HADIAH DARI ALLAH KEPADA ORANG SOLEH
Selepas Allah menjelaskan kepada kita tentang kelebihan infaq, lalu diikuti memberi gambaran tentang bentuk bisikan syaitan terhadap mereka yang mahu melakukan infaq tersebut dengan menjanjikan kefakiran dan kesusahan.
Disamping itu, Allah menjelaskan bahawa bukan syaitan sahaja yang boleh berjanji, bahkan Allah juga berjanji juga; sudah pasti janji Allah lagi hebat dan mendapat keuntungan berbanding janji syaitan.
Sila lihat;
http://g-82.blogspot.com/2009/01/tadabbur-al-quran-siri-5.html
Antara hebatnya janji Allah adalah, Allah memberikan manusia itu kesenangan hidup di dunia, lebih-lebih lagi di akhirat nanti.
Di dunia lagi, Allah banyak memberi kelebihan kepada manusia. Antara kelebihan itu adalah, Allah memberikan kecerdikan dan kebijaksanaan.
Perkata ini, dinyatakan oleh Allah dalam firman-Nya;
يُؤْتِي الْحِكْمَةَ مَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُؤْتَ الْحِكْمَةَ فَقَدْ أُوتِيَ خَيْرًا كَثِيرًا وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّا أُولُو الْأَلْبَابِ
Maksudnya;
“Allah menganugerahkan al hikmah (kefahaman yang dalam tentang Al Quran dan As Sunnah) kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barangsiapa yang dianugerahi hikmah, ia benar-benar telah dianugerahi karunia yang banyak. Dan hanya orang-orang yang berakallah yang dapat mengambil pelajaran (dari firman Allah)”
(Surah Al-Baqarah : 269)
Jika merujuk kepada janji Syaitan; ianya sekadar memberi kepuasan nafsu syahwat sahaja, tetapi dalam masa yang sama, syaitan tidak menjadikan akal manusia itu berfungsi dengan yang sepatutnya. Keadaan ini berbeza dengan Allah, yang menjanjikan bahawa, Allah akan memberikan kebijaksanaan itu kepada manusia.
Pun begitu, tidak semua manusia akan diberikan kebijaksanaan. Hanya manusia terpilih sahaja yang diberikan kebijaksanaan itu. maka sebab itulah, Allah menyatakan, barangsiapa yang diberikan kebijaksanaan itu, maka orang itu telah mendapat kebaikkan yang banyak.
*********
Ulama tafsir berbeza pendapat dalam menafsirkan maksud ”Al-Hikmat” dalam ayat ini. Ada yang mengatakan, makna hikmah adalah ilmu dan kefahaman; yang lain kata, melakukan perbuatan yang tepat dengan realiti; yang lain kata, orang yang memahami peringatan Al-Quran; yang lain kata, orang yang diberikan darjat kenabian; yang lain kata, orang yang mengetahui keajaiban rahsia; yang lain kata, orang yang boleh berhujjah dengan akal (mantiqi); yang lain kata, orang yang mengungkapkan sesuatu itu tepat dengan sasarannya (atau : perkataan yang mudah difahami); yang lain kata, orang berilmu yang takutkan Allah (sebab : ada orang berilmu, tapi tidak takut kepada Allah); yang lain kata, al-hikmat adalah kefaqihan dalam agama.
Yang pastinya, al-hikmat ini adalah bahasa arab; terjemahan melayunya adalah kebijaksanaan. Kebijaksanaan dari sudut kenabian, ianya mempunyai dua unsur, iaitu (1) kebijaksanaan dari sudut nazariah; (2) kebijaksaan dari sudut penyesuaian nazariah kepada realiti.
Seperti doa Nabi Ibrahim yang dinukilkan oleh Allah menerusi Firman-Nya:
رَبِّ هَبْ لِي حُكْمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ
Maksudnya;
”Ya Allah, berikan kepadaku kebijaksanaan, dan hubungkan aku dengan orang-orang yang saleh”
(Surah As-Syuara’ : 83)
Dari ayat ini, menunjukkan kepada kita bahawa kebijaksaan itu merupakan satu hadiah dari Allah; ianya mesti bermula dengan kefahaman yang mendalam terhadap sesuatu isu, lalu berjaya disesuaikan kepada suasana yang sebenar.
Misalnya; seorang mufti yang mahu menfatwakan tentang pengharaman muzik. Mufti tersebut, perlu memahami terlebih dahulu dua perkara, iaitu; (1) hukum muzik dari sudut nas; (2) bentuk muzik yang hendak difatwakan tersebut.
