Khamis, 23 September 2010

SIAPA YANG HILANGKAN HAK MELAYU KELANTAN DAN TERENGGANU?

Melayu hilang kuasa? soalan ini yang terpancul, apabila ayat ini ditimbulkan oleh Tun Dr Mahathir yang berketurunan dari negara India. Membaca ayat puaka Mahathir ini, mengingatkan sejarah serangan Mahathir terhadap Tengku Abdur Rahman. Tidak lupa juga serangan 'Harimau Tua' ini kepada Pak Lah Badawi semasa menjadi PM lalu. Semakin ingat dengan sejarah terhilangnya kuasa raja-raja melayu di Malaysia di zamannya menjadi PM dahulu. Itu perlu dilupakan malahan wajar diserang bagi mereka yang berfikrah primitif dari UMNO [termasuk PERKASA dan Zul Nordin] terhadap sesiapa yang membangkitkan isu Ini.

Dari sudut rakyat yang berbangsa melayu pula, didapati rakyat Kelantan boleh dikatakan majoriti berbangsa melayu, jika mahu dibandingkan negeri-negeri yang lain. Tetapi, hak royalti rakyat kelantan dinafikan.

Keadaan yang sama menimpa Terengganu semasa PAS memerintah dahulu. Malahan, boleh dikatakan Terengganu merupakan negeri yang mempunyai banyak sumber yang boleh dijadikan 'duit' untuk dimanfaatkan kepada rakyat Terengganu. Rakyat terengganu, sama seperti rakyat Kelantan, yang majoriti rakyatnya berbangsa melayu. Namun, royalti itu tetap dinafikan.

Justeru, mengikut mazhab primitif bernama UMNO [aka PERKASA] Melayu dinafikan hak adalah dibenarkan, kerana yang menafikan hak itu adalah penguasa-penguasa melayu. Melayu dikhianati dibenarkan, kerana pengkhianat itu adalah penguasa-penguasa melayu.

sekian

Al-Bakistani


- Sri Indah [b] Sg Buloh
24 September 2010 * 4:50 pagi

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

1.Hairan jugak!!kelantan ada 95% puak melayu islam!tapi puak orang asli dikelantan dok bina gereja!!
2.Lebih hairan lagi!!hampir semua tokey balak yang dok tebang balak kat kelantan puak cina!!
3.Sapa yang dok jadi barua cina niii!!!!!

Tanpa Nama berkata...

takan kerana puak asli bena gereja dan orang cina tebang balak duit royalti disekat ini lagi hairan bin ajaib,tapi yang aku lebeh hairan kalau ada cina buka gedong besar dibandar sedangkan melayu dok kerja tebang balak dihutan.