Selasa, 20 Januari 2009

MANA JANJI-JANJIMU HASAN ALI

MANA JANJI-JANJIMU HASAN ALI

Ini luahan perasaan dari seorang yang menggelarkan dirinya ”hasan at-turabi” yang aku dapat melalui e mail. Luahannya adalah seperti berikut;

******

Siapa tak kenal Dr Hasan Ali. Tokoh motivasi negara. Kemasukannya ke dalam PAS lewat 1990-an, menjadi arus besar kebanjiran golongan professional ke dalam PAS.

Hasan Ali dengan mudah diangkat ke mercu yang tinggi. Dia tidak perlu melalui takah-takah dari bawah. Dia tidak perlu masuk usrah dan mengikuti marhalah demi marhalah. Dia tak payah hafal surah as-Shaff, tak payah hafal surah al-Muzammil dan hafal al-Ma’thurat.

Ya…Hasan Ali tak payah pergi tamrin dan mukhayyam. Duduk dalam program parti berjam-jam. Belajar jadi PACA. Belajar teknik perang saraf. Belajar cula undi penduduk. Apatah lagi Hasan Ali tak payah jadi perayu dan peraih undi. Dia insan elit dalam PAS. Hasan Ali insan terpilih.

Allahyarham Datuk Fadzil Noor mendapat ‘durian runtuh’ dengan adanya Hasan Ali. Dalam parti atau jemaah, Hasan Ali cepat naik. Pemilihan parti tahun 2000 dengan mudah dia jadi Naib Presiden PAS. Megah dan gah sungguh Hasan Ali.

Dalam aspek politik, Hasan Ali buktikan, dia mampu menang dua kerusi di dua lokasi berbeza sekali gus. Maka, 1999 dia menang di Sg. Burung dan Parit Buntar. Hebatkan?

2004, Hasan Ali war-warkan pelan PINTAS…misi menawan Selangor. Tapi kesasar. Dia yang kena pintas. Hilang semuanya.

2008, Hasan Ali kembali gagah. Menang besar di Gombak Setia. Akhirnya dilantik sebagai exco agama.

Saya hanya nak mengingatkan Hasan Ali…anda jangan lupa janji-janji anda dahulu sewaktu berkempen. Mana dia perubahan dalam MAIS yang dicanang-canang?

Adakah anda sudah lupa, sesen wang zakat pun anda tak izin disalah guna. Kini, anda sudah berkuasa…adakah anda tidak tahu, bukan sesen sahaja disalah guna; tetapi berjuta sen! Sedarlah Hasan Ali…

sebelum anda menyesal dan kala itu anda sudah terlewat sebenarnya!


Dari e mail.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Askm...mulai hari ini saya sebagai seorang pelajar di IPTA ingin memberitahu kepada ustaz bahawa saya mahu hentikan daripada melawat blog ini...saya rasa ustaz sudah melampaui batas sebagai seorang ustaz...nama orang dijaja dgn begitu mudah...bayangkan kalau nama ustaz dijaja seperti itu..saya rasa ustaz pun marah...ustaz selalu menjaja ttg ' hikam' ttp ustaz melakukan sesuatu perkara yg bercanggahan dgn 'hikam'... ustaz selalu agungkan TGNA tetapi peribadi TGNA tidak wujud didalam blog ini...maafkan saya ustaz...saya berminat dgn pengathuan ustaz tetapi terpaksa hentikan setaka kerana kita mengikut agam dan bukannya 'individu'....kalau ustaz 'sedar' dan'faham' apa yg saya beritahu ini...sila padamkan topik ini dan gantilah dgn perkara yg lebih bermanfaat....wassalam

Ibnu Ali berkata...

Salam,

Komen pukul curi mesti tak bertanggungjawab. Tak letak nama... sape, dari mana, orang PAS ke tak. Urang UMNO ke MIC ke MCA ke..

KO lawat atau tak blog ustaz ni bukannya ustaz tahu pun.. apa daaa..

huzaifah berkata...

Saya setuju dgn komen2 tanpanama tu. Saya dulunya suka baca tulisan2ustaz.

Tapi bila dah banyak tulisan melalut dgn tuduhan2 tanpa bukti, fitnah macam ni, makin lama makin hilang respect...

Saya harap Ustaz kembali dgn tulisan2 ilmiah macam dulu2.. tak perlulah tulisan2 sensasi yg tak tahu hujung pangkal... jangan jadi penyambung lidah syaitan.

Kalaupun nak tegur, bukan begini caranya.
Wsm.

