Isnin, 26 Julai 2010

ROSLAN SMS [HIDUP MELAYU..] SELAMATKAN MUFTI UMNO

Di peringkat awal, SB Harussani menyebut bahawa dia bersedia menjadi orang tengah bagi kerjasama PAS - UMNO. Di dakwa juga, bahawa ada pimpinan tertinggi PAS berjumpa dengan beliau.

Dakwaan itu 'geger' dalam media berlanjutan lebih seminggu. Setelah pulang dari luar negara, Hasan Ali [hidup melayu...] menyatakan bahawa beliaulah yang dimaksudkan oleh SB Harussani itu. Tetapi, dakwa Hasan Ali [hidup melayu....] pula, pertemuan itu tidak ada kaitan dengan perbincangan kerjasama PAS - UMNO dan perpaduan.

Keesokkannya pula, SB Harussani menjelaskan bahawa, pertemuan itu tidak ada kaitan kerjasama PAS - UMNO, tetapi sekadar perpaduan melayu. Berbelit dan berputar sikit kenyataan SB Harussani ini.

Dalam Munaqasyah PAS selangor yang disebut juga sebagai "Mono-gasak" itu, Hasan Ali [hidup melayu....] sekali lagi mempertahankan dakwaannya bahawa pertemuannya dengan SB Harussani itu tidak ada perbincangan PAS - UMNO. Ini menyebabkan, MP Kota Raja, Dr Mariah mahmood mendesak agar hasan Ali [hidup melayu....] lakukan saman terhadap SB Harussani, kerana tindakan yang mencemarkan imej PAS itu.

Namun, ketua Penerangan PAS Selangor, Roslan SMS [hidup melayu....] menyatakan bahawa tidak perlu saman terhadap SB Harussani.

Wah... Dahsyat juga usaha mempertahankan mantan SB yang kini jadi mufti itu, waima terbukti bahawa SB Harussani itu telah mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan Hasan Ali [hidup melayu....]. Pun begitu, kenyataan Roslan SMS [hidup melayu...] itu melahirkan persoalan. iaitu, Apakah sebab Roslan SMS [hidup melayu....] tidak bersungguh-sungguh untuk menyaman Mufti yang telah merosakan imej PAS yang difitnah oleh SB Harussani itu?

Jangan sampai Tulang besi dedahkan rakaman perbincangan itu, sudah lah...

sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani


- Sri Indah [b] Sg buloh
27 Julai 2010 * 5:12 Pagi

4 ulasan:

Tokpa berkata...

Salam

Sejak semenjak species ko rang ni wujud kat malaysia ni, tak perlu penat orang2 kafir kutuk dan memusuhi orang2 agama .... cukup dengan hang pa jadi balaci dan macai depa ....

Selenggara Terowong berkata...

Assalamualaikum..

Marah nampak..? aku pun tgh marah gak... tp sabar

Tanpa Nama berkata...

aik org tak nak saman pun salah? ustaz ni tak percaya hukum kat akhirat ke? semuanya perlu hukum di dunia?
siapa yang salah kena hukum di akhirat kelak. tak kiralah, yg menipu, yg memfitnah, yg percaya hearsay, yg menyebarkan hearsay, ustaz wan ji, saya dll.

pergh, tulang besi tu berkebolehan macam malaikat kan ustaz. dia boleh ada kat mana2 perbincangan orang2 yg dia kehendaki especially hassan ali, kan ustaz kan. 'tepat' 100 % pulak tu kan. agak2 hassan ali tengah ehem2 dgn bini dia pun, tulang besi ada kat sebelah. siluman terbaik. hebat hebat.

Tanpa Nama berkata...

buka asan ali tgh ehem2 ngn binik dia jer,ostat tgh ehem2 ngn binik ostat pon,Tb ada rakaman agaknyela...hehe jgn mare ostat...