Isnin, 19 Julai 2010

TABUNG IMPIAN RAKYAT MALAYSIA [TIRAM]

Impian yang lama. Tapi belum tercapai.

Akankah tercapai? Atau tinggal cuma impian di alam mimpi?

Impian untuk melihat Malaysia dipimpin pemimpin bersih, berjiwa rakyat, mendokong prinsip kedaulatan undang-undang tanpa mengira bulu dan warna kulit, menerusi tonggak keadilan dan kesaksamaan. Lalu membawa ruh persaudaraan, hormat menghormati dan hidup harmoni. Membawa bersama kemakmuran yang boleh dinikmati seluruh pelusuk rakyat. Dengan bimbingan petunjuk akhlak dan hidup beragama.

Ditengah-tengah politik adu domba, satu kumpulan kaum dianggap musuh kumpulan kaum yang lain, untuk mengekalkan kuasa bagi merompak kekayaan negara dan membiarkan rakyat semakin menderita.

Fitnah dan serangan peribadi membuta tuli bertalu-talu lalu menutup kebebasan media yang menjadi teras sebuah bangsa merdeka yang berdaulat di bumi sendiri.

Yang dekat dijarakkan, yang jernih menjadi keruh, yang benar diputarbelitkan, yang sesat dijunjung, yang keparat menjadi sanjungan.

Hidup sehari-hari terasa haru biru dari Perlis sampai ke Sabah. Pertentangan, pergisiran, jenayah, ancaman, ugutan, bebanan, pembohongan dan kepungan.

Sampai bila harus begini?

Dari hari ke hari terasa semakin sempit bagai ditolak menuju lubang kubur semata-mata untuk sebuah kuasa bernama BN terus bertakhta. Terakhir, kenaikan mendadak lima dalam satu untuk menyambung hayat kerajaan yang sedang retak menunggu rebah ini.

Adakah kita semua dilahirkan hamba? Terpenjara?

Segala impian murni melihat tertegaknya 'kerajaan kita' dari rakyat untuk rakyat tidak pernah ada ruang untuk bernafas dan mengambil tempat dalam alam nyata?

Di tengah kepungan media dan salah guna instrumen kuasa, wajib bagi kita semua yang masih bernyala dalam dada sebuah impian murni bangkit mengumpul kekuatan.

Sebuah dana untuk menambah kekuatan untuk mengorak sebuah perubahan akan dilancarkan dengan nama Tabung Impian Rakyat Malaysia (TIRAM) pada 7 Ogos 2010, beberapa hari sebelum Ramadhan.

Majlis Makan Malam Perdana sempenan pelancaran akan diadakan.

Saudara saudari boleh melayari laman web khusus kami dalam sehari dua lagi untuk mengambil bahagaian dalam apa jua cara . [Sudah siap - sila layari tiram-malaysia.blogspot.com]

Harapkan kerjasama anda semua.

sumber : cetusan-hati

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

1.Bela kambing!!rugi!!
2.Kohilal!rugi!!
3.TIRAM pulak!!dah tau!!rugilah jugak!!
4.Yang tak rugi!Yang kaya!yang kenyang!duit berjuta!!penganjurla!!tokey!!
5.Makan duit haram!!!!

veteran PAS berkata...

syabas

saya sebagai ahli PAS bangga dengan iniatitif ini,inshallah saya akan beli satu table.

Tanpa Nama berkata...

buat la dulu tabung impian rakyat kelantan.

maju betul sampaikan ada famili duduk dalam reban ayam.
yang MB dia sedap dapat tajaan haji 65K

dasar munafiq

matpokai berkata...

Tanpoa Nama 17.52,

TIRAM(Tabung Impian Rakyat Malaysia)merupakan tabung yang akan membawa Pakatan Rakyat kePutrajaya.Andainya "impian" rakyat ini jadi kenyataan(Insyaallah),pencacai-pencacai UMNO akan ramai yang hilang mata pencarian.

Selenggara Terowong Desa Bukit Indah berkata...

Assalamualaikum...

2010 Julai 20 01:14

Jenis hati apa ko ni...?

TekTekMood berkata...

Salam

"Impian untuk melihat Malaysia dipimpin pemimpin bersih, berjiwa rakyat, mendokong prinsip kedaulatan undang-undang tanpa mengira bulu dan warna kulit"

Tolong namakan pempimpin PR atau lebih khusus PAS yg "bersih"...

Tanpa Nama berkata...

tak payah la nak menipu dengan pakai istilah "rakyat Malaysia" dan pakatan "rakyat".

bila nak cari sokongan,pandai pula pakai istilah rakyat.time menang,segala janji untuk rakyat dilupakan.

kewangan "rakyat" yang rugi dalam kohilal tu macam mana?dah settle ke belum...?