[1]
Dalam entry lepas, aku ada mendedahkan satu maklumat yang didapati dari teman-teman yang bekerja di JAKIM. Mereka memaklumlan bahawa target PM yang telah di’balaci’kan kepada Jamil Khair agar mencipta satu ’propaganda agama’ bagi menarik undi Melayu [khususnya melayu bandar, kerana majoriti melayu bandar tidak mengundi BN. Ia berbeda dengan melayu kampung yang tidak pandai baca internet dan blog, kecuali sedikit sahaja] dalam PRU akan datang.
Hasil dari kajian dan selidikan yang dilakukan oleh pihak Jamil Khair, mereka memaklumkan bahawa hampir dengan PRU akan datang, akan datang satu Islam dalam versi baru yang seakan-akan Islam Hadhari, iaitu Islam Wasati, atau disebut dalam bahasa melayu sebagai ”islam pertengahan”. [sila klik]
Berita itu, dimaklumkan sebegitu sahaja. Adapun strategi dan target mereka, tidak diketahui bagaimana mereka akan lakukan.
[2]
Sebelum ini, antara perbincangan yang kedengaran adalah isu Wahabi dan sebagainya. tidak dinafikan, wujud juga isu Ahbash, tetapi dilihat golongan ini tidak begitu dilayan sangat. Mungkin faktor ’syadid’ dalam fatwa sehingga mengkafirkan orang, menyebabkan jemaah mereka tidak begitu dilihat.
Adapun dari satu golongan yang dilebel wahabi, didapati agak mendapat sambutan. Antara isu yang sering dibangkitkan adalah, menegur pemimpin yang beragama Islam [mereka maksudkan adalah pemimpin BN]. Mungkin mereka agak kurang didedahkan dengan istilah wala’ dan siqah, menyebabkan istilah itu kurang kedengaran ketika itu.
Ramai dari pihak pembangkang, terutama PAS, tidak sealiran dengan isu yang dibangkitkan oleh mereka. Jadi, berbagai-bagai serangan maya yang ditujukan kepada pihak yang digelar sebaga wahabi ini. Dr Asri adalah antara tokoh yang menjadi sasaran.
[3]
Pastinya, golongan yang dilebel wahabi ini sering membangkitkan beberapa laungan ’keramat’. Antaranya adalah, ”golongan pertengahan” dan ”geng tajdid”. Menarik apabila mendengar laungan keramat itu, bahkan logo yang direka-cipta mereka juga wujud dibeberapa blog sebagai tanda sokongan.
Didapati, pergerakan mereka amat aktif di alam maya, malahan semakin berkembang pesat di luar dari dunia maya. Juga didapati, ada beberapa tokoh dari kalangan mereka yang dilihat agak kedepan. Antaranya adalah, Ustaz Fath Al-Bari, anak bekas mufti perlis yang dulu.
[4]
Sehari dua ini, kedengaran bising di ruangan maya dan di luar ruangan maya, bahawa ada sebilangan golongan yang digelar sebagai ulama – pewaris Nabi akan masuk UMNO. Antara nama yang dibangkitkan adalah, Dr Asri.
Dr Asri dilihat menafikan dakwaan tersebut. Terutama, apabila dr Asri dilibatkan sebagai orang yang ada kaitan dengan JI [Jemaah Islamiyyah] yang entah wujud atau tidak itu.
Walaubagaimana pun, pada hari ini [jumaat] keluar satu berita tentang kemasukan beberapa ’ulama-ulama’ kepada satu fahaman baru, iaitu UMNO. lebih mengejutkan, golongan itu adalah golongan yang dilebelkan sebagai wahabi, atau dalam lebel lunaknya sebagai salafi.
[5]
Mengetahui berita ini, aku mula terfikir balik dengan maklumat dari teman-teman yang bekerja dalam JAKIM; iaitu dakwaan bahawa dalam PRU akan datang bahawa akan ada satu gagasan Islam yang bakal timbul, iaitu ’islam Wasati’.
Apabila dilihat kepada ’ulama-ulama pewaris Nabi’ ini memeluk ajaran UMNO, maka aku mula teringat konsep ’pertengahan’ [dalam bahasa arab, kalimah pertengahan disebut sebagai wasati] dan ’tajdid’ yang sering kedengaran sebelum ini.
