APAKAH ISLAM TOLAK SEMUA YANG DATANG DARI ORANG KAFIR????
Islam tidak menolak semua perkara yang datang dari orang bukan Islam. Bahkan Islam bersifat fleksibel, bersanggupan menerima dan menyesuaikan sesuatu yang diambil dari sumber lain. Itupun, selagi tidak bercanggah dengan nas yang muhkam dan kaedah-kaedah syarak yang sabit.
Asas bagi keizinan ini adalah berasaskan kepada beberapa dalil, iaitu seperti berikut;
PERTAMA :
Dalam peperangan Ahzab, baginda SAW menerima pandangan dari Salman Al-Farisi yang mencadangkan agar digali parit di keliling Madinah, agar musuh tidak dapat masuk di kawasan Islam.
Jika merujuk kepada amalan menggali parit dalam peperangan, ianya bukan satu budaya Islam, tetapi ianya adalah budaya rakyat farsi yang ketika itu beragama majusi.
Cadangan Salman Al-Farisi oleh Rasulullah SAW tanpa pertikaian, disebabkan cadangan itu dapat memberi kebaikan kepada Islam itu sendiri.
KEDUA :
Selepas berlakunya peperangan Badar, ada dari kalangan orang kafir yang ditawan. Dalam menentukan keadaan tawanan-tawanan perang itu, Baginda SAW berbincang dengan Abu Bakar As-Siddiq dan Omar bin Al-Khattab.
Omar bin Al-Khattab mencadangkan agar semua tawanan ini di bunuh, tetapi dibantah oleh Abu Bakar As-Siddiq dengan mencadangkan agar tawanan yang kaya membayar tebus, dan tawanan yang pandai membaca mengajar ilmu kepada orang-orang islam yang tidak pandai membaca.
Cadangan Abu Bakar As-Siddiq itu diterima oleh Rasulullah SAW.
KETIGA :
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda;
الْحِكْمَةُ ضَالَّةُ الْمُؤْمِنِ فَحَيْثُ وَجَدَهَا فَهُوَ أَحَقُّ بِهَا
Maksudnya;
“Kebijaksanaan adalah barang keciciran orang beriman. Siapa yang ketemuinya, maka ialah berhak memilikinya[1]”
Menurut Syaikh Albani, hadis ini dinilai sebagai Doif jiddan. Hal ini merujuk kepada kitab Sahih wa Doif Sunan At-Tarmizi (hadis no : 2687). Adapun jika dirujuk dalam kitab Misykat Al-Masobih[2], beliau menyatakan bahawa hadis ini sebagai Doif sahaja. Walaupun hadis ini dinilai sebagai doif, tetapi ianya dijadikan hujjah sebagai mengkuatkan hujjah-hujjah yang telah dikemukakan.
Dalam pengajian Ilmu usul Fiqh, sesuatu hadis yang Doif, tidak boleh dijadikan hujjah. Pun begitu, jika dijadikan sebagai hujjah dalam mengkuatkan hujjah-hujjah yang ada, maka itu dibenarkan, atau dalam ibarat lain, hadis doif boleh dijadikan hujjah bagi mengkuatkan perkara yang sudah ada asal dalam agama[3].
KESIMPULAN
Dari ketiga-tiga dalil ini, menunjukkan Islam adalah agama yang fleksibel, iaitu dengan tidak menafikan semua yang datang dari orang bukan Islam, bahkan Islam boleh menerimanya, itupun dengan syarat bahawa perkara tersebut tidak bercanggah dengan nas yang muhkam dan kaedah-kaedah syarak yang tsabit[4].
Sekian
Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/
ustaz_bakistani@yahoo.com
- Sri Indah (B), Sg Buloh
9 Mac 2009 * 10:04 malam
[1] Sunan At-Tarmizi : hadis no : 2611.
[2] Misykat Al-Masobih : hadis no : 216.
[3] Ulum Al-Hadis, Asiluha wa Muasiruha : m.s 167
[4] Fatawa Maasiroh : 2/643

Tiada ulasan:
Catat Ulasan