Selasa, 10 Mac 2009

TADABBUR AL-QURAN : SIRI 11

PAHALA INFAQ TIDAK AKAN KURANG

Firman Allah;

الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ سِرًّا وَعَلَانِيَةً فَلَهُمْ أَجْرُهُمْ عِنْدَ رَبِّهِمْ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ

Maksudnya;
“Orang-orang yang menafkahkan hartanya di malam dan di siang hari secara tersembunyi dan terang-terangan, maka mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati”

(Surah Al-Baqarah : 274)

HURAIAN

Dalam ayat lepas, Allah menerangkan tentang satu jenis orang fakir yang layak menerima infaq. Adapun dalam ayat ini pula, Allah menerangkan kepada kita bahawa infaq yang hendak dilakukan itu, dibenarkan dilakukan dalam mana-mana waktu sekalipun.

Menurut Sayed Qutub, ayat ini seakan-akan satu kesimpulan tentang hukum infaq dari segala hukum-hukum infaq yang telah dijelaskan pada ayat-ayat yang lepas
[1].

***

Ulama tafsir mendatangkan beberapa kisah berkenaan penurunan ayat ini. Antaranya adalah;

a) setelah diturunkan ayat 273 surah Al-Baqarah yang menyebut bahawa orang yang sepenuh masa dengan pengamalan ibadat, mencari ilmu, sentiasa berada dalam persiapan bagi menjaga keamanan Negara Islam, menyebabkan Abdur Rahman bin Auf telah pergi ke Beranda Masjid Nabawi untuk berjumpa dengan ahli Sufah. Di sana, Abdur Rahman telah menginfaqkan hartanya kepada mereka dengan beberapa dinar. Keadaan yang sama juga dilakukan oleh Ali bin Abi Talib, tetapi dilakukan pada waktu malam. Rentetan kejadian tersebut, menyebabkan Allah menurunkan ayat ini sebagai menjelaskan antara kedua-dua sedekah yang dilakukan oleh Abdur Rahman pada waktu siang dan Ali pada waktu malam, manakah yang lebih baik. Memandangkan Allah mendahulukan kalimah “Al-lail” atau malam berbanding kalimah “nahar” atau siang, menunjukkan infaq Saidina Ali lebih baik disebabkan beliau melakukan infaq pada waktu malam.
b) Mengikut riwayat lain pula, ayat ini diturunkan renteran Ali bin Talib yang mempunyai 4 dinar untuk disedekahkan; 1 dinar disedekahkan pada waktu malam, 1 dinar disedekahkan pada waktu siang, 1 dinar disedekahkan dalam keadaan sir (tersembunyi) dan 1 dinar lagi disedekahkan secara “alaniyyah” (terang-terangan). Tindakan Ali itu diketahui oleh Rasulullah SAW menyebabkan Baginda SaW bertanya tentang apa yang dibuat oleh ‘Ali itu. Saidina Ali menjawab, tindakannya itu adalah semata-mata mahu mengharapkan balasan Allah di akhirat nanti. Mendengar penjelasan Ali, menyebabkan Rasulullah SAW menyatakan bahawa Ali akan mendapat apa yang dia idam-idamkan itu. ekoran dari kejadian itulah, Allah menurunkan ayat ini.
c) Riwayat lain pula menyatakan, ayat ini diturunkan berkenaan Abu Bakar As-Siddiq yang mempunyai 40 ribu Dinar untuk disedekahkan; 10 ribu dinar disedekahkan pada waktu malam, 10 ribu dinar disedekahkan pada waktu siang, 10 ribu dinar disedekahkan dalam keadaan “sir” dan 10 ribu Dinar lagi disedekahkan dalam keadaan “’Alaniyyah”.
d) Ada ulama lain menyataikan, ayat ini diturunkan berkenaan dengan “ashab Al-Khail” iaitu orang yang mempunyai kuda yang diberikan kepada tentera islam untuk jihad fi sabilillah.

***

Firman Allah;

الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ سِرًّا وَعَلَانِيَةً فَلَهُمْ

Maksudnya;
“Orang-orang yang menafkahkan hartanya di malam dan di siang hari secara tersembunyi dan terang-terangan”

Ayat ini sebenarnya menta’kidkan (baca : mengkuatkan) maksud bagi ayat 271 yang lalu, iaitu ayat yang berbunyi;

إِنْ تُبْدُوا الصَّدَقَاتِ فَنِعِمَّا هِيَ

Maksudnya;
“Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalah baik sekali”

Dalam ayat 271 ini, Allah menerangkan bahawa dibenarkan infaq yang dilakukan secara terang-terangan. Maka ayat ini pula menyatakan, infaq yang dilakukan secara terang-terangan itu mendatangkan pahala kepada penginfaq, tetapi hendaklah infaq itu dilakukan dalam keadaan ikhlas.

Menurut ulama tafsir, apabila dilihat pada ayat ini, didapati Allah mendahulukan infaq waktu malam berbanding infaq pada waktu siang; infaq secara tersembunyi berbanding infaq secara terang-terangan, menunjukkan bahawa infaq yang dilakukan pada waktu malam adalah lebih afdhal berbanding infaq pada waktu siang; infaq dalam keadaan tersembunyi lebih afdhal berbanding infaq dalam keadaan terang-terangan.