Asas tindakan mufti tersebut adalah kaedah fiqh yang berbunyi;
الحكم على شيئ فرع عن تصوره
Maksudnya;
“hukum terhadap sesuatu adalah satu cawangan daripada gambarannya”
Maknanya; seseorang yang mahu menjatuhkan hukum terhadap sesuatu perkara, maka terlebih dahulu dia mesti memahami benda yang hendak diberikan hukum.
Seseorang yang tidak pernah tengok television, tidak boleh memberikan hukum tengok television, melainkan dia perlu memahami sebenar-benarnya bentuk tengok television tersebut.
Memahami dua unsure ini, barulah orang tersebut disebut sebagai orang yang ada kebijaksanaan. Jika mufti tersebut hanya memahami sudut nas sahaja, tanpa memahami bentuk yang hendak diberikan hukum, maka tindakan sebegitu adalah tindakan orang yang tidak bijak dari kacamata Al-Quran.
Orang yang bijaksana, pasti akan berjaya melahirkan satu keputusan yang adil. Bermakna; apabila ia mengeluarkan keputusan yang tidak bijak; seperti tidak bersesuaian dengan benda yang hendak di hukumkan, pasti keputusannya itu adalah keputusan yang boleh disifatkan sebagai zalim.
Kesimpulannya, orang yang ada kebijaksanaan adalah manusia yang berjaya melahirkan satu keputusan hukum kepada sesuatu bersesuaian dengan keadaan semasa, tanpa melahirkan fitnah terhadap hukum itu sendiri.
**********
Dan sesungguhnya, bukan semua manusia diberikan Allah kebijaksanaan ini. hanya segelintir sahaja yang diberikan itu. pun begitu, manusia yang diberikan kebijaksanaan itu tidak dikhususkan kepada orang Islam sahaja, bahkan orang bukan islam pun diberikan kebijaksaaan seperti ini.
Bahkan, menurut Prof Sayed Nuqib Al-Attas dalam satu temuramah beliau; ada menjelaskan bahawa, kebijaksanaan ini tidak dikhususkan kepada para nabi sahaja, bahkan diberikan kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki oleh Allah, hatta orang kafir sekalipun.
Ekoran dari itu, lahirnya ahli-ahli falsafah yunani yang amat dikenali ramai, seperti Plato, Socrates, Aristotle dan sebagainya.
Tidak semua yang dibawa oleh ahli falsafah yunani; Plato, Socrates, Aristotle adalah salah dan bercanggah dengan Islam. Bahkan, disana wujud persamaan; yang tidak layak dinafikan kebersamaannya dengan Islam.
Bahkan, jika dibaca dalam buku ”risalah untuk kaum Muslimin” karangan Prof Sayed Nuqib Al-Attas; beliau ada menerangkan bahawa golongan ahli falsafah yunani ini pada hakikatnya adalah golongan yang mencari tuhan. Buktinya adalah, banyak persoalan-persoalan yang ditimbulkan oleh mereka melibatkan kepada renungan mereka terhadap kejadian alam sekeliling.
Ekoran itulah, lahirnya soalan-soalan seperti; apakah hakikat alam ini?; adakah alam ini jadi dengan sendirinya?; adakah wujud penciptanya?; wujudkan pencipta alam ini?; dan banyak lagi.
Memandangkan, di zaman mereka adalah zaman ketiadaan nabi, menyebabkan mereka hanya berjaya menjawab persoalan-persoalan itu berdasarkan falsafah mereka yang amat terbatas.
*********
Pun begitu, mengikut konsep Islam, ”al-Hikmat” (melayu : kebijaksanaan) ini ditafsirkan sebagai kebijaksanaan yang membawa manusia itu takut kepada Allah.
Menunjukkan, sebijak mana pun manusia itu, tetapi dalam masa yang sama mereka tidak dapat melahirkan perasaan takut mereka terhadap Allah, mereka hakikatnya adalah manusia yang tidak mendapat ”Al-Hikmat” yang disebut oleh Allah SWT.
*****
Orang yang disebut sebagai ”ulul Albab” adalah manusia yang berjaya mentadabbur Al-Quran; mentadabbur alam ini; mentadabbur segala penciptaan Allah dengan akal dan hati dengan bijaksana.
Mereka adalah golongan manusia yang memanfaatkan segala ruang yang wujud dalam akal mereka dalam menanam perasaan gerun mereka terhadap Allah. Kaedah yang digunakan oleh mereka adalah, mereka sering menimbulkan persoalan punca terjadi sesuatu perkara; punca wujudnya sesuatu perkara.
Mudah-mudahan kita tergolong dari kalangan manusia yang digelar sebagai ”ulul Albab”.
Sekian
Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/
ustaz_bakistani@yahoo.com
- Sri Indah (B), Sg Buloh
25 Januari 2009 * 3:10 pagi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan