Selasa, 9 Ogos 2011

NAK SOKONG JAIS ATAU TIDAK?

Penyakit HIV ini banyak terkena pada orang islam. Kebanyakkan mereka terlibat dengan dadah, kemudian menghidap penyakit yang membawa maut itu. Bukan tidak ada non muslim yang terlibat, tetapi bilangan muslim lebih ramai.

Di saat mereka menunggu masa sahaja untuk meninggalkan dunia ini, golongan Islam memandang mereka seperti najis. Nasib mereka tidak terbela di pihak orang Islam. Pihak islam masih lagi mengungkap dosa-dosa lama mereka, sehingga mereka terabai.

Memalukan, apabila pihak gereja memandang mereka itu dengan pandangan kasih sayang, dikala pihak umat Islam memandang mereka dengan pandangan najis. Pihak gereja menyediakan penginapan dan makan minum mereka. 

Sepatutnya, pihak Islam perlu kehadapan dalam perkara ini berbanding kristian. Ini kerana, Islam itu sendiri mengajar soal kebajikan yang perlu diberikan, waima terhadap orang yang pernah berdosa sekalipun. Tetapi, keadaan yang berlaku di Malaysia kini adalah sebaliknya. Maka itu adalah satu perkara yang wajib kita muhasabah sesame kita.

Apabila pihak gereja mengadakan program makan malam dalam usaha mencari dana untuk menampung kewangan membiayai mereka, sudah pasti mereka yang terlibat dengan perkara ini akan turut hadir sama. Tidak ketinggalan dalam berusaha untuk ini adalah orang yang beragama Islam. Makanya, program makan malam mencari dana itu turut dihadiri oleh orang islam tersebut.

Namun, sedang program di jalankan. Berlaku siasatan JAIS sehingga ia menjadi satu berita yang dibincangkan. Ia berlanjutan sehingga menjadi satu bahan yang dibincang dari sudut politik. 

SOKONG JAIS ATAU SEBALIKNYA?

Dalam isu ini, lahir tiga golongan. Mereka adalah seperti berikut;

Pertama :

Golongan yang menyokong tindakan JAIS. alasan mereka, tindakan JAIS itu adalah tidak bercanggah dengan undang-undang sedia ada. Sebagai badan yang diberi amanah untuk menjaga aqidah umat Islam, maka tindakan JAIS itu adalah patut dan wajib disokong.

Kedua :

Ada dari pihak yang lain pula tidak bersetuju dengan tindakan JAIS itu. Pada mereka, sepatutnya JAIS perlu bertindak dengan tindakan yang lebih berhikmah supaya islam tidak berjaya dipropagandakan oleh kristian sebagai agama yang tidak menghormati hak non muslim dan sebagainya.

Ketiga :

Golongan ini adalah golongan yang tidak ambil port. Mereka mendiamkan diri, dan sekadar menunggu dan melihat apa yang bakal terjadi.

PANDANGAN MEREKA

Golongan Pertama :

Antara hujjah yang digunakan oleh golongan yang pertama adalah seperti berikut;

[1]

Menjaga orang dari murtad adalah satu perkara yang wajib. Membiarkan orang murtad merupakan satu maksiat yang dosanya amat besar. Ini kerana, meredhai kemurtadan orang bermakna meredhai dengan maksiat. 

Makanya, apabila didapati bahawa ada orang yang hendak dimurtadkan oleh kristian, tindakan perlu dilakukan. Jadi, tindakan JAIS itu adalah bertepatan.

[2]

Dalam maqasid syariah, perkara utama adalah penjagaan bagi agama. Jadi tindakan JAIS itu menyelamatkan aqidah umat Islam, yang ia bersesuaian dengan maqasid syariah tersebut.

Golongan kedua :

Antara hujjah golongan kedua pula adalah seperti berikut;

[1]

Dalam Islam, dilarang melakukan serangan kepada rumah-rumah ibadat, hatta dalam peperangan sekalipun. Makanya, dalam keadaan aman, amatlah penting tidak melakukan serangan terhadap rumah ibadat non Muslim. 

[2]

Dalam maqasid syariah, wujud penjagaan terhadap agama. Tetapi, maksud dengan penjagaan agama itu hendaklah dilihat dari sudut yang lebih luas. Ini kerana, penjagaan agama itu tidak cukup sekadar menyelamatkan orang dari murtad, tetapi menjaga imej Islam dari tercemar juga dibawah maksud penjagaan bagi agama. 

Dengan erti kata yang lain, tindakan JAIS itu, sedikit sebanyak telah melahirkan kecemaran pada imej agama Islam yang maha suci. Kerana, tindakan itu akan mempamerkan islam seperti agama agak ganas, walhal Islam sekali-kali tidak begitu.