***

Firman Allah;

فَلَهُمْ أَجْرُهُمْ عِنْدَ رَبِّهِمْ

Maksudnya;
” maka mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya”

Ayat ini Allah menjelaskan, infaq yang dilakukan pada waktu malam atau pada waktu siang, dalam keadaan tersembunyi atau dalam keadaan terang-terangan, semuanya mendapat pembalasan pahala disisi Allah SWT.

Pembalasan yang diberikan oleh Allah SAW itu, kadangkala di dunia lagi telah diberikan oleh Allah SWT; sama ada dengan mengandakan harta dan mendapat keberkatan umur, lebih-lebih lagi mendapat pembalasan di akhirat nanti dan mendapat keredhaan Allah SWT.

Semua pembalasan Allah ini, tidak akan dikurangkan sedikit pun, selagi infaq yang dilakuakn itu dalam keadaan ikhlas kerana Allah SWT.

Apabila dijanjikan balasan baik disebalik infaq yang dilakukan, ianya merupakan satu gambaran bahawa, tindakan itu merupakan satu kepujiaan di sisi Allah SWT.

Infaq yang terpuji itu, tidak di khususkan kepada infaq yang dilakukan kepada orang ”luar”, tetapi dikira sebagai infaq yang terpuji juga jika diberikan kepada kaum kerabat dan kepada anak dan isteri.

Ini disandarkan kepada hadis, bahawa satu hari Nabi SAW menziarahi Saad bin Abi Waqas yang sedang sakit pada musim haji wada’ dengan sabda Baginda SAW;

وإنك لن تنفق نفقة تبتغي بها وجه الله إلا ازددت بها درجة ورفعة، حتى ما تجعل في في امرأتك

Maksudnya;
“Sesungguhnya tidaklah kamu memberikan infaq dengan tujuan mendapat redha Allah melainkan kamu akan ditambah darjat kamu dan ditambah ketinggian kamu (disisi Allah SWT) hinggakan apa yang infaqkan itu masuk ke dalam mulut isteri kamu sendiri”

Begitujuga hadis riwayat Ibnu Mas’ud bahawa Rasulullah SAW bersabda;

إن المسلم إذا أنفق على أهله نفقة يحتسبها كانت له صدقة

Maksudnya;
“Sesungguhnya muslim, apabila ia infaq kepada ahli keluarganya, maka baginya pahala sedekah”

***

Firman Allah;

وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ

Maksudnya;
“Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati”

Ayat ini membuktikan bahawa orang yang diberikan ganjaran pahala, orang itu tidak akan bimbang, khuatir dan tidak akan sedih di akhirat nanti

Pun begitu, infaq yang dijanjikan ganjaran pahala itu hendaklah dilakukan oleh orang yang tidak kufur, ataupun orang yang tidak syirik kepada Allah SWT. Orang yang kufur dan syirik kepada Allah, segala amalan baik mereka tidak ada nilai disisi Allah, walaupun amalan yang dilakukan itu terlalu banyak sekalipun.

Ini adalah landasan Ahli Sunnah Wa Al-Jamaah, adapun mengikut pendapat Mu’tazilah, segala amalan baik juga boleh terbatal dengan semata-mata dosa besar yang dilakukan.

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
10 mac 2009 * 3:36 petang

[1] Fi Zilal Al-Quran : 1/296

Isnin, 9 Mac 2009

YOGA HARAM???

YOGA HARAM???

Yoga dibincangkan oleh Tuan Haji Khalid Samad. Keberanian beliau membincangkan isu Yoga yang dahulunya pernah difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaaan, dijangka akan mengundang polimik.

Mungkin polimik itu melibatkan, ada sebilangan ulama, khususnya ulama dalam PAS akan tidak bersetuju dengan tindakan Tuan Haji Khalid Samad itu.

Padaku, kebenaran itu bukan terletak kepada siapa yang merungkaikan hujjah, tetapi kebenaran itu terletak kepada ketepatan dalam merungkai hujjah.

Agamawan yang berhujjah, tidak semestinya diterima, jika hujjah yang dikemukakan itu tersasar. Pun begitu, jika hujjah itu dikemukakan oleh orang bukan agamawan, dan didapati penghujahan itu tepat, maka tidak ada salahnya kita menerima hujjah tersebut.

Dalam isu Yoga, secara peribadi, aku berpandangan keharamannya bukan bersifat “lizatih”, tetapi pengharamannya disifatkan sebagai “lighairih”.

Apa itu haram “lizatih”, dan haram “lighairih”???

Dalam ilmu usul Fiqh, hukum terbahagi kepada dua, iaitu; (a) lizatih (b) lighairih.

Maksud dengan hukum lizatih adalah, hukum tersebut termaktub dalam nas dan berdasarkan kepada kaedah umum yang asasi. Adapun lighairih, hukum yang terkesan dengan sebab sesuatu yang lain.

Pergi kenduri kahwin adalah wajib jika dijemput. Ini didasari hadis yang mewajibkan sedemikian.

Pun begitu, hukum wajib hadir itu tidak bersifat mutlak, bahkan boleh disifatkan sebagai muqayyad (baca : terikat dengan benda lain), iaitu hukum kehadiran yang wajib itu boleh bertukar kepada haram.