[6]
Pada penilaian dan sekenalku dengan beberapa orang ’ulama-ulama’ yang pernah aku kenal; yang masuk UMNO itu. Aku merasakan, mereka berbuat demikian bukan kerana habuan wang ringgit, tetapi mungkin ada sesuatu yang ditawarkan kepada mereka yang menyebabkan mereka menganut ajaran UMNO itu.
Aku mula teringat dengan perjuangan Muhammad bin Abdul Wahab yang didakwa sebagai pengasas gerakan Wahabi [padaku, wahabi bukan fahaman atau mazhab, tetapi ia satu gerakan dakwah beraliran Hanbali]. Ini kerana, cara dan kaedahnya hampir ada kesamaan.
Perlu dinyatakan, Muhammad bin Abdul Wahab memulakan pergerakan dakwahnya di kampungnya sendiri iaitu Uyainah.
Pada waktu itu Uyainah diperintah oleh seorang amir (penguasa) bernama Amir Uthman bin Mu’ammar. Pergerakan Muhammad bin Abdul Wahab bergema di Bandar Uyainah. Penerimaan terhadap pegangan Muhammad bin Abdul Wahab ini, bukan sekadar diterima oleh rakyat bawahan, malahan mendapat pandangan positif dari pihak pemerintah.
Penguasa Uyainah, Amir Uthman bin Mu’ammar menyambut baik idea dan gagasan Muhammad bin Abdul Wahab itu dengan sangat gembira, dan beliau berjanji akan menolong perjuangan tersebut sehingga mencapai kejayaan.
[7]
Jika kita lihat pada gerakan Muhammad Bin Abdul Wahab, beliau menggunakan ‘line’ pihak berkuasa untuk mengembangkan gerakan dakwahnya. Justeru, tidak mustahil ulama-ulama muda yang menceburkan diri dengan UMNO ini menggunakan kaedah yang sama.
Mungkin mereka tidak diberikan wang ringgit, waima andaian itu tidak wajar ditolak mentah-mentah. Tetapi, kemungkinan mereka ini ditawar untuk diberi ruang yang cukup luas dalam mengembangkan fikrah “wasati” atau “pertengahan” yang mereka perjuangkan sejak sekian lama.
Dengan maksud, mereka mempunyai agenda yang ingin dilakukan, tetapi mereka lupa agenda BN yang mempergula-gulakan mereka demi undi melayu dalam PRU akan datang.
Mungkin mereka sedar agenda BN, tetapi mungkin kerana faktor ruang yang mereka harapkan, maka mereka tidak kisah diagendakan. Ini semua kemungkinan-kemungkinan. Tetapi, padaku tindakan mereka ini tidak akan dapat memberi keuntungan kepada Islam, sebaliknya ia lebih kepada keuntungan kepada BN sahaja.
Walaubagaimana pun, sejak 8 Mac 2008 ini, banyak masalah yang timbul dalam usaha menjadikan “Islam for All” ini tertangguh dan terbantut. Antara asbab-asbab yang agak besar, berpunca dari mereka yang mendapat gelaran ‘pewaris nabi’.
Persoalannya, benarkan ‘pewaris nabi’ adalah orang yang membantutkan pandangan Islam sebagai agama rahmat sekelian alam?
sekian
P/s : Kepimpinan ulama adalah gabungan ulama yang berjaya membuktikan bahawa "islam For All". Adapun kepimpinan ulama yang wujud, jika sekadar mempamerkan "islam for melayu", maka tidak ada faedah kepimpinan ulama itu dibentuk. ini kerana, ia hanya berjaya mempamerkan satu persepsi bahawa kalimah "ulama" hanya sekadar dicandukan demi golongan yang gila kuasa sahaja. [agama tidak candu, tetapi berjaya dicandukan oleh gereja. Maka begitujuga, kalimah 'ulama']
Wallahu ‘Alam
Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com

- Sri Indah [b] Sg Buloh
26 Jun 2010 * 4:09 pagi
10 ulasan:
1.Siapa ulama!!siapa yang boleh diterima sebagai ulama!apa ciri-ciri pada umat islam yang boleh diterima bahawa dia seorang ulama!!
2.Adakah taraf ulama bersandarkan kepada sijil!ijazah!master!atau Phd!
3.Seorang pelajar!mengaji bidang agama!dapat ijazah!boleh digelar sebagai ulama!!!!
