Rabu, 1 Disember 2010

KEMANA PENASIHAT POLITIK PRESIDEN?

themalaysianinsider melaporkan;

KUALA LUMPUR, 2 Dis — PAS kini menumpukan usaha untuk merampas semula Terengganu yang kini diterajui kerajaan pimpinan Umno-Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-13.

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sebelum ini meramalkan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan awal tahun depan, namun pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menolak spekulasi tersebut.

Umno telah pun menangguhkan pemilihan parti yang sepatutnya diadakan tahun depan.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) berkata, parti Islam itu yakin akan merampas semula Terengganu daripada BN kerana kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Ahmad Said selaku Menteri Besar sekarang tidak membawa apa-apa perubahan yang signifikan sejak BN menguasai semula negeri itu pada 2004.

“Kita yakin untuk merampas semula Terengganu... Umno menang di negeri itu dengan penipuan... apa pembangunan yang dibuat di sana? Hanya stadium runtuh sahaja,” kata Hadi dalam temubual dengan The Malaysian Insider. [sila klik]

KOMEN:

aku terkejut membaca berita ini. Sebagai presiden PAS, perkara yang dia perlu bicarakan adalah MERAMPAS MALAYSIA. Menawan negeri termasuk terengganu, hanya perlu diserahkan kepada Pesuruhjaya PAS negeri sahaja yang bercakap. Tidak perlu Presiden bercakap. Jika beliau bercakap juga, bermakna beliau telah merendahkan status negarawannya dalam persepsi dunia politik.

Persoalan aku adalah, kemana pergi penasihat politik Presiden? kemana pergi penasihat strategi politik Presiden, sehingga presiden mengeluarkan kenyataan sebegini?

sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani


- Sri Indah [b] Sg Buloh
2 Disember 2010 * 3:02 petang

11 ulasan:

tungkaran hati.blogspot berkata...

Perjuangan PAS lebih bermaruah tanpa PKR dan DAP.
Keujudan PAS dalam PR hanya sebagai Babi tunggangan sahaja.
Tak percaya? Tanyalah sama Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang.

Tanpa Nama berkata...

ko jela jadi..ckp mcm hebat je ko ni.....

Tanpa Nama berkata...

sikit2 lama2 jadi bukit...

gaya penulisan yang tidak matang...

Tanpa Nama berkata...

1.Kalau dok jadi barua puak kapiaq harbi,jangan mimpilah nak tawan MALAYSIA apatah lagi nak ambiq balik terengganu!!
2.Allah pun tak suka puak-puak yang dok panjang angan-angan!!

Tanpa Nama berkata...

tungkaran hati ni sasau kot , yang patut ditukar presiden pas tu , pas trengganu plak lembab tak mcm pas kelantan - haji hadi patut pikir nak jadi PM bukan MB tapi haji hadi pun tak berapa strong

Tanpa Nama berkata...

itu ulasan statement malaysian insider la bro..sttment TG yg diqoute aje

Mr berkata...

Beliau masih lagi menganggap beliaulah MB Terengganu, kot.

Tanpa Nama berkata...

tok guru hj hadi jawab panjang termasuk utk menawan putrajaya dan persiapan pas menjelang pru 13...kemudian ditanya lg pas yakin tawan terengganu?....tak kan tok guru hj hadi nak jawab tak tahu.. bawa bertaubat lah wanji...berdosa tuduh yg bukan2.....al-Quran minta kita semak dulu berita tu

Giwan berkata...

Kalau dah hati busuk, isu kecil pun Wanji nak perbesarkan. Ikut situasilah bro. TGHH cakap bila beliau berada dlm konteks Terengganu dan beliau juga ADUN Rhu Rendang. Salah ke? Salah ke kalau Presiden cakap pasal cawangan pulak?

Kalau hati dah busuk, Wanji akan cari apa sahaja kelemahan Presiden dan orang2 yg tidak sekufu dengannya seperti KP, Ustaz Din Tantawi. Kalau yg baik, didiamkan dan tidak dinyatakan.

Kalau hati dah busuk, geng2 Wanji buat press statement sikit pun dah jaja merata-rata. Masukkan dalam blog2 sekufu dengannya. Buat kempen dan task force bg membantu geng depa utk dapatkan keuntungan politik katanya.

Expo Cheng Ho yang tak seberapa dibesar2kan, gmbr Husam dijaja merata-rata, tapi program Memali di"hitam"kan. Tiada sambutan walaupun dlm harakahdaily.

Inilah Wanji.

Sedih ngan Wanji.

Tanpa Nama berkata...

otak dan semangat kau mmg best , tapi payah nak survive dlm komuniti buat masa ni , tapi nanti dtg la masa tu ...

Tanpa Nama berkata...

ni nak jadi pesuruhjaya negeri mana pulak .. 1ji..1ji..?!

Hadi: Johor, N Sembilan, Melaka diramal tumbang

http://www.malaysiakini.com/news/149874