Apabila dimajlis perkahwinan tersebut wujud amalan maksiat, maka hukum menghadiri majlis perkahwinan tersebut sudah bertukar menjadi haram.

Hukum wajib menghadiri kenduri kahwin disebut sebagai hukum “lizatih”. Adapun hukum yang bertukar dari wajib kepada haram ekoran wujudnya unsur maksiat dalam majlis kenduri perkahwinan itu disebut sebagai hukum “lighairih”.

Begitujuga halnya pada hukum Yoga.

Secara “lizatih”nya, hukum Yoga yang tidak mengandungi unsur mentera yang “berbau” hindu, bahkan sekadar riadah, maka hukumnya adalah harus. Ini diasaskan kepada kaedah Fiqh yang berbunyi;

أن الأصل في الأشياء الإباحة حتى يرد النص بالتحريم

Maksudnya;
“sesungguhnya asal pada sesuatu perkara adalah harus, selama tiada nas yang mengatakan haram”.

Pun begitu, sekiranya wujud unsure-unsur yang boleh jadi haram, maka hukum Yoga boleh jadi haram.

Antara sebab-sebab yang boleh jadi haram pada yoga adalah, dibimbangi ada sebilangan pengamal-pengamal Yoga membaca mentera yang berbua hindu. Bermakna, apabila dibuang mantera hindu itu, maka hukum yoga kembali kepada hukum asal (harus).

Begitujuga, dibimbangi wujud unsur niat meniru sami-sami hindu. Bermakna, apabila dibuang niat mahu meniru sami hindu itu, maka hukum Yoga boleh kembali kepada hukum asal (harus)

Persoalannya, apakah kedua-dua kebimbangan ini sememangnya wujud pada diri orang yang mengamal Yoga????

Dari pihak yang lain pula, ada mendakwa tindakan membenarkan Yoga bermakna memberi ruang kepada pengamalan hindu menjadi pengamalan dikalangan orang islam. maka bagi menyelamatkan keadaan ini, lebih baik kita memasyhurkan falsafah solat. Ini kerana, Yoga berjaya dimasyhurkan sehingga menjadi pengamalan dikalangan umat Islam adalah disebabkan unsure-unsur falsafah dikembangkan, sedangkan falsafah solat tidak ada yang mahu kembangkan.

Maka bermula hari ini, para agamawan dan professional hendaklah bersama-sama “mengkaji gali” rahsia yang wujud dalam solat, mudah-mudahan selepas ini, orang akan menjadikan solat sebagai bahan pengamalan kesihatan, seperti orang menjadikan Yoga sebagai pengamalan kesihatan pada hari ini.

Sekian

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
10 mac 2009 * 4:57 pagi




TADABBUR AL-QURAN : SIRI 10

DERMA KEPADA FAQIR YANG JAGA NEGARA

Pemberian infaq itu, dibenarkan dalam keadaan terbuka, mahupun dalam keadaan tertutup. Dalam keadaan terbuka, keizinan itu tertakluk dalam keadaan tertentu, iaitu jika hati pemberi infaq tidak mempunyai perasaan mahu menunjuk-nunjuk, juga tidak ada perasaan mahu menyakiti hati orang yang menerima infaq.

Adapun jika infaq yang dilakukan secara terbuka itu dalam keadaan untuk menghindarkan dari fitnah, seperti menyelamatkan diri dari tuduhan manusia kononnya pemberi infaq tidak membayar zakat, atau infaq terbuka itu dilakuakn dengan tujuan untuk menjadi contoh dan tauladan kepada orang kedekut, maka infaq yang dilakukan secara terbuka adalah dibenarkan.

Pun begitu, Allah meletakkan infaq secara tertutup adalah terlebih baik, kerana keadaan ini dapat menyelamatkan hati dari sebarang penyakit yang boleh membatalkan pahala infaq.

Dalam hal penerima infaq pula. Islam tidak membataskan penerima itu adalah orang yang muslim yang fakir sahaja, bahkan dalam keadaan tertentu, orang kafir yang fakir juga dibenarkan menerima infaq. Orang kafir yang dibenarkan itu adalah orang kafir zimmi. Adapun kafir harbi, ulama sepakat mengatakan tidak ada ruang untuk diberikan infaq kepada mereka.

Justeru itu pula, fakir yang mahu diberikan infaq itu mempunyai berbagai-bagai jenis. Ada dikalangan fakir itu disebabkan hidupnya yang kurang bernasib baik (baca : ketentuan Allah) yang telah ditentukan sebagai fakir, walaupun dia sudah bekerja dengan sekuat hati sekalipun.

Disana, wujud orang yang fakir disebabkan tugas-tugasan kepentingan umum yang dilakukan menyebabkan dia tidak mempunyai sebarang kesempatan berusaha untuk menghindarkan diri dari kefakiran. Orang sebegini adalah tersangat layak menerima zakat dan sedekah.

