Sabtu, 17 Julai 2010

Malaysia Bebas Cukai 5 Tahun Jika Pakatan Rakyat Mentadbir Malaysia Selepas PRU-13 : Husam


Kuala Krai, 16 Julai - AJK PAS Pusat yang juga EXCO Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan, Dato' Haji Husam Musa memberi jaminan jika Pakatan Rakyat diberi mandat oleh rakyat dalam PRU-13 untuk mentadbir Malaysia, Pakatan Rakyat akan mencari jalan terbaik untuk memansuhkan cukai selama 5 tahun. Idea ini ditawarkan oleh Dato' Haji Husam Musa dalam ceramah anjuran Urusetia Penerangan Pakatan Rakyat di Kuala Krai, Kelantan semalam.

Penceramah lain yang turut hadir ialah ADUN Mengkebang, YB Ustaz Latiff, Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr.Hatta Ramli dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara (DAP) YB Tony Phua.

Pakatan Rakyat memiliki formula istimewa untuk merealisasikan "Malaysia Yang Bebas Cukai Demi Kesejahteraan & Kemakmuran Rakyat" kata Dato' Haji Husam Musa.

Semua Ahli Parlimen dan ADUN Pakatan Rakyat membantah sekeras-kerasnya tindakan drastik Kerajaan UMNO/BN menaikkan harga barangan keperluan asas tanpa membentangkan terlebih dahulu untuk dibahaskan dalam sidang Parlimen. Jelas dan Nyata bahawa UMNO/BN bertindak sesuka hati seumpama Negara ini milik mutlak mereka dan bebas berbuat apa saja tanpa memikirkan kesan kepada rakyat yang rata-ratanya masih berpendapatan rendah dan miskin.

Dat' Haji Husam yang juga EXCO Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan menyelar etika kerja Kerajaan UMNO/BN yang zalim dan tidak bertanggungjawab apabila projek-projek mega yang memakan kos mencecah billion ringgit serta pembelian dengan kos yang melampau dan tidak masuk akal tetap diteruskan pada masa rakyat terus menerus dibebani dengan pelbagai kenaikan harga dan cukai contohnya yang terbaru kenaikan barangan keperluan asas yang diumumkan secara tergesa-gesa oleh Najib pada malam 15 Julai selepas sahaja Sidang dewan untuk penggal ini ditangguhkan..

Kenaikan harga barang tanpa kenaikan taraf ekonomi dan gaji rakyat Malaysia yang majoritinya terdiri dari petani,nelayan, buruh, peladang, bekerja sendiri dan bekerja di sektor swasta pastinya akan membebankan rakyat akibat malapetaka ekonomi dan inflasi yang teruk di Malaysia.

Dato' Haji Husam serta barisan penceramah dalam majlis penerangan isu semasa mengajak semua rakyat Malaysia dari semua kaum dan agama untuk menolak UMNO/BN dalam pilihanraya akan datang serta menyokong Pakatan Rakyat demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat dan Negara Malaysia.

sumber : perisik-rakyat

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

1.Ya kaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
2.janji pilihanraya dulu dah tunai kebelum!!!!!
3.Awattt tak janji bulan jatuh keriba!!
4.Ala!!bukan susah!!guna modai ayaq lioq jeee!!!!!!!!!!!!
5.Guna otak dikepala lutut jeee!!!

Tanpa Nama berkata...

1.Ya kaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
2.janji pilihanraya dulu dah tunai kebelum!!!!!
3.Awattt tak janji bulan jatuh keriba!!
4.Ala!!bukan susah!!guna modai ayaq lioq jeee!!!!!!!!!!!!
5.Guna otak dikepala lutut jeee!!!

pemudaumno berkata...

Kami tak nak cukai percuma musang hoi... cuba hang bagi parking percuma untuk satu tahun dah kira okey..Tak takut masuk neraka ke..? janji pru12 tak tertunai lagi macam mana hang nak jawab depan ALLAH besok... Ke hang dak boking syurga yang nick ajis janji tu..? kalau boleh aku pun nak boking untuk anak-anak aku juga...

pemudapenyokongPR berkata...

kelakar betul puak2 pencacai umno nih..janji2 kerajaan BN masa 12 pilihanraya yang lalu dah ditunaikan ke belum? rakyat didahulukan?? waka waka !!

Tanpa Nama berkata...

puak2 penyokong umno kalau kita bagi barang halal tentu depa tak terima punya,tapi kalau janji bagi barang haram depa suka misalnya kalaukita[PR] janji menang pilihan raya13 kilang arak akan dibuka tiap negeri permis judi akan diperbanyakan dan berbagai lagi tentu depa suka.satu lagi kalau oghang alim cakap depa takan percaya tapi kalau kaki kelentong cakap msti depa pecaya.

Tanpa Nama berkata...

UMNO ni mana ada yg haram. sume halal. bini org halal. arak halal. judi halal. semua halal. itu lah UMNO. dulu kini & selamanya halal.

Tanpa Nama berkata...

UMNO ni mana ada yg haram. sume halal. bini org halal. arak halal. judi halal. semua halal. itu lah UMNO. dulu kini & selamanya halal.

Tanpa Nama berkata...

eh...maju betul kelantan ditadbir Nik Aziz.sampaikan ada penduduk yang duduk kat reban ayam.yang dia plak seronok pi haji 65K.er...mahafiraun ke tu?

tetiba berangan lebih konon dapat mentadbir lebih baik.