Sabtu, 28 Ogos 2010

NAK IKUT NABI, ATAU NAK IKUT MAIS ATAU JAIS?

[1]

utusan meroyan kata;

KUALA LUMPUR 28 Ogos - Kesucian masjid terus dinodai oleh pembangkang apabila Khamis lalu Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen pula diberi kebebasan berada di saf paling hadapan di Masjid at-Taqwa, Selayang Baru.

komen:

Zaman nabi SAW, orang kafir masuk ke dalam masjid nabawi, tanpa wujud larangan dari nabi SAW. dalam hadis dinyatakan bahawa Sumamah bin Usal telah diikat di tiang masjid ketika dia belum memeluk islam.

[2]

utusan meroyan kata;

Perbuatan wakil rakyat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu bukan sahaja memperkecilkan arahan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang melarang orang bukan Islam memasuki ruang solat tetapi turut menghina kesucian agama Islam.

komen:

MAIS perlu ikut Nabi SAW. Jika MAIS tidak ikut Nabi, maka sebarang arahan MAIS adalah tertolak. Jika MAIS tetap pertahankan pendirian yang bercanggah dengan Nabi, maka itu adalah sesat lagi menyesatkan.

Orang bukan islam masuk ke dalam ruang solat, tidak dikira sebagai menghina kesucian agama Islam, sebaliknya ia adalah kemuliaan masjid yang diajar oleh nabi SAW.

Jika MAIS tetap menyatakan bahawa membenarkan orang bukan Islam adalah menghina agama islam, samalah mereka menyatakan nabi SAW menghina agama islam. ini kerana, Nabi SAW membenarkan ramai orang bukan islam masuk masjid.

[3]

utusan meroyan kata;

Semalam, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki ruang solat utama kerana mereka tergolong dalam berkeadaan hadas besar.

komen:

inilah kenyataan yang paling bodoh aku pernah dengar. Zaman nabi SAW, baginda membenarkan orang bukan islam masuk ke masjid. Apakah orang kafir zaman Nabi SAW itu mandi hadas besar? hello brother, kalau kafir mandi wajib pun, mandi dia tak sah.

sekian

Wallahu 'Alam

Al-bakistani


- sri Indah [b] Sg buloh
29 Ogos 2010 * 3:21 Pagi

10 ulasan:

HaHs berkata...

Ustaz, cuba pergi dan komen tentang isu ni plak? nak repot sultan tak?

http://mimpi-senja.blogspot.com/2010/08/gambar-rosmah-tidak-menutup-aurat-di.html

hang jebat berkata...

Nak ikut sultan pergi cari mistress yg bernama kavita... huhuhu...

Tanpa Nama berkata...

memang sah bangang pengarah JAIS ni...

Tanpa Nama berkata...

belasah jer ustaz menatang MAIS ni

Tanpa Nama berkata...

1.Hangpa tau pasai apa Allah turun bala paling dahsyat kat Pakistan!!
2.Sebab ramai yang mengaku pandai tentang islam disana!puak sunnah kata depa pandai!!puak syiah kata depa lebih pandai!!puak taliban kata depa lebih pandai!!!
3.Last sekali berbunuhan sesama islam!!
4.Dimalaysia pun dah ada ciri-ciri macam pakistan nooo!!Puak yang rasa depa alim tentang islam!!masing-masing dok tayang sijil berjela-jela !!!
5.Sijil syok sendiri!!anak muda makin tak ketawan hala!!puak lulusan agama dok pertikai sijil sapa lebih tinggi!!!sapa lebih alim!!!
6.Last sekali hangpa juai agama kat puak kapiaq harbi nooooo!!!!
7.Hangpa tunggula pembalasan Allah nanti noo!!!!

Unknown berkata...

Tahniah Ust atas Tazkirah hebat kepada non- muslim sebelum berbuka tadi, hebat Ust... melopong non-muslim dan ketawa berdekah-dekah bila Ust cerita pasal Rosmah.... yang paling best bila habis Ust Tazkirah semua non-muslim tepuk tangan. tegak bulu roma saya ketika tu ....YB pesan mintak ustaz buat posting berkenaan tazkirah td ye, sbb ana terlewat sampai, tqvm.

Tanpa Nama berkata...

mamat alahai bangang tu mana???


orang arab kafir badwi siap kencing dlm masjid lagi....

kalu dah nama umno... mmg umngok..

Tanpa Nama berkata...

Pecat aje Timbalan YDP MAIS.. Bila tiada fikrah perjuangan.. inilah jadinya.. Bagi mereka Islam hanya untuk Melayu...

Tanpa Nama berkata...

Zaman nabi SAW, orang kafir masuk ke dalam masjid nabawi, tanpa wujud larangan dari nabi SAW. dalam hadis dinyatakan bahawa Sumamah bin Usal telah diikat di tiang masjid ketika dia belum memeluk islam-al-bakistani.
1.dah puas rujuk Al-Quran,Hadis dan kitab-kitab agama!!Ini jeee yang hang boleh bagi untuk menghalalkan puak kapiaq harbi masuk surau atau masjid!!!
2.Dahla tu!!contoh yang paling bodoh untuk bandingkan "tuan" hang masuk surau atau masjid!!
3.Contoh antara Sumamah dan "tuan" hang jauh berbeza!!
4.Seorang "tawanan" orang islam!!Seorang musuh umat Islam dimalaysia !!
5.Siaaaannn kat hang!!!ustaz apa entah!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

tiang masjid zaman Nabi tu terletak kat dewan solat ke?

seperti biasa babi pas akan menyokong segala tindakan kapir

dan kemudian bila dekat pilihanraya akan gegak gempita la balik pasal nak laksanakan hudud