Firman Allah;

لِلْفُقَرَاءِ الَّذِينَ أُحْصِرُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ لَا يَسْتَطِيعُونَ ضَرْبًا فِي الْأَرْضِ يَحْسَبُهُمُ الْجَاهِلُ أَغْنِيَاءَ مِنَ التَّعَفُّفِ تَعْرِفُهُمْ بِسِيمَاهُمْ لَا يَسْأَلُونَ النَّاسَ إِلْحَافًا وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ خَيْرٍ فَإِنَّ اللَّهَ بِهِ عَلِيمٌ

Maksudnya;
“(Berinfaqlah) kepada orang-orang fakir yang terikat (oleh jihad) di jalan Allah; mereka tidak dapat (berusaha) di bumi; orang yang tidak tahu menyangka mereka orang kaya karena memelihara diri dari minta-minta. Kamu kenal mereka dengan melihat sifat-sifatnya, mereka tidak meminta kepada orang secara mendesak. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka sesungguhnya Allah Maha Mengatahui”

(Surah Al-Baqarah : 273)

***

Menurut ulama-ulama tafsir, ayat ini diturunkan berkenaan dengan ahli Sufah yang tinggal di beranda Masjid Nabawi. Mereka adalah golongan mujahirin. Bilangan mereka sebanyak lebih kurang 400 orang.

Ahli Suffah ini adalah golongan yang sentiasa dengan hidup besederhana; dengan membaca Al-Quran, melazimi diri dengan masjid, berpuasa sunat, menjaga keselamatan nabi dan mereka sentiasa bersiap sedia untuk mendengar seruan jihad bagi menyelamatkan kerajaan Madinah pimpinan Nabi SAW dari sebarang serangan musuh.

Golongan Ahli Suffah ini pernah disebut oleh nabi SAW dalam satu hadis riwayat Ibnu Abbas dikala baginda SAW melihat kemiskinan mereka dengan sabda Baginda;

أبشروا يا أصحاب الصفة فمن لقيني من أمتي على النعت الذي أنتم عليه راضياً بما فيه فإنه من رفاقي

Maksudnya;
“Berilah khabar gembira wahai Ahli Suffah, barangsiapa berjumpa denganku dari kalangan umatku atas sifat kamu ini; juga dalam keadaan redha dengan keadaan itu, maka sesungguhnya dia bersamaku nanti”

***

Dalam ayat ini, Allah menyebut lima sifat orang fakir adalah seperti berikut;

a) mereka yang terikat (oleh jihad) di jalan Allah;
b) mereka tidak dapat (berusaha) di bumi;
c) orang yang tidak tahu menyangka mereka orang kaya karena memelihara diri dari minta-minta;
d) Kamu kenal mereka dengan melihat sifat-sifatnya;
e) mereka tidak meminta kepada orang secara mendesak

***

Firman Allah;

لِلْفُقَرَاءِ الَّذِينَ أُحْصِرُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ

Maksudnya;
“(Berinfaqlah) kepada orang-orang fakir yang terikat (oleh jihad) di jalan Allah”

Di kalangan manusia, ada yang hidup hanya berkhidmat kepada Islam dengan sepenuh masa. Mereka hidup hanya terfokus kepada pembelaan terhadap agama, seperti orang-orang mengajar agama, orang-orang yang menjadi rujukan dalam perkara agama, orang-orang yang sentiasa bersiap sedia dalam menunggu waktu jika Negara Islam diserang dan sebagainya.

Orang sebegini adalah golongan yang layak menerima infaq, walaupun ada dari kalangan manusia yang tidak mengetahui kerjabuat mereka menyangka bahawa mereka ini adalah golongan kaya lantaran melihat cara mereka berpakaian dan cara mereka hidup.

Kehadiran golongan sebegini adalah tersangat penting, ini kerana, dengan kewujudan mereka, pasti sebuah Negara Islam akan terselamat dari sebarang serangan musuh, terselamat dari sebarang khurafat yang melibatkan kepada ajaran sesat, tersebarnya ajaran Islam kedalam hati-hati non muslim dan sebagainya.

Bagi memberi semangat kepada golongan ini agar mereka boleh memfokuskan gerakan mereka itu secara lebih berkesan, maka Allah mendatangkan ayat ini sebagai cara untuk menggambarkan bahawa Islam meletakkan asas bahawa golongan ini layak menerima zakat dan sedekah.

Kelayakkan mereka menerima sedekah atau zakat itu, bukanlah kerana mereka fakir disebabkan malas mereka bekerja untuk mencari harta, tetapi mereka tidak mempunyai kesempatan untuk berniaga atau bekerja dalam mencari rezeki lantaran kesebukan mereka dalam menguruskan kemaslahatan kerajaan Islam.

Dalam sesebuah organisasi atau persatuan, lebih-lebih lagi dalam kerajaan, selayaknya diwujudkan golongan yang memfokuskan dalam bidang pemerkasaan sebegini.

Mewujudkan satu tabung khusus, yang disponsorkan oleh orang-orang kaya untuk membiayai pergerakan ini, seperti pergerakaan kajian ilmiyyah, pergerakan dakwah Islamiyyah secara sir mahupun jahar dan sebagainya. semuanya adalah bertujuan, mahu melahirkan kekuatan Islam itu sendiri.