[3]

Merujuk kepada kisah selepas sulh Al-Hudaibiyyah. Dalam perjanjian tersebut, dinyatakan bahawa orang makkah yang memeluk islam selepas perjanjian dimatrai, mereka tidak boleh masuk ke Madinah untuk berlindung dalam kerajaan tersebut. Sekiranya ada yang masuk ke Madinah juga, maka wajib kerajaan Islam menghantar balik orang itu kepada kerajaan Makkah.

Selepas perjanjian Hudaibiyyah berlaku, ternyata ada seorang lelaki yang masuk islam selepas perjanjian termetrai, yang dia juga telah berada dalam kerajaan madinah. Lelaki tersebut dikenali sebagai Abu Bashir. 

Perkara ini diketahui oleh quraish, menyebabkan Quraish telah menghntar dua orang wakil bertemu dengan Rasulullah SAW untuk memaklumkan perkara itu. Dua lelaki tersebut adalah Al-Azhar dan Al-Akhnas bin Syuraiq As-Saqafi.

Mengetahui tentang laporan dari dua wakil Quraish tersebut, Nabi SAW telah memanggil Abu Bashir dan meminta beliau pergi ke Makkah balik bersama dengan dua orang wakil Quraish tersebut. Pada peringkat awalnya, ramai dari kalangan sahabat tidak bersetuju sehingga ada sebilangan mereka menjangkakan bahawa Abu Bashir bakal dimurtadkan dan dibunuh.

Memandangkan kerajaan islam telah melakukan perjanjian, maka bagi mengelak dari rosak imej islam, Nabi SAW tetap juga menyuruh Abu bashir pergi bersama dengan dua orang wakil Quraish itu pulang ke Makkah.

Perkara itu terpaksa diakur oleh para sahabat dan diri Abu bashir sendiri, waima Abu Bashir sendiri dalam keadaan tidak berpuas hati.

Dari sirah ini, ia membuktikan bahawa imej Islam perlu diutamakan. Ia dibawah maksud maqasid penjagaan bagi agama.

[4]

Golongan ini tidak menafikan bahawa memang undang-undang tidak menghalang tindakan JAIS tersebut. Tetapi, sebagai sebuah jabatan agama Islam, sudah pasti tindakan mereka perlu berhikmah. Ini kerana, jika mereka tidak berhikmah, ia akan melahirkan imej buruk pada islam itu sendiri pada mata-mata non Muslim.

PENILAIAN KITA

Dalam menilai perkara ini, kita timbulkan beberapa perkara. Iaitu seperti berikut;

Pertama :

Sekiranya kita menyokong tindakan JAIS tersebut, apakah orang yang bakal murtad (sekiranya ada), akan meyakini kembali dengan kebenaran Islam? Ataupun, mereka akan bertambah membenci Islam?

Dan jika kita mengkriti tindakan JAIS itu, akan melahirkan orang yang bakal murtad itu merasakan bahawa islam adalah agama yang baik, seterusnya persepsi mereka bahawa kononnya islam ini agama buruk akan terhapus?

Kedua :

Sekiranya kita menyokong tindakan JAIS itu, apakah non Muslim akan merasakan betapa baiknya agama islam itu, atau mereka merasakan bahawa Islam adalah agama yang mementingkan hak mereka tanpa melihat kepada hak manusia yang tidak beragama Islam?

Dan jika kita mengkritik tindakan JAIS itu pula, apakah ia menukar persepsi buruk mereka terhadap Islam kepada persepsi yang baik?

KESIMPULAN

Melihat kepada kedua-dua pendapat ini, agak sukar untuk kita menilai untuk kita menyokong. Jadi, secara peribadi, aku menyimpulkan adalah seperti berikut;

Pertama :

Pihak agama islam perlu memperkasakan badan zakat (kalau di Selangor : lembaga Zakat Selangor). Ia tidak perlu dipentingkan kepada kutipan sahaja, tetapi perkara yang paling penting adalah mencari golongan miskin untuk memberikan hak zakat itu kepada mereka.

Kedua :

Pihak lembaga zakat pula, kurangkan birokrasi untuk melayakkan orang yang layak menerima zakat. Ini kerana, membebankan orang yang terbeban bukan satu perkara yang terpuji dalam Islam.

Ketiga:

Sebagai Jabatan agama Islam, tindakan mereka perlu mempamirkan dakwah. Jika mereka bertindak yang boleh melahirkan gambaran atau imej buruk kepada Islam, ia merupakan satu perkara yang sangat bercanggah dengan kehendak Islam itu sendiri.