Tanpa Nama berkata...

ana tak paksa sesiapa pun baca blog ana....

tak sangka, dalam tak suka pun masih ada yang membaca blog ana...

boleh maklumkan kepada ana, cara yang terbaik untuk ana tegur Dr Hasan Ali..... ana nak tau juga...

sekian

Tanpa Nama berkata...

nampaknya ada yang "pedih" bila membaca artikle dari e mail ini. walaupun artikle itu bukan tulisan ana, tapi sengaja ana posting kat sini, agar semua tau yang kita ada pemimpin yang pandai berjanji, tapi tak pandai tunaikan janji.

ana rasa, artikle sebelum ni; yang ana tulis sendiri pun dah ada yang pedih....

korang rasa korang jer pedih, mungkin tak fikir apa yang ana sedang rasa pedih pula...

pedih melihat anak kecil berumur 2 tahun yang sakit jantung berlubang, yang kerajaan yang diperintah oleh kita sendiri tidak boleh buat apa2....

pedih melihat bapa kepada anak kecil yang sengsara; hidup bagaikan orang gila.. sebab memikirkan hutang yang tidak terbayar, dan anaknya masih lagi dengan penyakitnya...

pedih melihat keadaan keluarga itu yang miskin. sesiapa pun tidak dapat membantu...

nak kata tak dapat maklumat, yang ana hantar surat permohonan zakat kat Pejabat Exco agama tu apa dia???

kalau nak bukti, boleh tanya eddieputra. sebab ana pergi ngan dia...

ke tak penting surat tu, sebab tu tak payah baca.. lebih baik baca surat macam mana nak beli camry baru kan?? macam tu ker????

bagus la tu... di Selangor, dibawah kepimpinan Tan Sri Khalid, kita bukan ada kerajaan Berkebajikan, tetapi kerajaan berkebanjiran. biar rakyat menjadi mangsa "banjir" kemiskinan, kesusahan dll, tapi pemimpin atasan dapat habuan "kebajikan" itu...

ana tak akan berhenti menulis sehingga anak kecil itu diberikan haknya selayak-layaknya.... ana tak akan berhenti menulis, selagi wak jono yang masih lagi duduk dalam khemah kerana rumahnya diruntuh oleh kerajaan Dulu, kononnya duduk dalam tanah setinggan. selagi Wak jono tidak diberikan hak oleh kerajaan negeri Selangor.... selagi itulah, ana tak akan berhenti menulis....

ana tak akan jadi Syaitan bisu.. tujuannya agar rakyat tidak tertipu dengan janji piliharraya dulu...

ana tak redha jadikan pemimpin negeri hanya pandai berjanji, tapi tidak pandai menunaikan janji...

sekian

Al-Bakistani

Dr. Muhamad Faisal Ashaari berkata...

Tulis lagi sheikh. Kelemahan yang nta tulis itu baru sikit. Banyak lagi yang nta tak tulis berkenaan dengan kelemahan exco PAS ni. Ana sokong usaha anta untuk tulis semua ini. Biar semua orang tau. Lagi baik kalu dapat tulis dalam ruangan surat pembaca di utusan atau berita harian. Mereka akan bagi ruang yang lebih besar lagi. Minta kuar kat Tv3 pun lagi best. Ana tumpang gembira dengan usaha yang sangat murni ini.

Hijrah berkata...

Salam Ustaz... Syabas2, saya sokong ustaz... ana ahli PAS, penyokong tegar PAS, tapi ana bukan penyokong mana2 individu.... Ana sokong pemimpin PAS selagi Fasal 5 dipegang oleh pemimpin itu..

Kepada komen yg tidak menyukai ustaz, kenangilah... Kita tidak mahu menjadi seperti UMNO... pantang ditego, melalut dari atas sampai ke bawah... Kritikan ustaz adalah kerana apa yg sedang terjadi disekeliling ustaz. Ustaz selalu kembara keliling selangor, berdakwah dan sering menerima feedback tentang perkara2 yg sedang terjada setempat. So kritikan ini amat wajar... Better ustaz mengingatkan Hassan Ali sekarang, semoga beliau sedar dari alpa.

Penyokong tegar PAS

Ibnu_Ismail berkata...

Salam ustaz.

Ana rasa tulisan 'hasan turabi' ni macam emosional sahaja. Dia setakat meluah perasaan. Isu yang nak disampaikan tak jelas.

Ana lebih suka cara ustaz menulis dalam "BAIKNYA EXCO KERAJAAN SELANGOR...!!". Sekurang-kurangnya, ada juga isu secara jelas yang ustaz sampaikan.

Mungkin ustaz email die balik, cerita dengan jelas dakwaan dia tu. Takkan takat luah sahaja? Nak ambil tindakan apa pun tak pasti.

WaLlahu a'lam.