***

Firman Allah;

يَحْسَبُهُمُ الْجَاهِلُ أَغْنِيَاءَ مِنَ التَّعَفُّفِ تَعْرِفُهُمْ بِسِيمَاهُمْ لَا يَسْأَلُونَ النَّاسَ إِلْحَافًا

Maksudnya;
“orang yang tidak tahu menyangka mereka orang kaya karena memelihara diri dari minta-minta. Kamu kenal mereka dengan melihat sifat-sifatnya, mereka tidak meminta kepada orang secara mendesak”

Memang golongan ini perlu berpakaian, berumah tangga dan menjalani kehidupan seperti orang ramai. Cara mereka berpakaian, berumah tangga dan menjalani kehidupan itu, menyebabkan ada sebilangan manusia yang tidak mengetahui menyangka bahawa mereka adalah golongan yang kaya; yang tidak layak menerima sebarang derma, sedekah mahupun zakat.

Tetapi, bagi orang-orang yang benar-benar mengetahui, hendaklah mengambil satu tindakan yang berkesan bagi melaksanakan tugasan untuk menjaga kebajikan golongan sebegini.

Jika diharapkan kepada diri mereka, pasti mereka tidak akan menjadi golongan yang meminta-minta, tetapi sebagai orang yang mengetahui keperluan mereka, sewajibnya tidak melihat mereka dengan sebelah mata; dengan membiarkan mereka dalam keadaan kesusahan, bahkan hendaklah bertindak dengan sebijaksana mungkin bagi memberi kebajikan mereka dalam memberangsangkan mereka untuk melaksanakan tugasan itu secara lebih berkesan.

***

Allah tidak menyukai orang yang meminta-minta dengan cara mendesak. Perkara ini pernah disebut oleh Rasulullah SAW menerusi satu hadis;

لأن يأخذ أحدكم حبلاً يحتطب فيبيعه بمد من تمر خير له من أن يسأل الناس

Maksudnya;
“salah seorang kamu mengambil tali untuk mengikat kayu lalu menjualnya dengan satu mud daripada tamar, lebih baik baginya daripada mereka yang meminta-minta dari manusia”

Juga Ibni Mas’ud ada berkata;

إن الله يحب العفيف المتعفف ، ويبغض الفاحش البذيء السائل الملحف الذي إن أعطى كثيراً أفرط في المدح ، وإن أعطى قليلاً أفرط في الذم

Maksudnya;
“Sesungguhnya Allah suka kepada orang yang bersih yang memelihara diri dari mendesak-desak. Allah benci kepada orang yang kotor, cemar, meminta-minta dan suka mendesak-desak; yang apabila diberi banyak, dia akan memuji secara melampau-lampau, dan apabila diberi sedikit, dia akan mengkeji melampau-lampau”

***

Firman Allah;

وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ خَيْرٍ فَإِنَّ اللَّهَ بِهِ عَلِيمٌ

Maksudnya;
“Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka sesungguhnya Allah Maha Mengatahui”

Dengan erti kata lain, kamu tidak perlu persoal, pergi kemana infaq yang kamu berikan, tetapi yang perlu kamu persoalkan adalah, apakah kamu sudah melakukan infaq atau tidak?? jika kamu sudah infaq dengan segala keikhlasan yang ada, pasti segalanya akan diberikan ganjaran pahala oleh Allah SWT di akhirat nanti.

Sekian
Wallahu ‘Alam
Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
10 mac 2009 * 3:41 pagi


APAKAH ISLAM TOLAK SEMUA YANG DATANG DARI ORANG KAFIR????

APAKAH ISLAM TOLAK SEMUA YANG DATANG DARI ORANG KAFIR????

Islam tidak menolak semua perkara yang datang dari orang bukan Islam. Bahkan Islam bersifat fleksibel, bersanggupan menerima dan menyesuaikan sesuatu yang diambil dari sumber lain. Itupun, selagi tidak bercanggah dengan nas yang muhkam dan kaedah-kaedah syarak yang sabit.

Asas bagi keizinan ini adalah berasaskan kepada beberapa dalil, iaitu seperti berikut;

PERTAMA :

Dalam peperangan Ahzab, baginda SAW menerima pandangan dari Salman Al-Farisi yang mencadangkan agar digali parit di keliling Madinah, agar musuh tidak dapat masuk di kawasan Islam.

Jika merujuk kepada amalan menggali parit dalam peperangan, ianya bukan satu budaya Islam, tetapi ianya adalah budaya rakyat farsi yang ketika itu beragama majusi.

Cadangan Salman Al-Farisi oleh Rasulullah SAW tanpa pertikaian, disebabkan cadangan itu dapat memberi kebaikan kepada Islam itu sendiri.

KEDUA :

Selepas berlakunya peperangan Badar, ada dari kalangan orang kafir yang ditawan. Dalam menentukan keadaan tawanan-tawanan perang itu, Baginda SAW berbincang dengan Abu Bakar As-Siddiq dan Omar bin Al-Khattab.

Omar bin Al-Khattab mencadangkan agar semua tawanan ini di bunuh, tetapi dibantah oleh Abu Bakar As-Siddiq dengan mencadangkan agar tawanan yang kaya membayar tebus, dan tawanan yang pandai membaca mengajar ilmu kepada orang-orang islam yang tidak pandai membaca.

Cadangan Abu Bakar As-Siddiq itu diterima oleh Rasulullah SAW.

