Sabtu, 24 Julai 2010

TAKKAN "ULAMA" MENIPU KOT? :D

Zamry sempat jadi MB Perak. Mungkin kerana berjumpa dengan SB Harussani

Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali hari ini mengakui bertemu dengan Mufti Perak,Tan Sri Harussani Zakaria pada kira-kira dua bulan yang lalu tetapi tanpa agenda sulit. (sila Klik)

Walhal, Sebelum ini SB harussani mendakwa bahawa pertemuan itu ada kaitan dengan usaha kerjasama antara PAS dan UMNO.

Ekoran itu, harakahdaily melaporkan;

"Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menuntut Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria memohon maaf secara terbuka kepada PAS dan seluruh orang Melayu Islam berikutan penjelasan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali yang menunjukkan mufti itu berbohong" (sila Klik)

Cuma, setelah hasan ali mengakui bertemu dengan SB Harussani itu, timbul banyak soalan dan persoalan. Antaranya adalah, hasan Ali mendakwa bahawa pertemuan itu tidak sulit, walhal sebelum ini, SB Harussani berkeras tidak mahu mendedahkan nama pimpinan PAS yang berjumpa dengannya itu. Kalau ia tidak sulit, mengapa SB Harussani berkeras tidak mahu dedahkan nama pimpinan PAS itu [hasan ali]?

dan jika ia tidak sulit, mengapa di zaman IT dan kecepatan maklumat, agak lambat Hasan Ali mengeluarkan kenyataan?

"takkan tak leh berjumpa dengan mufti Harussani kot?" soal seorang kawan.

Tidak mengapa kalau berjumpa dengan Mufti Tamyiz, mufti Selangor. yang peliknya, berjumpa dengan mufti UMNO, yang mempunyai 'saham' dalam menjatuhkan kerajaan pakatan Rakyat di Perak, iaitu SB Harussani. bertemu dengan mufti yang sering mempromosi idea gabung PAS-UMNO. Masakan Mufti UMNO, kalau jumpa paderi UMNO atau sami UMNO pun orang akan persoalkan.

Dan lagi, Kalau yang jumpa itu adalah pimpinan PAS yang tidak ada skandal pertemuan sulit, ia tidak menjadi satu yang besar. Tetapi, jika yang bertemu itu orang yang sudah diketahui umum mempunyai skandal, seperti usaha menjatuhkan Tan Sri Khalid, orang yang ada pertemuan sulit dengan Khir Toyo di awal 8 mac 2008 lalu, sudah pasti ia melahirkan perbincangan di kalangan rakyat.

Opss... jangan soal dan persoalkan. nanti jadi fasiq, munafiq atau kafir....


Hasan Ali dakwa, "tidak ada perbincangan kerjasama UMNO - PAS". SB Harussani dakwa, "ada perbincangan kerjasama UMNO - PAS".

Siapa pula orang dalam bulatan merah ini? Dikhabarkan, orang yang berada dalam bulatan merah ini tahu isi perbincangan antara Hasan Ali dan SB Harussani di PNB Park pada akhir bulan Mei yang lalu. Betul ke?

10 ulasan:

Camar Putih.. berkata...

salam..sy faham perasaan ustaz..skli xpercy kat sorang pimpinan tu,selamanya xkan percy..org tu dah buat pengakuan,pandang negatif plk..persoal plk seolah2 si mufti tu yg btul..hassan ali salah..adoii laa..sy pon xtahu la jnis pe ust ni..

Zolkharnain Abidin berkata...

Wala' syeikh... Kita perlu menghormati plan damai...

Tanpa Nama berkata...

itulah yg peliknya. sekejap one-g kata si harussani tu ulama penipu, alih2 one-g percaya pulak kenyataan harussani ni..hmmmmm

"Opss... jangan soal dan persoalkan. nanti jadi fasiq, munafiq atau kafir...."

hehehe...
kalau aku tak tau sapa punya tulisan ni, mesti aku ingat ini kenyataan orang umno yg mana lah pulak ni..
tp bukan.. ianya tulisan seorg ustaz yg dok bagi kuliyah kat surau dan masjid... sedih sedih

persoalkan dgn berbuat spekulasi itu adalah dua perkara yg jauuuuuuuuuuuh berbeza. cubalah baca artikel2 anda tulis, berapa panjang ayat persoal dan berapa panjang pula ayat spekulasi dan hearsay? fikirkan lah ustaz...

Tanpa Nama berkata...

takpe la...
sok nanti kalau ada orang mati dikalangan pentaksub,minta tolong lim kit siang mandikan mayat tu

ok?

Tanpa Nama berkata...

"berjumpa dengan mufti UMNO, yang mempunyai 'saham' dalam menjatuhkan kerajaan pakatan Rakyat di Perak, iaitu SB Harussani. bertemu dengan mufti yang sering mempromosi idea gabung PAS-UMNO. Masakan Mufti UMNO, kalau jumpa paderi UMNO atau sami UMNO pun orang akan persoalkan"-mamat.
1.Ada harussani kata dia ahli umno!!
2.Oiii bukan kerajaan pakatan rakyat diperak dulu!!kerajaan kapiaq harbi!!kerajaan komunis!!
3.Gila kot mamat ni!!!

ahli pas pro pakatan berkata...

taniah ustaz

ramai org dumbno melawat blog ustaz.

Nizam berkata...

Sebenarnya dua-dua pun PENIPU!!!

Tanpa Nama berkata...

slm..tmpg tanya ustaz..saper yg bertanda bulat dlm pic tu ustaz wan ji?..suwardi yaakob ker..kalu xsilap sy,lelaki tsebut sentiasa bersama dgn ust nasa,mase plancaran buku natrah n maser kempen prk manik urai..

Tanpa Nama berkata...

salam ust wan ji..slain dari didedahkan pasal isu hasan ali ni,mcmner yer dgn status aduan dari Tulang Besi n Sdr. Abdullah Karim mgenai penglibatan sgelintir pimpinan PAS dlm usaha subversif nak mensabotaj PAS n Kerajaan PAkatan Rakyat khususnya di Selangor..S/U Agung PAS ,DAto Pa dah siasat ker?dah pangil ker nama2 mreka2 yg tlibat?harap ust dapat timbulkan demi masa depan jemaah PAS..xkan kiter nak WALAK jugak pd individu2 yg terang2 khianat pada PAS n kputusan muktamar PAS di IPOH,SHAH ALAM n KOTA BHARU menngenai usul supaya diperkasakan Pakatan RAkyat n tolak sbrang bentuk kerjasama dgn UMNOAPCO..

Tanpa Nama berkata...

bila tak setuju dgn pendapat, dituduh org2 umno. hmm, mana sy pernah dgr mentaliti mcm ni?
haaa, dah ingat. mentaliti org umno la ni. tp rupa2nya mentaliti ni pun sebati dgn org PAS.