Khamis, 2 Disember 2010

KALAULAH CHEGUBARD KP PAS PUSAT?

semasa berlaku pemilihan PKR baru-baru ini, harapan aku kepada AMK adalah, supaya mereka bertukar ketua AMK mereka; daripada lembab kepada laju. Walau terbukti Sam lembab dalam menerajui AMK sebelum ini, tetapi ia tetap dipilih juga, berbanding Chegubard yang lebih agrasif menerajui anak muda.

Walaubagaimana pun, pada hari ini, Chegubard buat kenyataan atas nama badan NGO yang ditubuhkan atas inisiatifnya sendiri untuk menggerakan anak muda untuk demonstrasi mempertahankan hak rakyat Selangor. Aku membayangkan, jika pemimpin sebegini wujud dalam PAS; malahan memimpin Pemuda PAS Pusat.

***

Sebuah NGO yang diketuai calon ketua Pemuda PKR (AMK) Badrul Hisham Shaharin menawarkan sekurang-kurangnya 50 'marsyal demo' bagi memastikan kelancaran perhimpunan 'baju merah' Ahad ini.

Menurut Badrul, sukarelawan Solidariti anak muda malaysia (SAMM) yang menawarkan diri itu berpengalaman mengendalikan demonstrasi sejak 1998 dan terlibat dalam perhimpunan besar seperti 'demonstrasi BERSIH' sebelum ini.

"Difahamkan seperti biasa unit sukarelawan merah (unit amal) akan menjadi petugas utama dalam acara tersebut.

"Maka petugas SAMM akan menbantu dan bergabung dengan mereka," kata Badrul (kiri) yang tewas di tangan penyandang AMK Shamsul Iskandar Md Akin minggu lalu.

Ahad ini, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dijadual mengetuai perarakan besar dari Masjid Negara ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum dan petisyen memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong campurtangan menyekat kenaikan harga air sebanyak 37 peratus di negeri itu.

Kumpulan ini yang berbaju merah berkemungkinan bertembung dengan sebuah lagi kumpulan yang 'antipenyelewengan' kerajaan negeri (berbaju hitam) yang turut menuju ke tempat yang sama bagi menyerahkan memorandum mereka.

Dalam satu kenyataan, Badrul menyeru semua anak muda dan jentera kerajaan negeri turut serta atas "semangat ketuanan rakyat" bagi merpertahankan hak asas bagi mendapat bekalan air.

"Ini juga kali pertama dalam sejarah, himpunan dianjurkan (oleh) kerajaan negeri," katanya yang juga bekas anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR.

Mempertahankan keabsahan tindakan mereka, Badrul berkata, perarakan ke Istana Negara merupakan "praktik membesarkan institusi beraja" bagi membolehkan rakyat mengadu masalah.

"Siapa yang mengganggu urusan rakyat mengadap raja boleh dikira derhaka," tegas Badrul.

Badrul juga berharap pihak polis "bertindak lebih waras" mengawal perhimpunan itu memandangkan mahkamah sebelum ini membebaskan tertuduh dalam perhimpunan BERSIH atas alasan Masjid Negara tempat awam dan orang ramai bebas berkumpul.

10 ulasan:

CUCU PEJUANG berkata...

SYABAS KEPADA GENG ORANG MUDA YANG TERUS BERSEMANGAT MENERUSKAN PERJUANGAN MENENTANG KEZALIMAN MENCEGAH KEMUNGKARAN...

Tanpa Nama berkata...

Salam...

saya ingin ulas semula seperti yang telah saya ulas di blog TT...

iaitu saya suka akan ayat nie...

"Difahamkan seperti biasa unit sukarelawan merah (unit amal) akan menjadi petugas utama dalam acara tersebut.

"Maka petugas SAMM akan menbantu dan bergabung dengan mereka,"

... jelas SAMM nie jujur, tak berhajat untuk berebut menjadi petugas utama dalam acara tu walaupun berpengalaman... nama tak penting, yang penting, acara tu berjaya...

D'ayo

Tanpa Nama berkata...

eh eleh...xlogik langsong perbandingan ko..pemuda pas pusat skang ni pon jenis rajin jgk ke jalanan utk ber demo.jenis xreti melihat la ostad ni..menanti ostat turun ahad ni..

Tanpa Nama berkata...

Ustaz.

Kalau Chegu Bard masuk PASpun yang pasti dia akan dilabel sebagai Erdogan, kiblat ke Anwar dan sebagainya. Maka peranannya akan sipi2 saja.

Macam ustazlah. Nak masuk masjidpun orang PAS sendiri tak bagi. Kalau JAIS bagi tauliahpun mungkin ada orang PAS yang tak bagi.

Abis camno ustaz?

tungkaran hati.blogspot berkata...

Saya masih mengharapkan perjuangan PAS seperti dahulu, perjuangan yang jelas untuk diperjuangkan...tetapi kini setelah Nik Aziz menjadi penentu, dasar perjuangan PAS telah tersasar jauh....! juga jauh dihati saya.
Berdirilah PAS dengan bermaruah tanpa PKR dan DAP terutamanya, kembalilah pada perjuangan asal semoga kita rakyat Malaysia dapat
keberkatan daripada perjuangan PAS.
Kembalilah kepada perjuangan asal..!

Unknown berkata...

"Siapa yang mengganggu urusan rakyat mengadap raja boleh dikira derhaka,

org selangor berkata...

tungkaran org johor,

sebab org spt kamu la johor umno kuat dan pas tak pernah kuat.

orgselangor berkata...

kenyataan bodoh dari seorang ostad, apakah kerana dapat tubuh ngo dah dikira hebat menjadi pemimpin, apakah ibrahim ali menubuhkan perkasa dikira hebat juga.. bodoh lah lu ostad patutlah pas buang hang pun bodoh melantun lantun dalam menulis, kenapa ostad tak tubuh parti islam sendiri, lagipun ostad berkaliber dlm ilmu mantik, boleh jadi presiden parti ostad sendiri, kalau ostad tubuh parti atau ngo mesti ostad cepat dapat menumbangkan kerajaan barisan nasional .. alangkah hebatnya ostad kalau jd presiden parti islam yg ostad tubuhkan .. tak gitu ostad

Tanpa Nama berkata...

berdemo je tau.kan elok kalau buat latihan keusahawanan ke,apa apa yang bermanfaat supaya dapat meningkatkan ekonomi orang Islam takpe la jugak.

ini tak...demo je hebat.bab bab tambahkan ilmu untuk meningkatkan diri sendiri,tak ada langsung

Tanpa Nama berkata...

aku sokong Tanpa Nama 15:38

asyik berdemo, ekonomi hampeh..
berdemo untuk digelar pejuang???
ches...

... chaittt