KETIGA :

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda;

الْحِكْمَةُ ضَالَّةُ الْمُؤْمِنِ فَحَيْثُ وَجَدَهَا فَهُوَ أَحَقُّ بِهَا

Maksudnya;
“Kebijaksanaan adalah barang keciciran orang beriman. Siapa yang ketemuinya, maka ialah berhak memilikinya
[1]

Menurut Syaikh Albani, hadis ini dinilai sebagai Doif jiddan. Hal ini merujuk kepada kitab Sahih wa Doif Sunan At-Tarmizi (hadis no : 2687). Adapun jika dirujuk dalam kitab Misykat Al-Masobih
[2], beliau menyatakan bahawa hadis ini sebagai Doif sahaja. Walaupun hadis ini dinilai sebagai doif, tetapi ianya dijadikan hujjah sebagai mengkuatkan hujjah-hujjah yang telah dikemukakan.

Dalam pengajian Ilmu usul Fiqh, sesuatu hadis yang Doif, tidak boleh dijadikan hujjah. Pun begitu, jika dijadikan sebagai hujjah dalam mengkuatkan hujjah-hujjah yang ada, maka itu dibenarkan, atau dalam ibarat lain, hadis doif boleh dijadikan hujjah bagi mengkuatkan perkara yang sudah ada asal dalam agama
[3].

KESIMPULAN

Dari ketiga-tiga dalil ini, menunjukkan Islam adalah agama yang fleksibel, iaitu dengan tidak menafikan semua yang datang dari orang bukan Islam, bahkan Islam boleh menerimanya, itupun dengan syarat bahawa perkara tersebut tidak bercanggah dengan nas yang muhkam dan kaedah-kaedah syarak yang tsabit
[4].

Sekian

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
9 Mac 2009 * 10:04 malam




[1] Sunan At-Tarmizi : hadis no : 2611.
[2] Misykat Al-Masobih : hadis no : 216.
[3] Ulum Al-Hadis, Asiluha wa Muasiruha : m.s 167
[4] Fatawa Maasiroh : 2/643

KISAH CINTA NABI SAW : SIRI 16

TEGURAN ROMANTIK DI KALA ISTERI MARAH

Dari segi psikology, kejadian perempuan tidak sama seperti kejadian lelaki. Kejadian lelaki yang kurang beremosi berbanding perempuan. Ekoran itulah, Allah memberikan kelayakkan menjadi pemimpin kepada lelaki berbanding perempuan.

Firman Allah;

الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ بِمَا فَضَّلَ اللَّهُ بَعْضَهُمْ عَلَى بَعْضٍ

Maksudnya;
”Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita)”

(Surah An-Nisa’ : 34)

Perempuan diciptakan oleh Allah ekoran dari penciptaan lelaki. Adam diciptakan oleh Allah terlebih dahulu berbanding hawa. Bermaksud, perempuan hidup memerlukan perlindungan lelaki.

Memandangkan perempuan tidak seperti lelaki, kadangkala perempuan itu boleh melakukan sebarang kesilapan. Bukan bermakna lelaki tidak melakukan kesilapan, tetapi kesilapan mereka tidak seperti kesilapan yang dibuat oleh lelaki.

Lebih-lebih lagi, dari kejadian mereka sendiri adalah tulang rusuk yang paling bengkok.

Sabda Nabi SAW;

فَإِنَّ الْمَرْأَةَ خُلِقَتْ مِنْ ضِلَعٍ وَإِنَّ أَعْوَجَ شَيْءٍ فِي الضِّلَعِ أَعْلَاهُ فَإِنْ ذَهَبْتَ تُقِيمُهُ كَسَرْتَهُ وَإِنْ تَرَكْتَهُ لَمْ يَزَلْ أَعْوَجَ فَاسْتَوْصُوا بِالنِّسَاءِ

Maksudnya;
”Sesungguhnya perempuan itu diciptakan daripada tulang rusuk. Sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang paling atas. Sekiranya kamu mahu meluruskannya, pasti kamu mematahkannya. Sekiranya kamu membiarkannya, pasti ia akan sentiasa bengkok. Oleh itu, sentiasalah memberi wasiat kebaikan kepada mereka
[1]

Menurut Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani, hadis ini memberi gambaran bahawa Hawa diciptakan oleh Allah dari tulang rusuk Adam. Tetapi, Imam Al-Qurtubi pula menyatakan, maksud dengan perempuan diciptakan dari tulang rusuk bukanlah memang hakikatnya diciptakan dari tulang rusuk Adam, tetapi menggambarkan betapa ”bengkoknya” perempuan seperti bengkoknya tulang rusuk
[2].

Walaubagaimanapun, hadis ini telah memberikan satu gambaran bahawa jika perempuan melakukan kesalahan, kesalahan itu tidak sama seperti kesalahan yang dilakukan oleh lelaki.

Justeru itu, dibimbangi bengkok itu semakin melampau, menyebabkan Nabi SAW ada memberikan sedikit panduan dalam membetulkan kesilapan perempuan.