3.Seorang pensyarah bahasa arab!hanya pandai cakap!penyegan!!tinggalakan tugas hakiki sebagai pensyarah!!malas masuk kelas!LAYAKKAH DIA DIGELAR SEBAGAI ULAMA!!
4.sEORANG LULUSAN AGAMA!YANG SELALU BIDAAHKAN SESAMA ISLAM!LAYAKKAH DIA DIGELAR ULAMA!!!
5.ULAMA ZAMAN DULU!BERJAYA ISLAMKAN BERIBU UMAT ISLAM!LAYAK DIPANGGIL ULAMA!!
6.LULUSAN AGAMA SEKARANG!GELAR DIRI SEBAGAI ULAMA!!!ANAK MUDA BERGELUMANG DENGAN MAKSIAT!REMPIT!BUANG BAYI!MINUM ARAK!PATUTKAN MEREKA DIGELAR ULAMA!!!!!!!!!!!
7.ULAMA TEORI JEEEE!!!!!MACAM BURUNG TIONG!!!!!!
bila ulamak x reti politik , mrk akan dipolitikkan..bila hasut pemerintah utk menekan mazhab lain yg x sehaluan, tunggulah kehancuran umat krn ketaksuban itu, baik puak yg mendakwa tajid@salafi atau puak yg mendakwa aliran tradisional, btul tak ustad?
assalamualaikum,
kalau mereka ingin berdakwah dari dalam, itu kaedah yg mereka pilih, apapun saya doakan kejayaan mereka.
ramai org umno tolak dengar ceramah oleh ustaz org2 pas, dan ini adalah satu kaedah yg perlu dicuba utk mendekati mereka. berjaya atau tidak, ALLAH yg tentukan.
kalau anda tak mampu atau tak nak buat, diamkan ajelah atau bagilah semangat, nasihat dan idea kat diorg supaya tidak tergoda dgn perkara munkar yg sinonim dlm umno. ini tidak. belum apa2, dah label ulama fahaman baru la, itu lah, ini lah. awak ni befikiran sempit. cubalah berfikir macam nabi muhammad berfikir.
saidina umar al-khatab pernah kata, supaya kita mencukupkan ilmu dulu barulah boleh jadi pemimpin, kerana bila kita dah jadi pemimpin, kita kekurangan masa utk belajar.
kenapa awak percaya bulat2 perkhabaran org? dah tu suka membuat spekulasi atas niat dan perbuatan seseorang itu dan menyebarkannya.
ingatlah fitnah zina thdp saidatina aishah dulu bermula dgn spekulasi yg dimulakan oleh golongan2 munafik yg nampak saidatina aishah tertinggal di belakang rombongan dgn seorg lelaki. dah tu sesetengah org beriman pulak percaya bulat2 spekulasi yg dibuat oleh munafik2 itu dan sesetengahnya turut menyebarkannya.
org kata nak taubat, kenapa kita persoalkan niatnya nak taubat? lebih baik kita tolong mereka, kita juga yg untung.
politik adalah seperti muzik. berlebih2an boleh jadi haram. jadi kenapa awak ckp pasal politik lebih banyak daripada hal2 akidah, ilmu alam, fizik, jaga kesihatan dll.
Like this~ Mabruk ustaz!! mampu mengolah perkembangan semasa dengan sejarah dan fakta. Teruskan berhujah dengan fakta2. Alhamdulillah~
najib mmg terdesk nk dpt undi umat islam..jd x hairnlh dgn pndedhn akhi ttg perncgn islam wasati ini..apapun, insyaAllah kemenangan akn berpihk pd PAS..cm lmbt atau cept..itu dlm pengetahuanNya..(mhn link, sahabat)
Aku memang setuju pendapat penulis ni...
Memang....aku pun ada dengar cerita ni
Memang puak2 ini akan di peralatkan......
Yang untungnya BN.....
