Isnin, 12 Julai 2010

"KALAU TOLAK PERSEPSI, LEBIH BAIK JANGAN MASUK PILIHANRAYA"

[1]

Politik kepartian untuk menang Pilihanraya, bukan seperti perjuangan yang dilakukan oleh taliban di Afghanistan dan perjuangan revolusi di Iran. Membaca buku-buku politik kepartian, kita akan dapati segala keputusan yang dibuat tidak lebih sekadar persepsi.

persepsi boleh diurus. Bijak menyerang dan mengawal media, melambangkan kebijaksanaan dalam mengurus persepsi dalam dunia politik kepartian.

orang yang kalah, selalunya adalah orang yang tidak bijak bermain dengan persepsi. Orang yang menang pula adalah orang yang bijak bermain dengan persepsi.

[2]

nabi SAW akui persepsi. Jika tidak, masakan nabi SAW tidak mengizinkan Umar bin Al-Khattab membunuh Abdullah bin Ubai bin salul, bapa munafiq Madinah, setelah diminta sendiri oleh umar. Semuanya adalah kerana bimbang dikatakan bahawa nabi Muhammad SAW tidak melarang membunuh umatnya sendiri.

Ini menunjukkan, Nabi SAW amat memandang penting persepsi, waima terbukti kewujudan Abdullah bin Ubai bin Salul itu amat memberi banyak kerosakan kepada perjuangan islam yang didokong oleh Nabi SAW sendiri.

[3]

Memang gendang pilihanraya belum dipalu, tetapi gendang pilihanraya telah ditempatkan ditempatnya sudah kelihatan. Lihatlah serangan dari pihak BN terhadap Pakatan rakyat yang terpancul di kaca TV, juga di ruangan akhbar pro BN.

Ada mendakwa, yang paling hampir berlaku PRU ke 13 adalah bulan november ini. benar atau tidak, terserang kepada penilaian masing-masing. yang pastinya, penentuan tarikh PRU bukanlah satu sistem yang dipersetui bersama antara BN dan PR, tetapi ia hak mutlak PM Malaysia.

Kalau PM merasakan ia adalah tarikh selamat bagi BN, tidak mustahil ketika itulah dia akan mengisytihar pembubaran Parlimen. Jika ia tidak selamat, maka ditangguhkan sehingga sampai tarikh yang selamat bagi mereka.

[4]

Kelihatan dari media-media BN, usaha mencari tarikh yang benar-benar selamat bagi BN sedang dicari. makanya dibangkitkan banyak isu-isu yang boleh melahirkan persepsi buruk kepada Pakatan rakyat.

Tidak dinafikan, isu perpaduan PAS - UMNO [dalam wajah baru kini, digunakan kalimah kerjasama]dimainkan semula. Ia tidak ada tujuan lain, supaya melahirkan pertembungan antara PAS, PKR dan DAP, seterusnya melahirkan perpecahan.

perpecahan antara PAS, PKR dan DAP melambangkan kemenangan pertama bagi BN untuk merampas negeri-negeri yang mereka terlepas dari tangan Pakatan rakyat. Justeru, usaha ini dilakukan dengan begitu bersungguh sekali. Teori yang dilakukan oleh BN ini, sama seperti teori yahudi menggempur kerajaan Osmaniyyah turki, yang dikenali sebagia teori pecah perintah.

Serangan bagi menjayakan teori ini, ternyata dilakukan. Ia tidak lain dan tidak bukan, bagi melahirkan perpecahan. perpecahan ini boleh berlaku, cukup sekadar melahirkan persepsi dari sesuatu parti kepada satu parti yang lain.

Justeru, kebijaksanaan bermain dengan persepsi ini wajar diambil kira. terutama, bagi mereka yang datang dari parti PAS, kerana jika tidak bijak bertindak, ia mengundang parah.

sekian

Wallahu 'Alam

Al-bakistani


- Sri Indah [b] Sg buloh
13 Julai 2010 * 12:43 petang




1 ulasan:

Hipokraus berkata...

Salam Semua

Sewajarnya jangan disamakan PAS dan Islam, jangan disamakan menolak dasar dan polisi PAS
dengan menolak Islam. Memang kedua perkara ini tidak sama. Islam adalah agama, PAS adalah sebuah parti yang terlibat dalam proses demokrasi di Malaysia....

bacaan selanjutnya di

http://muqabalah2009.blogspot.com/2010/07/kenapa-sampai-ke-situ.html