Ini disandarkan kepada hadis daripada Qasim bin Muhammad bin Abi Bakar yang berkata;

كانت عائشة رضي الله عنها إذا غضبت عرك النبي صلى الله عليه وسلم بأنفها ، ثم يقول : « يا عويش ، قولي : اللهم رب محمد ، اغفر لي ذنبي ، وأذهب غيظ قلبي ، وأجرني من مضلات الفتن

Maksudnya;
“Apabila Aisyah sedang marah, Nabi SAW memicit hidungnya seraya berkata :”wahai A’yish, katakanlah, Ya Allah tuhan Muhammad, ampunilah dosaku. Dan hilangkan kekerasan hatiku, dan lindungi aku dari fitnah yang menyesatkan
[3]

Hadis ini merupakan satu panduan dari Nabi SAW kepada lelaki dalam menghadapi isteri yang kadangkala agak keterlaluan dalam memarahi sesuatu perkara.

Jika diperhatikan, hadis ini menyebut bahawa dikala Aisyah sedang marah, Nabi SAW tidak memanggilnya dengan panggilan biasa, tetapi memanggil dengan panggilan yang mengandungi unsur manja dan mesra, iaitu dengan menyebut “Ya A’yish” atau diterjemah melayu “wahai ‘Aisyah yang kecil molek”. Disamping itu juga, Nabi SAW menunjukkan dari sudut perbuatan manja dan mesra dengan memicit hidung Aisyah dikala melakukan teguran tersebut.

Apabila perempuan dipanggil dengan panggilan manja dan diperlakukan seperti itu, pasti perasaan mereka akan berubah. Marah yang meluap-luap kebakaran akan berjaya dipadamkan dengan air manja dan sentuhan. Dengan tindakan Nabi SAW itu, pasti kemarahan mereka akan reda, dan dalam masa yang sama Baginda SAW telah berjaya mewujudkan suasana mesra dalam menjalani kehidupan berumah tangga.

Alangkah indahnya aturan Allah dengan mendatangkan Nabi SAW dalam menjaga manusia. kisah sebegini sepatutnya dijadikan pengajaran kepada semua manusia yang berumah tangga, agar kehidupan berkeluarga akan sentiasa indah dan makmur.

Sekian

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
9 mac 2009 * 9:15 malam.





[1] Sahih Al-Bukhari : 3084.
[2] Fath Al-Bari : 10/111.
[3] Amal Al-Lail wa Al-Lailah Li Ibni As-Sunni : 454. Syaikh Albani menyatakan bahawa hadis ini adalah hadis doif dalam kitab Doif Al-Jami’ : 4433

Ahad, 8 Mac 2009

PEMBANGKANG DALANG RAKYAT, BN DALANG KRONI

PEMBANGKANG DALANG RAKYAT, BN DALANG KRONI

Utusan membawa loya melaporkan;

“KUALA LUMPUR 8 Mac – Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, perhimpunan membantah pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) jelas didalangi pembangkang berdasarkan penyertaan beberapa pemimpin mereka pada demontrasi jalanan semalam
[1]

KOMEN:

Sebarang tindakan mempertahankan rakyat, mempertahankan bahasa ibunda, mempertahankan hak-hak rakyat mesti disebut didalangi pembangkang.

Memanglah didalangi pembangkang, sebab Pembangkang mempertahankan hak rakyat. Kan Nama pun Pakatan Rakyat. Adapun tindakan Barisan Nasional, semuanya didalangi oleh Kroni-kroni…..

Tak sekolah ke Menteri pendidikan ini???

Apa punya bodoh menteri Pendidikan ini. Kalau nak jadi bodoh pun, jangan jadi bodoh setara babi hutan di hutan, babi laut di lautan. Apa boleh buat, di Malaysia, orang yang bodoh sahaja boleh jadi menteri.

Sebenarnya, tak perlu pelik, sebab memang perangai macam ni Allah dah cerita dalam Al-Quran.

Firman Allah;

وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ لَا تُفْسِدُوا فِي الْأَرْضِ قَالُوا إِنَّمَا نَحْنُ مُصْلِحُونَ

Maksudnya;
“Apabila diberitahu kepada mereka (orang munafiq), jangan lakukan kerosakan di atas muka bumi. Mereka pasti menjawab, kami adalah golongan yang mahu melakukan kebaikan”

(Surah Al-Baqarah : 11)

Apabila diberitahu kepada puak-puak parti Orang Utan ni, jangan rosakkan kesatuan rakyat, jangan rosakan bahasa ibunda, jangan itu jangan ini. Mesti mereka akan menjawab, sebenarnya tindakan kami itu adalah tindakan orang yang mahu kebaikan…

UMNO memang parti celaka..

UMNO adalah jijik dan kotor….

Sekian

Al-bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
9 mac 2009 * 9:30 pagi.



[1]http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0309&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

KISAH CINTA NABI SAW : SIRI 15

TIDAK BERSALAH TETAPI MINTA MAAF

Setiap manusia pasti akan melakukan kesilapan. Kesilapan itu, sama ada melibatkan kepada dosa atau tidak melibatkan kepada dosa. kesilapan yang melibatkan kepada dosa, mewajibkan orang tersebut bertaubat kepada Allah.

Nabi SAW juga ada melakukan kesilapan. Kesilapan Nabi itu tidak melibatkan kepada dosa, malahan terus ditegur oleh Allah SWT.