Memang cilaka BN ni....memperkudakan ulamak utk kepentingan kedudukan mereka.
saya ade pandangan lain berkanaan merka2 ini-semua yg masuk adalah golongan muda yg dipanggil salaf dan Dicop wahabi oleh golongan ulama konservatif. mereka masuk umno sebab penarik dan penolak
faktor penarik- asal mereka adalah pendakwah bebas (dan aku pasti dlm pilihanraya mereka sokong pas).tp sebab dicop wahabi dan tak jadi ahli umno mereka dikenakan tindakan@tak bg tauliah oleh jabtan agama islam negeri selain perlis dan kelantan(sbb takyah tauliah).jadi utk teruskan dakwah dkt masjid direct kpd umum terpaksalah masuk umno. Tgk nanti jais mungkin akan bg tauliah.hehe
faktor Penolak- bukan shj di negeri bn selain perlis mereka dihalang , dinegeri PR juga dihalang.cth selangor-jais yg halang tp itu tak ada hal lagi.sebab sejarh masjid/surau dekat selangor ni walaupun jais halang tp kalau ajk masjid-atau surau masih panggil bg kuliah, masih lagi boleh jalan. Tp sejak akhir2 ini, ajk masjid sendiri enggan membenarkan mereka bg kuliah lagi. Cth dkt surau aku dkt shah alam-semua yg dicop wahabi tidak lagi dipanggil bg kuliah selepas ajk masjid bertukar tangan kepada golongan konservatif..
Kesimpulannya: tak masuk umno-mereka takleh bg kuliah. negeri pr atau ajk surau bawah pr pon tolak mereka-takde pilihan lain melainkan masuk umno-at least boleh bg kuliah kat surau lagi..kalau tak langsung tak boleh- sebab golongan konservatif dlm pas pon tolak mereka. dan yg rugi sebenarnya PAS dan PR juga..disebabkan sebilangan golongan konservatif pas tak boleh berbeza pandangan- bg aku memang ade golongan yg dicop wahabi yga agak eksterm-sama juga yg sunni ni-ada gak yg eksterm- tp ramai gak yg pemikiran sederhana.sepatutnya berlapang dada- sekrg org dah lari..sape yg rugi??dan mcm biasa golongan konservatif eksterm peduli ape pasal hal ni-sbb bg mereka, mereka saja yg betul.. aku open yg baik aku ambil semua..:)..diorg sbenarnya takder jalan lain selain masuk umno utk teruskan berkuliah selepas dua2 belah pihak halang... walaupun aku tak agreed mereka masuk umno-tp strategise wise mereka takde pilihan sbenarnya..
salam,
golongan 'pewaris' nie memang dah banyak pitih!
pitih bukan halangan...
demo tu nak akses ke radio JAKIM-IKIM FM
TV 1 -FORUM PERDANA
SURAT KHABAR...
MASJID MASJID SELURUH NEGARA!!!!
fahaman dan ajaran 'pewaris' memae lunak , amat sesuai utk golongan profesional, arketek,engineer,doktor...peguam...
pesan ambo...
berdoa pada Allah swt agar dikurniakan guru yg mursyid!!
g masjid pon ada ustaz mengajar ilmu 'wahabi'
sesungguhnya diakhir zaman umat akan berpecah kpd 73 golongan ..HANYA 1 DITERIMA
salam semua...
nak muda sekarang makin ramai yang mula mencari erti islam yg sebenar...salahkah golongan ulama ini yg ingin menyampaikan dakwah ..kenapa belum apa2 lagi terus di keji...aku dah jemu setiap kali pergi ceramah atau kuliah asyik2 bercakap bab ambil air sembahyang, bab puasa, bab jenis2 najis.. bila ulamak2 professional bercakap dia kaitkan al quran dengan sains..cthnya spt Dr Daniel..itu yg perlu tatkala dunia penuh dengan teknologi apakah salah sekiranya pengisian ini boleh di isi oleh ulama2 professional..berilah mereka2 ini peluang utk berdakwah kerana golongan muda lebih memahami jiwa orang muda..aku nak tahu bagaimana rasulullah dan para sahabat berdakwah tentang islam sehingga dapat melahirkan pencipta2 hebat,pemimpin2 hebat, ahli2 sains, matematik, tetapi dalam masa yg sama sentiasa merndah diri pada yg esa...bukan ceramah maki hamun seperti sekarang ini yg hanya akan membebalkan lagi umat islam....
KAJIAN SEMASA MENGENAI PERKEMBANGAN WAHABBI DI MALAYSIA, sila google tajuk-tajuk seperti di bawah ini:-
(a) http://www.mediafire.com/?ne2dmyeinzo
(b) Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
(c) Jom Kenali Dr Maza & Co
(d) Ahlul Bait Yang Dicerca
(e) Tok Ayah Zid Kedai Lalat
(f) Kuasa Tiang Kepada Cita-cita
(g) 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah
Fakeh Khalifah Saka
Catat Ulasan