Keempat :

Kita tidak nafikan bahawa nasrani itu sememangnya termaktub dalam al-Quran. Tetapi, perlu diingat tidak semua orang masuk ke dalam agama kristian kerana mereka mahu kepada kristian. Ada sebilangan mereka yang masuk kristian, kerana mereka mahu mendapat habuan keuntungan wang. Ada sebilangan mereka masuk kerana mereka terpaksa disebabkan kesempitan hidup dan sebagainya.

Dan lagi, jika kita bertindak dengan kasar sekalipun, ia sebenarnya tidak memberi keuntungan kepada Islam. Tetapi, ia akan melahirkan imej yang buruk kepada Islam itu sendiri.

Kita tolak tepi dulu soal JAIS benar atau Gereja yang benar. Tetapi yang kita perlu fikirkan, apakah tindakan itu berjaya menarik balik orang murtad agar kembali kepada Islam semula? Juga, apakah tindakan itu berjaya menarik minat non Muslim untuk semakin mendekati islam atau sebaliknya?

Sekian

Wallahu ‘Alam

16 ulasan:

anak jati melaka berkata...

sokong dgn fakta dan bantah dgn hujah...bukan dgn emosi....tahniah ustaz....ilmu ilmu ilmu

Tanpa Nama berkata...

kalau dah ada bukti nyata...tindakan JAIS perlu disokong,lain la kalau maqasid kita hanya untuk undi je..

Tanpa Nama berkata...

alhamdulillah,
beginilah cara islam utk mengulas isu. fikir secara rasional, jgn emosi, jgn label2. ini baru betul, ustaz, kalau benda kecil dan tak setuju, ckp tak setuju, kalau ternyata salah ckp je salah.

pihak zakat kena rajin cari org miskin. teknologi semua dah ada, dgn gpsnya (boleh senang cari jalan), kereta hybridnya(boleh jimat kos minyak). buat iklan dlm surat khabar minta tolong khabarkan kepada mereka mana2 ada org miskin. jgnlah buat iklan suruh org bayar zakat, boleh elak cukai spt skrg ni. zakat itu wajib. sendiri kena ingatlah. boleh juga minta tolong pihak masjid, surau, ketua kampung, sekolah. sambil menunggu tu bolehlah buat lawatan sendiri.

kedua, pusat zakat ni kenalah kongsi pungutan dengan negeri lain, jgn jadi asobiyah, duit negeri selangor utk negeri selangor sahaja.

ketiga, keputusan agihan hendaklah bebas daripada politik. politician jgn main lulus pasal nak jaga hati pengundi. politician patut keluar duit dulu dari kocek sendiri (infak) sblm menunggu pusat zakat proses permohonan org berkenaan. elaun kan banyak. jgnlah perabis kat projek2 nak tolong kawan n sedara. dan jgn pula kata pihak zakat tak lulus pasal bos dia parti lain, saya parti lain (padahal alasan je tu).

keempat, zakat ini sebenarnya ciput je dr harta kita. yg selebihnya kenalah infak. jd jgnlah kedekut dlm berinfak tp jgnlah berlebihan (tercatat dlm surah apa saya tak ingat). tp kalo kita sanggup beli hp RM2000 yg functionnya ada yg kita tak pakai sgt, dan ada pula function yg melalaikan, bukankah lebih baik kalau duit tu kita infak 2000 tu. boleh bagi 10org sorang 200rm. tu baru hp, belum lagi sportrim, tv led 42inci, mercedes benz s series, adakah tu semua lebih utama dari urus niaga dgn ALLAH (infak). bukanlah saya kata semua pemilik2 barang2 berkenaan tu kedekut, cuma tanamkan dlm hati, kalau kita sanggup keluar belanja besar utk barang2 itu, kenalah juga keluar byk sikit utk infak.

Tanpa Nama berkata...

politikus. sendiri tulis masa zaman Nabi SAW, sahabat dihantar balik pasal dah ada perjanjian, so nabi SAW nak jaga perjanjian. kita dah ada perjanjian lama dah dalam perlembagaan kata agama lain tak leh dakwah, diorang langgar, dan diorang mencabar perlembagaan, lagi mau defend ka?

bila tindakan tegas diambil bukan sahaja untuk 12 org tu, mgkn dia akan kembali dengan sebab prihatin jabatan agama, mgkn dia akan lagi murtad pasal hati dah tutup: hidayah kerja Allah tapi bukan ke dengan ketegasan ini akan menyebabkan pihak yang cuba nak teruskan usaha sulit mereka (dakyah) akan tersentak dan terkesan?

Bahruddin berkata...