Lihatlah teguran yang Allah berikan kepada Nabi SAW menerusi surah ”Abasa”, ekoran kesilapan nabi SAW yang melayan pembesar-pembesar Quraish dengan harapan mereka beriman dengan Allah tanpa melayan kehadiran seorang sahabat buta yang bernama Abdullah bin Ummi Al-Makhtum.

Amat nyata, Nabi SAW juga melakukan kesilapan, tetapi kesilapan itu tidak melibatkan kepada dosa, disamping tidak mencacatkan kenabian Nabi Muhammad SAW.

Kadangkala, dirasakan sesuatu tindakan itu bersalah kepada individu-individu tertentu, walaupun ianya sebenarnya tidak salah disisi Allah SWT.

Keadaan ini menimpa sendiri kepada diri Nabi SAW yang telah mengkritik terhadap tindakan para yahudi, sedangkan dalam masa yang sama, antara isteri Baginda adalah seorang perempuan yang asalnya beragama yahudi, tetapi memeluk islam, disamping bapanya pula masih lagi dengan agama lamanya.

Bapa Sofiyyah yang bernama Huyay bin Akhtab adalah pembenci utama terhadap Nabi SAW dari yahudi Kabilah Bani Nadhir. Berbagai-bagai tindakan yang dilakukan oleh beliau terhadap Nabi SAW. Beliau sering menyakiti hati Nabi SAW sehingga tindakan itu boleh disifatkan sebagai melampau.

Tindakan Huyay bin Akhtab itu menyebabkan nabi SAW bertindak mengkritik, sedangkan kritikan nabi itu didengari oleh anak Huyay yang merupakan Isteri Nabi SAW.

Mungkin hati Sofiyyah terluka?? Itu tidak dipastikan. Tetapi, bimbang ianya terluka, maka Nabi SAW menyediakan pencegah luka, agar luka itu tidak benar-benar terluka.

Sofiyyah ada bercerita;

ما رأيت قط أحسن خلقا من رسول الله صلى الله عليه وسلم ، لقد رأيته ركب بي من خيبر على عجز ناقته ليلا ، فجعلت أنعس فيضرب رأسي مؤخرة الرحل ، فيمسني بيده ويقول : « يا هذه مهلا يا بنت حيي » ، حتى إذا جاء الصهباء ، قال : « أما إني أعتذر إليك يا صفية مما صنعت بقومك ، إنهم قالوا لي كذا وكذا »

Maksudnya;
”Aku tidak pernah melihat manusia yang boleh mengatasi kebaikan akhlak Nabi Saw. aku menunggang kenderaan unta pada satu malam bersama Baginda. Aku ketika itu terlalu mengantuk menyebabkan kepalaku tersengguk-sengguk. Lalu, Baginda SAW menyentuhku sambil berkata; ”Wahai orang ini. tahan sedikit wahai anak perempuan Huyay (jangan cepat mengantuk). Apabila sampai di As-Sohba’, baginda berkata; ”aku minta maaf dari kamu wahai Sofiyyah daripada apa yang aku lakukan terhadap kaum kamu. Sesungguhnya, mereka berkata kepadaku begian begian...
[1]

Sudah nyata lagi jelas, tidak ada kesalahan kita mengkritik yahudi. Ajaran Al-Quran amat terang, bagaimana kritikan terhadap yahudi adalah sesuatu yang diizinkan. Bermakna, tindakan Nabi SAW adalah perkara yang tidak salah disisi Allah.

Pun begitu, bimbang hati Sofiyyah terluka ekoran tindakan Nabi mengkritik kaumnya, menyebabkan Nabi SAW memohon maaf terhadap Isterinya, agar, akan terubatlah luka jika ianya terluka. Atau menyelamatkan hati itu dari terluka, jika ianya belum terluka.

Meneliti kepada hadis ini, ada dua dan tiga perkara yang boleh kita pelajari demi mencapai kehidupan bahagia antara suami dan isteri. Antaranya adalah dengan menaiki kenderaaan bersama-sama. Juga, sering menjaga perasaan isteri agar ianya tidak terluka, walaupun kadangkala sesuatu tindakan kita itu sememangnya benar, atau semenangnya tindakan isteri kita itu memang salah.

Tegur kesalahan Isteri adalah wajib, jika tidak, pasti bengkok tulang rusuk semakin menjadi-jadi. Pun begitu, teguran yang dilakukan hendaklah berhikmah. Penuh dengan segala kebijaksanaan, agar tulang yang bengkok itu walaupun tidak berjaya diluruskan, tetapi sekurang-kuranya tulang yang bengkok itu tidak semakin bengkok.

Lihatlah Nabi SAW menerusi hadis ini. walaupun Baginda SAW melakukan satu tindakan yang tidak salah disisi Allah, bahkan tindakan itu adalah satu kebenaran, tetapi tetap meminta maaf kepada Sofiyyah, kerana bimbang hati Sofiyyah terluka.

Hati bila terluka, amat susah untuk diubati. Jika ianya berjaya diubati, dibimbangi melahirkan parut yang menjadi kenangan. Yang lebih bimbang, jika parut itu berdarah semula. Inikan pula hati perempuan yang diciptakan Allah dengan ciri-ciri kelembutan.

Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
8 mac 2009 * 9:10 malam




[1] Musnad Abi Ya’la : 6963