Rabu, 21 Julai 2010

TANTAWI DAN KUOTA MELAYU - PERKASA VERSI PAS

Tak pasal-pasal tantawi bercakap soal kuota melayu [sila klik]. Pertahankan kuota dalam wajah ini, tidak ada beda dengan cara berfikiran UMNO.

Dulu UMNO berbincang dengan British untuk mendapatkan kemerdekaan. Ramai orang melayu ketika itu bersama dengan UMNO. Akhirnya, malaysia berjaya mencapai kemerdekaan.

Jangan dilupa, kemerdekaan di Malaysia, bukan kemerdekaan yang sebenar. Walau british telah keluar dari Malaysia, tetapi UMNO merupakan parti yang meneruskan agenda British yang mereka tidak berjaya dilaksanakan semasa malaysia belum mencapai kemerdekaan lagi.

Pointnya, penerus agenda british adalah UMNO. Semuanya bersebab, UMNO mempunyai daya pemikiran british, bukan mempunyai pemikiran sendiri. Walau mendakwa pejuang melayu, ternyata melayu berjaya dibritishkan oleh UMNO.

Syukur kepada Allah, tuhan sekelian alam. Tuhan melayu, cina, india, malahan tuhan sekelian Alam. dengan qada' dan qadar Allah, rakyat malaysia sudah sedar bahawa cara pemikiran british yang dibawa oleh UMNO terbukti gagal. Buktinya, rakyat Malaysia semakin hari semakin menolak UMNO/BN. Penolakkan terhadap UMNO merupakan penolakkan terhadap penjajahan british secara proxi.

Makanya, rakyat mula mencari cara pemikiran alternatif. Keadaan sedang mencari ini, perlu diambil peluang oleh parti- parti alternatif dalam menarik sokongan rakyat.

Sedihnya, dikala DAP dengan konsep kesatuan rakyat dalam ekonomi, PKR dengan kebebasan dan keadilan dalam ekonomi. Tetapi Ketua Pemuda PAS masih lagi mempertahankan ekonomi dalam kerangka kuota yang berasaskan kepada bangsa.

Daripada Si Tantawi bercakap soal kuota melayu. Adalah lebih baik dia bincangkan masa depan ekonomi negara dari kacamata islam ajaran Nabi SAW. Ini baru tugas gerakan islam dalam memberikan alternatif kepada rakyat, untuk membuktikan kepada rakyat bahawa PAS mampu memerintah mengikut acuan selain acuan UMNO.

kenyataan Tantawi ini, amat berlainan sepertimana yang disebut oleh Rab'i bin 'Amir kepada panglima Rom bernama Rostum dengan katanya;

الله ابتعثنا لنخرج من شاء من عبادة العباد إلى عبادة الله، ومن ضيق الدنيا إلى سعتها، ومن جور الأديان إلى عدل الإسلام

maksudnya;
"Allah melantik kami, supaya kami dapat mengeluarkan mereka yang [Allah] kehendaki daripada perhambaan sesama manusia kepada perhambaan terhadap Allah. Daripada kesempitan dunia, kepada keluasannya [atau kebebasannya]. Daripada kezaliman agama-agama, kepada keadilan Islam"

Di zaman dahulu, apabila disebut Islam, kelihatan keadilan. tetapi, pelik dengan kenyataan ketua Pemuda PAS kini, yang berserban dan berpakaian islam, tetapi kenyataannya tentang kuota melayu memperlihatkan seperti membawa mesej kesempitan dunia dan kesempitan perkauman.

sekian

berita pujian:
lebih baik berpecah dari derhaka kepada Allah [tuan ibrahim tuan man]

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com


- Sri Indah [b] Sg buloh
22 Julai 2010 * 3:25 Pagi

2 ulasan:

kancilBIJAK berkata...

tengah2 sesak nafas, pandai pulak harimau kurap UMNO pasang perangkap...untung2 ada 'kancil' yang terjerat terus....kurang sikit untung, ada 'kancil' yg 'buang masa' layan periksa/bau/komen pasal perangkap si kurap tu...

Tanpa Nama berkata...

kenapa anda lebih suka ajak perpaduan kaum dgn org bukan islam? bukankah perpaduan kaum sesama islam lebih utama. org islam skrg ni ada pelbagai kaum. bukankan itu yg seharusnya menjadi fokus.
kenapa anda terlalu cair dgn bukan-islam berbanding dgn org islam. org bukan islam yg menghentam islam tidak racist pada pandangan anda tp org islam yg sokong kuota2 ni (walaupun sebenarnya tekniknya ini tidak tepat) dilabelkan sebagai racist oleh anda?

saya pun nak ikut tabiat suka melabel one-g yg belajar tinggi hingga ke pakistan. one-g ni ulamak bodoh.
ingat guru kencing berdiri, murid kencing berlari!!