"Di saat mereka menunggu masa sahaja untuk meninggalkan dunia ini, golongan Islam memandang mereka seperti najis. Nasib mereka tidak terbela di pihak orang Islam. Pihak islam masih lagi mengungkap dosa-dosa lama mereka, sehingga mereka terabai."

Saya kurang setuju dengan ayat ini kerana kenyataan ini terlalu negatif seolah2 semua orang Islam demikian. Kita tak boleh nafikan bahawa tidak semua orang Islam demikian kerana adanya orang Islam yang mengambil berat kepada mereka sbgmn dilakukan oleh pertubuhan2 Islam. Kemungkinan yang tak dapat pembelaan ini adalah dr kalangan ynag tercicir.

Yang penting kita mesti membaiki dan mempertingkatkan cara kerja kita supaya pihak krtistian tidak mengambil peluang.

Mohd Aizat Bin Mohd Saleh berkata...

Salam, ustaz.

Ada orang menghujahkan bahawa tindakan memerangi golongan murtad ini dilakukan pd zaman Abu Bakar.

Persoalannya adakah suasana ketika itu tepat dengan zaman kini?

Persoalannya juga, disamping memerangi orang murtad, kenapa tidak buat penguatkuasaan kepada orang yg tidak membayar zakat? Minta JAIS pergi serbu company berjuta-juta milik Datuk-Datuk..

Minta penjelasan dan penghuraian..

Mohd Aizat

Tanpa Nama berkata...

1.kan dah kata!!puak-puak macam hanglah menyebabkan puak non islam tak mau dekati islam!!
2.puak macam hang ni ni dok juai islam dalam segala segi!!upah untuk jadi sembahyang tarawikh!upah untuk majlis ilmu!!dan banyak lagi la!!malaslah nak tulis!!buat lenguh jari jee!!
3.puak kristian don bagi FREE dalam segala segi!!puak macam hang ni dok ambiq DUIT dalam segala segi!!
4.lagipun!!puak non islam dok tenguk puak macam hang ni HINA jika dibandingkan dengan puak mubaligh kristian!!puak mubaligh kristian!!siang malam dok cari jalan untuk murtadkan puak islam!!puak macam hang ni siang malam dok pikiaq untuk pecahbelahkan sesama islam!!
5.hang sedaq ka!atau dok buat boddo jee!!!

Tanpa Nama berkata...

yang anjur komuniti harapan. tempatnya di gereja.

Tanpa Nama berkata...

dlm islam, kita hendaklah berfikir sebelum bertindak. semua aspek perlu diambil kira. termasuklah aspek perlu atau tidak perlu.
nak fikir malu memang malu. tapi ada benda perlu kita buat, biar malu, biar dituduh teroris.
wa lau karih al-kafirun (walaupun tidak disukai oleh orang kafir). tanggungjawab dgn ALLAH lebih penting.

orang kafir ni macam kita semua la. bila tak suka islam (media main peranan, cthnya the star), kita buat baik pun mereka tetap prasangka dan kata macam2. aku pergi solat masjid pun orang kafir tak suka, jadi adakah aku kena elak dari gi masjid kariah aku, pasal rumah dia kat depan masjid, padahal kita dianjurkan meimarahkan masjid kariah sendiri?

Hidayah ALLAH yg tentukan. ada orang dgr azan je boleh masuk islam. sorang feminis kena penjara dgn 'teroris' taliban pun, boleh masuk islam. ada org dgn rahmat ALLAH diberinya hidayah ketika nazak, sempat mengucap sblm mati. sedangkan, nabi sering bersama abu talib sehingga hari kematian pakciknya itu, walau nabi menyantuni pakciknya itu saban hari, tp pakciknya itu masih mati dlm kekafiran. hidayah ni adalah hak ALLAH.

jadi, something need to be done. semua org ada tanggungjawab, jais pun ada. dakwah kena buat, apa yg jais buat tu pun perlu juga.

selain itu ada aspek lain dlm hal ini yg kita terlupa. saidina umar menolak tawaran utk solat dlm gereja, utk elak fitnah. bukankah kita juga berdosa bila meletakkan diri kita kpd fitnah?

jd perkasakanlah ilmu utk semua org, bukan setakat masjid2 di bandar2 yg berjemaah ramai. kurangkanlah bicara politik. kalau golongan marhaen dah faham agama secara mendalam (walau blm capai tahap degree), insyaALLAH mereka mampu buat keputusan sendiri dgn izin ALLAH utk pilih pemimpin.

ini tidak. nak pilih imam sepatutnya bukan pasal tarannumnya sedap atau yg paling rajin gi masjid atau kamcing dgn kita, tetapi hendaklah yg paling berilmu, yg boleh memimpin (biasanya org yg berkebolehan memimpin ni kita kurang selesa dgn mereka), bacaannya juga betul. tp hal sebaliknya yg sering berlaku kini. kalau org tak nak gi masjid pasal imam ni tarannumnya tak digemari, org tu yg rugi.

ALLAH tak perlukan kita, kita yg perlukan ALLAH.

Tanpa Nama berkata...

siapa cakap orang masuk kristian kerana terpaksa atau pentingkan habuan wang?? kau ingat masuk kristian boleh dibeli dengan wang ringgit ka?? salah betul kesimpulan kau tu admin..harus diperbetulkan!! sekali lagi kau meletakkan diri kau dalam kejahilan bila menuduh orang2 yg masuk kristian disebabkan terpaksa atau sekadar ingin mendapatkan habuan wang.. harus diingatkan nabi isa iaitu pengasas agama kristian itu langsung tidak punya kedudukan atau wang dalam menyebarkan ajarannya tetapi kasihnya pada manusialah yang membuatkan ramai orang mengikuti ajarannya itu dan ini dilanjutkan oleh para muridnya menurut ajarannya seperti yang tertulis dalam bible.. gereja juga mengharapkan bantuan dari umatnya sendiri untuk membangun serta membuat kerja2 amal bukan saja pada umatnya tetapi juga kepada mereka yang memerlukan... adalah satu kesilapan bagi sesiapa yang masuk kristian untuk mendapatkan habuan wang atau terpaksa kerana kesempitan hidup.. ajaran kristian yang benar hanyalah menawarkan keselamatan akhirat dan bukannya duniawi...

Tanpa Nama berkata...

Pendapat saya.

isu Utama: kewajaran untuk sokong tindakan JAIS 'pada saat ini'. JAIS wajib disokong.

Isu zakat adalah isu kedua dan fikirkan bagaimana menghalang dari gereja2 ni mencari org2 islam serta bagaimana mendekatkan muslim kearah Islam.
Pohon kepada PAS jangan lah pecahbelahkan orang Islam lagi.

salam.

Tanpa Nama berkata...

Kalau ikut hujah tuan, maka apakah rasional hukuman bunuh untuk murtad? Saya gunakan balik hujah anda untuk mempertikaikan hukuman bunuh untuk murtad:

Kalau dilaksanakan hukuman bunuh untuk orang murtad, apakah orang yang bakal murtad (sekiranya ada), akan meyakini kembali dengan kebenaran Islam? Ataupun, mereka akan bertambah membenci Islam?

Dan jika kita mengkriti tindakan membunuh orang murtad, akan melahirkan orang yang bakal murtad itu merasakan bahawa islam adalah agama yang baik, seterusnya persepsi mereka bahawa kononnya islam ini agama buruk akan terhapus?

Cuba jawab wahai ustaz

Tanpa Nama berkata...

1.lama tak keluaq entry baru!!awattt dok kira duit upah jadi imam sembahyang tarawikh ka!!
2.berapa kupang dapat!!!!

Tanpa Nama berkata...

Tadi dalam tazkirah di Kota Damansara

Ustaz HB... berhujah - ISU ini isu akidah..tapi demi kuasa politik..ada yg sanggup berhujah/cari ayat quran utk membenarkan pemurtadan ini berlaku..PUAK PAS sanggup mengadai prinsip ISLAMnya demi kuasa..MB awal awal minta maaf..

Fikir fikirkan wahai ADMIN dan pejuang ISLAM yg sebenar..

Perjuangan PAS sudah lari jauh - bemula dgn kalimah ALLAH..kini isu murtad pun anda membenarkan..

bermulasatu ke satu perkara, puak DAP berjaya menhjadikan PAS baruanya...

MANA kekuatan PAS sekarang?

Tanpa Nama berkata...

ada benda kita kena buat.
mcmana kita nak laksana hudud kalau hal kecil seperti sudah kita malu2 dan segan2 dgn org kafir?
anda mungkin akan pertikai hudud tu wajib, yg ini hal lain, tp jais hanya pergi siasat.
anda pun seharusnya siasat dulu apa yg jais buat. jgn percaya bulat blog2, malaysia kini.
blog2 dan malaysia kini sama saja dgn akhbar mainstream. mereka mempunyai tujuan mereka. jadi jgnlah kita main kata akhbar mainstream org fasik, blog2 ni bukan. padahal ramai juga penulis2 blog ni menulis seumpama orang fasik walaupun muslim. fikirkanlah

John labu berkata...

harap ustaz daoat jawap soalan 2 yg di ajukan kepada ustaz..