Rabu, 14 Julai 2010

SIAPA YANG NAK JATUHKAN KERAJAAN PR SELANGOR?


[1]

Dalam Akhbar Sinar harian pada hari rabu bertarikh 14 Julai 2010, melaporkan satu berita yang bertajuk "siang Dun tegang" di muka surat depan sentral.

Dalam laporan tersebut, Azmin Ali yang merupakan ADUN bukit antarabangsa mempersoalkan kerajaan negeri yang masih mengekalkan khidmat syarikat alam flora, meskipun dikatakan tidak memberi perkhidmatan yang baik seperti di Ampang yang mana sampahnya tidak dikutip mengikut jadual.

Azmin Ali juga menyatakan, negeri lain, seperti di perak telah menswastakan perkhidmatan pengurusan sisa pepejalnya termasuk Sarawak yang tidak menggunakan Alam Flora.

Namun, tindakan Azmin Ali mempersoalkan tindakan kerajaan negeri terhadap Alam Flora ini dipertahankan oleh Exco infrastruktur.

[2]

Mungkin kita tidak perasan disebalik tindakan Azmin Ali yang mempersoalkan itu?

Sumber dalaman Alam Flora mendakwa, sebarang pembahagian projek yang diselenggarakan oleh Alam Flora, yang diberikan kepada kontraktor - kontraktor diputuskan dalam meeting exco.

Dikhabarkan, antara keputusan yang dibuat adalah, PAS mendapat kouta sebanyak 18%, PKR mendapat 21%, DAP mendapat 16% dan kontraktor lama [sudah pasti kontraktor-kontraktor UMNO] dikekalkan koata sebanyak 45%. Dan semua ini diserahkan kepada exco yang terbabit untuk menguruskannya.

Menurut dakwaan dalaman Alam Flora itu, berlaku beberapa perkara pelik dalam pembahagian projek dalam Alam Flora ini. Antaranya adalah, setiap kontraktor baru yang menghantar nama, perlu menghadapi ujian kelayakan. Namun, keputusan markah itu tidak dikeluarkan dengan sebab wujud campur tangan dari SUK [exco yang terbabit dengan Alam Flora].

"Peliknya, hanya seorang sahaja kontraktor PAS dapat dari koata PAS, dan yang lainnya, semua kontraktor-kontraktor UMNO yang dapat" dakwa dalaman Alam Flora tersebut, sambil memberikan kepada kami beberapa nama-nama kontraktor-kontraktor UMNO yang terbabit. Disertakan juga jawatan-jawatan mereka dalam UMNO.

Apabila ditanya, siapakah kontraktor PAS itu?

"Saya tidak ingat namanya, tetapi dia dari Kuala selangor" jawabnya.

[3]

Lebih mengejutkan lagi, dalaman Alam flora itu mendakwa bahawa antara yang dapat projek ini adalah seorang yang memberi funder yang agak besar dalam usaha untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat.

"dorang selalu buat meeting kat Indonesia.. dorang tidak buat di Malaysia" dakwa dalaman alam flora itu.

Dakwa dalaman alam flora itu lagi, "funder ini bersekongkol dengan beberapa orang tertentu dalam Alam Flora dan juga seorang dato' Bandar"

Apabila ditanya, apakah ia hanya melibatkan kepada UMNO sahaja?

"Ini bukan UMNO sahaja terlibat, tetapi ada juga orang-orang tertentu dalam pakatan rakyat terlibat dalam usaha ini" ujarnya yang boleh menimbulan persoalan.

Apabila ditanya, dia enggan menyebut siapakah orang-orang dari pakatan rakyat itu. Walau bagaimanapun, di akhir pertemuan kami, dalam loghat kelantan dia menyebut, "mungkin kito keno tanyo, Siapa orang yang bernama Zaini? Barangkali exco infrastruktur kenal, dan mungkin juga dia tidak kenal"

Sekian

P.s : segala ulasan ini, hasil dari pertemuan kami dengan seorang orang lama dalam Alam flora di ibu kota malam tadi. Diminta agar berita ini dikaji terlebih dahulu sebelum mempercayainya.

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com


- Sri Indah [b] sg buloh
15 Julai 2010 * 3:45 pagi

Tiada ulasan: