahniah kerana menjadi penegur kpd pimpinan. Cuma apa yang penting....tegurlah dengan ikhlas bukan kerana kebencian.....
Mungkin suatu hari nanti anta juga akan diangkat sebagai pimpinan lebih tinggi dalam PAS atau mungkin juga sebagai seorang YB....maka buktikan apa yang anta katakan.......
Pengerang, JOHOR
"Paling memalukan, apabila dipohon derma secara peribadi, ada seorang YB yang merupakan Ahli parlimen PAS di Negeri Kedah [ada jawatan dalam Pemuda PAS pusat] telah menderma sebanyak RM 30, walhal Ronnie Liu [seorang pimpian DAP] memberi derma dari duit poketnya sendiri sebanyak RM 2 ribu, dan Madelin, juga pimpinan DAP memberi derma sebanyak RM 1 ribu dari duit poketnya sendiri"
Cuba siasat latarBElakang Ronnie Liu tu sikit ...
"Walau bagaimanapun, ‘tentera merah’ ini tetap berkhidmat. Ini kerana, perjuangan mereka bukan melihat para YB ini memakai tali leher...
...tetapi perjuangan mereka adalah melihat Islam memerintah Malaysia"
komen aku..
Kalau dah "jihad", mana ada yg suka2 dan mudah2 pula .... mana lebih besar ... pahala ke ganjaran dunia ... kalau tak tahan ... keluar aje ..
kpd brother joe penang ...
"Aku x tau la camna organisasi Amal ni. Cuma..
Takkan xleh bagi projek kecik2 cam potong rumput, bersih longkang pd persatuan depa"
Nama pun Unit Amal .... jadi sapa masuk kenalah beramal .... bukan ingat nak masuk pasal projek ...
penulis ni pun sama jugak,baru kenal sorang dua YB atau jemput ceramah sana sini,rasa hebat,lalu kutuk orang lain,maka jgn harap jugak Allah bagi kemenangan..kalau gini caranya
Komen-komen tanpa nama kat atas tu, kalau rasa dah tak betul tu janganlah tegakkan benang basah. Terima jelah hakikat dan perbaiki apa yang pincang. Jangan pulak cari salah orang lain. Betullah ustaz yang tulis ni pun banyak kelemahannya. Tapi fokus pada isu yang diutarakan. Jangan belit sana belit sini. Dah selesai satu isu baru kita beralih kepada isu yang lain. Nak hentam ustaz ni dengan isu kelemahan dia pun tak apa kalau ia melibatkan kepentingan ummah. Tapi kalau isu remeh temeh yang melibatkan peribadi contohnya melibatkan masalah keluarga dia tanpa merosakkan ummah, maka lantak ke dia le. Kita bincang isu nasional bukan isu bodoh-bodoh.
Nama je Islam tapi perangai melayu tak boleh nak buang. Sama je macam umno bangsat tu.
"Paling memalukan, apabila dipohon derma secara peribadi, ada seorang YB yang merupakan Ahli parlimen PAS di Negeri Kedah [ada jawatan dalam Pemuda PAS pusat] telah menderma sebanyak RM 30, walhal Ronnie Liu [seorang pimpian DAP] memberi derma dari duit poketnya sendiri sebanyak RM 2 ribu, dan Madelin, juga pimpinan DAP memberi derma sebanyak RM 1 ribu dari duit poketnya sendiri."
1.Aiiii!!duit haram dah jadi halal ka!!
2.Pasai apa tak keluarkan hadiska!ayat Al-quran ka!boleh makan duit tak tau mana punca tu!!duit Ronnie Liew hang nak makan!!
3.Pak kaduk!pak kaduk!!dapat sekupang!!tergadai tanah!!tergadai agama!!dah kata dulu!puak pas ni!!lapaqqqq duitttt!!!
4.Dahtu sanggup hina puak pas islam!!angkat puak kapiaq harbi!!kerana duit sekupang!!
Ramai yang menghafal Hadith tetapi tidak mengamalkan pengajarannya. Rakyat sedang melihat.
Ko ingat ko Pendekar Tanpa Nama dlm komik tu ke. Malas aku nak jawab kalu sekadar buh tanpa nama. Boh la nama pro UG,dll. Kalu komen kat blog aku pun aku x jawab kalu sekadar id tanpa nama. Ceh!
Salam,
Para pembela kumpulan UG sudah menyerang Ust Wan Ji tahap yang tertinggi dan kemuncak nya hingga dapat kita lihat perkataan perkataan mereka tidak lagi menggunakan akal sebalik nya nafsu yang menggila. Memang begitulah kalangan pengampu dan pembodek yang tidak ada pegangan pada apa apa sumber melainkan untuk wang dan sedikit kedudukan di dunia.
Mereka telah memperlihatkan indikasi indikasi kehilangan inisiatif yang memberikan petunjuk kehancuran atau kegagalan segala usaha mereka. Insyallah kerja kerja tanpa barakah itu tidak lama bertahan nya. Akhirnya pasti akur kepada kehendak azali. Berjuang dalam pas mestilah jujur dan ikhlas dan bukan ada agenda sendiri. Ustaz Wan Ji teruskan perjuangan Ustaz kerana kami sedar siapa yang benar atau siapa yang tersasar.
joe "labu" penang
kalau engko nak projek kecik2, cuci longkang banyak kat tempat aku ... ceh ....
cuba2 la projek kat sini ..
http://ulamak.pas.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=154:markas-pas-taman-melewar-jadi-kolej-universiti-&catid=30&Itemid=19
harap ust wan ji menegeur dngn penuh ikhlas, bkn dngn pnuh kebencian.jngn cpt berburuk sangka.
Dan harap pimpinan yg membaca artikel ini tdk melenting dan trima tguranini dngn Ikhlas.
Dan, pedulikan geng2 "tanpa Nama" yg msih kolot ini. yg masih nk melagakan PAS-DAP, dan melagakan2kan ahli PAS dngn idu proUG-antiUG ini.
Salam "Joe Penang" ...
Gambar ini satu lagi pengorbanan tentera merah yg tak dihargai .... mana ada orang PAS yg berani buat cam ni ...
http://4.bp.blogspot.com/_XtEymjGQYts/SsRzNGtFGlI/AAAAAAAAC8Q/o130YnMwCxc/s400/pr37-demo+kuala+kangsar.jpg
Salam Semua,
Jika tidak boleh bersatu atas perbezaan, carilah satu titik persamaan ... Semoga kita semua mendapat rahmat dari Allah s.w.t...
Amin
Assalamua'laikum WBT
Ust, ana tinggal di Perak tapi asal Kelantan. Kat tempat ana pun jadi gitu jugak. Walau ana tak terlibat dgn politik parti, tapi ana agak baik dgn pimpinan PAS espacially unit amal. Dalam kes unit amal yang ditahan di lokap hari tu pun, Adun DAP yang tolong bayarkan jaminan untuk beberapa orang anggota unit amal. Ana yg dengar pun terkejut, yg lebih ana rasakan adalah simpati dgn nasib unit amal yg dipergunakan oleh Pimpinan untuk masa2 perlu sahaja. Kalau tak perlu diorang dilupakan dan tak dipedulikan kebajikan diorang.
Catat Ulasan