[1]
Malaysia mengamalkan demokrasi berpilihanraya. Apabila terlibat dalam pilihanraya, sudah pasti suara majority merupakan asas kemenangan. Untuk terlibat dalam pilihanraya, perlu kepada penubuhan parti. Justeru, penubuhan parti adalah satu keperluan.
Dalam budaya politik kepartian, perkara yang paling penting difikirkan adalah dua, [1] peluang, dan [2] persepsi. Kedua-dua ini merupakan senjata utama dalam memastikan kemenangan terhadap sesuatu parti.
[2]
Parti islam perlu memikirkan kedua-dua perkara ini, agar mereka diterima oleh rakyat. Juga perlu menjadi ingatan, bahawa pihak musuh juga memikirkan perkara yang sama.
Justeru, dalam apa-apa isu pun, pasti unsur peluang ini akan diguna-pakai oleh setiap parti politik. Peluang itu dalam dua keadaan, [1] peluang dalam memperkuatkan pengaruh sesuatu parti, ataupun [2] peluang untuk melemahkan musuh sesuatu parti.
Justeru, dalam isu ghaza sebagai contoh, sudah pasti semua parti-parti berusaha untuk mencapai peluang ini. Sama ada mereka berjaya mencipta kekuatan parti mereka, ataupun sekurang-kurangnya mereka berjaya melemahkan kekuatan musuh.
[3]
Senjata yang paling ampuh dalam mencapai peluang ini [sama ada mengkuatkan parti sendiri, ataupun melemahkan parti musuh] adalah persepsi. Apabila sesuatu parti berjaya menampalkan persepsi buruk kepada parti musuh, pasti parti musuh itu berjaya dilemahkan, disamping parti itu dapat berusaha hendak membaiki imej sehingga parti mereka menjadi kuat.
Persepsi yang dilakukan untuk menjadi tatapan rakyat, bukan terhadap ahli-ahli parti yang sememangnya ’karat’. Ini kerana, rakyat adalah penentu kepada kemenangan sesuatu parti, bukan bilangan ahli yang ’karat’.
Persepsi digunakan dalam mencapai peluang ini tidak dapat tercapai, tanpa kebijaksanaan dalam berpolitik. Disamping itu, ’cepat bertindak’ juga adalah tersangat perlu.
Ekoran itu, dalam politik kepartian kita akan dapat melihat bahawa parti yang diketuakan oleh pemimpin yang tidak bijak politik, dan lambat bertindak adalah parti yang terkebelakang.
Itulah hakikat politik kepartian. Jika kita tidak bersetuju, lebih baik kita masuk jemaah tabligh sahaja.
[4]
Dikhabarkan [dari sumber yang sahih sanad pertama] bahawa demonstrasi bantah rejim israel pada 4 Jun ini, ramai yang berebut nak jadi ketua. Al-maklumlah, demonstrasi ini tidak dilarang oleh kerajaan [mesti tidak ada yang kena tangkap], disamping mendapat perhatian antarabangsa.
Persoalannya, kenapa berebut? Jawabnya adalah untuk mendapatkan persepsi rakyat Malaysia dan rakyat luar Malaysia.
Persoalan kedua pula adalah, Persepsi yang hendak dicipta itu untuk parti atau diri sendiri? Kalau ikhlas kerana Islam, tidak perlu berebut untuk nak mengetuai demonstrasi, bahkan serahkan kepada mereka yang layak dan sememangnya istiqamah dalam demonstrasi untuk mengepalai demonstrasi.
Peliknya, demonstrasi yang tidak mendapat perhatian akhbar dalam dan luar negara, tidak pernah berlaku perebutan untuk menjadi ketua. Tetapi, sebaliknya berlaku, apabila demonstrasi ini melibatkan perhatian akhbar dalam dan luar negara.
Sebab itu, kadangkala terfikir, apakah mahu mengepalai demonstrasi ini demi Islam, atau kerana diri sendiri? Apabila diberitahu perkara ini, hati merasa sedih. Sebab, Kalau macam ni berlaku, susahlah untuk melihat islam itu menang dan memerintah di Malaysia dalam jangka ini?
Sekian
Wallahu ’Alam
Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com

- Sri Indah (B), Sg Buloh
3 Jun 2010 * 1:50 petang.
7 ulasan:
Salam Semua ...
Aku rasa artikel di blog Penarik Beca releven dengan artikel ini:
Kita tak terlibat, kenapa nak bersubahat!!
http://penarikbeca.blogspot.com/2010/06/kita-tak-terlibat-kenapa-nak-bersubahat.html
Pemimpin jgn mengambil kesempatan di atas keikhlasan pengikut
Fitnah lg ke? Apa la saudara ni. Benda2 yg khabar angin sangat disukai oleh Wan Ji.
Wan Ji jadi ketua la. Baru ngam.
Anda dah banyak memfitnah org. Sorry., kata2 anda x dipercayai. Jadi batu api boleh la. Jgn jadi kepala lutut.
Dah minta maaf ke dgn Dr. Haron Din??
Wallahu'alam.
Dimaklumkan bahawa Demontrasi Anti Israel anjuran Pakatan Rakyat dan NGO yang akan diadakan pada 4 Jun 2010 akan bermula selepas Solat Jumaat di Masjid Jamek Kg. Baru dan berarak ke Kedutaan Amerika. Pihak penganjur tidak mengadakan apa-apa himpunan di Masjid KLCC atau Tabung Haji.
Perarakan ini akan dipimpin oleh Presiden PAS, YB. Dato’ Seri Hj. Abdul Hadi Awang bersama YB. Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR) dan YB Lim Kit Siang (DAP) serta pimpinan-pimpinan NGO. Wakil Konvoi Freedom Flotilla juga akan turut hadir bersama.
Para peserta yang menyertai Demontrasi ini digalakan membawa bendera Palestin, Placard dan Banner yang menunjukan bantahan rakyat Malaysia secara aman.
Sebarang keterangan lanjut bolehlah berhubung dengan Setiausaha Pemuda PAS Pusat, Sdr. Kamaruzaman Mohamad-0192828536.
Sekian. Terima Kasih
Herman Samsudeen
Sekretariat Mobilisasi
Demontrasi Anti Israel 2010
Sumber:
http://syukran.wordpress.com/2010/06/03/maklumat-terkini-demontrasi-anti-israel-4-jun-2010/#comment-5463
muka FZY tak ada cahyee.. macam muka UMNO...
Tanpa Nama berkata...
muka FZY tak ada cahyee.. macam muka UMNO...
2010 Jun 3 04:21
* * *
cahaya apa? Camera x ada flash memang la x bercahaya.
saudara pula x ada ibu bapa.., kesian. x smpt ibu bapa anda nk beri nama agaknya.
atau anda anak yg dibuang (sebab anda x ada nama).
wallahu'alam.
Salam.., Berita baik utk dikongsi bersama2:-
http://www.youtube.com/watch?v=OAOICs_FUQQ&feature=player_embedded#!
wallahu'alam.
Inilah orang kita sekarang!
Wahai pakcik-pakcik,
macam mana islam nak tegak kalau bergaduh..Ayat pakcik berdua bukan nak mempertahankan islam tapi nak mempertahankan parti masing2!Ni da dikira masuk politik!Perkara macam ni pon nak pikir pasal tu..Ingat Allah maha mengetahui hati-hati kita..mana yang hak,mana yang batil..renungkan lah..kita cakap pasal islam,jangan masuk politik..Boleh dikira fitnah..macam memfitnah agama.renungkanlah wahai pakcik FYZ & Pakcik Penulis...Dua-dua parti ada yang baik & bagusnya tapi ada yang buruknya juga..Wallahu'alam..
Catat Ulasan